IGAUAN NAJIB.....???

on Jun 30, 2011

http://3.bp.blogspot.com/-dLAWetLMgaw/TV6ZfWnVj-I/AAAAAAAAEdQ/TrNdA-ZPO7Y/s1600/spr.jpgKALAULAH benar khabar Perhubungan Umno Negeri-Negeri sudah diarah membuat persiapan, sahlah pilihan raya umum (PRU) ke-13 tidak lama lagi.Arahan tersebut difahamkan keluar akhir minggu lalu. Datoí Seri Najib Razak dikatakan mengambil risiko berganda bagi mengelakkan implikasi ekonomi lebih parah tahun hadapan.Sarjana melihat kegawatan ekonomi 1997-1998 antara penyebab pengundi Melayu lari kepada Barisan Alternatif (BA).


Ramai mengakui faktor itu berada di kedudukan utama dalam analisis pilihan raya 1999.


Keduanya, faktor kegawatan politik ekoran pemecatan dan tuduhan liwat terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Ada sarjana merumus tempias kegawatan ekonomi dan politik negara jiran menjadi faktor ketiga.

Keputusan pilihan raya umum 1999 menunjukkan BA memperolehi 26.3 peratus kerusi parlimen (45 kerusi). Berlaku peningkatan berbanding PRU 1990 dan PRU 1995.

Mo3M MAKCIK BERAPI........

on Jun 29, 2011

Setakat video bangsat... tak main ler!!




Setelah muncul dengan video memberi penjelasan tentang fitnah video lucah Anwar, hari ini Johari Abdul pula dilemparkan dengan tuduhan, kononnya dia meminta wang 'pelincir' sebanyak RM100 000 dan RM 1 juta bagi setiap ahli parlimen yang berjaya yang dipujuknya menonton video itu daripada Datuk 'T'

Siapa punya kerja gilerr yang jijik ini??

Ha ha ha ha ....Siapa lagi kalau bukan Papa Gomo, blogger, si kaki fitnah tersohor 1Malaysia. Dia telah bertindak meng-upload-kan video yang merakamkan perjumpaan Johari Abdul dengan Trio Datuk 'T' bagi menonton video lucah yang kononnya melibatkan Anwar Ibrahim.

Ceritanya di sini dan terdapat satu komen yang aku suka. Interesting.... so I copy & paste jer lah untuk N3 pagi buta ni. Malas nak komen, sebab mata pun dah tak larat nak angkat. Ngantuk gilerr beb!!

Apa yang dikatakan oleh Bumiputera Berjaya amat benar dan aku setuju ya amat. Korang layan jer lah.......

Bumiputera Berjaya ·  Pengulas Tertinggi · Managing Editor, JustNews.com di CNN International
Rakaman ini boleh pulak guna pakai kamera jenis baik dan berwarna.. masa nak rakam video seks mengapa hitam putih dan kabur? tunjuk jam tangan jenama "Omega".. tetapi semasa di Mahkamah langsung tak sentuh mengenai jam "Omega" ni...UMNO BOLEH TIPU SEMUA RAKYAT SETENGAH MASA... SETENGAH RAKYAT SETIAP MASA.. TETAPI TIDAK MAMPU NAK TIPU, KELENTONG DAN PERBODOHKAN SEMUA RAKYAT SETIAP MASA...KISAH INI SEKADAR MEMASTIKAN PENYOKONG TEGAR UMNO TIDAK GOYAH DALAM MELAHIRKAN SOKONGANNYA KAPADA UMNO.. TAK LEBIH DARI ITU...TIDAK MAMPU MEMIKAT DAN MENAMBAT HATI RAKYAT YANG MAMPU BERFIKIR DAN MENILAI TERUTAMANYA PENGUNDI-PENGUNDI BARU DAN ANAK-ANAK MUDA.
Well... itu semua satu tuduhan yang cuba memberi persepsi negatif terhadap Johari Abdul. So... kalau nak rakyat percaya yang Johari Abdul ini seorang yang haprak.... sila kemukankan bukti sahih dan kukuh. Setakat video bangsat tu.... tak main ler!!


SELAMAT MENYAMBUT ISRAK DAN MIKRAJ

on







Selamat menyambut Israk dan Mikraj. Islam mencatat peristiwa unik Israk dan Mikraj. Banyak perkara penting bagi umat Islam berlaku pada peristiwa Israk dan Mikraj antaranya ialah perintah solat lima waktu.
Secara istilah, Israk berjalan di waktu malam hari, sedangkan Mikraj adalah alat (tangga) untuk naik. Israk bermaksud perjalanan Nabi Muhammad SAW pada waktu malam hari dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjid AlAqsa Palestin. Mikraj adalah lanjutan perjalanan Nabi Muhammad SAW dari Masjid Al Aqsa ke langit sampai di Sidratul Muntaha dan langit tertinggi tempat Nabi Muhammad SAW bertemu dengan Allah swt. Israk’ Mikraj adalah kisah perjalanan Nabi Muhammad ke langit ke tujuh dalam waktu semalam.
Sejarah perjalanan Israk Mikraj Nabi Muhammad termaktub dalam Al-Quran 17.Al-Israk’ :1 yang berbunyi
“Maha suci Allah yang menjalankan hambaNya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Majidil Aqsa yang Kami berkahi sekelilingnya agar Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda (kebesaran) Kami. (17.Al-Israk’ :1)

Dan tentang mikraj Allah menjelaskan dalam Surah An-Najm:13-18:
“Dan sesungguhnya dia (Nabi Muhammad SAW) telah melihat Jibril itu (dalam rupanya yang asli) pada waktu yang lain, di Sidratul Muntaha. Di dekat (Sidratul Muntaha) ada syurga tempat tinggal. (Dia melihat Jibril) ketika Sidratul Muntaha diliputi oleh suatu selubung. Penglihatannya tidak berpaling dari yang dilihatnya itu dan tidak (pula) melampauinya. Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda (kekuasaan) Tuhannya yang paling besar.” (An-Najm:13-18)


HEBAT NYA IBRAHIM ALI....

on



BERSIH cuba selamatkan Anwar, kata Ibrahim Ali

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata beliau yakin perhimpunan anjuran BERSIH 2.0 dua minggu lagi bukan semata-mata untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil.

Sebaliknya, beliau mendakwa gabungan NGO itu mempunyai agenda untuk menghuru-hara negara bagi "menyelamatkan" Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONE"Mereka sudah tidak ada pilihan. Mereka gagal pada 16 September untuk menubuh kerajaan, kemudian Datuk Seri Anwar terpaksa menghadapi perbicaraan untuk mempertahankan dirinya.

"Dan dibantu pula dengan hebohan video (seks) yang mirip dengan ketua pembangkang. Maka pada saya, (perhimpunan) ini adalah pertarungan hidup dan mati Anwar Ibrahim.

"Maka cara yang terbaik, mungkin mereka merancang untuk menumbang kerajaan pada 9 Julai," dakwanya lagi dalam sidang media di sebuah hotel di ibu negara hari ini.

NONEIbrahim mendakwa BERSIH membawa agenda politik Pakatan Rakyat kerana NGO itu dianggotai pemimpin Pakatan antaranya, Pengarah pilihan raya PAS Dr Mohd Hatta Ramli dan Setiausaha Pengelola DAP Teresa Kok sebagai jawatankusa mobilisasinya.

Ibrahim juga turut mempamerkan salinan pekeliling Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution yang didakwa mengeluarkan arahan kepada pimpinan PKR semua peringkat supaya menyertai perhimpunan itu.

"Jadi bererti, nyata sekali dengan surat ini, bahawa Anwar Ibrahim di belakang perhimpunan BERSIH 2.0 ini," katanya.

Turun dengan tangan kosong
Ibrahim juga berkata BERSIH turut digerakkan oleh aktivis pelajar Hishamudin Rais yang disifatkannya sebagai "baling batu sembunyi tangan" sewaktu zaman gerakan mahasiswa sektiar tahun 1970-an.

Sehubungan itu, Ibrahim yang juga anggota parlimen Pasir Mas meminta rakyat membuat penilaian supaya tidak beremosi dengan menyokong perhimpunan itu secara "tidak tentu arah".

bersih poster scah 280611Sementara itu, mengulas perhimpunan PERKASA pada hari yang sama, Ibrahim turut menasihatkan ahlinya supaya mematuhi undang-undang dan jangan menimbulkan huru-hara.

"Jangan buat keganasan, (berhimpun) dengan aman, jangan langgar undang-undang, jangan baling batu.

"Saya dah bagi tahu kepada ahli PERKASA dalam taklimat, kita tak benar apa-apa provokasi, jangan bawak apa-apa senjata.

"Hanya turun tangan yang kosong untuk mempamerkan bahawa kita tidak bersetuju dengan BERSIH. Saya harap tidak ada apa-apa yang berlakulah nanti," tegasnya.

Ibrahim berkata PERKASA selesai memberikan taklimat kepada ahlinya di sepuluh daerah dan 22 kawasan parlimen secara tertutup berhubung perhimpunan 'Gerak Aman' pada tarikh yang sama.





MARAH BENAR MAKCIK NI



LOMPAT SI KATAK LOMPAT......

on



Panas!! Lagi Ahli Parti Komponen BN Keluar Beramai - Ramai 





KEADILAN Ranau terus kukuh dengan penyertaan 201 ahli baru yang terdiri daripada bekas ahli komponen Barisan Nasional Sabah dan penduduk Kampung Nalapak dalam Parlimen Ranau. Ketua Cabang KEADILAN Ranau, Jonathan Yasin berkata, penyertaan itu membuktikan parti itu terus mendapat sokongan rakyat termasuk di luar bandar. “Penyertaan 201 anggota baru itu kita terima pada 25 Jun lalu di mana seminggu sebelumnya kita turut menerima 25 anggota baru menyertai Cabang ini,” katanya ketika dihubungi hari ini. 


Sementara itu, KEADILAN Cabang sama akan mengadakan gotong royong untuk membaiki jalan Ke Kampung Kinaundusan bermula 8 pagi pada 9 Julai ini. “Kita sudah pun memesan sebanyak 30 baju Bersih untuk dipakai semasa mengadakan gotong royong itu pagi itu. 

“Oleh itu, KEADILAN Ranau mengalu-alukan penyertaan aktivis rakyat, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), pimpinan masyarakat setempat untuk menyertai gotong royong ini,” katanya. 

Menurutnya, walaupun tidak menyertai Bersih di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini, gotong royong ‘Bersih’ di kampung itu sebagai simbolik sokongan kepada himpunan aman anjuran Gabungan pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) itu. 

“Bagi KEADILAN Ranau, gotong royong membaiki jalan rosak di simpang masuk ke jalan Kampung Kinaundusan, Kundasang (selepas Resort Zen Garden) pada 9 Julai ini membuktikan sokongan kami kepada hasrat yang terkandung dalam Himpunan Aman Bersih itu,” katanya. 

sorry gua ciplak


Kenapa BN gabra dengan 9 Julai....???

on

bersih poster scah 280611



Barisan Nasional (BN) senantiasa menguar-uarkan bahawa mereka telah mendapat kembali sokongan penuh rakyat.  Baguslah kalau macam itu.  Tetapi persoalannya sekarang ialah mengapa BN tiba-tiba berasa gelisah terhadap Perhimpunan Bersih 2.0 yang dijadualkan akan diadakan pada 9hb Julai yang akan datang ini?

Bermacam-macam adegan BN  telah menunjukkan dengan jelas bahawa mereka sedang berasa gelisah setiap hari, setiap jam malah setiap saat yang sedang berlalu ini sementara tarikh 9Julai datang semakin hampir.

Bukankah BN sudah mendapat kembali sokongan penuh rakyat atau itu andaian mereka sahaja?  Jika ianya adalah andaian maka BN akan berdepan dengan hakikatnya nanti pada 9hb Julai bahawa sokongan rakyat memang bukanlah memihak kepada mereka tetapi memihak kepada Pakatan Rakyat (PR).

Mungkinkah BN sekarang sedang berkerja keras mahu memburuk-burukkan imej Bersih 2.0 selaku mengharapkan supaya orangramai tidak akan menyertai Perhimpunan Bersih 2.0 nanti?  Jalan-jalan, bersembang-sembang dengan kawan sahaja, adakah itu salah?  Lagipun ianya digelar 'Walk For Democracy' bukannya satu pergerakan revolusi.

Apa agaknya sudah berlaku kepada BN ini?  Tidakkah mereka ingin memberi sokongan mereka kepada Bersih 2.0 supaya pilihanraya yang akan datang adalah bersih?  Bukankah pilihanraya yang bersih adalah sesuatu yang baik?  Penulis rasa hairan mengapa BN tidak mahu menyertai bersama dalam Perhimpunan Bersih 2.0 padahal ianya adalah satu perhimpunan yang baik dan aman, dengan matlamat dan tujuan yang mulia.

Perdana Menteri Najib Tun Razak selalu mengheboh-hebohkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara demokrasi yang harus dijadikan contoh oleh negara-negara lain di dunia.  Adakah ini retorik kosong sahaja?  Jika Malaysia ialah sebuah negara demokrasi, rakyat patut diberi peluang untuk berhimpun secara aman.

Selain dari itu, Bersih pun telah memberi jemputan kepada BN untuk menyertai perhimpunannya tetapi BN telah menolak dan diam membisu sahaja.  Justeru itu, Pemuda UMNO pula berhasrat mengadakan perhimpunannya yang tersendiri.  Mengapa begini?

Adalah diharap bahawa BN akan turut menyertai Perhimpunan Bersih nanti.  Tidak perlulah buat perhimpunan yang berasingan pula.  Bila BN menyertai bersama, barulah slogan 1Malaysia yang dilaung-laungkan oleh Najib itu akan nampak dipratikkan oleh UMNO.  Jika tidak, ia hanyalah tinggal sebagai laungan kosong sahaja.



Jurutera Lynas Mati Di Bilik Hotelnya.

on



Seorang jurutera kilang ditemui mati di sebuah bilik hotel di Teluk Chempedak di sini, semalam. Mangsa, Gray Steven Anthony, 54, yang bertugas di kilangLynas Malaysia Sdn. Bhd. (Lynas) di Gebeng dekat sini, ditemui terbaring di atas katil bilik hotel tersebut oleh rakan sekerjanya.


 Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bahagian Siasatan dan Perundangan Negeri,Supritendan Mohd. Haris Daud berkata, siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur-unsur jenayah ke atas mangsa.



SIAPA TANGGUNG BIAWAK HIDUP......???

on Jun 28, 2011


Lawatan rasmi: Najib, Muhyiddin belanja RM25 juta sejak 2008


Jabatan Perdana Menteri mendedahkan Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pasangan mereka telah menghabiskan RM25.1 juta bagi tujuan lawatan rasmi ke luar negara sejak 2008 hingga Jun tahun ini.
Dalam jawapan bertulis kepada Chua Tian Chang (PKR-Batu), daripada jumlah itu Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor menggunakan RM17,118,650.58 manakala Muhyiddin dan isterinya Puan Sri Norainee Abdul Rahman pula RM8,020,328.07.
Chua telah meminta perdana menteri agar menyenaraikan jumlah kos lawatan rasmi beliau dan timbalannya mengikut tarikh, lokasi dan tujuan dari 2008 hingga 2011.



BERSIH BELUM LAGI.......TROPICANA MULA DIGANGGU.........???

on


IBU PEJABAT PKR DI TROPICANA DI GANGGU `WOLFMAN' 







Ratusan Pemuda Umno Kepung Ibu Pejabat PKR








PETALING JAYA, 28 Jun — Sekitar 600 anggota Pemuda Umno yang bermotosikal mengepung ibu pejabat PKR di sini lewat malam tadi, dilihat sebagai satu tindakan mengugut menjelang Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini, susulan SMS ugutan bunuh diterima ketua mereka Khairy Jamaluddin.
Mereka tiba di blok pejabat di Tropicana di sini, beberapa pintu dari balai polis, mendakwa ugutan bunuh diterima Khairy kelmarin, datang daripada parti pembangkang itu.

Parti komponen Pakatan Rakyat itu membantah dakwaan tersebut.

Ahli jawatankuasa Pemuda Umno Lokman Noor Adam mendakwa dia mengetuai kumpulan 600 ahlinya sekitar pukul 10.30 malam tadi, menghalang laluan di depan ibu pejabat PKR dengan membuat laungan kuat.
Kata beliau, tindakan ahli-ahli Pemuda Umno dari Selangor dan Kuala Lumpur adalah untuk menghantar “mesej yang jelas kepada PKR bahawa kami tidak takut dan kami bersedia untuk berhadapan dengan mereka lebih awal.”

BAHAYA PARACETAMOL @ PANADOL

on Jun 27, 2011



Saya rasa ramai diantara anda yang dah tahu @ pernah terbaca mengenai bahaya PANADOL @ PARACETAMOL.


Kepada yang tak tahu apa itu Paracetamol? Paracetamol ialah ubat tahan sakit yang paling popular di seluruh dunia. Paracetamol sering digunakan untuk mengurangkan rasa sakit kepala, pening, demam, serta dapat mengurangkan sakit gigi, migrain, sakit pinggang dan lain-lain. Paracetamol yang paling dikenali di Malaysia ini ialah PANADOL @ ACTIFAST.



HAK KEBEBASAN BERHIMPUN

on









Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.

Suhakam: Lindungi hak perhimpunan aman


Merujuk kepada perhimpunan BERSIH, PERKASA dan Pemuda Umno pada 9 Julai ini, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengulangi pendiriannya bahawa orang ramai mempunyai hak untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan secara aman.

Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam berkata ia termaktub di dalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.

Duta AS ragui penjelasan Putrajaya

on


Enjin jet TUDM: Duta AS ragui penjelasan Putrajaya


Duta Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia memaklumkan kerajaannya awal tahun lalu bahawa pegawai-pegawai kedutaan memang meragui penjelasan pentadbiran Najib mengenai kecurian enjin jet pejuang F-5 milik TUDM pada 2008, demikian menurut maklumat didedahkan oleh Wikileaks.


Dokumen ditandatangani oleh Duta James Keith berkata kedutaannya berkongsi “kesangsian” diluahkan oleh siri komen dalam media atas talian mengenai pendirian Putrajaya bahawa enjin jet itu dicuri oleh dua individu berpangkat rendah dan pihak di peringkat tinggi tidak terlibat sama sekali.
“Kami berkongsi beberapa kesangsian yang dilahirkan oleh blog-blog mengenai kes kerajaan dan penjelasan siapa di belakang kecurian enjin,” kata dokumen itu .

JOHARI ABDUL :- SIAPA DALANG VIDEO LUCAH ANWAR

on











sumber :- youtube

PENINGGALAN ALMARHUM HAJI ITHNIN NAMAN.

on


SURAU HJ. ITHNIN







Salah satu penginggalan ayahanda ku ialah sebuah surau. Oleh kerana beliau ni  orang kuat umno pernah pengerusi JKKK, pernah jadi pengerusi masjid kampung aku selama 15 tahun, maka atas tanah almarhum ini beliau minta peruntukan yang aku tidak tahu dari mana untuk didirikan surau.

Semasa hayat beliau, surau ini tidak ada nama. Apabila beliau meninggal, kami ahli kariah surau ini semuanya setuju menamakan surau ini Surau Hj. Ithnin.


Semasa umno pecah, pernah almarhum memberi tahu aku bahawa dia sekarang berada di atas pagar. Apabila hampir pilihanraya 1999, beliau umumkan kepada aku, dah masuk umno semula.Pada ketika itu kami sedang berhenti minum di satu R&R dalam perjalanan ke Singapura. Pada masa itu juga aku telefon seorang adik dan memberi tahu adik tersebut bahawa ada sorang yang dulu isytihar atas pagar sekarang sudah lompat pagar. Ayahanda aku tersenyum mendengar perbualan telefon aku itu.


Ayahanda aku ni baik dengan Ali Rostam. Pernah AR offer dia datuk, dia tolak. Aku tanya kenapa? dia jawab datuk datuk di negeri ini ada persatuan, setiap tahun ahli persatuan ini kena buat sumbangan kewangan tertentu. Mana aku ada duit nak bagi, katanya.


Ayahanda almarhum adalah pengerusi, imam, siak, bilal dan semua sekali. Semasa beliau masih hidup, setiap ramadhan aku akan berusaha untuk mengimami solat tarawih satu atau dua malam dalam sebulan ramadhan tu. Itu pun dah cukup melegakan bagi beliau, sebab pada usia yang sudah lanjut, menjadi imam solat tarawih adalah membebankan dari segi fizikalnya.


Hujung Mei lepas ada ahli kariah bagi tahu bahawa permohonan surau ini untuk dibaik pulih sudah diluluskan. Datang kontraktor untuk menilai apakah kerja kerja pembaikan yang perlu dilakukan. Hati ku berkata, bila pula aku mohon peruntukan ini.


Walau bagaimana pun, aku sediakan senarai kerja baik pulih yang jemaah mau dilakukan di surau ini.





Kau lihat tu, kipas baru dah tambah, semuga jemaah solat tarawih ramadhan ni nanti kurang la berasa hangat



Dan untuk ramadhan akan datang ini nanti, imam tarawih kami sediakan elaun khas, juga untuk bilal dan siak.


Mana ada surau kampung kokak yang sediakan elaun.





Sumber 





TAMAT KAH RIWAYAT BN........???

on

Matilah BN kali ini


http://3.bp.blogspot.com/_eX4oO9uVMt0/SeSSuI_UrrI/AAAAAAAAAUk/TgCFxffG-uI/s320/Keranda%20UMNO.jpgMengapa Barisan Nasional (BN) takut dengan Himpunan Bersih 2.0, 9 Julai ini kalau benar dia anak jantan? BN sebenarnya takut kepada bayang-bayang sendiri. BN boleh berdiam diri, tidak perlu menggelabah dengan mengaitkan nama Yang di-Pertuan Agong, mendakwa berlaku huru hara dan menggunakan polis untuk provokasi himpunan tersebut, jika parti itu sendiri anak jantan.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, tidak payah mendakwa pembangkang bukan anak jantan kerana ia bukan anjuran parti pembangkang tetapi anjuran NGO yang ada kaitan dengan rakyat dan tuntutan mereka dari segenap lapisan masyarakat.

BN begitu bacul dengan sikap tak endahnya, apabila bukti terang-terangan adanya pengundi hantu dalam daftar pemilih terbaru yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) 13 Mei lalu yang didedahkan Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali di Parlimen baru-baru ini.

Ia diperakui kemudiannya oleh SPRM sendiri. Mengapa BN diam? Mengapa tidak bertindak terhadap bukti tersebut dengan membuat pembersihan semula daftar pemilih itu.
Bersih menuntut 8 perkara, mengapa tidak menerima tuntutan tersebut yang telah dikemukakan sejak tahun 2008 lagi. BNlah bukan anak jantan kerana tidak telus dan terbuka membuat pembetulan. Jika terima tuntutan tersebut, BN percaya dia akan kalah dalam pilihan raya.

Takut apa kalah pilihanraya kalau kita di pihak yang benar. Hari ini orang benci dengan sikap telus dan terbuka kita, esok orang akan suka semula sikap kita tersebut. Itulah sikap anak jantan.
Jadi, jelas BN berkuasa atas penipuan, penyalahgunaan kuasa, rasuah, diktatorship, tamak haloba, takut kalah dan takut hilang kuasa sebagaimana Najib berkata, susah jadi naib johan sebagaimana ucapannya dalam satu majlis baru-baru ini.

Najib menyindir dan menggambarkan BN berada dalam situasi tertekan dan 'pessimistic' (putus harapan) untuk menarik sokongan rakyat umum yang sudah bosan dengan kerenah pemerintahan parti itu.
Sekaligus BN sudah berada di persimpangan jalan. BN tidak relevan lagi untuk mendokong cita-cita dan harapan rakyat untuk melihat suatu pemerintahan yang adil dan berkebajikan kerana parti itu tidak mendokong cita-cita rakyat.

Parti itu begitu sukar untuk menukar warna kelam dan hodoh terpalit di mukanya selama ini dalam waktu terdekat kerana rakyat sudah kenal siapa BN atau Umno yang juga parti teras Barisan Nasional itu. Jika datang kepada rakyat dalam keadaan, menyembah-nyembah sekalipun ia sukar lagi diterima, melainkan mereka menerima segala tuntutan rakyat terhadap pilihan raya adil dan bersih.

Tetapi bahananya akan menimpa BN kalau ditunaikan tuntutan tersebut, iaitu kalah pilihan raya. BN memang takut kalah kerana kalau kalah pilihan raya, kata orang 'matilah BN'. Parti itu hidup dengan penipuan dan penyelewengan. Tanpanya parti itu mati. jadi kalau parti itu bersih sebagaimana tuntutan Himpunan Bersih 2.0, kekotorannya hilang.

Pemimpinnya memang suka mempertahankan kekotoran itu kerana mereka hidup dengan kekotoran tersebut.


Oleh Suhaimi Taib :-  http://www.detikdaily.net




SELERA BESAR...........

on Jun 26, 2011







Selain mengekalkan empat negeri yang dikuasainya sekarang dan memenangi semula Perak, Pakatan Rakyat mensasarkan untuk menubuhkan kerajaan di enam lagi negeri dalam pilihan raya umum akan datang.

Menurut pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, Pakatan telah menetapkan tiga sasarannya dalam pilihan raya umum akan datang, iaitu:

1. Mengekalkan penguasaannya di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan;

2. Memenangi semula negeri Perak yang didakwanya dirampas dari tangan Pakatan secara haram; dan

3. Menubuhkan kerajaan di enam lagi negeri - Negri Sembilan, Johor, Malacca, Pahang, Terengganu dan Perlis.

Lim yang juga ahli parlimen Ipoh Timur menegaskan demikian ketika berucap di majlis makan malam DAP Teluk Intan semalam.

Beliau menyifatkan pilihan raya umum ke-13 amat penting kerana ia bukan sahaja bakal menyaksikan perebutan hebat di semua 11 negeri di Semenanjung Malaysia, tetapi juga penguasaan Putrajaya.

Lim mendakwa, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyedari perkara itu, menyebabkan beliau teragak-agak untuk menetapkan tarikh pilihan raya umum yang akan datang.

Sehubungan itu, Lim meramalkan pilihan raya umum mungkin diadakan sama ada hujung tahun ini atau tahun depan.

Beliau juga berkata, pilihan raya umum kali ini merupakan yang pertama dalam sejarah yang bakal menyaksikan persaingan 'hidup mati' BN dan Umno.

Selama ini, kata Lim, Umno dan kerajaan BN mengekal kuasanya dengan mudah sehinggalah tercetusnya tsunama politik pada pilihan raya umum 2008 di mana ia mengalami kekalahan teruk dan hilang penguasaan dua pertiga di Dewan Rakyat.

"Umno dan BN akan berdepan dengan persaingan 'hidup matinya' dalam pilihan raya umum ke-13 - bukan setakat sama ada ia boleh memperolehi semula majoriti dua pertiga, tetapi juga sama ada ia dapat mengekalkan kuasa atau bakal menjadi pembangkang," kata Lim.




KHABAR ANGIN......

on


UMNO Johor akan tewas pada PRU13 nanti..





Perjumpaan tertutup MKN bersama NGO-NGO Melayu Johor




PERKASA Johor menghantar 100 orang ahli PERKASA seluruh negeri ke perjumpaan tertutup anjuran Majlis Keselamatan Negara di Tropikal Inn, Johor Bahru yang turut dihadiri 600 ahli NGO-NGO lain. Majlis taklimat ini dihadiri oleh Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Cawangan Johor, pengerusi NGO-NGO Melayu Johor dan penasihat Agama kerajaan Johor YB Dato; Noh Gadut.

Taklimat oleh Setiausaha MKN Cawangan Johor mendedahkan tentang senario politik masa kini disamping menerangkan realiti sokongan rakyat kepada kerajaan dan pakatan pembangkang masa kini khususnya di Johor. MKN mengandaikan dengan perkembangan semasa, jika PRU 13 yang berlaku pada hari ini Johor akan dilanda tsunami politik baik di kerusi Parlimen mau pun DUN.

MKN menjangkakan dengan sokongan 80% sokongan pengundi Cina kepada Pakatan pembangkang dan perpecahan undi di kalangan orang Melayu 15 kerusi Parlimen berpotensi untuk jatuh ke tangan pembangkang sementara 11 kerusi Parlimen saja yang kekal di tangan BN termasuk parlimen Pagoh iaitu kerusi Parlimen Timbalan Perdana Menteri.

Walaupun Johor akan kekal ditangan BN tetapi perbezaan majoriti kerusi sangat tipis iaitu hanya 2 kerusi. Katanya lagi, ianya berdasarkan pertambahan pendaftaran pengundi baru yang galak dilakukan oleh Pakatan Rakyat khususnya DAP. Masih ada 78 000 orang Melayu yang sudah layak mengundi masih lagi belum mendaftar sebagai pengundi. Daripada jumlah itu, 73 000 ahli-ahli UMNO masih belum mendaftar.

Perkembangan ini boleh menggugat kuasa politik Melayu.

Kuasa politik Melayu semakin terancam apabila golongan muda yang masuk ke dalam 'pasaran' pengundi baru majoritinya condong kepada Pakatan pembangkang tanpa mengira kaum. Tuntutan yang melampau dikalangan bukan Melayu terhadap kepentingan Melayu yang sudah tertulis di dalam perlembagaan di pandang sepi oleh orang Melayu. Mereka tidak lagi sensitif lantaran kedudukan mereka yang telah dianggap selesa.

Kesempatan telah diambil oleh pihak-pihak tertentu untuk meliberalkan pemikiran orang Melayu bahawa Ketuanan Melayu dan hak Istimewa Melayu yang dinikmati oleh orang Melayu merupakan satu sekatan kepada kemajuan orang Melayu. Orang Melayu telah dimomok-momokkan oleh pemerintah dengan perkara ketuanan Melayu dan Hak -Hak Istimewa Melayu sedangkan ianya memberi kelebihan kepada segelintir Melayu bukannya Melayu terbanyak.

Majlis ini juga mendedahkan betapa licik strategi musuh-musuh orang Melayu untuk terus memecahbelahkan orang Melayu. Tragedi 13 Mei 1969 dijadikan pengajaran agar tidak lagi berlaku pergaduhan antara Melayu dan Cina. Mereka telah menukar strategi agar Melayu sendiri akan 'berperang' sesama sendiri. Meraka akan menonton melalui televisyen di rumah masing-masing menyaksikan sendiri bagaimana Melayu akan bunuh Melayu.

Perhimpunan BERSIH pada 9 Julai 2011 ini adalah satu daripada langkah-langkah awal perancangan mereka. Sama ada sedar atau tidak memang sudah ada pertembungan antara perhimpunan BERSIH di pihak pembangkang dan perhimpunan AMAN di pihak penyokong kerajaan. Majoriti yang terlibat adalah orang Melayu termasuk di pihak keselamatan seperti polis dan FRU.




sumber



MEREKA YANG TIDAK PERNAH SERIK....

on Jun 25, 2011

Karnival 1Malaysia Musnah Dipukul Ribut


Berpuluh-puluh peniaga di Tapak Karnival Ekspo 1Malaysia terpaksa lari bertempiaran menyelamatkan diri dalam kejadian hujan lebat disertai angin puting beliung, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, angin kencang berwarna hitam membentuk corong berputar yang dikatakan dari Sungai Anak Endau itu sekelip mata meranapkan sebahagian besar kanopi di kawasan itu.

Sebanyak 10 kanopi rosak teruk dan sebahagiannya runtuh, manakala 24 kanopi lagi di kawasan sama turut terkena tempias angin kencang mengakibatkan barang-barang perniagaan bertaburan di merata-rata tempat.

KENAPA SAMPAI BEGINI JADI NYA......

on


Khairul Anuar Zainuddin yang sedang minum di uptown Shah Alam, telah ditangkap dan digari hanya kerana memakai baju BERSIH 2.0. dan dibawa ke Balai Polis Seksyen 9 IPD Shah Alam. Namun dia dibebaskan tanpa sebarang ikat jamin lepas itu keran tiada peruntukkan undang-undang untuk menahan mana-mana orang yang hanya memakai baju bersih...


Nampaknya rally yang dirancang Bersih ini memang memberi kesan kepada rakyat kali ini. Jikalah benar rakyat tidak bersetuju dengan tuntutan Bersih untuk mengadakan pilihanraya secara adil dan saksama tidak mungkin Polis mengambil tindakan terhadap sesiapa yang memakai baju-T Bersih.

Ini merupakan satu tindakan yang agak keterlaluan dan ini membuatkan orang ramai merasakan tidak lagi merasakan hidup secara bebas yang lazim diamalkan oleh rakyat negara yang bebas dan demokratik. Jika tekanan terhadap rakyat dilakukan sampai sedemikian rupa ini menunjukan secara terang yang pihak yang sedang memegang kuasa itu sudah tidak berkeyakinan lagi akan diberi mandat oleh yang yang memilih.

DALAM KENANGAN.......

on

ALFATIHAH........SEMOGA ROH MEREKA DICUCURI RAHMAT..........AMIN

HAJI ITHNIN NAMAN



ABDUL NAMAN
HAJI  OSMAN HASSAN

AHMAD BIRAN


MALAYSIA HARUS BERANI.........

on Jun 24, 2011

TUDM perlu miliki pesawat AWACS






Isu pencerobohan ruang udara oleh pesawat perang negara jiran semestinya dipandang serius oleh Kerajaan Malaysia. Jika pesawat tentera atau angkatan udara negara asing mampu memasuki ruang udara Malaysia 'sebebasnya', maka ia adalah sesuatu yang mengaibkan. Ia mempersoal kemampuan sistem pertahanan Malaysia untuk menangkis dan mencegah pencerobohan ruang udara negara. Ia membabitkan kedaulatan negara.

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah lama memohon peruntukan untuk membeli pesawat AWACS atau Airborne Early-Warning and Control System .


Malangnya, permintaan TUDM tidak dilulus atau mendapat persetujuan kerajaan, kita tidak tahu apa alasannya sedangkan kerajaan sanggup membelanjakan wang rakyat untuk tujuan-tujuan lain termasuk sistem MRT di Lembah Klang. Kita ingin tahu sama ada MRT itu lebih utama dan jauh lebih penting daripada kehendak atau keperluan pertahanan seperti AWACS? 

'INTERNATIONAL'

on

Rally Bersih sudah 'international' pula





Rally anjuran Bersih akan secara serentak juga diadakan di negara-negara lain pada 9hb Julai ini. Malaysian Insider melapurkan yang rally tersebut akan di adakan di Osaka, Seoul, Melbourne, Sydney, New York, Los Angeles dan California. 

Rakyat Malaysia yang menetap di negara-negara tersebut telah bersetuju untuk bersama-sama mengadakan rally tersebut dan kebanyakan dari mereka itu telah tampil secara sukarela untuk bersama-sama menganjurkan rally tersebut pada hari yang sama.di tempat dan bandar mereka tinggal.

Di bandar-bandar tersebut tidak ada pula mereka dicegah dan tidak pula rakyat di sana merungut kerana menjejaskan perniagaan mereka. Di sini berbagai-bagai macam alasan yang dibuat untuk mengelakan rally ini di adakan termasuk lah alasan yang rally itu akan menjejaskan perniagaan di tempat rally itu di adakan.

APA PASAL DIA NI MEROYAN......

on



Gobalakrishnan Cabar Anwar Serah Sampel DNA, Jam Omega Sebelum Bersih 2.0




KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Padang Serai, N.Gobalakrishnan pada Khamis mencabar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) dan jam tangan Omega kepada polis sebelum perhimpunan pada 9 Julai ini bagi membersihkan nama beliau.
Menurutnya, Anwar sepatutnya membersihkan nama beliau dan menjawab segala persoalan yang masih lagi menjadi tanda tanya mengenai dirinya sehingga hari ini.
"Dengan menyertai perhimpunan bertemakan Bersih, Anwar perlu membersihkan namanya. Jika gagal berbuat demikian, dia patut berasa malu untuk terlibat dalam perhimpunan itu," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, Khamis.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List