Seandainya 9 Mac 2008 menandakan permulaan era baru politik Malaysia, dan menjadi pembuka tirai zaman “tsunami politik”; maka hari ini adalah hari terakhir selepas genap tiga tahun “tsunami” berlaku. Apa yang berlaku mnjelang ulang tahun ketiga ini adalah kekalahan teruk Pakatan Rakyat dalam dua pilihan raya kecil, malah UMNO mencapai prestasi yang lebih baik daripada PRU tahun 2004 di Kerdau.Sebaik sahaja PRK melabuh tirai, DAP terus membantah pengharaman penjualan tiket perjudian oleh kerajaan PAS di Kelantan, mendedahkan kontradiksi dalaman PR. Justeru itu, apakah ia penghujung “zaman tsunami” mulai esok, atau apakah pergolakan yang berlaku sepanjang tiga tahun ini sekadar riak air yang bakal kembali tenang...