Pengikut Sultan Sulu Enggan Tinggalkan Lahad Datu...?

on Feb 18, 2013





Menurut laporan Strait Times (18/2) yang memetik berita AFP, pengikut Sultan Sulu di Filipina yang menceroboh Sabah baru-baru ini tidak akan meninggalkan negeri itu dan mahu menuntut kawasan yang dikatakan milik nenek moyang mereka. Hal ini ditegaskan oleh Sultan Jamalul Kiram.

Menurut baginda, sebanyak 400 orang termasuk 20 pengikut yang bersenjata bertegas untuk berada di kawasan yang diceroboh itu walaupun diminta beredar oleh pihak berkuasa Malaysia. 

"Mengapa kami perlu meninggalkan tanah air kami? Hakikatnya,mereka membayar sewa (kepada kami)?," kata baginda kepada pemberita di Manila. 

"Pengikut kami akan terus berada di Lahad Datu. Tiada sesiapa akan pulang ke Filipina. Sabah ialah tempat tinggal kami." katanya lagi.-DCM/ST/AFP

 Laporan Utusan Malaysia:

Kumpulan Bersenjata Setuju Berundur

[UM] LAHAD DATU 17 Feb. - Kumpulan bersenjata yang mendakwa sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu yang menceroboh masuk Kampung Tanduo berhampiran Felda Sahabat 17 di sini bersetuju untuk berundur dari negara ini.

Bagaimanapun kumpulan berkenaan meminta untuk berjumpa dengan personaliti tertentu sebelum pulang ke negara asal mereka.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib (gambar) berkata, pihaknya sedang berusaha membawa individu berkenaan untuk membolehkan proses pengusiran dijalankan secepat mungkin.

Beliau enggan mendedahkan personaliti berkenaan tetapi mengesahkan Sultan Sulu, Datu Esmail Datu Kiram akan ke negeri ini yang tidak diketahui tarikhnya.

"Tidak perlu saya kata lagi kerana sebahagian daripada usaha untuk mengusir kumpulan ini balik. Kita tidak buat rundingan dengan mereka lagi kerana apa yang dituntut di luar jangkauan kita," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat tertutup di Kem Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA) di Felda Sahabat 16 di sini hari ini.


P/s: Mengapa Sultan Sulu membangkitkan soal sewa (rent)? Adakah Malaysia menyewa Sabah daripada Kesultanan Sulu?

Apabila "pencerobohan" ini berlaku, timbul pula soal "sewa", TM terfikir, adakah Projek IC ada kaitan dengan perjanjian dengan Kesultanan Sulu?

Siapa nak jawab?


Kemas Kini:

Apa sebenarnya yang berlaku?

Heirs of Sultan of Sulu pursue Sabah claim on their own




Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List