Umno Selangor yang diterajui khusus oleh Najib Razak nampak gelojoh sangat. Memanglah negeri termaju itu perlu direbut - dengan apa jua cara - oleh BN dalam pilihan raya umum akan datang, tetapi janganlah begitu tertonjol kerakusannya. Biarlah kelihatan pencak silatnya matang dan sedikit terhormat agar segala strategi dan taktik tidak dicemuh.
Memang dalam politik, kuasa itu seolah-olah segalanya, namun cubalah bersiasah secara beradab dan beretika. Yang mahu dipujuk dan ditawan adalah hati nurani rakyat. Sokongan mereka ditagih semasa kempen nanti. Sedangkan rakyat sudah bijak menilai dan menghakimi. Dengan ketamakan yang menyerlah, apatah lagi sanggup memperalatkan apa sahaja, bukankah langkah Umno Selangor di bawah Najib...