Krisis politik: Mesir pecat 700 pegawai kanan polis
KAHERAH, 14 Julai — Hampir 700 pegawai kanan polis Mesir dibuang kerja ekoran insiden membunuh penunjuk perasaan ketika kebangkitan rakyat negara itu menggulingkan Presiden Hosni Mubarak awal tahun ini.Menteri Dalam Negeri Mansour Essawy berkata seramai 505 jeneral dan 164 pegawai biasa akan ditamatkan perkhidmatan mereka mulai 1 Ogos ini.Tindakan itu diambil ekoran protes yang berterusan di Dataran Tahrir di sini, menggesa kerajaan mempercepatkan tindakan ke atas anggota polis dan pegawai-pegawai Hosni yang berasuah.Pihak tentera juga mengesahkan bahawa pilihan raya September ini akan ditangguh.“Diputuskan bahawa (pilihan raya Parlimen) akan diadakan Oktober atau November,”...