Gerakan anti Ali dilancar di Sg Petani
Ketua Umno Bahagian Sungai Petani, Ali Yahya, terus dirundung krisis keyakinan apabila sekumpulan 200 ahli yang tidak sebulu dengannya, menggerakkan usaha mempertikaikan kepemimpinannya menerusi pakatan Gerakan Anti Ali (GAA).GAA yang mendakwa menerima sokongan kira-kira 80 daripada 130 cawangan Umno dalam bahagian itu, turut mempertikaikan tindakan Badan Perhubungan Umno negeri Kedah yang mengekalkan jawatan Ali meskipun jawatan itu dipangku timbalan pengerusi Umno negeri, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.
Diketuai Abu Bakar Ahmad, GAA menuntut badan perhubungan Umno Kedah melucutkan semua jawatan yang masih disandang Ali, iaitu penyelaras parlimen dan pengerusi majlis pembangunan pertanian...
Patut pun PN terkucil lagi
2 minutes ago