Ribuan Hadiri Himpunan Hijau ke Putrajaya Peringkat Melaka

on Jun 25, 2012




Lebih kurang 10,000 orang penduduk Melaka telah hadir bagi menjayakan Himpunan Hijau Peringkat Negeri Melaka yang diadakan bermula petang semalam sehingga lewat tengah malam tadi bertempat di perkarang Surau Ustaz Ali, Permatang Pasir, Alai Melaka.

Program dimulakan dengan Solat Asar berjemaah diikuti dengan program Xpresi Anak Muda Ke Putrajaya dengan konvoi motorsikal Alternative Riding Club (ARC), persembahan dari Hafiz Bandboyz dan ucapan pimpinan pemuda Pakatan Rakyat tempatan.

Turut hadir petang semalam ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Adly Zahari serta Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat Khairul Faizi Ahmad Kamil.

Di majlis tersebut, Ameerah dan Briged Muslimat Melaka telah dilancarkan.

Program diteruskan dengan Solat Maghrib, Solat Hajat & Munajat serta Solat Isya' berjemaah yang dipimpin oleh Ketua Dewan Ulamak Negeri Melaka, Ustaz Zulkifli Ismail.

Selepas itu, majlis ceramah perdana yang menampilkan ucapan dan amanat dari pimpinan Pakatan Rakyat serta wakil dari NGO Anti-Lynas yang tiba dari program Occupy Balok-Gebeng di Kuantan.

Turut berucap malam tadi ialah AJK PAS Pusat, Zulkifli Omar; Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari; Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong San; Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him; Naib Pengerusi PKR Melaka, Rajendran; Penolong Setiausaha PKR Melaka, Sdr Wahab Ibrahim dan Pengerusi Anti-Lynas, Wong Tack.

Himpunan bersejarah tersebut dilihat begitu berjaya kerana rakyat pelbagai bangsa telah turut hadir menjayakan majlis berkenaan.

Program tersebut juga telah disiarkan secara langsung ke seluruh dunia melalui channel TVPAS Melaka yang telah menarik lebih 1,600 penonton malam tadi.

Di majlis berkenaan, anak Melaka di perantauan (PERAWAN) telah menyampaikan sumbangan mereka bebentuk replika cek kepada Perhubungan PAS Negeri Melaka.

Majlis Himpunan Hijau juga menerima kejutan apabila Setiausaha Agong PAS, Dato' Mustafa Ali turut hadir memeriahkan majlis.

Beliau menekankan tentang betapa perlunya rakyat bangkit untuk menentang kezaliman yang diterajui oleh UMNO BN dengan mempastikan kemenangan Pakatan Rakyat di dalam pilihanraya akan datang ini.

UMNO terpaksa menangguhkan tarikh pilihanraya dari sebulan ke sebulan apabila mereka mendapati suasana kebangkitan rakyat kebelakangan ini tidak memihak kepada mereka.

Majlis turut diserikan dengan penampilan penyanyi Iwan Syahman yang menyampaikan lagu-lagu bermesej dakwah di majlis tersebut.

Di kemuncak acara, Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu telah menyampaikan ceramahnya dan beliau menyatakan bahawa orang Melayu selama ini diperbodohkan oleh UMNO dan masanya telah tiba untuk rakyat melakukan perubahan kepimpinan kerajaan pusat dan negeri.

Beliau menegaskan juga akan menyaman Utusan Malaysia kerana memfitnah beliau dalam isu Mat Indera tidak lama dulu.

"Mereka tuduh saya memfitnah Polis Bukit Kepong di bawah seksyen 500 Kanun Keseksaan, tapi peliknya pengadu kes tersebut seorang pesara Polis bernama Visvanathan mengaku bahawa laporan yang Polis yang belua buat tidak benar dan ada unsur fitnah".

Sementara itu, UMNO telah cuba untuk menganggu majlis Himpunan Hijau dengan mengadakan ceramahnya kira-kita 200 meter dari majlis anjuran PAS tetapi gagal untuk menarik pendengar. Mereka sekadar dapat membuat gangguan dengan menghalakan pembesar suaranya ke arah Himpunan Hijau namun tidak memberikan apa-apa kesan terhadap program Himpunan Hijau.

Briged Keselamatan Negeri Melaka bersama-sama Unit Amal telah menunjukkan tugas cemerlangnya mengawal keselamatan daripada sebarang provokasi di majlis berkenaan. 

























Kelab GB



Photobucket

Dasar Penipu! Pelabur Tak Berminat Atau Kamu Yang Sekat?

on



Kekurangan kemudahan asas adalah faktor utama pelabur asing tidak berminat untuk melabur di Kelantan, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Katanya, berdasarkan pengalaman pihaknya membuat promosi di luar negara, golongan itu lebih berminat melabur di negeri yang mempunyai kemudahan asas yang baik.
"Kelantan memang diketahui umum (adalah) salah satu negeri yang menerima pelaburan paling kecil, jadi kita perlu bekerja dengan lebih gigih lagi kerana kita memerlukan kemudahan asas yang lebih baik seperti jalan raya, bekalan air, pelabuhan dan lapangan terbang bertaraf antarabangsa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program MITI Memacu Transformasi di Kota Bharu hari ini.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan itu juga berkata kemasukan pelaburan yang kecil menyebabkan tidak banyak peluang pekerjaan boleh disediakan untuk rakyat negeri ini, dan keadaan itu menyebabkan ramai golongan muda berhijrah ke tempat lain.

"Kita tidak pernah sekat pelaburan datang ke Kelantan, kita promosi seluruh Malaysia, kita galak pelabur datang ke Kelantan, tetapi kita ada kekangan tersebut, oleh itu, kita pelu tangani kekangan itu sebelum tarik pelabur," katanya.

Ditanya sama ada rakyat Kelantan perlu memberi mandat kepada kerajaan Barisan Nasional memerintah negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-13, Mustapa berkata, "kita rasa kita lebih mampu, kita ada pengalaman untuk urus negara dari sebuah negara miskin yang bergantung kepada pertanian kepada sebuah negara yang sekarang ini sudah menjadi makmur, dengan mempelbagaikan sumber ekonomi".

"Pengalaman ini kita tawarkan kepada rakyat Kelantan, dan kita berharap rakyat Kelantan membuat pilihan yang tepat supaya Kelantan dapat dimajukan," katanya. - Bernama

Ulasan 

Penipu punya menteri!

Pelabur yang tak berminat atau kamu sendiri yang menyekat mereka datang ke Kelantan?

Kamu sendiri pernah mengakui di dalam dewan undangan negeri Kelantan bahawa kamu yang menyekat pembangunan mengalir ke Kelantan. Ini bukti paling nyata:



http://greenboc.blogspot.com


Photobucket

KSN Penyokong Tegar BN...?

on



Baru sehari dua menjadi Ketua Setiausaha Negara )KSN) Dr Ali Hamsa sudah bercakap politik,  sedangkan beliau adalah ketua kepada 1.4 juta perkhidmat awam yang sepatutnya tidak menyebelahi mana-mana pihak dan bekerjasama dengan sesiapa atau mana-mana parti yang dipilih rakyat. Kakitangan kerajaan merupakan pelaksana kepada apa-apa dasar yang telah digubal oleh sesiapa yang memerintah yang diberikan mandat oleh rakyat.



Ali Hamsa! Lepaskan jawatan KSN, bertanding atas tiket BN!


Dr Ali menyeru kepada semua kakitangan kerajaan supaya memberikan sokongan kepada kerajaan yang ada pada hari ini dan jangan mendengar janji-janji kosong dari pihak pembangkang. Walaupun beliau berasa berterima kasih kepada kerajaan kerana dijadikan KSN manggantikan KSN yang lama ia tidak bermakna Dr Ali boleh menafikan hasrat rakyat yang ramai yang merupakan empunya kepada negara ini.

Penjawat awam itu pun kepunyaan rakyat dan dibayar gaji mereka oleh rakyat termasuk gaji Dr Ali itu sendiri. Penjawat awam seperti Dr Ali ini nampaknya mesti melalui kurusus sivik yang asas untuk memahami apakah jenis negara dan sistem yang ada yang beliau akan tadbir ini.

Malaysia tidak lagi mempunyai KSN sehebat Abdullah Ayub, Abd Kadir Shamsuddin, dan beberapa orang yang lain semasa pentadbiran Mahathir Mohamad. Dari menjadi seorang yang ‘impartial’ Ali Hamsa menjadi seorang ahli politik. Jika begitulah keadaannya maka kita layan KSN ini sebagai seorang ahli politik.

Seruan yang pertama saya jika didengari elok Ali Hamsa meletakkan jawatan dan bertanding diatas tiket BN dan berkempen keseluruh negara untuk membuktikan yang parti pembangkang memberi janji kososng. Inilah yang menyebabkan kerajaan sekarang sudah menjadi haru biru kerana mereka bercakap tentang isu yang mereka tidak sepatutnya bercakap.

Sekarang kita lebih diyakini bahawa kita mempunyai sebab yang lebih besar kenapa BN mesti ditolak oleh rakyat kali ini. Sikap seorang penjawat awam berpangkat KSN ini amat memalukan. Mentang-mentanglah beliau melangkahi ramai penjawat awam yang lebih berkelayakkan dari beliau, beliau memilih untuk mengampu dan membodek pimpinan yang ‘incumbent’.

Kita ingatkan apabila Sidek bersara,  kita akan mendapat seorang KSN yang lebih mulia tetapi nampaknya hari demi hari kita mendapat pentadbir yang lebih keliru seperti beliau (Sidek).

Segala-galanya sudah menyimpang jauh. Pastikanlah yang PRU13 ini akan mengubah segala-galanya. Setidak-tidaknya kita akan ganti seorang KSN yang tidak sewel seperti ini.



aspanalias
Photobucket

Kelahiran Semula Mesir.

on


Puluhan ribu berduyun-duyun ke Dataran Tahrir, Kaherah pada hari Ahad dalam perayaan terbesar di lokasi yang telah menyaksikan jutaan warga Mesir berhimpun, sejak penyingkiran Hosni Mubarak, bagi meraikan Presiden baru mereka pilihan umat , Mohamed Morsi.

Sementara sebuah helikopter tentera berlegar di atas dataran tersebut, bunga api pesta berpercikan membakar kegembiraan dan wanita serta orang ramai meraung seraya berkata, ia adalah satu kemenangan bagi "revolusi."

"Rejim lama sudah lenyap. Ini akan menjadi baik bagi Mesir dan semua orang Mesir," kata seorang penonton, Khaled Abdel Satar.

"Ini adalah kemenangan revolusi Mesir," kata yang lain, peguam Mohammed Abdel Ghaffar.

Shabrawi Ahmed rakan beliau menambah: "Ia adalah satu kelahiran semula ke Mesir Kuasa akan memindahkan kepada presiden seorang awam."

Pada sebuah podium, pemimpin-pemimpin Ikhwanul Muslimin bergabung dengan penyokong berhaluan kiri meraikan Morsi seorang ‘pilihan umat’ dan bersorak pada orang ramai.

"Revolusi akan menang," kata Abdel Halim Qandeel, aktivis berhaluan kiri, disambut dengan sorakan  orang ramai.

"Satu tangan (bersatu hati)," Orang ramai yang melaungkan kembali.

Kebangkitan umat Mesir menggulingkan Mubarak pada 2011 menyaksikan Ikhwan yang diharamkan Hosni Mubarak, terkehadapan menjadi teras politik.

Bekas diktator Hosni Mubarak yang kini dilaporkan tenat  telah pun dihukum penjara seumur hidup atas penglibatannya dalam kematian penunjuk perasaan semasa kebangkitan yang mengorbankan sekurang-kurangnya 850 orang.

Di jalan-jalan raya Kaherah, deretan kereta dan bas-bas mini yang dipenuhi dengan penyokong Morsi membawa poster beliau berlumba-lumba ke Dataran Tahrir.

"Ini adalah bukti bahawa revolusi itu telah menang, bukan (hanya) Ikhwan Mesir yang mengundi untuk beliau," Shabrawi berkata.

Morsi memenangi 51,73 peratus undi dalam polarisasi mendalam saingan terhadap Shafiq Ahmed, yang menjadi Perdana Menteri Hosni Mubarak semasa hari-hari terakhir pemimpin sebelum  digulingkan dari kuasa.

Seluruh bandar, penumpang dalam kereta dan motosikal membunyikan hon mereka, mengibarkan bendera Mesir dan melaungkan "Morsi, Morsi."
Kemenangan Morsi menjadi sejarah menandakan kali pertama kumpulan Islam telah memegang tampuk kuasa jawatan presiden bagi negara yang paling ramai penduduk di saentero dunia Arab.

Ia juga merupakan kali pertama seorang awam menerajui Mesir sejak monarki Mesir digulingkan pada tahun 1952.

Cubaan pihak tentera untuk mengukuhkan kuasanya dan meletakkan jawatan presiden tanpa taring telah dibantah seluruh rakyat.

Bandar-bandar utama menjadi tegang sebelum pengumuman kemenangan Morsi, dengan jalan-jalan terkenal sibuk di bandar  menjadi lengang  dengan kedai-kedai dan sekolah ditutup.

Tambahan tentera dan polis telah dikerahkan apabila helikopter tentera terbang di atas kepala.

Jalan ke Parlimen ditutup kepada lalu lintas dan keselamatan telah diperketatkan di seluruh bangunan dan kawasan penting.


Kenyataan Morsi Selepas Menang

Morsi berikrar untuk memulihkan ekonomi dalam ucapan beliau dipancarkan ke seluruh negara lewat malam kelmarin, memberitahu orang Mesir sumber-sumber mereka adalah banyak, tetapi telah disia-siakan dan disalah urus oleh pemerintah sebelumnya.

Sehubungan itu pasaran saham Kaherah melonjak lebih daripada 3% pada hari Ahad, menunjukkan  bagaimana sensitif pasaran terhadap kemenangan Morsi.

“Dari satu segi, ia adalah undi untuk fakta bahawa ia adalah demokrasi yang membawa kestabilan dan bukannya tentera atau polis.

“Tidak berlaku pengaliran modal keluar dari Mesir kerana Islam menang, ia bertentangan sama sekali. Ia adalah suatu undi keyakinan yang tidak begitu banyak (sekiranya hanya) di kalangan Ikhwan sendiri, tetapi ia adalah proses demokrasi."kata Khalid Fahmy, Pakar Sejarah dari Universiti Amerika di Kaherah 

Mesir telah lama menjadi sekutu utama AS di dunia Arab, menerima $ 1.3 bilion setahun dalam bantuan tentera Amerika selama beberapa dekad. 

Perjanjian damai dengan Israel adalah asas diplomasi serantau. Israel telah bertindak balas dengan berhati-hati untuk pilihan raya, mengeluarkan satu kenyataan pada Ahad bahawa ia "menghargai proses demokrasi di Mesir dan menghormati keputusan pilihan raya presiden."

"Israel berharap untuk meneruskan kerjasama dengan kerajaan Mesir atas dasar perjanjian damai di antara kedua-dua negara, yang merupakan kepentingan bersama kedua-dua bangsa dan menyumbang kepada kestabilan serantau," kata kenyataan itu.

Walaupun kritikan Israel sebelumnya ganas menuduh dan mencaci , termasuk dari pemimpin Israel memanggil Morsi "Vampire" dan "pembunuh"  sebaliknya Morsi berjanji pada malam Ahad bahawa Mesir akan menghormati dan memelihara semua perjanjian kebangsaan dan antarabangsa di bawah kepimpinan beliau. 

Khalid Fahmy turut berpendapat berkata realiti masalah ekonomi yang dihadapi dan revolusi masih tidak diselesaikan tidak memungkinkan Morsi membuat kajian semula perjanjian Mesir-Israel dlam tempoh terdekat.

"Saya tidak fikir hubungan luar, atau khususnya hubungan dengan Israel, akan berada di atas dalam senarai keutamaan mereka," 

"Mereka terlalu bijak untuk membuka soalan ini sekarang, dan saya tidak fikir mereka sudah terlalu berminat untuk membuka soal tersebut dalam masa terdekat,"jelas Khalid Fahmy .


 Terjemahan bebas dari bebrapa Agensi Berita


Photobucket

Tunggu 'bom jangka' terbaru dari Rafizi Ramli

on

Shuhaimi Shafiei


Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei menegaskan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli direhatkan sementara oleh parti untuk memberi tumpuan kepada pendedahan terbaru skandal terbaru membabitkan Umno Selangor.
Katanya, faktor itu jugalah yang menyebabkan Rafizi meletak jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor dan menafikan ia berpunca akibat perpecahan dalam parti.

Menurutnya, Rafizi direhatkan sementara oleh parti untuk memberi tumpuan kepada siasatan sebelum mendedahkan skandal terbaru yang jauh lebih besar daripada isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) seperti dedahkan sebelum ini.

“Tiada perpecahan, itu spekulasi. Rafizi direhatkan untuk mencipta 'bom jangka' yang lebih besar. Sebelum ini beliau menanggung bebanan berat kerana terpaksa buat dua kerja dalam satu masa tetapi kali ini, beliau akan fokus sebagai pengarah strategi dan unitnya beroperasi secara sistematik,” katanya.

Shuhaimi berkata, pendedahan terbaru itu juga pasti menjejaskan Umno dan Barisan Nasional.

“Umno Selangor tunggu sahaja kerana kita mempunyai bahan dan ramuan yang baik untuk memastikan kali ini kepimpinan Umno Selangor, bermula dengan Pengerusi hingga ahli jawatankuasanya terkena dengan 'bom jangka' itu,” katanya.





Photobucket

Adakah Ummi Hafilda sebagai kambing hitam....?

on

 

Kemunculan wanita misteri yang dikaitkan dengan kes pemilikan akaun induk berjumlah RM3 bilion oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan menjadi proksi kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu telah mengkantoikan fitnah terbaru Ummi Hafilda.

Maka terkulat-kulatlah Ummi Hafilda kini, bila Utusan yang digunakannya untuk menyerang DS Anwar Ibrahim tentang isu pemilikan RM3 Billion menyiarkan penafian wanita yang dituduh olehnya..

Langkah bijak Utusan untuk menjadikan Ummi Hafilda sebagai kambing hitam dalam hal ini..


Haa... itulah.. lain kali kalau dijemput pemimpin UMNO untuk berceramah.. mukadimah tu janganlah dihentam pemimpin UMNO.. ha..ha..ha.. kan dah susah nak cari makan..


Ni hebahan ni... kepada seluruh warga Permatang Pauh, Ummi Hafilda akan mengadakan satu ceramah di Taman Pauh Indah.. lokasi belum disahkan pada 30 June ini..


Kalau nak dengar siapa pemimpin UMNO Permatang Pauh yang bakal dibelasah oleh Ummi Hafilda silakan hadir.. sila bawa videocam..


Kehadirannya dibawakan kepada anda oleh musuh kepada pemimpin UMNO Permatang Pauh itu sendiri.. ha.. ha.. ha... senjata dah nak makan tuan ni...



Wanita misteri tampil beri penjelasan

KUALA LUMPUR 24 Jun - Wanita misteri yang dikaitkan dengan kes pemilikan akaun induk berjumlah RM3 bilion oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini muncul menafikan menjadi proksi kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
 
Zaliah Zakaria, 56, bagaimanapun mengakui mengenali isteri Anwar, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ketika memegang jawatan Presiden dan juga pemilik Syarikat Wira Tangkis Sdn. Bhd.

 
Katanya, syarikat itu banyak memberi sumbangan dalam kejohanan badminton Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri (Bakti) pada akhir 1990-an semasa Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri.

 
Beliau turut mengakui pernah menaja aktiviti sukan air salah seorang anak Anwar di Pulau Pinang semasa Ketua Pembangkang itu dalam penjara selain menerima kunjungan Wan Azizah yang baru pulang dari mengerjakan umrah semasa menetap di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

 
"Hubungan kami sekadar kawan kerana saya juga meminati sukan badminton. Saya tidak mengenali Anwar malah tidak pernah terlibat dalam politik.

 
"Oleh itu saya hairan bagaimana nama saya dikaitkan dengan Anwar dan berita ini pernah berlaku pada 13 tahun lalu tetapi saya biarkan.

 
"Namun kali ini disebabkan wajah saya disiarkan (Mingguan Malaysia) saya tiada pilihan selain untuk tampil menjelaskan perkara sebenar," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

 
Wajah Zaliah dipaparkan di muka depan Mingguan Malaysia hari ini berikutan pendedahan ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali berhubung seorang wanita yang dikatakan sangat dikenali oleh Anwar.

 
Dalam pendedahannya, Ummi Hafilda mendakwa, Anwar kenal sangat dengan wanita tersebut yang bukanlah seorang istimewa atau ahli korporat tetapi cukai pendapatan mencecah RM50 juta.

 
Selain itu, Ummi Hafilda mendakwa, wanita itu memiliki atau mempunyai kaitan dengan 62 hartanah mewah berupa kondominium dan banglo kebanyakkan di Pulau Pinang.

 
Berikutan dakwaan itu, Zaliah meminta Ummi Hafilda agar tampil bersama bukti-bukti bagi membersihkan nama beliau dan keluarganya.

 
Selain itu, beliau juga meminta Anwar mengeluarkan kenyataan segera bagi menafikan hubungan mereka seperti didakwa pihak tertentu.

 
Dalam pada itu, Zaliah mendakwa memiliki aset berbentuk wang tunai dan hartanah berjumlah RM100 juta hasil daripada perniagaan lumba kuda yang dijalankannya pada akhir 1990-an.

 
Menurutnya, bagaimanapun kesemua asetnya bertukar hak milik semasa beliau ke Dubai untuk melupakan kesedihan ekoran kematian anak lelakinya pada Januari 2000.

 
"Seminggu semasa berada di sana (Dubai), pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) membuat serbuan di rumah saya dan menyita 10 buah peti besi di Bukit Jambul, Pulau Pinang mengandungi wang tunai, barangan kemas dan dokumen penting.

 
"Pada masa sama, saya dinasihatkan oleh peguam supaya tidak pulang sehinggalah setahun baru saya pulang ke tanah air namun mendapati semua aset termasuk wang tunai berjumlah RM26 juta di dalam bank telah dipindah milik," jelasnya.

 
Beliau berkata, harta-hartanya yang lain termasuk empat buah rumah di Pulau Pinang bernilai kira-kira RM3.68 juta.

 
Katanya, pada masa itu beliau turut diburu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkaitan dengan cukai pendapatan berjumlah lebih RM50 juta hingga beliau diisytiharkan muflis tidak lama selepas itu.

 
Sementara itu, Ummi Hafilda ketika dihubungi memberitahu, beliau tidak pernah mendakwa mengenali Zaliah secara peribadi.

 
Katanya, pendedahan yang dibuat adalah bertujuan semata-mata mahukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kaitan antara wanita berkenaan dengan Anwar.

 
"Ini bukan isu kenal atau tidak kenal. Saya sendiri tidak pernah mendakwa bahawa saya mengenal perempuan berkenaan (Zaliah) secara peribadi.

 
"Pendedahan yang saya lakukan itu bertujuan untuk membantu siasatan SPRM berhubung kes pemilikan akaun induk bernilai RM3 bilion oleh Anwar. Saya telah serahkan bukti dan sekarang tugas SPRM menyiasat apa kaitan, hubungan atau penglibatan perempuan itu dengan Anwar," katanya. 

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List