Menuju ke Putrajaya hanya mimpi kosong...?

on May 23, 2012



Maka dengarnya parti-parti Pakatan Rakyat sudah mula bermesyuarat untuk bersiap sedia menghadapi pilihanraya tersebut.  Inilah persoalan yang bermain di minda rakyat.  Bagaimana dengan perjuangan BERSIH 3.0?  Mengapa tiba-tiba hendak menyertai PRU sedangkan kerajaan Barisan Nasional dilihat tidak berminat untuk menunaikan lapan tuntutan tersebut? 

 Apakah Pakatan Rakyat mahu ditipu lagi dan apakah rakyat mahu juga mengundi dalam keadaan sudah terjamin kalah akibat penipuan yang dirancang rapi seperti apa yang telah berlaku pada pilihanraya sebelum ini?  Seriuskah sebenarnya Pakatan Rakyat hendak menakluki Putrajaya sedangkan perjuangan untuk memastikan pilihanraya adil dan telus pun hangat-hangat tahi ayam?  

Itu belum lagi perjuangan yang lain seperti Mansuhkan ISA, perjuangan menentang PPSMI yang sepatutnya dimansuhkan tahun ini tetapi kerana protes yang lesu maka kerajaan masih boleh terus bernafas lega dan menyorokkan masalah ini di bawah karpet.


Photobucket

Lagi Ditangguh Tarikh Pilihanraya, Lagi Senget UMNO/BN

on



Najib dijangka pulang dari luar negara dalam sehari dua ini. Dalam masa yang sama tarikh pilihanraya umum masih menjadi misteri. Semua orang berdebar-debar menunggu dan tidak sabar untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. Tidak seperti piliharaya sebelum ini, keghairahan kali ini dianggap luar biasa kerana lebih ramai pengundi mahu menterjemahkan sokongan dan pendirian mereka ke dalam kotak undi.





Photobucket

Desperadonya UMNO & Perkasa

on


Mana mungkin hendak dikatakan mereka (Pemuda UMNO & Perkasa) tidak terlibat apabila jelas kelihatan mereka yang seramai itu mengganggu di program PR sekalipun "berlakun" menjadi "penyelia trafik" yang tidak diundang? Kalau dikatakan mereka menyamar pakai baju PERKASA, ia bukan seorang dua tetapi ramai, menunjukkan itu bukan penyamaran tetapi memang dirancang. 



Photobucket

Mahathir - PM ke 2 paling korup di dunia

on



Sepertimana yang dimahukan oleh rakyat, pembayar cukai dan pengundi telah membayar ‘visi’ Mahathir dalam bentuk perbelanjaan memperkayakan vendor yang dipilih di sepanjang pemerintahannya, semua dibayar oleh wang pembayar cukai atau rakyat. Korupsi Mahathir berdasarkan MAKLUMBALAS SOROS KEPADA MAHATHIR '- Diadaptasi dari Bangkok Post (Tidak diterbitkan di Malaysia)


Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List