TANAH RIZAB MELAYU DINODAI…….

on Sep 19, 2013



Blog ‘Tukar Tiub’ ada memaparkan salinan surat permohonan tukar milik sebidang tanah oleh salah satu Bahagian UMNO di negeri Selangor yang memohon kepada Menteri Besar Selangor supaya memindahmilikkan sebidang tanah di Selagor ( tanah Rizab Melayu agaknya)  yang keputusannya ditolak oleh Menteri Besar Selangor atas alasan ‘ditolak kerana demi mengekalkan quota Bumiputera’.

Sedih dan gembira apabila  aku membaca berita berkenaan. Sedih kerana yang memohon adalah Bahagian UMNO yang kononnya sentiasa memperjuangkan hak Melayu, yang kononnya bermati-matian memperjuangkan kesejahteraan orang Melayu, yang kononnya seluruh tenaga dan keringatnya meperjuangkan orang Melayu kampung, yang kononnya tidak akan berkompromi apabila kedudukan orang Melayu tergugat, yang kononnya akan mempertaruhkan ‘nyawa’ sekiranya kedudukan Melayu tergugat. Tetapi golongan inilah juga yang cuba mengkhianati bangsanya sendiri jika diberi peluang, dan golongan ini jugalah yang akan mengenepikan segala undang-undang dan peraturan yang ditetapkan sekiranya mereka berkuasa boleh menentukan  sesuatu, dan golongan ini jugalah yang akan ‘mempersetankan’ pandangan rakyat terbanyak, dan golongan ini jugalah yang bermuka tebal melakukan apa saja yang menguntungkan diri dan keluarga mereka. Dan golongan ini jugalah yang sanggup ‘merompak’ wang peruntukan yang diperuntukan kepada golongan miskin di kampung. Dan golongan inilah yang terpekik terlolong ke sana ke mari meneriakkan slogan, ‘ akulah pembela Melayu!’

Aku gembira kerana golongan yang dikatakan mengkhianati rakyat Selangor, khususnya orang Melayu telah bermati-matian memepertahankan undang-udang dan peraturan yang melindungi hak Melayu terutama yang berkaitan dengan tanah rizab Melayu. Sekiranya Menteri Besar tidak berindak sepatutnya, maka sekeping lagi tanah rizab Melayu akan terlepas tangan kepada kaum bukan Melayu yang ‘dinodai’ oleh golongan Melayu UMNO yang kononnya ‘bermati-matian’ mempertahankan orang Melayu.

Perhimpunan UMNO yang akan datang sepatutnya membincangkan hal sebegini yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO. Ahli-ahli UMNO harus peka dan harus merupakan mata dan telinga rakyat untuk membongkar hal yang sedemikian. Ahli UMNO yang tulus ikhlas di kampung-kampung yang benar-benar berjuang untuk bangsa dan negara tercemar nama disebabkan oleh pemimpin UMNO yang rasuah dan yang tidak bertanggungjawab ini. Nama UMNO tercemar adalah berpunca daripada pemimpin UMNO yang tidak bertanggungjawab. Golongan ahli UMNO terbanyak dipandang rendah oleh rakyat terbanyak bukan disebabkan tindakan ahli UMNO dari kampung tetapi buruknya nama UMNO di mata rakyat terbanyak adalah berpunca daripada tindakan pemimpjin UMNO yang sebegini. Yang harus membersihkan nama UMNO bukan orang luar tetapi harus dibersihkan dari dalam. Ingatlah kata orang tua-tua. “ Yang boleh menumbangkan pokok adalah kapak juga’

Akta Tanah Simpanan Melayu yang diluluskan pada 25 November 1913 oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan adalah untuk menjamin kelangsungan masa depan ekonomi, sosial dan politik orang Melayu di Tanah Melayu. Ia bertujuan untuk mengelakkan tanah milik orang Melayu berpindah kepada orang asing. Seolah-olah penjajah dulu amat tahu tentang perangai orang Melayu ia itu akan menjualkan tanahnya kepada siapa sahaja demi untuk mendapatkan wang segera tanpa perlu bekerja keras untuk mendapatkannya. Aku berkata demikian seolah-olah menepati peribahasa Melayu yang mengatakan, ‘ berludah ke langit yang akhirnya jatuh ke muka sendiri’. Aku adalah Melayu tulin.

Melalui akta ini, Residen berkuasa mengisytiharkan mana-mana kawasan tanah milik orang Melayu sebagai Tanah Simpanan Melayu. Pengisytiharan sebegitu akan menyelamatkan tanah dikawasan tersebut daripada dijual, dipajakgadaikan atau ditukar milik kepada orang bukan Melayu. Walaupun tujuan British itu mempunyai musihat yang terselindung, namun sekurang-kurangnya dapat menyelamatkan tanah orang Melayu berpindah tangan. Dalam hal ini aku terpaksa memuji  tindakan penjajah British. Betul ke atau tidak betul tindakan aku, dari satu segi aku sokong apa yang penajajah buat. Jikalau tidak disebabkan tindakan ‘orang putih’, akan habis punahlah tanah milik orang Melayu di Tanah Melayu. Dan aku tidak dapat membayangkan keadaan orang Melayu kini sekiranya langkah sedemikian tidak diambil oleh British.

Dan kini golongan UMNO di salah sebuah bahagian di Selangor  mahu menukar status itu semata-mata untuk menjualkannya kepada kaum bukan Melayu (mungkin). Dan mungkin sudah banyak tanah-tanah kepunyaan Melayu berpindah tangan sebegini, yang dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Kegiatan seperti ini harus dibongkar supaya didedahkan kepada rakyat ramai. Ini merupakan satu pengkhianatan kepada orang Melayu. Tidak guna para pemimpin UMNO terpekik dan terlolong ke sana ke sini, kononnya berjuang menyelamatkan orang Melayu sedangkan apa yang dilakukan oleh setengah pemimpin ini amat bertentangan dengan apa yang dikatakan. ‘Cakap tak serupa bikin’. Serupalah dengan peribahasa Melayu yang berbunyi, ‘ kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi’.

Sekurang-kurangnya Menteri Besar Selangor dari Pakatan Rakyat telah memberikan sumbangan pada orang Melayu walaupun kecil pada anggapan ‘kaum kerabat’ UMNO. Sekurang-kurangnya TS Khalid Ibrahim telah menyelamatkan sebidang tanah dari terlepas dari tangan orang Melayu.

Mungkin sebelum Pakatan Rakyat memerintah Selangor, entah berapa ribu ekar yang telah berpindah tangan. Elok disiasat dan didedahkan.

abuhassanadam


Photobucket

Tokoh Melayu Yang Pernah Menjalani Latihan Tentera Jepun...?

on




Tercatat dalam lipatan sejarah, Jepun pernah menyerang Malaya dan menjajah Tanah Melayu. Sejarah juga membukti, tempoh penjajahan Jepun, ramai rakyat Malaya ketika itu hidup dalam kepayahan akibat penindasan pentadbiran Jepun. Justeru, dicatatsejarahkan sesiapa yang bersekongkol dengan pentadbiran Jepun semasa pemerintahannya di Tanah Melayu ketika itu sebagai pengkhianat kepada agama, bangsa dan negara.

Gambar di atas yang tersimpan di muzium negara membuktikan penglibatan secara langsung Abdul Razak bin Hussien dalam latihan ketenteraan Jepun.

Ketika rakyat Tanah Melayu susah dan menderita akibat penaklukkan Jepun dan di saat rakyat marhean dan para komunis berjuang menggadai nyawa untuk membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan tentera Jepun, pemuda bernama Abdul Razak bin Hussien, bapa kepada Najib bin Razak, dengan bangganya menyertai latihan ketenteraan Jepun. 


(Tun Abdul Razak when he is receiving japan military training during World War 2)

"TUN ABDUL RAZAK (BERCERMIN MATA) KETIKA MEMASUKI LATIHAN TENTERA JEPUN
 (GAMBAR MUZIUM NEGARA)" - (mukasurat 327, Biography of Tan Sri Samad Idris)

The Hidden Truth: When Chin Ping and the rakyat miskin is busy fighting the Japanese during World War 2, (WW2) to protect our Tanah Melayu, our former Prime Minister Tun Abdul Razak is receiving his special training with the Japanese ARMY !!! As Malaysian is our duty to share the true historical fact out !!.

Kalau Chin Ping yang berjuang menentang Jepun untuk membebaskan negara daripada penjajahan dianggap sebagai pengkhainat, apakah gilanya sejarah negara bila menganggap Abdul Razak Hussein yang jelas bersama tentera penjajah sebagai pahlawan?

Lord Luis memberikan medal star Burma pada tahun 1946 di singapura
kerana jasa Chin Peng menyekat kemaraan Jepun di Tanah Melayu dari tahun 1941-1945


diedit daripada tulisan kerajaanrakyat


Photobucket

Jadi saksi pertemuan Najib-Saiful ... kemudian pendakwa kes Fitnah II

on




PUTRAJAYA: Sekalipun terlibat sama dalam pertemuan antara Saiful Bukhari Azlan dengan Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Shafee Abdullah kekal sebagai pendakwa utama kes liwat 2Keputusan itu diputuskan sebulat suara panel tiga hakim mahkamah rayuan, Datuk Ramli Ali (ketua), Datuk Ruhana Yusof (mengganti Datuk Tengku Maimon Tuan Mat) dan Mohd Zawawi Salleh.
 
Ia menyebabkan konflik kepentingan antara saksi dan pendakwa dalam pertuduhan terhadap Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.Berikutan itu, Anwar bercadang memfail permohonan bagi menyemak semula keputusan berkenaan di Mahkamah Persekutuan dalam masa terdekat.
 
“Umum tahu Datuk Shafee adalah peguam Perdana Menteri, kerajaan, Umno dan semua kes yang menentang saya dan dia kata dia tidak campur, tidak bias tetapi gelagatnya lebih dari ahli politik Umno, semua orang tahu.
 
“Dia juga mengaku berada di rumah Datuk Najib ketika kehadiran Saiful selama dua hingga empat jam dan kata dia tidak bincangkan dan tahu apa-apa, hanya minum kopi?
 
“Perkara ini tidak pernah dinafikan,” katanya sejurus selesai prosiding permohonan mengenepi Shafee sebagai pendakwa utama di Mahkamah Rayuan di sini, hari ini.
 
Anwar juga mendakwa Shafee kerap membuat tuduhan yang tidak sopan secara melulu ketika berhujah di mahkamah.
 
Sementara itu, prosiding rayuan kes Fitnah II disambung pada tarikh belum ditentukanPada 9 Jan 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Anwar tidak bersalah atas tuduhan yang direka Saiful Bukhari.


Photobucket

Mazidul Akmal Sidik tersilap langkah

on Sep 18, 2013




Mazidul Akmal Sidik tersilap langkah apabila membuat satu status dengan pertanyaan "Siapa Sokong Anwar Ibrahim? di laman facebook beliau.


Mungkin Mazidul mengharapkan facebokers yang lain akan komen "saya memang tak sokong Anwar" atau pun "saya sokong Najib"...

Tapi pertanyaan Mazidul itu mendapat respons di kalangan facebookers dengan majoriti menyatakan sokongan kepada Anwar dan ada yang jawab A.B.U....

Najib pun sure takkan berani punya untuk menanyakan soalan yang sebegini..













Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List