
Keluarga reda jika benar Sosilawati sudah meninggal dunia
Copy & Posted By mahi on Sep 12, 2010
KUALA LUMPUR 12 Sept. - Anggota keluarga jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya reda dengan pemergian beliau sekiranya mangsa yang dilaporkan ditemui di Ladang Gadong, Tanjong Sepat hari ini disahkan sebagai Sosilawati.
Anak sulung Sosilawati, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25, berkata, mereka sekeluarga berharap mangsa yang ditemui itu bukanlah ibu mereka namun akan terus melakukan solat sunat ghaib.
"Saya berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang tidak putus-putus mendoakan untuk mak saya dan tiga orang yang lain,” katanya kepada pemberita di kediamannya di Taman Harmonis Gombak di sini.Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu dan menyatakan beliau berkemungkinan mengeluarkan kenyataan...
Menang PRU-13 Lebih Penting Tanding Kerusi Dalam Parti
Copy & Posted By mahi on Sep 12, 2010
SEBERANG JAYA 12 Sept - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Azmin Ali berkata tumpuan untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 adalah agenda yang lebih utama bagi beliau daripada memberi perhatian khusus terhadap kepada pertandingan merebut jawatan pada pemilihan parti November depan."Ini adalah agenda yang lebih penting yang perlu diberi keutamaan daripada pemilihan dalam parti."Apa guna jika kita menang besar dalam pemilihan parti, tetapi sebaliknya parti tidak mampu menang dalam pilihan raya umum yang akan datang?" kata Azmin.Ketika ditemui media pada majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran KEADILAN Pulau Pinang di tapak ekspo Seberang Jaya, Seberang...
Keluarga Taib didakwa 'untung' dari projek pembentungan Kuching
Copy & Posted By mahi on Sep 12, 2010
Dengan pilihan raya negeri Sarawak dijangka diadakan seawal bulan depan, musuh politik Tan Sri Abdul Taib Mahmud meneruskan serangan mereka terhadap ketua menteri itu, yang keluarganya dianggap antara yang terkaya di negeri itu.Selepas pendedahan mengenai dakwaan kekayaan hartanah yang dimiliki keluarga Taib di luar negara, kali ini ia didakwa membabitkan projek saluran pembentungan Kuching, yang bernilai setengah bilion ringgit.Menurut lamanweb anti-Taib, kontrak bernilai RM530 juta itu diberi pada 2008 kepada konsortium tiga syarikat, termasuk Kumpulan Construction - syarikat yang dikendalikan oleh Raziah Mahmud - saudara perempuan Taib.Sarawak Report mendakwa kesemua projek tersebut telah disub-kontrakkan tidak...
'Saya Akan Buat Kejutan Sama Ada Bertanding Atau Tidak': Ibrahim Ali
Copy & Posted By mahi on Sep 12, 2010
PASIR MAS: Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali berkata beliau akan membuat kejutan pada pilihan raya umum kelak sama ada bersedia bertanding mempertahankan kerusi yang disandang atau sebaliknya.Mendakwa mempunyai strategi tertentu, Ibrahim berkata beliau tidak mempunyai masalah jika PAS atau Umno tidak membenarkannya bertanding mewakili parti berkenaan pada pilihan raya umum akan datang."Mungkin saya boleh adakan kerjasama dengan parti lain seperti bertanding dulu ataupun tubuh parti baru."Saya tahu baik PAS atau Umno mungkin tidak menerima saya dan ada juga parti lain yang menjauhkan diri kerana saya dalam Perkasa dan apa pun tunggulah kejutan nanti," katanya pada rumah terbuka beliau yang diadakan di pekarangan...
MAKA BERKATA LAH TUN DR. MAHATHIR......
Copy & Posted By mahi on Sep 12, 2010
Umno Perlu Perkasa Untuk Raih Sokongan Melayu:Dr Mahathir
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata Umno tidak mampu berbalah dan memisahkan diri daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) jika tidak mahu menanggung risiko kehilangan lebih banyak sokongan.Bekas perdana menteri itu berkata sebaliknya Umno memerlukan seberapa banyak sokongan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) jika parti induk Barisan Nasional (BN) itu tidak mahu kehilangan sokongan akar umbi."Saya berpendapat bahawa Umno khususnya tidak begitu kuat, kita tidak boleh tolak sebarang orang kerana kalau kita hilang 100, 200 orang pun, mungkin kita akan kalah. "Jadi kita nak sokongan seberapa banyak, tak payahlah kita bermusuh...
Kematian Sosilawati Kehilangan Besar Kepada Kampung Seri Menanti
Copy & Posted By mahi on Sep 12, 2010
BATU PAHAT: Berita kematian Datuk Sosilawati Lawiya, 47, mengejutkan penduduk tempat kelahiran jutawan kosmetik itu, Kampung Seri Menanti, Sri Medan dekat sini.Kehilangan beliau dianggap begitu besar kerana beliau cukup terkenal dengan sikap baik dan dermawan."Ini satu kehilangan yang besar kerana Sosilawati membantu sesiapa sahaja yang perlukan pertolongan. Contohnya mangsa banjir atau sekolah-sekolah yang meminta bantuan," kata ketua kampung tersebut, Omar Salleh, 63, ketika ditemui pemberita hari ini.Penduduk kampung tersebut katanya sudah merancang untuk membuat solat hajat bagi mendoakan kesejahteraan Sosilawati dan berharap beliau pulang dengan selamat.Beliau yang turut menyifatkan Allahyarham sebagai seorang...
Anak Perempuan Kamaruddin Jatuh Sakit Selepas Dapat Tahu Beliau Dibunuh
Copy & Posted By mahi on Sep 12, 2010
SEREMBAN: Anak perempuan sulung kepada Kamaruddin Shamsudin, pemandu jutawan kosmetik Sosilawati Lawiya, jatuh sakit sebaik mendapat tahu hari ini bahawa ayahnya dibunuh dengan kejam sebelum dibakar.Menurut bekas isteri Kamaruddin, Noorfazilah Ab Sani, anak perempuan mereka itu, Balqis, 12, sangat rapat dengan Kamaruddin dan asyik menangis mengenangkan nasib ayahnya dan tidak menjamah sedikit makananpun sejak pagi tadi.Noorfazilah, 33, berkata Kamaruddin sudah berjanji untuk menjemput anaknya itu menyambut lebaran di kampung Kamaruddin di Kuantan kali ini."Balqis dengan bekas suami memang rapat dan manja. Bila saya beritahu ayahnya sudah tiada, dia terus menangis, tidak mahu makan dan mengalami sakit kepala sehingga...
Buktikan Emak Meninggal Dunia - Anak Sosilawati
Copy & Posted By mahi on Sep 12, 2010
KUALA LUMPUR: "Kalau betul mak tak ada lagi, tunjuk depan Rina. Abah cari mak."Menurut sumber terdekat keluarga Datuk Sosilawati Lawiya, anak keempatnya, Erinawati Sofia Buhari, 18, tidak dapat menahan rasa sedih sejurus menonton sidang akhbar Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin mengenai penemuan empat mayat yang dikatakan termasuk ibunya.Berdasarkan khidmat pesanan ringkas yang diterima wartawan mStar Online daripada sumber terbabit, Erinawati meraung sebaik sahaja mengetahui nasib ibunya bersama tiga rakan lelakinya yang lain itu.Bagaimanapun, kesemua anggota keluarga Sosilawati enggan menemui media selepas menerima berita sedih berhubung penemuan empat mayat di sekitar Ladang...
TERKINI: Polis bawa suspek ke tempat kejadian di Tg Sepat
Copy & Posted By mahi on Sep 12, 2010
BANTING, 12 Sept — Pasukan forensik polis memasuki kawasan sebuah ladang pertanian bersepadu di Tanjong Sepat dekat sini bersama-sama dengan sekurang-kurangnya dua suspek yang dipercayai terlibat dengan kehilangan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga orang lagi.Petugas media yang berada di jalan masuk ke Ladang Gadong melihat dua konvoi kenderaan dengan kawalan ketat polis memasuki kawasan itu, dan dua lelaki dilihat memakai pakaian lokap.Menurut seorang anggota polis, mereka memasuki sebuah kawasan yang terletak kira-kira 100m dari jalan utama kawasan berkenaan, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan pengasas syarikat kosmetik Nouvelle Visages (NV) itu.Pasukan forensik turut ke sebuah restoran,...
Blog pro istana Kelantan kesal laporan Utusan
Copy & Posted By mahi on Sep 12, 2010
Blog yang selalu menjadi jurucakap Istana Mahkota Kelantan, TheKelantanInsider kesal dengan laporan akhbar Umno, Utusan Malaysia hari ini yang menyiarkan kononnya Tengku Faris Petra akan ditabalkan sebagai Sultan Kelantan esok.
"Kami faham bahawa memperolehi “scoop” adalah satu keutamaan kepada mana-mana media, tetapi perlulah diingat bahawa di dalam keghairahan berbuat demikian tata susila juga perlulah sentiasa dijaga, lainlah jika media itu memang memiliki agenda tertentu.
"Jika pada hari ini anda memilih untuk menyusahkan pihak lain, janganlah pula anda menyalahkan pihak itu jika anda berhadapan dengan kesusahan untuk mendapatkan apa-apa berita pada hari esoknya. Setiap yang berlaku tentulah ada sebab-musababnya,"...
Senator kelahiran Malaysia Menteri Kewangan baru Australia....Lesbian...???
Copy & Posted By mahi on Sep 12, 2010
MAKA BERKATA LAH AWANG SELAMAT......Lu Fikir Lah Sendiri...???
Copy & Posted By mahi on Sep 12, 2010
Apakah wajar kesemua parti komponen termasuk UMNO mengambil pendirian menolak Perkasa?
Awang lontarkan persoalan ini kerana ia sudah menjadi bahan bualan terutama di kalangan orang Melayu. Mesyuarat BN yang dipengerusikan oleh Setiausaha Agung, Tengku Adnan Tengku Mansor baru-baru ini mencapai persetujuan untuk menjauhi Perkasa. Alasannya kerana ia dikhuatiri boleh menjejaskan keupayaan BN meraih sokongan pengundi pelbagai kaum selain menjejaskan konsep 1Malaysia.
Pada Awang, Perkasa hanyalah NGO biasa sebagaimana NGO bukan Melayu lain, yang sekadar membela kepentingan kaum masing-masing. Persekitaran politik yang dilihat tidak menentu dan berbahaya kepada kepentingan Melayu menyebabkan ramai menyokong Perkasa. Suka atau...