HUJAN OH HUJAN

on Aug 8, 2010

Pagi ni hujan lebat turun waktu pagi. Masa 2 aku dah berada di kebun pk janggut.


 Masa sampai tak hujan lagi. Puas aku baca jampi serapah tak menjadi juga. Hujang tetap turun jugak. Begitu lah kuasa Illahi. Kebun pk janggut ni tak ada pondok utk berteduh sebab tak buat pun, aku pun berteduh aje di bawah pokok ciku. Ingat pokok ciku boleh melindungi dari air hujang tapi rupa rupa nya pokok ciku ni tak kalis air lah. Aku pun apa lagi basah kuyob le.

Bila dah lecun mcm ni terkenang le aku masa zaman aku muda2 dulu. Balik kampong naik motor dlm hujan lebat. Pergi kerja naik motor dalam hujan lebat. Balik kerja naik motor dalam hujan lebat. Yang paling aku ingat aku balik kerja naik motor dgn maikel sumaker. Hujan lebat masa 2 tapi aku tak lencun sebab aku pakai baju hujan, maikel lencun sebab tak pakai baju hujan. Kesian maikel. Terfikir dalam fikiran aku, kalau ada kereta tak lucun mcm ni.

Sampai ketika bila mana mampu membeli kereta, aku pun beli kereta konon loan ngan bank. Loan 2 pinjaman. Jadi pinjam ngan bank le istilah aku. Tak lama bank ambik balik. Kitaran ini berlaku banyak kali. Tak terkira aku. Kesudahan nya aku tak ada kereta. Ada motor sahaja, itu pun road tax dan insuran pun dah tamat tempoh. Aku gagah jugak naik pergi kebun. Tu le bila hujan basah kuyob le aku.

Satu hari dengan keizinan Illahi teman baik aku maikel sumaker bagi sebuah kete kat aku. Masa 2 dia dah jadi driver F1. Aku pun tak tahu dia kasi pinjam mcm bank ke, dia hadiah kat aku ke atau dia suruh aku guna sampai kete tu luput ke atau dia bagi aku guna sampai aku meninggal dunia ke, aku tak tahu. Yang tahu dia serong je. Tapi aku jaga kereta tu mcm kereta aku sendiri. Sekarang ni nak pergi mana2 tak le basah kuyob lagi, melainkan pergi kebun aje sebab pergi kebun aku naik motor.

Seronok main hujan.

Hidup ini penuh dengan kepura puraan

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List