Perhimpunan tamat, khemah terus berdiri Anak muda berkhemah di Padang Merbok hingga bos SPR letak jawatan

on Jun 22, 2013




Aktivis sosial, Hishamuddin Rais berkata, anak muda pada himpunan Black 505 di Padang Merbok hari ini akan berkhemah di kawasan itu sehingga pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan timbalannya meletak jawatan.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan puluhan ribu hadirin yang membanjiri lokasi itu petang ini.Dalam pada itu, beberapa orang peserta dari kalangan aktivis SAMM, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan NGO Suara Rakyat 505 mendirikan lima buah khemah di bahagian tengah Padang Merbok.

Memetik Malaysiakini, jurucakap SMM, Ehsan Bukharee berkata, lebih banyak lagi khemah akan didirikan selepas ini.Sementara itu, sedikit kekecohan berlaku apabila dua pegawai penguatkuasa DBKL tiba ke kawasan khemah yang didirikan dan meminta para peserta merobohkan struktur tersebut.

Tindakan kasar tersebut menyebabkan kira-kira 20 peserta yang tidak berpuas hati mengerumuni pegawai tersebut, sebelum salah seorang daripadanya meninggalkan kawasan itu.Namun rakannya membalas asakan peserta dan menolak salah seorang mereka sehingga terjatuh. Susulan itu, pegawai terbabit terpaksa diiring sekumpulan kira-kira 10 pegawai DBKL lain serta unit amal PAS ke satu satu van milik DBKL.







Photobucket

HUSAM MUSA DITAHAN POLIS...?

on



Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa ditahan oleh polis hari ini di Pandan.

Menurut Husam, beliau percaya penahanannya bertujuan untuk menghalang beliau menghadiri perhimpunan bagi membantah dakwaan penipuan dalam Pilihan Raya 2013.

“Saya ditahan di Pandan tadi lebih kurang jam 4.00 petang. Sekarang ini saya berada di IPD Ampang,” kata Husam apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider merujuk kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang.

“Saya diberitahu oleh polis, mereka menahan saya kerana pihak polis Kelantan mahu saya ditahan. Tapi saya berada di Kelantan sejak tiga hari lalu takde pula yang menahan saya,” tambahnya.

Baru-baru ini, Husam mengeluarkan kenyataan menggesa penyokong dan ahli PAS untuk menyokong perhimpunan Black 505.

"Andai kata kita terkorban, atau satu daripada kita terkorban, insya Allah ia adalah syahid fi sabillah," kata Husam disiarkan pada 18 Mei oleh Harakahdaily. -TMI



Ini berita terkini dari twitter GobindSinghDeo

Dato Husam sekarang dalam perjalanan ke IPD Kota Bahru. Di iringi 4 kereta polis dan lebih dpd 10 pegawai polis. Ditahan berkenaan ucapan di ketereh pd 12.6.13. Disiasat utk hasutan dibawah s4(1) Akta Hasutan. OTW ke IPD Kota Bahru sekarang



Ulasan GB

Penahanan Husam adalah “Saya diberitahu oleh polis, mereka menahan saya kerana pihak polis Kelantan mahu saya ditahan"!

Mengapa Husam tak ditahan di Kelantan tetapi menahannya sewaktu beliau di Kuala Lumpur?

Kedua, motif penahanannya diragui. Jika perkataan Husam seperti yang tersiar di Harakahdaily itu menjadi penyebab kepada penahanannya, maka jelas pihak yang menahannya tidak tahu dan tidak faham perkataan "INSYA ALLAH".

Husam "tidak berfatwa", tetapi Husam menyatakan pendapatnya, maka itu ada perkataan "INSYA ALLAH" dilafazkan.

"Andai kata kita terkorban, atau satu daripada kita terkorban, insya Allahia adalah syahid fi sabillah,"

Apabila beliau mengeluarkan pendapat, bermakna ia bukan hasutan dan tidak boleh lansung didakwa dibawah Akta Hasutan.



Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List