MB Selangor akhirnya akan mengaku kalah.....???

on Dec 31, 2010

Aku menjangkakan akhirnya MB Selangor, Khalid Ibrahim akan mengaku kalah dan terpaksa menerima Khusrin sebagai SUK Selangor yang baru. 

Sebenarnya takdak apa sangat yang boleh MB dan kerajaan Selangor buat untuk menentang cadangan ni. Pilihan yang ada pun cuma dengan memujuk Sultan untuk mengubah keputusan. Kalau Sultan sanggup mengubah keputusannya yang dah bagi pengesahan perlantikan Khusrin, maka ada ruang untuk ganti orang lain.

Tapi masalahnya, kalau tengok situasi dan kenyataan dari pihak istana sebelum-sebelum ni, nampak jelas yang Sultan Selangor kurang menyebelahi Pakatan Rakyat terutama sekali PKR dan DAP.

Isu kesucian masjid yang melibatkan Ahli Parlimen DAP Serdang, Teo Nie Ching masuk dan bagi 'tazkirah' dalam masjid dan juga isu ketuanan melayu rentetan ucapan Dr. Wan Azizah, Presiden PKR menampakkan institusi istana semacam jadi penyambung suara Umno.

Dalam isu perlantikan SUK ni pun, aku yakin pihak istana takkan sanggup mengambil pendekatan seolah-olah menyebelahi Pakatan Rakyat secara terbuka.

Takkan pihak istana sanggup dikata sebagai tidak teliti sebelum mengambil keputusan bagi tauliah melantik Khusrin, kecualilah memang kuasa memilih SUK tu jelas tertulis adalah kuasa MB atau kerajaan Selangor dan sultan kena patuh kepada peraturan tu.

Aku tak berapa nak salahkan sultan Selangor dalam isu ni, dia cuma jadi sultam macam sultan-sultan lain dan sultan-sultan terdahulu. Yang lebih patut disalahkan adalah penasihat-penasihat yang berada disekeliling sultan. Sapa pun tak dapat nafikan yang memang selama ni semua sultan yang ada dikelilingi oleh penasihat jenis macam penasihat kepada Sadiq Sigaraga, jenis penasihat 25% yang tentunya bermazhab Umno yang antara rukun utamanya adalah rasuah..

Akhirnya, mau atau takmau, suka atau tak suka, Khalid Ibrahim terpaksa terima Khusrin masuk dalam mesyuarat Exco. Kecuali la Kalau Khalid Ibrahim berani dan sanggup mengembeling rakyat untuk menderhaka kepada sultan.

Harakahdaily melaporkan:
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan, keutamaan beliau sekarang adalah untuk mengembalikan sepenuhnya kuasa mentadbir negeri kepada kuasa yang dipilih rakyat. 

Abdul Khalid berkata, menjadi amalan biasa sebelum ini pelantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) terlebih dahulu mendapat penerimaan Sultan dan Menteri Besar (MB).
Tetapi menerusi isu menghapuskan kekebalan Sultan sejak 1993 oleh Umno, kuasa melantik SUK telah 'dilupuskan' daripada Sultan dan MB.

Sejak itu, jelasnya, tiada lagi kuasa sultan dan MB untuk melantik Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang selain SUK.

Namun menurutnya, dalam pada itu masih terdapat satu kuasa menteri besar iaitu, setiap SUK yang ingin memulakan tugas mesti mengangkat sumpah di hadapan MB.

Abdul Khalid menegaskan demikian dalam majlis solat hajat dan bacaan Yaasin yang diadakan di kediaman rasmi beliau di sini, malam tadi. 

Aurat Oh Aurat....Dimana Silap Nya......???

on



Boleh jadi Tok Guru ke diaorang ni? Siapakah sang mursyid? Tapi inilah kot pimpinan UMNO-Bn yang terbaik kot. Ditengah rasuah, skandal, penyelewengan, mereka meruangkan sedikit masa untuk memberi tazkirah! Alhamdulillah. Tetapi mana seorang yang boleh menasihati rakyat Malaysia yang sebenar? Yang boleh dibuat contoh? Kebanyakannya jenis ketam mengajar anak berjalan lurus. Rakyat pun kopius mana satu guru Hadhari dan mana satu guru yang Badwi?

Tazkirah Rais tegur artis berpakaian seksi

Kumpulan Media Prima Berhad perlu membuat penilaian semula berhubung etika berpakaian dalam majlis anugerah anjurannya berikutan kekecewaan beberapa pihak mengenai artis wanita berpakaian tidak sopan dan seksi pada Majlis Anugerah Skrin TV3 2010, semalam. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, ini kerana anugerah tersebut bertujuan memberi penghargaan kepada filem, drama dan pelakon terbaik.

"Saya sebagai Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan malam tadi hanya beri fokus kepada mutu filem dan drama dipertandingkan. Saya tidak tumpukan kepada pakaian setiap artis yang hadir. Tetapi sekiranya ada keadaan menjolok mata dan tidak menyerikan majlis, Media Prima melalui anak syarikatnya, TV3 perlu nilai semula supaya ia tidak berulang pada anugerah akan datang. Siapa makan cili dia akan terasa pedasnya kerana saya dan pihak lain menyatakan pandangan ini dalam konteks sebenar," katanya.

Rais Yatim mengulas kekecewaan beberapa pihak terutama Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang kecewa dengan pendedahan aurat yang ketara oleh artis wanita pada majlis anugerah itu. kata Rais, setiap manusia ingin maju dalam kehidupan tetapi bukan bererti tamadun terutama sebagai orang Melayu dicabuli oleh kelakuan atau cara berpakaian yang tidak senonoh.

Apalah nak diharapkan dengan Syarifah Amani bagi role model ummah Islam. Mereka dilahirkan sebagai insan seni didikan dan tarbiyyah Umno-BN. Biji petola yang UMNO tanam memang membuahkan petola. Takkan keluar terung? Inilah cara mereka menutup aurat? Hadhari le tu... Apalah sangat dengan isteri Bapak Menteri? Adakah itu menutup aurat yang betul? Kitab mana Umno pakai?


Dan Pak Lah Badawi memberi tazkirah tentang baju 'ketat' Teo supaya sensitif

Semua pihak dinasihatkan supaya lebih sensitif ketika menjalankan sebarang aktiviti yang melibatkan agama bagi mengelak ketegangan dalam masyarakat. Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata setiap individu harus berfikir sebelum melaksanakan aktiviti yang boleh menggugat keharmonian negara.

"Tolong beri perhatian kepada perkara sensitif yang menimbulkan keadaan tidak baik. Ambil berat sedikit dengan apa yang nak dilakukan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah di Kepala Batas hari ini. Abdullah, yang juga Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), diminta mengulas laporan akhbar hari ini mengenai tindakan seorang wakil rakyat wanita daripada DAP yang masuk ke pekarangan Masjid Taman Cheras Jaya, Balakong di ibu negara, dengan memakai baju ketat melakukan senamrobik bersama-sama jemaah masjid tersebut

Akhbar itu juga turut melaporkan bahawa Anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching berkata: acara senamrobik tersebut adalah program pertama karnival Maal Hijrah anjuran masjid berkenaan.

Itu Teo yang tidak Islam. Mereka mana tahu takrif aurat yang sebenar. Yang ia nampak apa yang pemimpin UMNO pakai. Mereka mengaku Islam. Itulah gambaran aurat. habis si penasihat ini macamana? Kenapa disini tak bagi tazkirah? adakah ini sudah menutup aurat. Itulah yang YB Teo menjadi pening????

Sebenarnya hasil tarbiyyah UMNO.. sudah jadi kacau takrif aurat. Membujur lalu melintang patah. Sudah bertukar Islam hadhari dan badwi. Islam diatas kafir dibawah dan macam-macam. Inilah jasa Umno-BN kepada Islam semenjak dulu, kini dan begitulah selamanya... Dah pemimpin kecing berdiri.. apa-lagi rakyat pun kecing berlarilah


Penulis bukannya menentang atas tazkirah kedua-dua pemimpin Umno tersebut tetapi jenis cakap tak serupa bikin. Lihatlah isteri dan anak-anak mereka? Apakah takrif aurat disisi mereka? Tahukah mereka apa itu aurat? Bagaimana pula dengan isteri maupun wanita-wanita Umno. Bila pulak Pengerusi IKIM ini bagi tazkirah buat mereka, samada ketika jadi PM maupun sekarang?

Tapi biarlah serata tazkirah tersebut. bagaimana dengan isteri dan pimpinan PM sekarang. Tidakkah pemimpin itu menjadi contoh tauladan???.. tak ketat ke Rosmah??? macam sarung nangka jugak? mana ulama muda? mana penasihat IKIM? penasihat agama?


Bercakap isu aurat. Bagaimana dengan isu menteri rogol amah? Isu skandal tak berkesudahan? Isu anak membuntingkan anak dara orang sehingga ke mahkamah? Entahlah! akhir zaman. Yang baik dianggap pengkhianat negara, yang menghancurkan negara diberi anugerah dan dianggap berjasa.

Lihat pada gambar itu… nilailah sendiri. Inilah tok Guru pujaan mereka. Layakkah mereka membicarakan hal aurat??? Hakikatnya rakyat Malaysia ini lahir sebagaimana tarbiyyah UMNO sejak merdeka sehingga kini. macam tu nak sokong UMNO lagi entahlah.... mungkin kepala jenis kepala lutut kot......????

MP Teo Yang Kontroversi Atau Utusan Yang Meloya.........???

on

youth convension 111210 teo nie chingAnggota parlimen Serdang Teo Nie Ching yang dihurung kontroversi terbaru berhubung isu pakaiannya di perkarangan sebuah masjid di Cheras, hari ini meminta satu senarai pantang larang disediakan berhubung perkara itu.

Wakil rakyat DAP itu berkata, ini kerana, hampir 30 tahun tinggal di Malaysia, berdasarkan pelbagai persoalan sekitar umat Islam dan bukan Islam, beliau menjadi semakin keliru.

"Sama ada orang bukan Muslim boleh masuk surau? Sama ada orang bukan Muslim boleh masuk perkarangan masjid? Sama ada orang bukan Muslim boleh baca Quran? Sama ada orang bukan Muslim boleh guna Kalimah Allah?" soalnya bertalu-talu.

"Sekiranya Datuk Seri Najib (Razak) dan pemimpin-pemimpin Umno yang laincannot be bothered untuk menjawab soalan-soalan saya, mungkin pemimpin-pemimpin MCA, GERAKAN ataupun MIC boleh mengeluarkan satu senarai 'OK Tak OK' untuk semua warga bukan Muslim negara ini?" tegasnya.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, selepas kontroversi memasuki surau di Kajang Ramadan lalu, Teo didakwa masuk ke perkarangan Masjid Taman Cheras Jaya, Balakong dengan memakai baju ketat dan melakukan senamrobik bersama-sama jemaah masjid.

Memetik sebuah blog, harian berbahasa Melayu itu dilapor mempersoal sama ada Islam yang diperjuangkan PAS di Selangor berbeza dengan negeri-negeri lain, seperti Kelantan yang mengasingkan kaunter bayaran berlainan jantina.

Blog tersebut, Ruang Bicara Faisal juga dilaporkan menyindir sama ada tahun depan mungkin masjid itu boleh menganjurkan pesta tari-menari dalam kawasannya sebagai sebahagian acara sambutan Maal Hijrah.

Teo: Utusan tak layak beri ajaran agama
Menulis di laman Facebook beliau hari ini, Teo berkata, walaupun Najib memberikan pelbagai saranan kepada media dalam sebuah konvensyen akhbar Cina pada 20 Disember, dalam masa yang sama, Utusan "memainkan isu agama dan kaum yang sempit dan bahaya."

"Adalah jelas sekali bahawa Utusan Malaysia bukanlah penggalak kesederhanaan tetapi penggalak ekstremisme, tetapi adakah perdana menteri ataupun menteri dalam negeri akan mengambil sebarang tindakan terhadap Utusan Malaysia?" katanya.

Mempertahankan tindakannya, Teo yang juga pembantu setiausaha publisiti DAP menjelaskan, tindakannya menyertai program masjid itu bertujuan merapatkan hubungan antara komuniti.

"Sudah banyak kali saya lihat orang bukan Islam menghadiri majlis hari raya Aidilfitri di perkarangan masjid. Jadi, apa kesalahan saya untuk menghadiri majlis-majlis yang dianjurkan di perkarangan surau ataupun masjid apabila dijemput?"

"Adakah saya salah kerana saya memang telah melanggar ajaran Islam? Ataupun sebab saya seorang ahli politik DAP?" soalnya.

Mengambil peluang itu, beliau mengkritik Utusan yang didakwanya hanya tahu benci-membenci dengan menggunakan fahaman ekstremis baik aspek kaum, jantina mahupun agama. 

"Saya tidak akan ikut adat yang ditetapkan oleh Utusan Malaysia ataupun Umno kerana saya percaya Utusan Malaysia tidak layak untuk memberi ajaran agama Islam," kata anggota parlimen muda itu. 

 malaysiakini


Salam 1Malaysia,

Kepada Perdana Menteri, bekas Perdana Menteri, Menteri Agama, Mufti-mufti dan ulama muda tarbus, ingin saya bertanya sebuah persoalan bagi menambahkan ilmu pengetahuan yang serba-serbinya lemah ini.

Soalannya berbunyi - Adakah etika pemakaian seperti di bawah boleh dimaafkan ?

Ini bersukan boleh dimaafkan...???
Ini juga mungkin boleh dimaafkan...???
Ini alasan pekerjaan, boleh jadi dimaafkan...???
 
Ini artis, jadi ia boleh dimaafkan kerana menjalankan tanggungjawab...???

Ini boleh sudah tentu boleh dimaafkan, kerana dosa 'tersebut' boleh dikambus dengan pahala bacaan Al-Quran itu..???

Ini boleh dimaafkan, dan menjadi contoh terbaik... Lu komen le sendiri....



Tetapi yang ini langsung tidak boleh dimaafkan kerana telah mencemar perkarangan masjid! Kalau perempuan berbaju putih itu orang Islam, sudah tentu hukuman berat menanti beliau sepertimana yang berlaku kepada orang-orang Islam yang lain...

Raja-Raja Melayu Perlu Berhati-Hati......

on

Anak Bapa sememangnya seorang anak Melayu, dan akan kekal menjadi Melayu sehingga akhir hayat. Tetapi ini tidak bermakna Anak Bapa akan menggangguk apa saja yang dibuat atas nama Melayu.

Ini disebabkan ada pertimbangan lain yang lebih besar dan lebih aula dalam hidup Anak Bapa. Dengan menjadi seorang Muslim bermakna Anak Bapa terikat kepada kepatuhan mutlak kepada Allah swt dan bukan kepada makhluk lain, melaksanakan segala tuntutan agama dalam segala as
pek kehidupan.

Walaupun diakui terdapat kelemahan kepada undang-undang buatan manusia tetapi terbukti perlembagaan negara dan undang-undang tubuh negeri setakat ini masih mampu untuk menguruskan negara dan rakyat dengan adil dan saksama dengan syarat semua pihak mematuhinya dari segi semangat dan tujuan.
Tetapi malangnya apa yang berlaku di bawah pentadbiran UMNO/BN, terutama di zaman Dr.

Mahathir, Pak Lah dan kini Najib, kita lihat pencabulan dalam segala aspek perundangan secara berterusan oleh pihak eksekutif, legislatif dan kehakiman.

Peristiwa perbicaraan Anwar dalam kes Liwat I dan II, dan pengantungannya sebagai ahli parlimen bersama 3 lagi ahli parlimen pembangkang baru-baru ini, jelas memperlihatkan kerakusan pihak pemerintah dalam memperkosa undang-undang negara demi kepentingan nafsu politik mereka. Dan yang lebih malang lagi aktiviti mereka semakin ghairah dan semakin melampau di ambang kemusnahan UMNO/BN.

UMNO tidak segan silu untuk menggunakan apa saja cara demi kelangsungan hayat politik mereka termasuk mengheret raja-raja Melayu ke kancah permainan politik kotor mereka walaupun selama ini mereka merupakan puak yang telah merosakkan reputasi institusi berkenaan. Insiden memburuk-burukkan raja-raja Melayu ketika usaha mereka dalam menasahkan imuniti raja-raja Melayu dahulu, dan pertabalkan Sultan Kelantan baru oleh pemimpin UMNO ketika PAS baru mengambil alih pemerintahan Kelantan dari BN pada awal 90an dahulu adalah antara beberapa insiden malang yang dipelopori UMNO dalam mencemarkan institusi yang didokong rakyat.

Anak Bapa tidak tahu kenapa raja-raja Melayu mula dilihat bersekongkol dengan UMNO dalam membelakangkan undang-undang. Peristiwa rampasan kuasa di Perak jelas menunjukkan konspirasi pihak istana dan UMNO dalam menidakkan hak rakyat seperti yang terkandung dalam undang-undang tubuh negeri Perak. Beberapa kejadian di Selangor juga mula kelihatan seperti skrip yang sama seperti di Perak. Isu mutakhir pelantikan Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri menunjukkan dengan jelas usaha berterusan UMNO dalam mengheret sama pihak istana dalam membelakangkan undang-undang tubuh negeri. Sedarkah Sultan bahawa peruntukan undang-undang berhubung pelantikan SUK perlu mendapat restu baginda telah dimansuhkan oleh UMNO dahulu?

Anak Bapa masih ingat ucapan Raja Nazrin, Raja Muda Perak, yang mengingatkan raja-raja Melayu bahawa jika mereka ingin kekal relevan maka mereka perlu dilihat adil kepada semua dan meletakkan undang-undang sebagai asas kepada segala tindak tanduk mereka.

Malangnya raja-raja Melayu semakin terbabas dalam tindak tanduk mereka. Malah sesiapa saja yang rapat dengan UMNO akhirnya akan terbabas. UMNO akan menjanjikan langit dan bumi untuk mencapai nafsu syahwat mereka. Adakah janji-janji projek, kemewahan dan kelangsungan bangsa Melayu (walaupun UMNO tak ada kuasa menentukannya) menyebabkan raja-raja Melayu terjebak dalam perangkap UMNO dan bersetuju bersama-sama menidakkan hak rakyat dan undang-undang?

Jika inilah pendekatan yang nak diguna oleh raja-raja Melayu, Anak Bapa ingin nasihatkan mereka supaya fikir balik habis-habis. Sokongan UMNO adalah sokongan membawa rebah. Jangan korbankan maruah dan kedaulatan institusi raja-raja Melayu dengan tindakan yang dilihat bertujuan menyambung hayat UMNO. Dan yang lebih utama jangan memandang rendah kepada kuasa rakyat dan apa yang mereka mampu lakukan.

Anak Bapa yakin raja-raja Melayu mampu berfikir secara objektif dan adil. Jika ada yang agak terbabas yang lainnya akan membantu membetulkannya. Tindakan kolektif raja-raja Melayu dalam memulihkan keyakinan rakyat kepada konsep raja berpelembagaan amatlah dialu-alukan sebelum ia terlambat. Raja juga adalah manusia dan mereka terdedah kepada kesilapan. Rakyat perlu menegur dan mereka perlu mendengar.

Anak Bapa: Berani kerana benar …….

SUK mula tugas angkat sumpah depan MB........

on



SHAH ALAM, 31 Dis: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan, keutamaan beliau sekarang adalah untuk mengembalikan sepenuhnya kuasa mentadbir negeri kepada kuasa yang dipilih rakyat.

Abdul Khalid berkata, menjadi amalan biasa sebelum ini pelantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) terlebih dahulu mendapat penerimaan Sultan dan Menteri Besar (MB).

Tetapi menerusi isu menghapuskan kekebalan Sultan sejak 1993 oleh Umno, kuasa melantik SUK telah 'dilupuskan' daripada Sultan dan MB.

Sejak itu, jelasnya, tiada lagi kuasa sultan dan MB untuk melantik Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang selain SUK.

Namun menurutnya, dalam pada itu masih terdapat satu kuasa menteri besar iaitu, setiap SUK yang ingin memulakan tugas mesti mengangkat sumpah di hadapan MB.

Abdul Khalid menegaskan demikian dalam majlis solat hajat dan bacaan Yaasin yang diadakan di kediaman rasmi beliau di sini, malam tadi.

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjamaah, ucapan dari MB dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, solat hajat, bacaan Yaasin dan solat Isyak yang dipimpin oleh Ketua Penerangan KeAdilan, Dr Mohd Nor Manuty.

"Dalam menjalankan amanah rakyat mentadbir negeri ini, membina satu pasukan terbaik adalah keperluan utama untuk sama-sama merancang dan bertukar fikiran.

"Selain itu, SUK mestilah orang yang berpengalaman, dapat berucap dan difahami rakyat, menguasai Bahasa Inggeris dengan baik terutamanya dengan pelabur.

"Paling utama juga, beliau mestilah mempunyai rasa kemesraan tentang perjuangan rakyat, mampu menjana negeri terulung di negara ini, pembangunan dan perusahaan serta sebagai negeri maju," tegasnya.

Meskipun bagi beliau, isu ini merupakan perkara kecil sahaja dalam pengurusan namun bimbang jika disalahgunakan bukan untuk membangun tetapi meruntuhkan Negeri Selangor.

Sementara itu, Khalid di dalam ucapannya berkata, Sultan sewajarnya tidak dilibatkan di dalam politik jika ingin mendapat sokongan dari keseluruhan rakyat.

Beliau juga berkata, sudah menjadi amalan sesiapa pun tidak hadir sesuatu majlis walimatul-urus jika tidak mendapat undangan hadiri kenduri berkenaan.

"Datuk Khusrin perlu faham-faham sendiri, nama beliau tidak ada dalam senarai jemputan sebagai SUK," sindirnya akhiri ucapan.

Harakahdaily/-

MAKA BERMULA LAH PROJEK MEE SEGERA DI TENANG.......???

on

Projek mee segera sememangnya tak dapat dipisahkan dengan mana  mana PKR. DUN Tenang sama sekali tak terkecuali dalam hal ini. Bagi mereka yang sering mengikuti perkembangan PRK, ia bukanlah sesuatu yang luar biasa.


Dimana ada UMNO di situ MELAYU merempat... Nak dapat semua nih tunggu WAKIL RAKYAT meninggal dunia dulu... Kalau tak jangan harap le ada projek.. kahkahkah pasal apa...???  PASAL NAK ADA KEBETULAN......


Felda Tenang


Yang ini pun harap jangan lupa turap ya......

Kampung Sawah Baru Labis 
 


APA NAK JADI NI......???

on

Yang bersalah bebas sebebas nya seperti kes rogol yang terhangat dipasaran masa kini. Yang tak bersalah diciptakan kesalahan agar kelihatan bersalah..... Apa nak jadi negara ku yang tercinta ini......???



"Lebih sanggup mati daripada difitnah"
Chia Buang Hing sanggah tuduhan polis




"Lebih sanggup mati daripada difitnah," Chia Buang Hing tampil untuk menafikan tuduhan yang dilemparkan daripada polis terhadapnya, malah menegaskan bahawa beliau akan mempertahankan reputasi dirinya.  Chia menafikan tuduhan bahawa beliau menyimpan dadah dan parang dalam kereta, malah tidak pernah menggelar dirinya sebagai "Datuk".

Dalam satu sidang media semalam, Chia Buang Hing berkata dirinya tidak terjebak dalam kegiatan jenayah atau perniagaan haram, sebaliknya sering melakukan kerja amal.  Justeru itu, beliau amat tersinggung dengan "fitnah" bahawa dirinya menyimpan dadah dan parang dalam kereta.

Beliau menjelaskan bahawa dirinya hanya seorang peniaga membuat bingkai, tanpa latar belakang politik.  Beliau memilih untuk mendedahkan pengalaman pahitnya ini kepada semua orang - dizalimi polis hanya kerana enggan menyogok rasuah berikutan cukai jalannya yang melewati tarikh luput lebih 20 hari.

"Bukankah polis seharusnya melindungi rakyat, menjaga keamanan masyarakat dan mengurangkan jenayah?  Sebaliknya, (mereka pula) menzalimi saya, fitnah saya..." Chia menyambung, "Sehingga kini, polis masih memfitnah bahawa saya menyimpan dadah, membawa parang dan menyalahgunakan kad VIP dari istana.  Mana dadahnya?  Mana parangnya?  Ini tuduhan yang bukan-bukan!"

Turut hadir dalam sidang media, ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata, OCPD Petaling Jaya Azizuddin pernah mengeluarkan kenyataan kepada media bahawa Chia Buang Hing ditahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana dua gram dadah dan sebilah parang dijumpai dalam keretanya.

Bagaimanapun, dua orang anggota polis yang didakwa menyerang Chia telah dibebaskan semalam, dengan alasan bahawa mereka tidak akan melarikan diri kerana mereka adalah polis.

Gelaran "Datuk"

Berhubung gelaran "Datuk", Chia Buang Hing menjelaskan bahawa dirinya memperolehi kad VIP dari Istana Kelantan kerana sering terlibat dalam kerja amal.  Beliau berkata, "Tak pernah saya menggelar diri saya 'Datuk' (dengan kad tersebut).  Tak pernah juga saya sebut apa identiti saya.  Saya tak pernah menggunakan kad ini.  Cuma hari tu... ketika menyemak kad pengenalan saya, mereka (polis) menarik keluar kad (VIP) itu..."

Sebelum ini, Ketua Polis Selangor Hisan Hamzah berkata Chia Buang Hing mendakwa dirinya bergelar "Datuk".  Malah, Hisan Hamzah berkata tindakan akan diambil ke atas Chia seandainya siasatan mendapati itu bukan gelaran "Datuk".

Chia Buang Hing menangis berkali-kali dalam sidang media yang diadakan bersama Lim Lip Eng (gambar kiri, kiri), peguamnya, ibunya dan ibu mertuanya.  Sebelum sidang media dimulakan, Chua memberitahu wartawan bahawa dirinya amat sedih setelah membaca kenyataan polis dalam media.

Chia menangis sejak awal pagi semalam, dan mula menulis sepucuk surat yang diibaratkan dirinya sebagai "surat wasiat".  Beliau yang tidak fasih dalam bahasa Malaysia berkata, "Saya lebih sanggup terkorban.  Saya lebih sanggup untuk mati daripada difitnah.  Saya tidak akan membiarkan mereka berjaya (memfitnah saya).  Kerana ia akan menjejaskan hidup saya, perniagaan saya, dan reputasi kuil saya."

Chia Buang Hing ialah pemilik tiga buah kedai pembuat bingkai, dan Pengerusi kepada Kuil Guan-Di di Kuala Lumpur-Selangor.



Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List