"Kepada semua para pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat dan ahli-ahli bawahan sila ambil perhatian dengan artikal ini.Kemaraan dan kekuatan pembangkang sejak 3 tahun ini amat menakutkan kerajaan UMNO-BN disertakan dengan kematangan rakyat terhadap isu politik negara. Dipendekkan cerita UMNO-BN begitu tidak bersedia untuk tewas atau ditumbangkan dalam PRU-13 akan datang.
Oleh itu mereka sekarang ini bermati-matian berkerja siang malam dalam mencari serta mencipta helah atau tipu daya dalam usaha untuk terus berkuasa.Instrumen kerajaan seperti Polis, badan kehakiman, SPR, SPRM dan banyak lagi kini telah dijadikan komponen mereka bagi memastikan UMNO-BN terus berkuasa pada PRU-13.
Dan kita perlu faham bahawa badan-badan...