SEJUK MATA MEMANDANG.....???

on Oct 31, 2010

Kod Etika Pakaian :-  Tiada Aurat Terpelihara Umat


Percaya atau tidak, zaman ini bukan sahaja wanita yang didiskriminasikan namun lelaki yang lebih dominan sebagai pendiskriminasi turut menjadi mangsa diskriminasi. Contoh yang paling ketara adalah dalam bab kod etika pemakaian di tempat awam khususnya di pusat pengajian tinggi dan jabatan-jabatan kerajaan. Saya mengambil contoh di beberapa IPTA dalam negara seperti UUM yang begitu terkenal dengan ketegasan mereka dalam memastikan pelajar mereka khususnya siswa mematuhi kod etika pakaian. Tali leher sememangnya diwajibkan bagi pelajar lelaki bahkan mereka tidak dibenarkan membuat urusan rasmi apatah lagi menghadiri kelas jika tidak bertali leher. 

Lain pula halnya kepada siswi. Satu-satunya universiti yang mempunyai kod etika pakaian yang jelas dan patuh syariah adalah UIAM yang mana mereka mewajibkan pelajar mereka bukan sahaja menutup aurat bahkan mereka diwajibkan bertudung dalam masa yang sama. Keadaan ini tidak berlaku di universiti lain yang lebih menitik beratkan pemakaian tali leher kepada siswa berbanding pemakaian tudung dan penutupan aurat kepada siswi. Tidak keterlaluan jika saya katakan, antara sebab jenayah seksual meningkat adalah kerana sikap wanita-wanita dalam berpakaian. Di sana sini kita boleh melihat siswi begitu bebas memperagakan kepelbagaian feksyen pakaian ke kelas tanpa ada sebarang sekatan.

 Pembukaan aurat begitu menjadi budaya walaupun siswi tersebut adalah seorang Melayu Islam. Isu mereka tidak ingin menutup aurat di luar kampus adalah isu lain. Namun pemakaian yang patuh syariah di kampus semestinya diwajibkan oleh pihak pengurusan universiti kerana mereka akan disoal oleh Allah di akhirat kelak. Saya juga yakin kita semua tahu menilai antara kewajipan pemakaian tali leher siswa dan penutupan aurat para siswi, yang manakah lebih utama dan relevan serta akan diredai oleh Allah. Jangan sampai kita terpaksa menanggung dosa yang orang lain buat di akhirat nanti. 

Dengan itu saya menyarankan kepada pihak pengurusan semua universiti membuat undang-undang kecil di bawah kuasa yang diperuntukkan kepada mereka agar mewajibkan pemakaian yang menutup aurat seperti baju kurung, jubah dan bertudung kepala kepada siswi Melayu Islam dan pakaian yang sopan kepada siswi bukan Islam. Kepada kumpulan aktivis mahasiswa Islam setiap universiti khususnya, wajib menjadikan isu ini isu yang diperjuangkan sepanjang zaman dan desakan mesti dibuat sehingga ia diwartakan menjadi undang-undang sah universiti di seluruh negara

Melambangkan Perilaku...... Betul Ke.....???

on

BANTAL

Apa yang kita buat melambangkan perilaku kita....??? So apa kaitan nya dengan bantal....???





Memeluk Bantal
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa Seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan berjiwa romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang keyakinan diri. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang dapat membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis mengada-ngada. Boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan
berdasarkan fikiran, bukan dengan nafsu semata-mata.

Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dengan masyarakat, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita-cita. Mereka tidak suka berusaha.

Tidur Tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

Tidak punya bantal
Mereka ini dalam kategori miskin tegar dan sadis, kasihan betul... pergi kedai belilah satu bukannya mahal pun..!!! Jika tidak mampu mohonlah bantuan dari JKM atau Baitulmal...

HINDARI SIKAP MARAH

on




“Saya seorang yang pemarah”… Bila saya terbaca artikal ini… saya rasa diri saya terlalu kerdil…saya sedar terlalu banyak kekurangan dalam diri saya… kadangkala terfikir juga… entah bagaimana rupa saya ketika marah…huhuhu…tentu hodoh kan!!!…


IMAM Syafie ada menegaskan: “Marah adalah satu di antara panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.”.

Apabila marah dituruti, ia akan membakar kebaikan seperti api membakar kayu dan tiada yang tertinggal kecuali debu. Bagi menghilangkan perasaan marah ada beberapa panduan yang boleh diikuti, iaitu:

1. Perlu berasa malu dengan Allah atas segala tindakan kita. Allah memerhatikan segala tindakan dan sikap biadab kita.

2. Apabila datang perasaan hendak marah, ingatlah kita ini hanya manusia yang hina.

3. Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah supaya Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

4. Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah. Ia mungkin membawa kepada permusuhan dan balas dendam daripada orang yang kita marahi.

5. Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika marah. Ia lebih buruk daripada perlakuan seekor haiwan apabila kita dalam keadaan marah.

6. Apabila datang perasaan marah, banyakkan membaca istighfar kerana marah itu datang daripada syaitan.

7. Apabila marah sedang memuncak, ambillah wuduk kerana ia dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

8. Jika marah tidak dapat hilang dengan melakukan perkara seperti di atas, hendaklah tidur. Ini kerana ia dapat meredakan perasaan marah apabila bangkit dari tidur nanti.

9. Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datang daripada Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah?

10. Apabila kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Begitu juga dengan orang lain yang melakukan kesilapan, tidak suka dimarahi, sebalik ditegur secara baik.

11. Satu cara lagi, apabila marah datang, sedangkan kita berdiri, duduklah. Apabila duduk, bersandarlah. Insya-Allah marah akan mula reda.

Azmin kumpul undi terbanyak semalam, Zaid masih di depan

on

Persaingan jawatan timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin rancak, walaupun peratusan keluar mengundi masih rendah, dengan ketiga-tiga calon mula merapatkan jurang undi khususnya pada hari kedua semalam. 
Datuk Zaid Ibrahim masih mendahului Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub tetapi persaingan sengit dilihat membabitkan Zaid dan Azmin. Keputusan tidak rasmi diperoleh The Malaysian Insider menunjukkan Zaid telah mengumpulkan 1,552 undi manakala Azmin pula 1,509 dan Mustaffa 636 — jumlah undi sepanjang dua hari pertama pengundian pemilihan pusat dilangsungkan. 

Ini kali pertama PKR mengadakan sistem pemilihan secara langsung membolehkan kaedah satu ahli satu undi digunakan. 
Pun begitu, Azmin memperoleh undi terbanyak semalam iaitu 1,008 berbanding Zaid 974 manakala Mustaffa 572. Pada hari pertama kelmarin, Zaid menerima 577 undi, Azmin 374 dan Mustaffa 61. 
Bagi kerusi naib presiden, empat calon yang memperoleh undi terbanyak pada hari pertama masih berada di depan dalam saingan membabitkan seramai 17 calon. Mereka ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh, Pengarah Strategi PKR Tian Chua dan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Datuk Dr Mansor Othman. 
“Keempat-empat calon ini dilihat masih di depan, tetapi saya tiada jumlah undi yang tepat,” kata seorang pemimpin kepada The Malaysian Insider. Sumber memberitahu, bagi jawatan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), daripada 30 cabang yang dikumpulkan keputusan pengundian setakat awal pagi ini, Badrul Hisham Shaharin memperoleh 459 undi manakala penyandang Shamsul Iskandar Mohd Akin 328 undi. 

Setakat semalam 41 cabang telah mengadakan pengundian manakala 27 cabang lagi hari ini. Tiga cabang di Melaka iaitu Masjid Tanah, Alor Gajah dan Tangga Batu, dua di Negeri Sembilan (Rembau dan Tampin) dan enam di Pulau Pinang iaitu Kepala Batas, Tasek Gelugor, Bagan, Permatang Pauh, Batu Kawan dan Bukit Mertajam. Pulau Pinang dan Melaka memulakan tirai pengundian hari ini. 
Sejumlah lapan cabang di Perak iaitu Tambun, Ipoh Timor, Ipoh Barat, Batu Gajah, Kuala Kangsar, Beruas, Parit dan Kampar terlibat dalam pengundian hari ini. 
Sembilan cabang di Perak telah menyelesaikan pengundian mereka semalam. Pahang juga menyambung pengundian hari ini dengan cabang yang terbabit ialah Paya Besar, Maran, Kuala Krau, Temerloh, Bentong, Bera dan Rompin.

Remaja umur 12 tahun mati kerana menjalin hubungan seks dengan 3 remaja lelaki

on


Tergamam dan tidak tahu mana nak mula, sudut mana nak dikupas, bab mana nak dianalisa. Buang bayi dari atas flat, pelajar campak bayi dari kolej kediaman, tiba2 semalam dikejutkan dengan berita yang lebih buruk. REMAJA 12 TAHUN SANGGUP PANJAT BUMBUNG FLAT KEDIAMAN UNTUK BERASMARA DANA DENGAN 3 REMAJA LELAKI. Mereka bukan remaja bodoh tapi bermaklumat sebab dijumpai juga beberapa keping kondom yang tentulah bermaksud 'for safe sex'. Safe from STD, HIV, AIDS. Safe from unwanted pregnancy. Guna kondom untuk 'seks yang selamat'. Selamat dari penyakit yang disebarkan melalui seks rambang, selamat dari HIV dan AIDS. Paling penting selamat dari termengandung.

Namun ketentuan Allah mengatasi segala2nya. Remaja perempuan remaja sunti 12 tahun ini tidak selamat apabila jatuh dari balkoni lalu MAUT ketika cuba melarikan diri setelah menyedari aktiviti mereka telah dikesan oleh orang-orang dewasa kediaman tersebut. Astaghfirullah, apa lagi perkataan yang paling sesuai digunakan untuk menerangkan tragisnya peristiwa ini. Apakah cukup kita ni setakat menggeleng2 kepala.

Hai bapa2, ibu2, guru2, penjaga kepada remaja. JANGAN PERCAYA remaja kita 100%. Saya sangat cemburu anak2 remaja saya. Semasa mereka menginjak umur remaja yang penuh perasaan ingin tahu, rasa cinta dan nafsu yang membuak2 ditambah dengan pendedahan kepada dunia IT tanpa sempadan,saya sentiasa pantau secara lagsung. Kalau hantar tuisyen, kadang2 datang balik 1/2 jam kemudian untuk pastikan anak ada dalam kelas. Bila ada peluang, buka hanfon untuk semak sms yang dihantar dan diterima, nombor2 panggilan dan sekarang kena cek gambar2 (dulu2 zaman remaja anak2 saya hanfon belum canggih sangat).

Remaja saya tidak saya lepaskan hatta ke KLCC yang hanya sejarak 2 stesyen jauhnya dari rumah saya. Kalau nak pergi untuk tujuan apa dan sudah tentu diiringi Mama atau dan Babah.. Mereka kadang2 malu, sebab kawan2 kata macam orang dolu2, kolot. Tidak kira anak lelaki atau perempuan, sama sahaja cara saya mendidik dan membesarkan mereka walaupun sudah tentu ada perbezaan dari sudut biologi dan perbezaan jantina. 

Sehinggalah mereka berumur 20 tahun keatas, dan setelah kami suami isteri meyakini kebolehan, kematangan dan kedewasaan mereka untuk menjaga diri, barulah mereka diberi lebih kebebasan untuk mengendalikan urusan kehidupan mereka sendiri. Banyak sebenarnya yang kami suami isteri lalui bersama dalam mendidik dan membesarkan anak2. Kami melabur dalam pendidikan mereka sehingga kami tidak pernah hidup mewah walau pun dua2 Doktor Perubatan. Sedaya upaya kami ikut sepenuhnya ajaran Alquran dan AsSunnah sebab kami yakin dan sewajarnya semua ibubapa Islam wajib yakin didik anak cara Islam itulah yang selamat untuk mereka menghadapi dunia dan akhirat.

Berbalik kepada cerita sedih tadi, taaziah kepada keluarga remaja perempuan yang terbunuh. Moga Allah ampunkan dosa dia kerana mungkin terlalu muda untuk sempat membezakan buruk baik, ibu bapanya saya percaya sudah cuba mengikut kemampuan mereka. Apa nak dikata, kejahilan merata2. Kalau sampai isteri pemimpin tinggi negara pun tidak tahu membezakan Islamic dengan nonIslamic situation yang membawa kepada penghinaan kepada Islam, apa lagi pilihan kita ada. 

Rakyat mesti berani buat perubahan, jika Najib ajak Ahli UMNO pertahan PutraJaya walau bercerai daging dari tulang, kita rakyat yang cintakan syariat Islam, keadilan dan Kerajaan yang Bersih mesti kerja kuat, kerja smart, kerja sungguh2 untuk beri kesedaran kepada rakyat untuk beri peluang kepada PR untuk menerajui pemerintahan negara dan melakukan 'Real genuine transformation'

Dua beradik ditekap seterika

on

BERTANDA... Muhammad Al- Hakim (kanan) menunjukkan kesan parut pada lengan kiri adiknya Muhammad Fairuz yang diseterika oleh warden asrama di sebuah sekolah di Pasir Mas.
BERTANDA... Muhammad Al- Hakim (kanan) menunjukkan kesan parut 
pada lengan kiri adiknya Muhammad Fairuz yang diseterik oleh 
warden asrama di sebuah sekolah di Pasir Mas.


PASIR MAS: Dua beradik melecur pada anggota badan mereka selepas dipercayai ditekap menggunakan seterika oleh seorang warden asrama di sebuah sekolah, di sini, pada 12 Oktober lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 pagi, mangsa terbabit, Muhammad Al Hakim, 16, dan Muhammmad Fairuz Mat Nawi, 14, melecur teruk pada tapak kaki dan lengan kiri sebelum dirujuk ke Hospital Lati, di sini, untuk rawatan.

Kejadian itu dikatakan berlaku apabila warden berkenaan ke asrama menempatkan mangsa bersama pelajar lain untuk mengejutkan mereka bangun daripada tidur.

Sebaik tiba di asrama itu, warden terbabit didakwa berada di sebelah katil mangsa sambil memegang seterika sebelum menekap pada anggota badan mereka.

Menurut ibu mangsa, Siti Fatimah Mat Yusof, 52, dia dikejutkan dengan kejadian itu kira-kira jam 7 malam apabila rakan anaknya membawa pulang Muhammad Fairuz ke rumah mereka di Kampung Anak Keranji, di sini.

Katanya, walaupun sebelum itu Muhammad Al Hakim pulang ke rumah terlebih dulu, dia tidak dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan.

“Saya terkejut mendapati keadaan anak saya yang melecur. Muhammad Fairuz melecur teruk pada lengan kiri manakala abangnya di tapak kaki.

“Saya tidak faham mengapa warden terbabit perlu berbuat demikian. Setahu saya seramai 11 pelajar, termasuk anak saya di asrama berkenaan turut ditekap dengan seterika,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Siti Fatimah berkata, berdasarkan apa diceritakan anaknya, warden terbabit tidak mengejutkan pelajar dengan cara sepatutnya, sebaliknya terus menekap seterika pada anggota badan mereka.

Katanya, sebelum ini juga dia mendapat tahu mengenai sikap buruk warden berkenaan yang turut menggunakan alatan lain seperti penyapu dan air sabun untuk mengejutkan pelajar daripada tidur.

“Sebelum ini memang saya tahu ada berlaku tetapi tiada laporan dibuat. Kali ini dianggap melampau kerana sanggup menyebabkan cedera parah kepada pelajar.

“Saya turut mempersoalkan mengapa pihak sekolah berdiam diri dan tidak memaklumkan kejadian ini,” katanya.

Berikutan kejadian itu, kedua-dua mangsa membuat laporan di Balai Polis Pasir Mas untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Siti Fatimah berkata, dia pernah berbincang dengan pihak sekolah tetapi diarah menarik balik laporan yang dibuat mengenai kes berkenaan.

Katanya, dia kini bercadang mengambil tindakan undang-undang bagi pihak anaknya yang kini mengalami trauma.

“Anak saya tidak mahu bercakap kerana trauma. Saya tidak puas hati dengan perkara ini dan bercadang mengambil tindakan undang-undang,” katanya.

Bantah roboh tadika, surau

on

BUKIT KATIL - Kerajaan Negeri diberi peringatan supaya menjaga sensitiviti masyarakat terhadap isu merobohkan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) dan surau di Bukit Katil untuk tujuan pembinaan jalan raya, di sini. 

Berikutan itu, Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri, Kamarudin Sidek berkata, beliau mahu kerajaan mempertimbangkan semula hasrat pengambilan tanah terbabit sekali gus menyelamatkan sekolah Pasti dan surau yang dibangunkan sebelum ini atas sumbangan dan amanah orang ramai. 

Menurutnya, antara ikhtiar dijalankan, pihaknya cuba mencadangkan laluan lain yang tidak membabitkan binaan tersedia dan tanpa menjejaskan sensitiviti masyarakat. 

“Malangnya, cadangan ini tidak diendahkan kerajaan dan tetap mahu mengambil laluan melibat Pasti, surau dan bangunan kedai. 

“Bagi kami, ini adalah perkara yang sudah dirancang dan seolah-olah mempunyai agenda tersembunyi untuk menghapuskan bangunan Pasti dan surau yang telah lama dibina, sedangkan laluan dirancang membabitkan lencongan dan sudah pasti membabitkan kos yang besar,” katanya. 

Terdahulu, Kamarudin turut menyertai kira-kira 70 kanak-kanak dan guru Pasti berkenaan yang mengadakan perhimpunan di hadapan bangunan terbabit sebagai membantah hasrat Kerajaan Negeri itu. 

:Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong; Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Menghalang Pengambilan Tanah dan Perobohan Surau di Bukit Katil, Yusof Wahab dan Guru Besar Pasti berkenaan, Md Yassin Abd Ghani. 

Md Yassin berkata, Pasti berkenaan telah dibangu-nkan sejak lebih 15 tahun lalu dan mendidik ribuan kanak-kanak ke arah pembentukan sahsiah sempurna mengikut Islam. 

“Tidak dinafikan wakaf ini dahulu diwakafkan untuk tujuan didirikan sekolah mendidik anak bangsa supaya lebih berakhlak mulia. 

“Sekalipun, kos untuk membina sekolah ini mencecah RM110,000 dan semuanya adalah hasil sumbangan orang ramai yang bertujuan mendidik anak bangsa,” katanya. 

Sementara itu, turut menyatakan bantahan Poay Tiong yang meragui hasrat Kerajaan Negeri itu. 

“Kalau Kerajaan Negeri boleh keluarkan peruntukan berjumlah RM500 juta untuk bina Sekolah Harapan yang bertujuan memulihkan kembali akhlak remaja terlanjur, mengapa hendak robohkan Pasti di sini. 

“Hanya semata-mata hendak membuat jalan, mengapa sanggup korbankan sekolah ini yang ternyata niatnya juga sama untuk mendidik anak bangsa ke arah akhlak terpuji. Masalahnya, bukan tiada alternatif lain. 

“Ini kerana, terdapat laluan lain, mengapa mahu robohkan pasti dan surau ini. Secara tidak langsung, jelas menunjukkan Kerajaan Negeri ada muslihat tersendiri,” katanya. 

Dalam pada itu, Yusof Wahab yang menerajui Jawatankuasa Bertindak Menghalang Pengambilan Tanah dan Perobohan Surau berkata, setakat ini tiada sebarang rundingan dengan tuan tanah diaturkan pihak Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan kemelut berkenaan. 

“Pihak kami, tiada ikhtiar lain selain daripada bermohon kepada Allah SWT supaya Kerajaan Negeri menarik balik niatnya untuk merobohkan Pasti dan surau di sini,” katanya.

Gara-gara salah ubat

on

KUANG – Gara-gara tersalah makan ubat, ibu lima anak kini tergolong dalam kategori golongan orang kurang upaya (OKU) selepas kehilangan kaki kiri dan jari kedua-dua belah tangan. 

Sharifah Kisut, 52 mendakwa, semuanya berlaku Jun tahun lalu setelah memakan ubat gastrik diberi sebuah klinik kesihatan selepas mendapatkan rawatan akibat sakit perut, walhal mengakui tidak pernah mengalami menyaki tersebut sepanjang hayatnya. 

“Saya dirawat seorang pembantu perubatan dan memberikan saya ubat gastrik dan sakit perut. 

“Mulanya saya sangsi sebab saya syak sakit perut ini berpunca daripada batu karang yang saya hadapi, tetapi pihak klinik bertegas dan menyuruh saya makan ubat yang diberikan. 

“Sebaik pulang saya terus makan ubat tersebut dengan harapan akan sembuh tetapi perkara sebaliknya berlaku," katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya di Kampung Gombak dekat sini. 

Sharifah berkata, dia terpaksa dikejarkan ke hospital dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama dua minggu selepas pengsan di rumahnya akibat pening memakan ubat tersebut 

“Di hospital saya diberikan ubat tertentu, saya tidak pasti jenisnya tetapi keadaan bertambah teruk apabila apabila seluruh badan saya jadi kehitaman dan berlendir,” katanya 

Difahamkan Sharifah turut mempunyai penyakit kencing manis dan buah pinggang 

Keadaannya berlarutan selama lima bulan menyebabkan kaki kirinya semakin membengkak dan busuk menyebabkan ianya terpaksa dipotong hingga ke paras peha kerana khuatir ianya akan merebak dan merosakkan organ penting seperti jantung. 

“Selepas itu dua jari tangan kanan saya juga terpaksa menerima nasib yang sama terpaksa dipotong kerana sudah membengkak manakala dua jari tangan kirinya mereput dan terputus begitu sahaja,” katanya 

Sejak daripada itu dia terpaksa berulang alik ke Hospital Sungai Buloh bagi mendapatkan rawatan selain menjalani hemodialisis. 

Sharifah kini bergerak menggunakan kaki palsu dan kerusi roda sumbangan pihak hospital dan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Kuang. 

TIPU BELAKA.......???

on

L/Belakang Calon BN, Kalo Tok Tipu Buke UMNO...

(Klik gambar untuk paparan lebih jelas..)

"Live from Galas: (GAMBAR) UMNO tipu kelulusan pendidikan calon

UMNO menggunakan taktik kotor dengan membohongi rakyat tentang status kelulusan pendidikan calon BN. Semasa penguguman calon tempoh hari, menyatakan bahawa calon BN berkelulusan SPM sahaja. Tetapi melalui penyebaran risalah di DUN Galas menyatakan calonnya berkelulusan Sarjana Muda Pengajian di UUM.

bak kate penduduk di Galas "kalo tok tipu buke UMNO namo nyo"

YTL tertinggal keretapi di Batu Sapi......???

on



Pertama, mempertahankan maruah politik rakyat tempatan daripada terus dikuasai oleh parti luar; kedua- mengembalikan kuasa autonomi rakyat Sabah sebagai 'Sabah for Sabahan'; ketiga- membuka minda kerajaan UMNO-BN bahawa pengundi Melayu Parlimen Batu Sapi bukan ibarat seperti kerbau dicucuk hidung. 
Salam,

Begitulah ayat kempen SAPP di Batu Sapi. Bunyi cantik bagai nak rak, sayangnya manis mulut bermadah demi merebut kerusi Parlimen P.185, demi kerusi empuk bergelar YB!

Menggunakan umpan kempen 'Sabah For Sabahan' kepada rakyat Sabah, termasuk di Batu Sapi memang mudah dan sedap didengar. Memang menarik ibarat paluan gendang. Soalnya, sampai bila irama begini mahu dikumandangkan? Asal nama pembangkang mesti cerita Sabah For Sabahan.

Setiap kali pilihanraya, PRU atau PRK umpama sentimen kenegerian ini sering saja digunakan untuk memikat undi. Terutama apabila sudah duduk di luar BN/kerajaan. Masa berkuasa, masa jadi KM Sabah apa yang kau buat Mr. Yong? Seronok pegang kuasa sampai lupa...

Kesian jadi orang Sabah. Sering dipersenda dengan 'gula-gula' : tolak parti luar, kuasa autonomi, maruah rakyat Sabah dan banyak lagi. Habis kempen, habislah perjuangan. Menang pilihanraya habis semua lupa. Tanya juga Dr Jeffrey Kitingan masa dia dalam kerajaan dulu, apa dia buat? Duduk di luar BN, balik cerita ni...

Sudah-sudahlah memperbodohkan rakyat Sabah dengan perjuangan bermusim ini, perjuangan kerana 'gagal' mencapai sesuatu yang diharapkan, perjuangan peribadi dinamakan perjuangan rakyat!

Kesian Mr. Yong, orang sudah cerita 1Malaysia, dia masih cerita lama....

LAGI KISAH SISWA YANG KENA TAHAN.......???

on



Empat anggota Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) termasuk Pengerusi Majlis Politik Nasional, Syukri Razak pada Sabtu ditahan polis sewaktu mengedarkan risalah di kawasan bandar di sini.
Menurut maklumat awal, Syukri bersama tiga yang lain iaitu Mohd Yusof Hadhari, Mohd Sharuldin dam Mohd Rijalludeen ditahan mengikut Seksyen 15(3) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Keempat-empat mereka dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Gua Musang bagi membantu siasatan.
Jurucakap GAMIS, Ahmad Shukri Kamarudin ketika dihubungi berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, kumpulan berkenaan didatangi anggota polis berpakaian preman dengan mendakwa menerima aduan berhubung aktiviti mereka yang dianggap 'pengacau' di kawasan berkenaan.

"Anggota polis berkenaan mendakwa mereka menerima laporan daripada PAS dan Barisan Nasional (BN) serta penduduk setempat yang tidak senang dengan kehadiran kami di sini.
"Kami diberitahu bahawa pengadu-pengadu berkenaan menganggap kita sebagai 'pengacau' di kawasan ini," katanya.

Bagaimanapun Shukri berkata pihaknya musykil kerana polis tidak mempunyai bidang kuasa untuk menahan mahasiswa menggunakan AUKU.
"Polis tak ada kuasa nak tahan guna AUKU melainkan menerima arahan daripada Timbalan Naib Canselor universiti," katanya.

GAMIS menggerakkan seramai 200 anggotanya di Galas bermula hari ini sempena pilihan raya kecil kawasan berkenaan bagi menerangkan kepada rakyat mengenai beberapa dasar dan tindakan kerajaan.

GAMBAR-GAMBAR RAKUS MBMB......???

on




4 siswa ditahan di Galas......???

on

NONE
Seramai empat orang pelajar daripada kumpulan "Jentera Mahasiswa PRK Galas" hari ini ditahan selepas membuat satu sidang media di Gua Musang.

Kumpulan seramai 200 orang itu tiba pagi ini di Gua Musang sebagai pemerhati dalam pilihan raya kecil DUN Galas.

Keempat-empat pelajar berkenaan ditahan pada kira-kira jam 1.50 hari ini ketika mengedarkan risalah di bandar lama Gua Musang.

Wakil dari kumpulan terbabit Shukri Kamaruddin berkata, pihak polis yang mendekati kumpulan mahasiswa terbabit telah mengarahkan kesemua mereka supaya pergi ke IPD Gua Musang.

Selepas rundingan selama kira-kira 15 minit, anggota polis berkenaan hanya membawa empat orang pelajar bersama mereka, katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Kesemua yang ditahan merupakan anggota Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis) iaitu Syukri Razak, Mohd Syahrulden Ahmad Rosdi, Mohd Yusof Hadhari serta Mohd Rijaluden Mohd Anwar.

Only RM400 mil left in USP Fund.....???

on

FROM RM4 BIL TO RM400 MIL. Well-spotted by the NST's managing editor: the deputy minister in charge of the fund said on Oct 25 (see here) that the money had NOT been spent and that he DID NOT have full details of the fund. Last week, the NST reported that only 10 per cent of the RM4 billion collected under the fund since 2006 is still there. The deputy minister and the MCMC did not communicate? The managing editor had to ask on her blog: Money well spent?

To answer the question, the MCMC must explainwhere ALL the money had gone to. Since YB Wee Choo Keong was the one who had first asked the question (on his blog here and in the Dewan Rakyat here), and since the deputy minister was clearly in the dark, why not let the Minister himself explain to the Rakyat in Parliament?

Masalah Perut Kembung/Berangin

on


Selepas makan tengah hari, walaupun hanya sedikit makanan dijamah, perut rasa kembung dan tidak selesa. Pinggang seluar terasa mencengkam sehingga ada kalanya kancing terpaksa dibuka supaya perut tidak terus terseksa.



Ini antara gejala yang biasa dialami akibat masalah banyak angin dalam saluran sistem pencernaan atau usus. Biasanya perut lebih lega jika angin dapat dikeluarkan sama ada melalui sendawa atau kentut.



Bagi kebanyakan masyarakat, sendawa di depan orang masih boleh diterima tetapi individu itu dianggap kurang sopan jika 'terlepas angin'. Bukan saja orang sekeliling berasa kurang senang tetapi individu itu sendiri turut malu dan mungkin menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan sepanjang hayat!



Isu angin atau gas ini adalah isu semua orang, jadi tiada apa perlu dimalukan. Dianggarkan 7 atau 8 daripada 10 orang ada masalah ini.



Sistem Pencernaan



Secara purata kita menghasilkan antara 0.5 hingga 2 liter gas dalam sistem pencernaan setiap hari. Gas ini membabitkan beberapa jenis iaitu oksigen, karbon dioksida, nitrogen, hidrogen sulfida, ammonia dan metana.



Oksigen, karbon dioksida dan nitrogen yang masuk ke dalam sistem pencernaan melalui mulut (ketika kita menelan) adalah komponen paling besar. Gas ini tidak berbau tetapi bau kentut yang busuk disebabkan kehadiran gas surih seperti hidrogen sulfida yang terhasil apabila makanan di dalam usus mengalami proses pereputan.



Sendawa dan Kentut



Sendawa dan kentut adalah 2 fungsi badan yang penting untuk mengeluarkan gas ini, namun kebanyakan gas dikeluarkan melalui kentut. Yang membezakan ialah ada orang kentut lebih kerap.



Kentut antara 6 hingga 20 kali sehari adalah normal. Malah ada laporan mengatakan kekerapan kentut sehingga 25 kali sehari juga perkara normal walaupun ia mungkin mendatangkan rasa kurang selesa.



Gas yang terkumpul dalam perut dan usus dikeluarkan secara berperingkat sepanjang hari. Biasanya ia tidak menimbulkan masalah tetapi bagi individu yang sensitif, pengumpulan gas ini menyebabkan ketidakselesaan.



Perut Kembung



Jika gas ini tidak dikeluarkan, ia menyebabkan seseorang mengalami masalah kembung dan tidak selesa. Keadaan ini boleh menjejaskan daya tumpuan, prestasi kerja dan kualiti hidup. Masalah biasa dialami hampir kebanyakan orang, terutama wanita. Selain itu orang tua, 
pesakit kencing manis atau pesakit yang mengambil ubat yang boleh memperlahankan aktiviti usus juga kerap mengalami masalah ini.



Gas dalam usus datang daripada 2 sumber utama iaitu udara yang ditelan dan makanan. Setiap kali kita menelan, sedikit gas masuk ke dalam perut dan berpindah ke usus kecil yang mana sebahagian daripadanya diserap. Baki gas yang tidak diserap akan masuk ke dalam usus besar (kolon) dan dikeluarkan melalui dubur (rektum). Namun bagi sesetengah orang, angin yang masuk ke dalam perut tidak berpindah ke usus kecil atau besar, sebaliknya dikeluarkan melalui mulut (sendawa).



Biasanya masalah kembung atau sakit perut lebih terasa pada waktu tengah hari, terutama selepas makan, kerana makanan berlemak juga sebenarnya boleh merangsang kepada pengumpulan gas di dalam perut. Ini kerana lemak memperlahankan proses pengosongan perut dan membenarkan lebih banyak gas terkumpul, menyebabkan seseorang berasa kembung dan tidak selesa.



Punca Masalah Angin 



Banyak faktor boleh menyebabkan seseorang itu mengalami masalah angin berlebihan, antaranya :



* Tekanan — Individu yang tertekan/stres biasanya menelan lebih banyak angin.



* Kerap mengunyah gula-gula getah atau mengulum gula-gula yang keras.



* merokok



* Makan atau minum terlalu cepat dan makanan ditelan sebelum ia lumat. Apabila kita makan terlalu cepat, kita tidak sedar menelan lebih banyak udara dan menyebabkan masalah sedia ada bertambah buruk.



gigi palsu tidak dipasang dengan baik juga menyebabkan seseorang itu menelan lebih banyak udara.



* Minum minuman berkarbonat. Kandungan karbon dioksida dalam minuman ini menghasilkan lebih banyak gas apabila ia menjadi hangat di dalam perut. Ia juga boleh disebabkan keradangan pada lapisan dalam perut atau gastritis. Banyak perkara boleh menyebabkan gastritis dan antara paling lazim ialah jangkitan bakteria Helicobacter pylori (H pylori). Apabila bakteria ini masuk ke dalam perut, ia menyebabkan masalah kembung yang berpanjangan.



* Makan makanan yang banyak lemak kerana lemak mengambil masa lebih lama untuk dicerna dan memberi peluang banyak gas terkumpul dalam perut.



* Pemecahan makanan yang tidak tercerna - Bukan semua makanan diserap oleh badan. Sesetengah jenis karbohidrat, contohnya gula , kanji dan serat di dalam usus tidak dapat diserap akibat kekurangan atau ketiadaan enzim tertentu. Jadi makanan yang tidak diserap badan berpindah dari usus kecil ke usus besar yang mana bakteria baik memecahkannya dan menghasilkan gas hidrogen, karbon dioksida dan metana pada sesetengah orang. Semua gas ini akhirnya keluar melalui dubur.



Gejala



# Kerap buang angin — Secara purata kita buang angin kira-kira 10 kali sehari. Namun kekerapan ini boleh bertukar antara 6 hingga 20 kali sehari. Jika lebih daripada itu, ia dikira keterlaluan.



# Kerap sendawa — Sendawa selepas makan adalah perkara normal. Gas dikeluarkan apabila perut penuh berisi makanan. Bagaimanapun jika kerap sendawa, ia mungkin disebabkan seseorang itu menelan terlalu banyak udara dan melepaskan udara berkenaan sebelum ia sampai ke perut.



Sesetengah orang sengaja menelan udara untuk membuat mereka sendawa bagi melegakan ketidakselesaan perut. Kajian menunjukkan tindakan ini tidak memberi kelegaan, sebaliknya ia hanya menambah kandungan udara dalam perut. Ia boleh merangsang berlakunya masalah asid refluks iaitu aliran songsang asid dalam perut ke dalam salur makanan kerana asid gastrik di dalam perut tertolak ke atas ketika individu berkenaan cuba sendawa. Selain itu sendawa yang terlalu kerap mungkin menjadi petanda kepada masalah usus atas seperti ulser peptik atau asid refluks.



# Kembung — Keadaan ini boleh disebabkan oleh kehadiran angin dalam perut dan usus. Ia juga mungkin disebabkan jangkitan bakteria H pylori.



# Sakit perut atau rasa tidak selesa — Ia adalah masalah biasa tetapi kadangkala gejala ini boleh mengelirukan. Pengumpulan gas dalam usus yang menyebabkan kesakitan boleh berlaku di mana-mana sepanjang usus, sama ada di kiri atau kanan. Jika pengumpulan gas berlaku pada bahagian kiri usus, mungkin ditafsir sebagai penyakit jantung dan jika di belah kanan pula, ia menyerupai masalah batu hempedu atau apendiks.



Adakah Masalah Gas Berlebihan Satu Penyakit?



Tidak. Ia adalah masalah biasa yang dialami ramai orang dan boleh diatasi dengan melakukan beberapa perubahan seperti pemilihan makanan, cara makan dan bersenam. Bagaimanapun jika ketidakselesaan atau kesakitan berlanjutan, anda dinasihatkan agar berjumpa doktor supaya punca sebenar dapat diketahui.



Ini kerana jika masalah disebabkan jangkitan bakteria H pylori, ia perlu dirawat segera kerana bakteria yang mampu hidup bertahun-tahun lamanya pada persekitaran berasid dalam perut boleh menyebabkan ulser perut dan duodenum iaitu bahagian pertama usus kecil. Ia memberi lebih banyak masalah kerana individu itu boleh alami masalah sakit perut (pada bahagian atas), ketidakhadaman, kembung, pendarahan dalam perut akibat ulser dan berak berdarah (najis berdarah atau berwarna hitam yang menandakan kehadiran darah).



Berlebihan gas dalam usus juga mungkin menandakan beberapa keadaan lain seperti usus anda tidak aktif, ada masalah sistem perkumuhan atau usus mengandungi banyak bakteria yang menghasilkan banyak gas.



Rawatan



Rawatan untuk masalah banyak angin atau gas sangat mudah. Anda boleh beli ubat perangsang aktiviti usus di farmasi. Ia memudahkan pengeluaran gas daripada usus. Selain itu anda perlu lebih teliti ketika memilih makanan supaya masalah tidak bertambah teruk.



Jika masalah berlarutan, jumpa doktor kerana ia mungkin disebabkan jangkitan H pylori. Jangkitan bakteria ini boleh dirawat dengan pengambilan ubat antibiotik selama 2 minggu. Jangan biarkan masalah ini terus mengganggu hidup anda.



Makanan 'Bergas'



Antara makanan yang boleh menggalakkan penghasilan gas dalam usus ialah :



* Bunga kubis
* Kekacang
* Kubis
* Kubis Brussels
* Brokoli
* Bran
* Kebanyakan makanan berkanji (kentang, jagung, bihun, gandum). Beras adalah makanan berkanji yang tidak menyebabkan penghasilan gas
* Bawang
* Makanan bergoreng dan banyak lemak



Sila ambil perhatian juga dengan makanan-makanan berikut :



Serat



Kebanyakan orang beralih kepada pemakanan sihat dengan menambah pengambilan serat. Namun masalah gas berlebihan boleh berlaku jika mengambil terlalu banyak serat sama ada daripada bijirin (oat, bran atau gandum), roti mil penuh, bua buahan atau sayur sayuran.



Pada peringkat awal, pengambilan serat yang banyak akan menyebabkan rasa kembung tetapi masalah ini akan hilang perlahan-lahan dalam masa beberapa minggu. Bagaimanapun, ada juga yang tidak boleh menyesuaikan diri dengan penambahan serat dalam diet mereka. Untuk mengelak masalah ini, anda perlu minum lebih banyak air supaya serat tidak terkumpul dalam usus. Serat boleh menyerap air dan mengembang beberapa kali ganda daripada saiz asal. Jika anda minum air secukupnya, serat ini menjadi lembut dan mudah dikeluarkan daripada usus.



Susu dan Produk Tenusu



Antara punca lazim menyebabkan seseorang mengalami masalah kembung dan banyak angin ialah kekurangan enzim laktase yang bertanggungjawab mencernakan gula laktosa dalam susu dan produk tenusu. Ketiadaan enzim laktase menyebabkan laktosa yang tidak dicerna dipindahkan terus ke dalam usus besar dan melalui proses penapaian akibat tindakan bakteria. Dalam proses inilah banyak gas terhasil.



Buah-buahan dan Pemanis Makanan



Makanan manis mengandungi gula fruktosa juga boleh menyebabkan penghasilan gas berlebihan dalam usus. Usus kecil kita hanya boleh menyerap fruktosa pada jumlah tertentu dan selebihnya masuk ke dalam usus besar dan menjalani proses penapaian seperti laktosa. Elak juga pemanis makanan seperti sorbitol kerana ia sukar diserap badan.



Penjagaan di Rumah



* Jumpa doktor gigi, pastikan gigi palsu betul-betul padan dengan gusi.



* Elak mengunyah gula getah atau mengulum gula-gula (terutama gula getah tanpa pemanis atau gula-gula dietetik yang mengandungi sorbitol).



* Hentikan pengambilan minuman berkarbonat dan kurangkan makanan yang tinggi kandungan sirap fruktosa jagung.



* Elak susu dan produk tenusu seperti keju lembut jika anda ada masalah tidak toleran laktosa. Sebaliknya, cuba susu yang gula laktosanya dipecahkan (rujuk pada label).



* Kurangkan makan makanan yang banyak menghasilkan gas seperti kubis, bunga kubis, kubis Brussels, brokoli, kacang dan bran. Beli ubat pelega gas daripada farmasi yang boleh membantu memecahkan karbohidrat dalam makanan yang tidak boleh diserap badan.



* Makan perlahan-lahan dan kunyah sehingga lumat sebelum ditelan. Apabila makan terlalu cepat, kita menelan banyak udara.



* Buat diari makanan untuk mengetahui makanan mana yang menyebabkan anda lebih cepat mengalami masalah ini.



* Minum banyak air masak, sekurang-kurangnya satu hingga satu setengah liter sehari.



* Jangan makan terlalu banyak kerana ia juga menyebabkan penghasilan gas berlebihan selain masalah obesiti. Hadkan pengambilan makanan bergoreng dan berlemak.



* Banyakkan bersenam kerana senaman merangsang aktiviti usus supaya makanan yang tidak dihadam boleh dikeluarkan segera daripada badan.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List