Lebih 70 peratus kaum Cina Tenang sokong cikgu Mala - Jui Meng
LABIS: Sokongan masyarakat Cina terhadap calon Pas, Normala Sudirman meningkat kepada lebih 70 peratus, kata Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Johor, Datuk Chua Jui Meng.
“Pada pilihan raya umum lalu, sokongan mereka adalah 55 peratus. Tetapi kali ini respon dari masyarakat Cina adalah hebat.
“Bagi masyarakat Tionghua, bila Cikgu Mala senyum sahaja, hati masyarakat Tionghua terus ‘cair’,” kata secara seloroh dalam ceramah pada kempen Pilihan raya Kecil Tenang di Dataran Wayang Pacak, malam tadi.
Beliau berkata, selama tiga minggu, KEADILAN menjalankan kempen dan mendapat maklumat termasuk dari program jamuan makan malam, ceramah dan culaan di kawasan...