Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo digantung daripada semua jawatan parti yang dipegangnya selepas didakwa di Mahkamah Sesyen, Shah Alam atas tuduhan rasuah minggu lalu.
Setiausaha Agung Umno, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan tindakan tersebut sepertimana yang ditetapkan oleh Perlembagaan Parti dan tidak ada hubungan dengan pertimbangan kepentingan politik Barisan Nasional(BN).
“Sesiapa sahaja yang didakwa atau menunggu kes mahkamah, akan digantung jawatannya dalam parti, seperti yang dilakukan sebelumnya,” katanya.
Menurut Tengku Adnan, tindakan serupa telah diambil terhadap ahli Umno yang lain pada 2009, dan walaupun mereka kemudian didapati tidak bersalah, kedudukan mereka tidak...