
Kroni Perlu Dikorban, Jika Mahu Pulih Ekonomi
Copy & Posted By mahi on Sep 14, 2010
"Keghairahan Umno-BN menghabiskan wang rakyat pada kempen berslogan dan projek tidak bermanfaat, dan meminggirkan soal melaksanakan dasar-dasar yang efektif punca Malaysia corot dalam indeks daya saing dan rasuah.
Tahun demi tahun, Malaysia gagal mendapat tempat di kumpulan teratas indeks antarabangsa. Yang terbaru, Forum Ekonomi Dunia melaporkan Malaysia terus jatuh dari tahun ke tahun, dari tempat ke 21 ke 26, dalam Indeks Daya Saing sedunia. sum...
Polis Geladah Firma Guaman Milik Peguam Bergelar Datuk
Copy & Posted By mahi on Sep 14, 2010
BANTING: Polis menggeledah pejabat firma guaman milik peguam bergelar Datuk, Selasa bagi mencari bukti penglibatannya dengan kes penipuan hingga membawa kepada pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.Sepasukan polis dilihat tiba di pekarangan firma guaman, yang terletak di Jalan Kemboja 33, Off Jalan Sultan Alam Shah di sini kira-kira pukul 10.45 pagi, namun beredar lima minit kemudian apabila gagal membuka pintu pejabat berikutan kunci yang tidak sesuai.
Polis kemudiannya dilihat kembali ke firma itu kira-kira 30 minit kemudian bersama seorang lelaki, yang berpakaian lokap warna ungu, dipercayai peguam bergelar Datuk itu.Peguam berumur 41 tahun itu merupakan seorang daripada lapan...
Shahrizat dah tahu neraka tak terima pembunuh Sosilawati....???
Copy & Posted By mahi on Sep 14, 2010
Syed Husin tidak pertahan jawatan, mahu ‘Anwar-Wan Azizah’ pegang jawatan
Copy & Posted By mahi on Sep 14, 2010
Pembunuh profesional mungkin terlibat.....???
Copy & Posted By mahi on Sep 14, 2010
Polis tidak menolak kemungkinan pembabitan pembunuh profesional atau kumpulan samseng dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.
Pembunuh profesional atau kumpulan samseng itu dikatakan bekerjasama dengan dua peguam adik-beradik yang ditahan sebagai suspek utama termasuk salah seorangnya bergelar Datuk bagi melakukan pembunuhan kejam itu sebelum membakar mayat mereka.
Menurut sumber, siasatan juga mendapati Datuk itu pernah memberi bantuan guaman kepada pertubuhan haram Hindraf dan menjadi ahli seumur hidup kepada sebuah parti politik.Selain itu, kata sumber tersebut, setakat ini pihak polis telah mendapat maklumat penting berhubung pemilikan suspek terhadap beberapa hartanah yang...
Keluarga sambut ulang tahun tanpa Noorhisham
Copy & Posted By mahi on Sep 14, 2010
Walaupun pihak polis mengesahkan Noorhisham Mohammad merupakan salah seorang yang dibunuh bersama jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, ahli keluarga pegawai bank itu tetap meneruskan majlis doa selamat dan tahlil sempena hari kelahirannya hari ini.
Isteri mangsa, Suzana Raden Pangat berkata, nalurinya sebagai isteri kuat mengatakan suaminya masih hidup dan akan pulang kerana anak-anak mereka merinduinya."Keluarga kami akan mengadakan majlis doa selamat malam ini di sini dan kebetulan hari ini adalah hari ulang tahun kelahirannya.
"Sepatutnya kami akan meraikan bersama seperti yang dijanjikan tetapi kehilangannya telah memusnahkan semua impian itu," katanya kepada pemberita di rumahnya di Taman Seraya, Ampang dekat...
Keluarga Kamaruddin reda terima kematian, adakan solat ghaib
Copy & Posted By mahi on Sep 14, 2010
Ahli keluarga pemandu peribadi Datuk Sosilawati Lawiya, Kamaruddin Shamsudin mengadakan solat sunat ghaib di rumah mereka di Bandar Indera Mahkota 2, di sini selepas pihak polis memaklumkan pemandu itu merupakan salah seorang yang dibunuh bersama jutawan kosmetik tersebut.
Abang iparnya, Ismail Ibrahim, 56, berkata, sebahagian ahli keluarga yang berada di Mekah kerana menunaikan umrah turut mendirikan solat tersebut di tanah suci itu sebaik menerima berita mengenai kematiannya dalam keadaan yang tragis.
''Kami melakukan solat sunat ghaib selepas semua ahli keluarga yakin hasil siasatan pihak polis dan dapat menerima bahawa sisa mayat yang dibakar itu adalah Kamaruddin bersama majikan serta dua rakan mereka," katanya ketika...
Ibu Sosilawati jalani ujian DNA hari ini
Copy & Posted By mahi on Sep 14, 2010
Yatimi Abdul Rahman, ibu kepada jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya akan menjalani ujian Asid Deosiribonukleik (DNA) di Hospital Kuala Lumpur, esok.
Utusan Malaysia diberitahu, anak sulung jutawan berkenaan, Erni Dekritawati Yuliana Bukhairi telah dihubungi oleh pihak polis hari ini bagi membantu membawa neneknya menjalani ujian tersebut.Walaupun Yatimi, 80, sepatutnya berbuat demikian hari ini tetapi ia tidak dapat dilakukan memandangkan wanita berkenaan sudah pulang ke rumahnya di Batu Pahat.
Difahamkan ujian tersebut dilakukan bagi membolehkan polis memadankan sampel cebisan tulang yang ditemui di Banting semalam dengan sample DNA ahli keluarga mangsa.
Semalam, polis mengesahkan Sosilawati, 47 dan...
Desak kembalikan wang......
Copy & Posted By mahi on Sep 14, 2010
Baca dan fikir lah sendiri pelbagai variasi cerita....???
KUALA LUMPUR 13 Sept. - Desakan meminta supaya suspek utama iaitu peguam bergelar Datuk mengembalikan wang miliknya dipercayai menjadi punca jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lelaki bersamanya dibunuh dengan kejam.
Akibat dihantui rasa tamak, suspek yang berusia 41 tahun itu dikatakan enggan memulangkan wang tersebut dan hilang sifat kemanusiaan sehingga tergamak membunuh keempat-empat mangsa.Utusan Malaysia difahamkan, Sosilawati telah menggunakan khidmat firma guaman suspek untuk mengemukakan tender tawaran untuk membeli sebidang tanah di Pulau Pinang.
Bagaimanapun, usaha untuk mendapatkan tanah terbabit dipercayai gagal menyebabkan...