Al Fatihah.
PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Che Hashim Sulaima, 47, meninggal dunia di Hospital Pakar al-Islam, Kampung Baru akibat barah usus kira-kira pukul 4.30 petang tadi.
Maklumat tersebut disahkan oleh Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa yang turut berada di pusat rawatan berkenaan sejak pagi tadi.
"Beliau disahkan meninggal pada pukul 4.30 petang," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.
Che Hashim dimasukkan ke KBMC sejak lima hari lalu.
Anggota keluaga beliau turut berada di pusat rawatan berkenaan.
Beberapa pemimpin tertinggi PAS turut menziarahi Che Hashim antaranya Penolong Setiausaha Agung, Datuk Takiyuddin Hassan dan Naib Presiden, Datuk Mahfuz...