Gembar-gembur Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) semakin hari semakin hangat diperkatakan dengan pelbagai versi dan spekulasi tarikh pembubaran parlimen sekaligus memberi laluan PRU-13 diadakan.
Antara spekulasi yang semakin kencang bertiup pada masa ini ialah jangkaan PRU-13 akan diadakan pada tahun ini khasnya setelah Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil ahli-ahli parlimen Barisan Nasional (BN) bermesyuarat baru-baru ini.
Dua parti utama ketika ini melahirkan keyakinan masing-masing untuk meraih kejayaan dalam PRU-13 itu nanti. Masing-masing BN dan Pakatan Rakyat (PR) ketika ini mula mencongak kekuatan dan kelemahan mereka dan juga pihak lawan.
Di pihak PR pada masa ini sedang menjulang harapan dan...
Keyakinan PR ke Putra Jaya....Mungkin Kah Angan Angan Mat Jenin.......
Copy & Posted By mahi on Jan 11, 2011
Malaysia sedang menuju gerbang muflis......???
Copy & Posted By mahi on Jan 11, 2011
Malaysia sememangnya sedang menuju ke gerbang kemuflisan jika Umno BN terus berhutang sewenang-wenangnya seperti sekarang, tetapi bukanlah disebabkan Janji 100 Hari Pakatan Rakyat.Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, tuduhan Perdana Menteri bahawa Janji 100 Hari Pakatan Rakyat akan menjadikan negara muflis adalah dangkal kerana hakikatnya, Umno BN yang berhutang setiap tahun sehingga hutang negara menggunung.Menurut Ketua Umum PKR itu, laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan pada 25 Oktober 2010 memberi amaran bahawa nisbah hutang negara kepada KDNK telah melepasi paras 50 peratus buat kali pertama dalam sejarah negara.Katanya, kenyataan Perdana Menteri kononnya Janji 100 Hari Pakatan...
MASIH HANGAT DIPASARAN......Khusrin Jaga Selangor Ibarat Kucing Jaga Ikan
Copy & Posted By mahi on Jan 11, 2011
Isu pelantikan Khusrin sebaagi KSU Selangor melambangkan betapa primitifnya Umno BN berpolitik. Sabotaj Kerajaan Pakatan adalah ajenda dan kerja utama Umno sejak beberapa Kerajaan Negeri jatuh ke tangan Pakatan dalam pilihan raya umum yang lalu.
Apabila Khusrin dilantik melalui kaedah pelantikan yang bertentangan dengan semangat dan roh federalisme yang merupakan ciri asas Perlembagaan Negara jelas sekali ketagihan Umno mencabul Perlembagaan sudah tidak dapat dirawat lagi.
Rakyat masih tidak lupa kerakusan kuasa Umno “merogol” bergilir-gilir Perlembagaan di Perak. Bagi menjustifikasi kudeta ( rampasan kuasa ) yang Umno lakukan di Perak , Umno membunuh doktrin “trias politica” ( pengasingan kuasa ) , doktrin raja berperlembagaan...