Negarawan Batu Ronson

on Nov 23, 2012






Komen terbaru Mahathir mengenai siapa yang layak menjadi PM jika Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya akan datang mengesahkan lagi kedudukan Mahathir sebagai batu api dalam politik negara atau "batu ronson" dalam istilah orang kebanyakan. Beliau nampaknya bekerja siang malam memikirkan bagaimana untuk melaga-lagakan penyokong Pas, PKR dan DAP serta rakyat seluruhnya sebelum Najib membubarkan Parlimen.

Hari ini bekas PM itu berkata, Haji Hadi lebih layak menjadi PM berbanding Anwar jika PR menang pilihanraya akan datang kerana menurutnya Presiden Pas itu tiada bebanan sejarah berbanding Anwar. 

Sehari sebelum itu, dalam isu yang sama beliau berkata, PR sepatutnya memilih Karpal Singh menjadi PM jika pakatan pembangkang itu memenangi piliharaya kerana katanya, Pengerusi DAP itu sudah lama berjuang dan sudah sewajarnya diberikan jawatan itu.

Hanya dalam dua hari, pandangannya tidak konsisten. Kalau esok ada yang bertanya lagi tentang isu yang sama, mungkin jawapannya berbeza lagi. Mungkin Mahfuz, Mat Sabu atau Lim Guan Eng pula yang disebutnya lebih layak menjadi PM.

Dengan menyebut dua nama berbeza yang layak untuk menjadi PM mewakili pembangkang, selain Anwar yang sudah dipersetujui secara konsensus oleh PR, ini secara jelas menggambarkan Mahathir juga seperti majoriti rakyat lain tidak lagi menaruh harapan PM akan datang datangnya daripada UMNO.

Dalam masa yang sama juga, meskipun Mahathir diketahui mahukan UMNO menang pilihanraya akan datang ini, tetapi beliau tidak pula pernah menyebut Najib perlu terus dikekalkan sebagai PM.

Walaupun difahami bahawa tujuan Mahathir menyebut Karpal dan Haji Hadi sebagai bakal PM berbanding Anwar bagi mewakili PR adalah bertujuan menyakitkan hati Anwar serta melaga-lagakan penyokong pembangkang serta menimbulkan kesangsian kepada pengundi atas pagar terhadap PR, hakikatnya isu ini difahami dengan jelas oleh sesiapa juga yang berakal waras.

Sebagaimana yang dijelaskan oleh Setiausaha Agung Pas, Mustapha Ali bahawa isu Haji Hadi sebagai bakal PM hanyalah saranan perwakilan Pas saja dan bukannya usul, maka ianya tidak perlu dijadikan bahan lagaan yang berlebih-lebihan.

Dalam perhimpunan UMNO juga, bermacam-macam saranan, gesaan dan pandangan pernah dilahirkan mengenai pemimpin yang patut diberikan jawatan, dinaikkan pangkat dan digugurkan tetapi akhirnya semua memahami ianya hanyalah saranan seronok perwakilan ketika berpeluang mendapat mikrofon saja.

Dalam PR, walaupun Anwar diketahui dan sudah dipersetujui sebagai bakal PM jika PR memenangi pilihanraya, namun sebenarnya apa yang rakyat mahukan juga ialah perubahan. Anwar atau sesiapa saja hanyalah alat, yang penting perubahan mesti berlaku.

Dengan menyebut nama selain daripada Anwar, Mahathir juga menyerlahkan kebimbangannya jika bekas timbalannya itu akhirnya berjaya juga menjadi PM suatu hari nanti.

Setelah memecat dan memenjarakan Anwar, Mahathir mungkin merasakan beliau dapat bersara dengan aman apabila mengumumkan perletakan jawatan pada 2003 lalu. Apa yang berlaku selepas itu di mana Anwar dibebaskan, beliau bermusuh dengan Pak Lah, BN hilang majoriti dua pertiga dan kebangkitan rakyat makin membara, jelas merupakan sesuatu yang diluar jangkaan Mahathir sendiri.

Hari ini dengan kedudukan BN makin goyah manakala rakyat pula semakin dahagakan perubahan, Mahathir terpaksa memilih untuk menjadi "batu ronson". Bukan saja komennya mengenai bakal PM daripada PR ini yang bertujuan melaga dan menghasut rakyat tetapi jika diimbas kembali kebanyakan komen serta pandangannya dalam banyak perkara sebelum ini pun adalah bertujuan menimbulkan kesangsian serta curiga antara satu sama lain.

Beliau sering melaga-lagakan Islam sesama Islam, Islam dengan bukan Islam, Melayu dengan bukan Melayu dan sebagainya lagi. Pelbagai logik dan helah akal digunakan untuk mewajarkan apa yang dikatakannya.

Perbuatannya melaga-lagakan Pas dengan DAP, Pas dengan PKR dan PKR dengan DAP, lagilah tak terhitung banyaknya.

Sebagai bekas PM yang masih ada ada pengaruh, beliau tahu pandangannya tetap akan diterima oleh kelompok-kelompok tertentu dan "batu ronsonnya" akan tetap memercikkan api. Cuma sebesar mana percikan api yang mampu dinyalakannya yang menjadi persoalan.

Ketika memempgang jawatan PM juga, Mahathir terkenal dengan amalan laga-melaga dan pecah perintah dalan politik hariannya. Di awal menjadi PM, beliau melaga-lagakan Musa Hitam dengan Tengku Razaleigh. Kedua-duanya akhirnya berebut pengaruh dan jawatan, tetapi hasilnya Mahathir tetap kekal sebagai PM.

Selepas itu, beliau melaga-lagakan pula Tun Ghafar dengan Anwar dengan memberi komen seolah-olah Tun Ghafar tidak diperlukan lagi apabila kebangkitan Anwar pada 1993 tidak mampu ditahannya. Tun Ghafar merajuk dan berkecil hati ketika itu dan sumbangannya terhadap Mahathir dan UMNO selepas pertandingan 1987 bagai tidak dihargai.

Di zaman Pak Lah pula, Mahathir melaga-lagakan ahli UMNO supaya menolak kepimpinan Pak Lah yang tidak disukainya. Beliau berhujah bahawa kemenangan terlalu cemerlang pada 2004 adalah tidak baik bagi rakyat kerana tiada "check and balance". Disebabkan ahli UMNO terpedaya dan rakyat termakan hasutannya, selepas pilihanraya 2008 Pak Lah tersingkir akhirnya.

Menjadi "batu ronson" nampaknya sudah sebati dengan Mahathir sejak dulu lagi.

Kini dengan PR semakin hampir menawan Putrajaya, Mahathir terus tiada hentinya menjadi "batu ronson" dan melaga-lagakan rakyat supaya PR gagal berkuasa dan Anwar tidak menjadi PM.

Selalunya orang yang suka menjadi "batu ronson" ini mengharapkan sesuatu habuan daripada perbuatannya itu, mungkin dalam bentuk wang ringgit, makan minum percuma, anugerah jawatan, pangkat dan sebagainya. Dalam masyarakat seharian, watak "batu ronson" ini ada di mana-mana dan boleh ditemui di mana saja.

Jika "batu ronson" tahap pencacai, habuan yang menunggu hanyalah sekadar makan percuma, wang ringgit dan seumpamanya tetapi "batu ronson" tahap nasional ini tentulah habuannya lebih berganda.

Dengan UMNO dan BN terus kekal berkuasa, habuan yang mennunggu Mahathir ialah legasi beliau akan terus kekal dan kepentingan anak-anak serta keluarganya dalam politik dan perniagaan yang bernilai berbilion ringgit juga akan kekal sama.

Itulah yang dipertahakan Mahathir dan ini memungkinkan beliau akan menjadi "batu ronson" sampai ke akhir hayatnya.


 Shahbudin Husin

Photobucket

Bersama Anwar Di Pekan Tiang Dua Air Molek Melaka

on





Tahun 1999 pekan ini tidak dapat ditembusi oleh pembangkang atau Barisan Alternatif, meski pun ada segelintir penduduk nya terdiri dari DAP.

 Tahun 2008 pekan ini masih belum dapat ditembusi oleh pembangkang.

Tetapi pada tahun 2012 Pakatan Rakyat telah dapat menubuhkan bilik gerakan di Pekan Tiang Dua ini. Yang dulu nya bersama MCA tetapi kini kelihatan berada dengan DAP dalam Pakatan Rakyat.

Biarlah gambar berbicara.......





















Photobucket

UMNO BAKAL MUSNAH: Najib Dalam Misi Bunuh Diri, Mahathir AMBIL ALIH

on









Kejatuhan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan partinya UMNO adalah akibat perbuatan mereka sendiri. Ini adalah kesan setelah 55 tahun salah laku dalam pemerintahan, penyalahgunaan kuasa, kronisme, rasuah, skandal, ketamakan dan perkauman.

Ia semua berlaku apabila tiada menteri sebelumnya mahu melakukan perkara yang betul, iaitu memerangi rasuah. Kemudian mereka gagal untuk memperkukuhkan UMNO dengan orang bijak pandai dan jujur​​. Namun, kesilapan terbesar mereka adalah tidak berlaku adil kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira warna kulit sehinggakan orang bukan Melayu mula beralih untuk menyokong pembangkang.


Pengundi Melayu juga mula meninggalkan UMNO untuk PAS yang lebih kukuh dan jujur​​. Malah, peralihan keluar dari UMNO bermula pada 1960-an, dengan kadar yang semakin meningkat sehingga hari ini apabila orang Melayu mula berpecah antara UMNO di satu pihak dan PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di pihak yang lain.

Memilih untuk menipu dari memperbetulkan kelemahan

Malangnya, daripada bekerja untuk memperbaiki imej dan integriti parti mereka, pemimpin UMNO menggunakan cara kotor untuk memenangi pilihan raya; mereka menipu. Ia mendatangkan hasil dan tidak lama lagi dosa ini menjadi satu tabiat yang berakar dalam minda UMNO. Lihatlah bagaimana kepimpinan UMNO bertindak balas terhadap pergerakan Bersih yang menuntut pilihanraya yang bersih. Ketakutan dan kemarahan UMNO apabila diminta untuk membersihkan daftar undi amat ketara. UMNO kecewa dan bertindak balas dengan ganas terhadap penyokong Bersih di kesemua demonstrasi Bersih kerana ia merasakan ia mempunyai hak mutlak untuk menipu!

Beberapa kaedah melampau mereka dalam menipu termasuk membina pengkalan tentera dalam kawasan pilihanraya yang penting bagi UMNO untuk mendapatkan undi mudah. Tetapi pada tahun 1980-an, UMNO mendapati ia tidak boleh lagi bergantung kepada pangkalan tentera atau perkhidmatan awam kerana untuk mengekalkan kedua-duanya menelan belanja yang besar apatah lagi untuk mengembangkannya.

UMNO kemudian mula menarik pendatang asing untuk memohon kewarganegaraan Malaysia terutamanya Indonesia. Tetapi tidak semua yang baru mendapat kewarganegaraan Malaysia menyokong UMNO kerana terdapat orang-orang yang berpengetahuan agama di kalangan mereka, dan seperti di Indonesia, mereka lebih suka untuk menyokong pembangkang. Oleh itu, kini di alaf baru, UMNO tidak mempunyai pilihan tetapi untuk memberi kerakyatan segera kepada pendatang dari Bangladesh, Pakistan dan Filipina, lengkap dengan upacara angkat sumpah untuk berjanji mengundi UMNO dan BN.

Usaha sedemikian jelas percubaan terdesak untuk kekal berkuasa, dengan kadar keupayaan yang sangat berpadanan dengan kuasa serta integriti UMNO. Lebih banyak UMNO menipu, lebih buruk imej, kekuatan dan integrity mereka.

Skandal demi skandal

Menurut Timbalan Presiden PAS Mat Sabu, apabila skandal RM7.3 bilion kapal selam Scorpene meletus, rakyat biasa tidak mampu untuk memahami isu ini. Tetapi kemudian, apabila skandal RM250 juta NFC dilaporkan dalam berita, mereka mula memahami sepenuhnya bagaimana pemimpin UMNO mendapatkan komisen atas wang rakyat. Ini menjadikan minda mereka terbuka dan mula meragui UMNO-BN dengan serius. Sepertimana yang dikatakan oleh Sabu, ia adalah lebih mudah untuk rakyat biasa menghargai lembu berbanding kapal selam.

Apabila kejatuhan NFC terus berlaku, ia menjadi jelas kepada rakyat bahawa UMNO sememangnya tidak masuk akal apabila 'lembu' boleh membeli kondominium. Malah timbalan ketua Wanita UMNO, Kamilia Ibrahim tidak boleh mendiamkan diri lagi. Beliau mengambil keputusan untuk menuntut Shahrizat dikeluarkan dari parti jika dia tidak melakukannya dengan kerelaan sendiri untuk meletak jawatan.

Jelas bahawa kejatuhan NFC adalah antara tamparan utama yang membuka minda rakyat dan ia masih berada dalam fikiran mereka sehingga ke hari ini.

Walaupun skandal Scorpene yang berkaitan secara langsung dengan Najib, kejatuhan NFC juga membabitkan pemimpin UMNO yang lain seperti Abdullah Badawi, Shahrizat Jalil, Muhyiddin Yassin, Khairy Jamaluddin dan sudah tentu, Najib. Mungkin ia adalah kerana dia telah berada dalam kerajaan lebih daripada 30 tahun tetapi Najib seolah-olah mendapat habuan dalam kebanyakan perkara!

Selain daripada Najib, terdapat pemimpin UMNO lain yang sering terbabit dalam skandal. Khir Toyo telah didapati bersalah kerana rasuah, Jamil Khir Baharom menggunakan wang 'zakat' untuk membayar yuran peguam, manakala Awang Adek mengakui menerima wang daripada sebuah syarikat atas sebab-sebab yang boleh dipersoalkan dan Isa Samad terpaksa disingkirkan dari KFHB kerana kesangsian terhadap kejujuran dan integritinya.

Persediaan hanya untuk dimusnahkan

Kita tahu Najib mempunyai skandal peribadinya sendiri, manakala Rosmah Mansor isterinya yang agresif berada di luar kawalan dan ini bukanlah sesuatu yang baik untuk dirinya.

Najib telah dikecam kerana menggunakan dana awam untuk urusan peribadinya. Dia dituduh menjadualkan perjalanan diluar negara bersempena dengan pertunangan anak perempuannya di Kazakhstan, konvokesyen anak lelakinya di Amerika Syarikat, percutian keluarga di Milan dan Australia supaya perbelanjaan peribadinya boleh dibiayai dengan dana awam.

Malah, Pejabat Perdana Menteri juga diheret sama apabila berita ini dibocorkan kepada media alternatif apabila kos majlis pertunangan anak perempuannya di Putrajaya juga telah dibilkan kepada kementeriannya apabila ia adalah majlis peribadi.

Insiden seperti ini memberi kesan kepada kredibiliti Najib tetapi dia hanya ada dirinya untuk dipersalahkan akibat penyalahgunaan dana awam tanpa rasa segan dan silu. Bagaimana dia boleh mengharapkan rakyat untuk terus menghormatinya apabila dia dan isterinya berkelakuan seperti pengambil kesempatan?

Najib sudah mengalah, sekarang dalam misi bunuh diri

Untuk memburukkan lagi keadaan UMNO dan BN, Najib kemudian pula campur tangan dalam penganugerahan projek Ampang LRT kepada George Kent. Bukan sahaja firma ini dikawal oleh kroninya, ia adalah pembida tertinggi malah hilang kelayakan secara teknikal. Namun ia telah memenangi bidaan dan Najib sendiri telah meluluskan penganugerahan itu!

Mengejutkan? Atau adakah Najib tidak lagi peduli - dia hanya mahu merebut seberapa banyak wang sebelum pilihan raya umum ke-13 yang perlu diadakan selewat-lewatnya menjelang Jun 2013. Sudah tentu ini nampak seperti misi bunuh diri – dari segi politik - manakala UMNO ditakdirkan untuk musnah hasil penyelewangan Najib.

Seterusnya, Najib disajikan dengan pembelotan dari Sabah - salah seorang daripadanya adalah Lajim Ukin, ahli majlis tertinggi UMNO! Sekali lagi Najib tidak mempunyai sesiapa untuk disalahkan tetapi dirinya sendiri. Dia sebenarnya boleh menghalang Lajim daripada meninggalkan UMNO dengan melakukan sesuatu untuk menenangkannya seawal tahun lalu, tetapi Najib tidak berbuat apa-apa pun.

Sama ada PM sememangnya malas, atau dia sudah berputus asa untuk berharap lama dahulu. Mungkin Najib telah menyedari bahawa kekalahan tidak dapat dielakkan lagi dan ini mungkin kenapa dia memutuskan untuk memperbaiki imej sendiri dan bukannya perkara-perkara di dalam UMNO, BN dan negara. Ini mungkin menjelaskan mengapa dia tidak melakukan apa-apa untuk menghentikan Lajim Ukin dan timbalan pengerusi Upko, Wilfred Bumburing untuk meninggalkan BN.

Keangkuhan Najib juga merupakan satu lagi faktor yang menyumbang kepada kejatuhannya. Mahathir yang telah lama menyedari perkara ini telah memberi amaran secara terang-terangan kepadanya. Dalam temu bual Bloomberg yang disiarkan beberapa hari yang lalu, bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad memberitahu Najib bahawa jika lebih ramai yang keluar parti, BN akan kalah dalam pilihan raya umum yang akan datang. Ini bukanlah peringatan yang menenangkan untuk diterima di khalayak ramai – ia seumpama dirotan guru besar di khalayak ramai!

Najib bukan cuba mengawal kerosakkan, dia sudah hilang kawalan sama sekali

Penangkapan baru-baru ini terhadap Rafizi Ramli, Pengarah PKR Strategi, tidak boleh digambarkan sebagai satu usaha UMNO untuk mengawal kerosakan dengan apa jua cara. Ia adalah satu kesilapan BESAR dan ini jelas dari senyuman yang lebar di wajah Rafizi apabila dia didakwa. Betapa bodohnya mereka, fikir Rafizi pada ketika itu.

Dan Rafizi sememangnya tepat. Penangkapannya bukan sahaja tidak sesuai kerana ini bukan sahaja adalah bulan yang penuh berkat, iaitu Ramadan, tetapi terdapat tiga isu-isu lain yang masih belum diselesaikan dan akan memusnahkan apa jua tuntutan bermoral oleh Najib & Co.

Satu adalah kontroversi Kumpulan George Kent yang telah secara rasmi dianugerahkan projek LRT Ampang Tambahan, yang kedua ialah perletakan jawatan BN Sabah dan ketiga, kurangnya kemajuan sebenar dalam kes-kes mahkamah yang berkaitan dengan kejatuhan RM250 juta NFC.

Tambahan pula, penangkapan itu seolah-olah telah membangkitkan seluruh rakyat Malaysia untuk bertanya mengapa pemberi maklumat ditangkap dan bukan orang yang sebenarnya bersalah? Rafizi telah menjolok sarang tebuan tetapi daripada cuba untuk mengelakkan tebuan dari menyengat mereka yang terlibat, Rafizi ditahan. Tebuan dibenarkan untuk terus menyengat orang-orang yang terlibat dan cuai dan salah seorang daripada sasarannya adalah Najib.

Najib terkubur dan Dr M kembali

Najib akan lenyap, dan yang amat menyedihkan bagi rakyat Malaysia dan UMNO, tidak ada seorang pun yang layak untuk mengambil alih kecuali Mahathir Mohamad.

Najib boleh dibenarkan untuk terus mengepalai UMNO tetapi akan dikawal oleh yang lain. Mahathir, si tukang karut utama, menarik tali dan Najib bergerak dari atas ke bawah, ke kiri dan kanan. Itulah sebabnya, berlaku dasar yang tidak selaras dan kekurangan polisi.

Sejak 3 tahun yang lalu selepas Najib mengambil alih sebagai Perdana Menteri pada April 2009, Malaysia telah dikawal secara ‘auto-pilot’ dalam semua hal - pentadbiran, sosial dan ekonomi. Tetapi ia tidak boleh terbang dengan lebih jauh tanpa juruterbang sebenar menerajuinya dan boleh terhempas pada bila-bila masa sahaja sekarang.

Tujuan utama adalah untuk memberi beberapa lagi pukulan kepada Najib dengan harapan agar Najib akan menyerahkan wasiat kepada tuan yang sebenar, walau apa jua keputusan PRU ke-13 nanti. Siapa lagi dalam UMNO yang boleh mengalahkan Najib jika bukan Mahathir?

Musuh yang paling berbahaya bagi Najib kini berada dalam UMNO, partinya sendiri, di mana dia adalah yang paling lemah. Semua bercita-cita untuk menggantikan dirinya. Ia jelas bahawa Najib hanya akan menyerahkan senarai calon ‘boleh menang’ yang amat berharga dan telah dijaga umpama nyawanya sendiri kepada Mahathir dan membiarkan Mahathir membuat keputusan muktamad. Pertama, Najib agak ragu-ragu untuk membuat sebarang kesimpulan dan kedua, dia boleh mengatakan 'TIDAK' kepada Dr M.

Tetapi dalam usahanya untuk membuat Najib menyerah kalah, Mahathir tidak dapat menahan diri dari memberi tamparan terakhir kepada UMNO Baru, parti yang ditubuhkan olehnya pada akhir 1980-an selepas mendaftarkan semula UMNO yang asal.

Mahathir juga tidak bijak seperti dulu. Dia sama ada sudah mengalah untuk membaiki kerosakan dalam UMNO atau dia lupa bahawa pembangkang sekarang sudah kuat - tidak lagi seperti di zaman pemerintahnnya dahulu.

Tetapi, kerana dia dikenali dengan mainan politik kejam dan kotor, Mahathir dalam usaha untuk mewujudkan satu laluan yang jelas untuk anaknya Mukhriz supaya menjadi perdana menteri di masa depan mungkin tidak mempunyai pilihan lain selain mengorbankan UMNO. Dia sanggup lakukan apa sahaja termasuk ini. Dia telah melakukannya dahulu dan dia berpendapat bahawa UMNO masih boleh bertahan.

Walau bagaimanapun, harga yang harus dibayarnya adalah lebih tinggi daripada tahun 1980-an, di mana dia mampu untuk menggembleng penuh kuasa jentera kerajaan untuk mengalahkan Tengku Razaleigh Hamzah yang naïf dan menjadi presiden UMNO.

Ya, kerana 'inflasi' ini, Mahathir perlu melihat lebih jauh daripada pergelutan UMNO Baru. Dia harus memikirkan secara serius untuk mempertimbangkan dan merancang kemungkinan UMNO menjadi pembangkang dan Najib Ketua Pembangkang dan dirinya, Ketua de facto Pembangkang, selepas PRU ke-13.


Written by Nawawi Mohamad, Stan Lee, Malaysia Chronicle 

Photobucket

Perwakilan UMNO ditegah membuka mulut...?

on






Salah seorang Naib Presiden UMNO Dato' Seri Dr Haji Ahmad Zahid Hamidi, berkata UMNO telah mengarahkan perwakilan untuk menutup mulut dalam Perhimpunan Agong UMNO yang akan bermula 27hb November ini. Arahan ini bertujuan untuk perwakilan tidak menyentuh pandangan isu yang berbeza memandangkan pilihanraya luar biasa akan mereka hadapi tidak lama lagi. Perwakilan di arah untuk tidak menyentuh perkara-perkara yang sensitif kerana ia boleh melemahkan parti dalam menghadapi pilihanraya yang akan datang ini.

Presiden dan Timbalan Parti itu akan bertemu dengan perwakilan sehari sebelum perhimpunan itu diadakan bagi menentukan apa yang boleh dibincangkan dan setiap Perhubungan Negeri akan menamakan siapa yang akan berucap dalam perhimpunan itu. Arahan ini adalah arahan yang tidak pelik dalam UMNO dan saya berharap mana-mana parti dalam PR tidak akan melakukan perkara yang dilakukan oleh UMNO itu. Apa maknanya Perhimpunan Agong jika perwakilan tidak boleh bercakap apa yang mereka ingin perkatakan untuk kebaikan parti.

Ini adalah budaya biasa dalam UMNO kerana apa yang diucapkan oleh perwakilan itu telah di tentukan oleh pucuk pimpinan. Dalam Perhimpunan Agong itu apa yang akan diucapkan sudah ditentukan dan semasa perhimpunan itu perwakilan hanyalah di tugaskan untuk bertepuk tangan dengan kuat sahaja. Selain dari itu perwakilan hanya membuat lawak jenaka untuk hiburan murahan bagi pimpinan yang berada di atas pentas nanti.

Budaya ini wujud hanya setelah penubuhan UMNO (B) pada tahun 1998 dahulu kerana pucuk pimpinan tidak gemar mendengar rungutan ahli-ahli dan rakyat di akar umbi. Pucuk pimpinanan hanya suka mendengar perkara yang baik-baik sahaja dan jika boleh mendapat pujian dari perwakilan yang berucap dan di ikuti dengan tepukkan gemuruh dari perwakilan yang menyelang-selikan ucapan dengan jenaka dan lawak yang mampu membuat pimpinan di atas ketawa besar sambil mengangkat tangan kegembiraan..

Itulah sebabnya UMNO yang baru berusia 24 tahun itu tidak berkembang kerana pemikiran ahli dan perwakilan telah di penjara oleh pucuk pimpinan. Mereka (perwakilan) hanya di arah untuk menyebut isu yang sedap-sedap sahaja. Perwakilan UMNO akan hanya di arah untuk memberikan kutukkan dan cemuhan terhadap pimpinan PR seperti Anwar Ibrahim, Tok Guru Nik Aziz, LGE, LKS dan lain-lain. Ini merupakan isu yang sudah dijangka oleh orang ramai dan ia akan menjadi isu yang dianggap sudah basi dan menjemukan.

Kita boleh menjangkakan yang Najib akan berucap bergegar-gegar, sesuai dengan sifat seorang pemimpin yang pengecut dan penakut. Selalunya sesiapa yang bercakap dengan gegaran retorik yang besar-besar mereka ini adalah mereka yang terlalu banyak perkara yag hendak di tutupi. Mereka ini adalah dari gulungan yang penakut, ibarat orang berjalan di dalam gelap di kampung-kampung pedalaman. Di dalam gelap itu mereka selalunya akan menyanyi sekuat hati dari lagu Ahmad Jais, lagu Mat Sentul sehinggalah lagu P Ramlee dan semuanya itu untuk menghilangkan rasa takut dan ngeri mereka berada di dalam gelap itu.

Tetapi dalam pada menyanyi lagu P Ramlee itu, mereka juga merasakan seram sejuk di tubuh mereka kerana takutkan kepercayaan tahayul tentang hantu dan sebagainya yang berkeliaran di dalam gelap itu.. Begitulah juga yang sedang berlaku kepada Najib. Beliau akan berucap bergegar-gegar dengan nada yang tinggi dan kuat untuk menyorokkan perasaan takut beliau menghadapi pilihanraya yang akan datang ini.

Berbalik kepada arahan menutup mulut itu, ia melambangkan kelemahan yang banyak dalam UMNO itu. Mereka tidak memahami bahawa perwakilan setiap tahun itu adalah untuk perwakilan negeri-negeri menyampaikan masalah-masalah kepada pucuk pimpinan. Semasa Mesyuarat Agong seperti inilah masa yang baik untuk meluahkan perasaan tentang apa yang patut dan tidak patut dilakukan atau yang berlaku di dalam parti yang uzur itu. Dalam Perhimpunan Agong itulah masa untuk melambakkan apa yang perlu diketahui dan di rasakan oleh pucuk pimpinan secara bersama.

Kalau Ahmad Zahid mengarahkan perwakilan untuk menutup mulut maka tidak salah jika orang ramai menganggapnya sebagai mesyuarat agong orang-orang bisu sahaja. Ahmad Zahid mahukan agar perwakilan hanya ‘buat tidak tahu sahaja’ tentang apa yang berlaku di dalam UMNO. Ada telinga dengar, ada mata pandang dan jangan bercakap apa-apa. Kalau bercakap itu merupakan kesalahan. Maka tidak salahlah apa yang saya katakan selalu, dalam UMNO bercakap benar adalah satu kesalahan besar.

UMNO adalah sebuah parti dalam mana ahli-ahlinya di didik untuk tunduk dan mengangguk sahaja dan di dalam perhimpunan itu adalah tempat untuk mendengar lawak jenaka dan kita akan lihat Utusan Malaysia menyiarkan gambar-gambar Najib dan Muhyiddin ketawa besar dan akan di sertai oleh Khairy Jamaludin dan semua ahli-ahli Majlis Tertinggi parti yang lain.

Inilah kejayaan UMNO yang terbesar, iaitu memenjarakan pemikiran dan perasaan rakyat dan itulah sebabnya ada orang Melayu menganggap UMNO itu lebih tinggi dari agama. Chua Soi Lek boleh menghentam agama suci kita, tetapi jangan menghentam pucuk pimpinan tertinggi UMNO. Siapa yang berani mengecam pemimpin mereka, yang mengecam itu akan tidak mendapat kedudukan lagi di dalam parti dan kerajaan dan akan segera di sisihkan.

UMNO lebih buruk kerjanya dari penjajah British dahulu. Penjajah British dahulu mahukan orang Melayu untuk mudah berpuas hati dan tidak diberikan peluang untuk memegang jawatan besar-besar dalam kerajaan. UMNO pun begitu. Orang Melayu di didik untuk sentiasa berterima kasih dengan bantuan gigi palsu, dan pemberian lembu dan kerbau pawah kepada petani-petani kecil di kampung-kampung. Jika ada yang bercakap dan mengkritik, UMNO akan mengungkit-ngungkit apa yang mereka telah berikan walaupun pemberian itu hanyalah sebatang dua gigi palsu.

Jangan mengkitik UMNO kerana UMNO lah yang membawa api letrik ke kampung-kampung dan UMNO jugalah yang menyalurkan air paip ke rumah-rumah rakyat. Tetapi UMNO tidak pula memberi tahu yang semua negara dalam dunia ada api letrik dan bekalan air bersih walaupun di negara-negara tersebut tidak ada parti UMNO. Di Amerika Syarikat (AS) tidak ada parti UMNO. Begitu jugalah di Jepun dan di Britain tidak ada UMNO tetapi mereka ada bekalan air yang lebih baik dari yang ada di negara ini DAN rakyat mereka menggilir-gilirkan parti-parti yang memerintah mereka.

Maksudnya itu adalah tanggungjawab setiap pihak yang dimandatkan oleh rakyat dengan menggunakan sumber kewangan dari rakyat untuk melaksanakan semua projek pembangunan negara. Mereka itu sendiri di bayar gaji dan elaun untuk mentadbir rakyat dan tidak munasabah rakyat pula yang perlu berterima kasih kepada UMNO.

Kepada UMNO kita ucapkan selamat bersidang dan kepada para perwakilan yang berucap sediakan beberapa lawak jenaka untuk hiburan pimpinan di atas pentas itu nanti.





Photobucket

10 Kali Ganda Beli Kamera Perangkap Laju

on





Audit terbuka perlu dilakukan terhadap Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung pembelian kamera perangkap laju yang meningkat sepuluh kali ganda dari harga asal, kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau merujuk jawapan bertulis KDN kepada Ahli Parlimen Jerai, Firdaus Jaafar bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibekalkan kamera perangkap laju sejak 1995 dengan jumlah terkini 124 unit.

Ia meliputi model Laser Digicam berjumlah 85 dengan harga RM173,925 seunit, manakala bagi model Laser Trucam berjumlah 39 unit dengan harga RM223,500 seunit.

“Kontrak-kontrak kerajaan ini sangat diragui.

Siasatan perlu dibuat, lebih-lebih lagi sekiranya diberi secara runding terus (awarded tender). Kita tak mahu ada salahguna dari peruntukan KDN,” tegasnya kepada Keadilan Daily.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Trafik Bukit Aman, ACP Mohd Fuad Abd Latiff dilapor menyatakan harga kamera had laju model LTI 20-20 TruCam hanya kira-kira USD 6,000 (RM17,000) seunit.

“Ada sesuatu yang tak kena. Kalau diaudit Jabatan Audit Negara, pasti ada (penemuan salahguna), sebab Jabatan Audit sebelum ini pernah menemui pembelian barang oleh agensi kerajaan yang harganya meningkat berpuluh kali ganda,” jelas Mahfuz.

Beliau membandingkan sebut harga lebih murah dibeli pihak berkuasa Amerika Syarikat, iaitu di Montana USD 4,995 (RM15,292.59) dan Idaho USD5,057.44 (RM15,483.84) bagi seunit kamera Laser Trucam.

Manakala bagi kamera Laser Digicam yang dibeli pihak berkuasa Delaware berharga USD 6,378 (RM19,526.88).

“Kenapa perbezaan harga begitu ketara? Kita faham kalau jenama tak sama. Tapi tak masuk akal kalau begitu jauh,” katanya. -KD

Govt paid 10 times more for speed cameras

KUALA LUMPUR: An opposition MP today claimed Putrajaya may have paid 10 times more than the original price for its laser speed cameras.

Pokok Sena MP Mahfuz Omar, speaking in Parliament today, cited quotations on the same cameras made for three states in the US which showed remarkable differences in prices and called on the government to explain.

In a written reply to Jerai PAS lawmaker Mohd Firdaus Jaafar, Home Minister Hishammuddin Hussein had said on Monday that his ministry had paid RM173,925 per unit of Laser Digicam and RM223,500 per unit of Laser Trucam.

Meanwhile, Montana had allegedly paid only US$4,995 (RM15,292.59) per unit while Idaho paid US$5,057.44 (RM15,483. 84) per unit for Laser Trucam and Delaware paid US $6,378 (RM19,526.88) per unit of Laser Digicam.

The prices quoted also included services and warranty. Some of the states were also offered discounts for wholesale purchases.

The police have been supplied with speed cameras in stages since 1995 and the total number of cameras to date is 124 units.

Speaking to reporters, Mahfuz said Putrajaya must disclose the procurement process to avoid any allegations of corruption since the Najib administration had failed to explain similar discrepancies constantly found in contracts involving the government.

“Was it done through open tender? They must answer all this”.

The ruling coalition is now struggling to deflect accusations of foul play in its move to implement the AES, which detractors claimed were aimed at enriching some people.

The two firms awarded the contract to implement the enforcement system — ATES Sdn Bhd and Beta Tegap — will spend between RM300 million and RM400 million each to set up traffic cameras at 831 “black spots” nationwide.

Both ATES and Beta Tegap are entitled to RM16 per valid summons for the first five million issued. They will then split the remaining revenue evenly with the government up to a cap of RM270 million each.

The firms will each receive 7.5% from the remaining revenue and the government will keep the rest.

Pakatan Rakyat has suggested that the companies are linked to the MCA and Umno but this has been vehemently denied.

Parliament yesterday passed an estimated expenditure Bill for the Transport Ministry which opposition lawmakers claimed were meant for the installation of the AES.

It was passed after two votes were held following a heated debate on the controversy with the ruling coalition beating its counterparts in both polls.
 -FMT




Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List