
Pakar undang-undang UIA itu berkata Mahathir telah meminda perlembagaan persekutuan pada tahun 1993 dengan melucutkan raja-raja daripada kekebalan mereka dan menyediakan peruntukan bagi kerajaan untuk "memberi arahan" kepada Yang di-Pertuan Agong.Ini dilakukan dengan cara memasukkan Artikel 40 (1A) dalam perlembagaan yang menyatakan bahawa Seri Paduka perlu bertindak mengikut nasihat jemaah menteri.
"Pada dasarnya ini merupakan legasi yang ditinggalkan oleh pentadbiran Mahathir, yang mahu monarki disenyapkan," katanya kepada Malaysiakini hari ini.
Menurut beliau, pada masa yang sama, negara mempunyai seorang eksekutif yang tidak memperdulikan kuasa badan yang lain dan monarki yang tidak pasti peranannya.
Kenyataan Abdul Aziz itu dibuat bagi mengulas kelewatan pembentangan Laporan Ketua Audit Negara yang tertangguh dua minggu. Laporan itu biasanya dibentangkan pada hari yang sama dengan pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Bajet 2012 dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 Oktober lalu.Kelewatan itu dikatakan kerana jemaah menteri mahu meneliti laporan berkenaan sebelum ia dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong kerana kebimbangan bahawa laporan audit tersebut akan mencuri tumpuan berbanding Bajet 2012.
Menurut Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, mengemukakan laporan kepada jemaah kabinet sebelum diperkenan oleh Seri Paduka adalah amalan yang diguna-pakai sejak 1982, iaitu sejurus selepas Mahathir menjadi Perdana Menteri.Kata beliau, ia bertujuan untuk membolehkan kabinet membiasakan diri dengan isu-isu yang dibangkitkan dalam laporan itu dan menjelaskannya di Dewan Rakyat.
sumber















Sebaliknya, menurut jurucakapnya Wan Zurina Saaran, sebarang pertanyaan perlu diajukan kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.
Malaysiakini juga meminta ulasan mengenai penemuan audit bahawa badan itu kekurangan 4000 ekor lembu yang sepatutnya dibekalkan dan tindakan berkenaan menyebabkan program keusahawanan seperti yang disyaratkan oleh kerajaan tidak dapat dijalankan.

Setev Shaariibuu (kiri), yang memfailkan saman itu pada 4 Jun, 2007, menyaman kerajaan Malaysia dan mereka yang bertanggungjawab ke atas pembunuhan kejam Altantuya di sebuah hutan di Shah Alam pada 19 Oktober, 2006.
Adalah difahamkan bahawa surat itu, yang sesalinannya diberikan kepada Malaysiakini, pada masa ini, dalam simpanan peguam Karpal Singh (kiri), yang mewakili Shariibuu dalam kes berkenaan secara pro-bono (percuma).