Pakatan sahkan Khalid MB Selangor

on May 10, 2013





KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat akhirnya mencapai konsensus bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar) akan dilantik menjadi Menteri Besar Selangor buat penggal kedua ekoran pencapaian cemerlang Selangor sepanjang tempoh penggal lalu.

Menurut Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution, PKR telah menamakan dua orang sebagai calonnya untuk jawatan itu.

Berdasarkan nama itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah bersetuju melantik Khalid untuk meneruskan perkhidmatannya, maka Khalid dipilih.

Tengahari tadi, Pengerusi PKR Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali kesal dengan cara perlantikan ini kerana ia tidak melalui prosedur mesyuarat.

Namun beliau menafikan akan meletakkkan jawatannya dalam parti atau ADUN dan anggota Parlimen sebagaimana disebarkan sebelum ini.

Beliau menyifatkan ianya sebagai kerja-kerja Umno.

Sebelum ini, Tuan Guru Abdul Hadi dan Lim Guan Eng telah menghantar surat kepada Tuanku Sultan Selangor untuk bersetuju perlantikan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

Berikut adalah kenyataan penuh Datuk Saifudin.


Parti KEADILAN Rakyat memanjatkan rasa syukur kami ke hadrat Allah SWT di atas kejayaan Pakatan Rakyat mempertahankan negeri Selangor dalam Pilihanraya Umum ke-13 baru-baru ini. Kami juga ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kami dan rakan-rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat terhadap para pengundi khususnya dan rakyat negeri Selangor amnya kerana telah memberikan kepercayaan mereka kepada Pakatan Rakyat untuk menerajui kerajaan negeri Selangor buat penggal yang kedua.

Bagi pihak KEADILAN, saya juga ingin merakamkan penghargaan kami kepada pimpinan Pakatan Rakyat negeri Selangor, juga kepada jentera ketiga-tiga Parti KEADILAN, PAS dan DAP yang telah bertungkus lumus dan penuh komited dalam amanah yang dipikul untuk memastikan kepercayaan rakyat Selangor terus diberi kepada Pakatan Rakyat.

Kejayaan ini juga disambut dengan penuh rasa tawaddhu’ dan rendah diri, terutama dalam proses untuk menamakan seorang Menteri Besar bagi memimpin kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dalam pentadbiran negeri. KEADILAN sesungguhnya amat berbesar hati dan menghormati sokongan oleh PAS dan DAP yang telah bersetuju supaya jawatan Menteri Besar Selangor dinamakan dari Parti KEADILAN Rakyat.

Berteraskan kepada prinsip konsensus dan rundingan serta semangat kesetiakawanan dan kerjasama yang selama ini telah tersemai dalam Pakatan Rakyat, KEADILAN telah mengangkat dua (2) nama dari kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri KEADILAN yang berjaya memenangi kerusi mereka dalam pilihanraya umum Negeri Selangor baru-baru ini kepada pimpinan PAS dan DAP untuk dibincang secara bersama dengan KEADILAN bagi memilih salah seorang daripada mereka untuk dinamakan sebagai Menteri Besar Selangor.

PAS dan DAP, menerusi Presidennya Yang Berhormat Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agungnya Yang Amat Berhormat Tuan Lim Guan Eng masing-masing telah bersetuju supaya Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim, Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang untuk  diangkat sebagai Menteri Besar Selangor dan meneruskan khidmat cemerlang beliau menerajui pentadbiran kerajaan Negeri Selangor sebelum ini.

KEADILAN dengan ini menyeru supaya keseluruhan rakyat Negeri Selangor khususnya dan rakyat Malaysia amnya untuk terus menggembeling semangat kerjasama dan setiakawan antara satu sama lain tanpa mengira agama, bangsa dan warna kulit yang telah selama ini ditunjukkan, bagi terus memastikan agenda perubahan rakyat  dapat diteruskan bersama-sama dengan Pakatan Rakyat.

Sekian, terima kasih.
SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
SETIAUSAHA AGUNG
PARTI KEADILAN RAKYAT





Photobucket

Selamat Bersara Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar - 17 Mei ini

on





KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar akan bersara wajib pada 17 Mei ini dan bukan meletak jawatan kerana desakan parti politik seperti yang didakwa sesetengah pihak.
Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) ACP Ramli Mohamed Yusoof berkata penyebaran berita mengenai perletakan jawatan Ketua Polis Negara di media sosial dan blog adalah fitnah dan berniat jahat.
Majlis persaraan Ismail akan diadakan sehari sebelum tarikh persaraannya, kata Ramli dalam kenyataan pada Jumaat.
Ramli turut menegaskan bahawa keadaan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman adalah aman tanpa sebarang kekecohan atau huru-hara seperti yang didakwa di laman sosial.
Justeru orang ramai diingat agar tidak mempercayai fitnah yang disebarkan atau menjadi sebahagian daripada penyebar fitnah dengan memanjangkan dan berkongsi dakwaan yang tidak berasas itu di laman sosial.
"Adalah diingatkan individu yang terlibat dalam menyebarkan maklumat palsu dan berbaur hasutan ini boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Sekyen 4(1) Akta Hasutan," katanya.
Ismail memegang jawatan tertinggi dalam tampuk kepimpinan PDRM sejak 13 September 2010 apabila beliau menggantikan Tan Sri Musa Hassan.
Perkhidmatan Ismail disambung dua tahun secara kontrak setelah mendapat persetujuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. 
 BERNAMA

baca lagi kat sini

Photobucket

TAKTIK HINA DAN KOTOR......NO WONDER THEY WON...!

on




Taktik Kotor SPR Untuk Memenangkan BN Perak Terbongkar?

Menuntut hak keadilan dalam perlembagaan negara terbukti menghampakan bagi calon parlimen Tapah, K Vasantha Kumar sewaktu di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Merdeka, Tapah .

Beliau telah ditolak keluar dari Pusat Penjumlahan Undi itu oleh sepasukan Tindakan Ringan Polis jam 11mlm Ahad.

Vasantha Kumar berkata, lapan anggota polis menolaknya keluar setelah beliau bertanyakan pegawai SPR mengenai keganjilan adanya undi bercampur dalam kotak undid an ketiadaan beberapa kotak peti undi .

Kotak –kotak peti undi yang hilang itu tidak sampai di Pusat Pengiraan waima jam sudah 11 mlm. Dikatakan , undian Pos telah dicampur dengan Undian Parlimen dan Dun dalam kotak undi bercampur.

“Saya meminta pengiraan semula kerana kertas undi Parlimen dan Dun telah bercampur dalam satu peti undi parlimen.

Tambahan pula terdapat sejumlah kertas undi diletatakan di luar peti undi. “Saya meminta pengiraan semula kerana empat peti undi daripada Chenderiang dan lima peti undi dari Ayer Kuning tidak ada dalam dewan pengiraan di Dewan Merdaka.

Berikutan permintaan tersebut, pegawai SPR telah membawa masuk 2 peti undi dari Ayer Kuning. Tujuh peti undi yang lain masih belum sampai.

“ Di masa yang sama saya telah meminta 91 borang 14 daripada 91 saluran mengundi tetapi pegawai SPR enggan memberikan., Vasantha Kumar memberitahu, “Sesetengah borang 14 tidak ditandatangani sempurna oleh pegawai SPR.

“Pada ketika inilah, muncul calon BN, M Saravanan, lalu meninggikan suaranya dan mengugut saya.” “Saya memberitahunya jangan masuk campur kerana pertelingkahan adalah antara beliau dan SPR.

Pertelingkahan adalah mengenai kertas undi dari Dun Chenderiang dan Dun Ayer Kuning. “Pada ketika itu, keputusan untuk Perak ialah 29 untuk BN and 28 bagi Pakatan.


Saya bertegas mahukan pengiraan semula kerana keputusan dari dua Dun tersebut ( Chenderiang dan Ayer Kuning) merupakan faktor penentu dalam pembentukan kerajaan negeri Perak.

“Apabila saya desak agar dokumen tersebut dikeluarkan sebelum keputusan diisytiharkan, pegawai SPR telah mengarahkan polis supaya menolak polling agents dan saya, keluar dari dewan tersebut.

Pada ketika ini, Vasantha Kumar berkata, “Saravanan membaling kerusi kepada saya semasa saya sedang ditolak keluar.”


“Saya terkedu bila polis menolak saya 50 meter keluar dari Pusat Pengiraan tersebut, sedangkan Saravanan dan pembantunya cuba menyerang saya. Bagaimana pun polis menahan mereka.”

Vasantha Kumar mendakwa dirinya dan counting agents nya telah ditolak keluar oleh polis hingga ke main road di luar dewan tersebut.

Tiada wakil untuk memantau peti-peti undi


“ Polis kemudiannya mengepung dewan itu dan tidak membenarkan saya masuk. Pada ketika itu, saya tidak mempunyai wakil didalam dewan itu untuk mempastikan peti-peti undi itu tidak di cerobohi.”

Beliau mendakwa pada ketika itu, Saravanan dan dua calon BN bagi dua kerusi Dun (Chenderiang dan Ayer Kuning) telah dibenarkan berada dalam dewan tersebut sewaktu keputusan sedang di buat.

Vasantha Kumar berkata, pegawai-pegawai SPR telah mengarahkan polis supaya menahannya diluar dewan hampir satu jam lamanya.

“Selepas satu jam, saya sebagai calon Tapah, saya berhak untuk masuk ke dewan.”

Setelah memasuki dewan tersebut, Vasantha Kumar berjalan keaarah pegawai SPR dan meminta 91 pengesahan borang 14 dari kesemua 91 saluran peti undi. “Pegawai tersebut gagal menunaikan permintaan tersebut.

Dia memberitahu saya supaya mengambil tindakan mahkamah jika ada pertelingkahan. “ Saya tidak bersetuju dengan keputusan yang akan mereka isytiharkan kerana boring 14 tidak disertakan dan tidak ada pengiraan semula undi pos dan undian biasa yang sahih.

Tidak lama kemudian, lebih kurang jam 1.00 pagi, keputusan diumumkan – bahawa calon BN, Saravanan dan dua kerusi Dun tersebut telah menang.

Kemenangan dua kerusi Dun tersebut menjadikan BN berjaya merebut Negeri Perak melalui 31 kerusi ke atas Pakatan Rakyat dengan 28 kerusi.

Vasantha Kumar membuat aduan polis dibalai polis Tapah pada jam 1.30pagi kelmarin.




Photobucket

Azmin Ali, Zuraida Kamaruddin dan Shuhaimi Shafiei padan muka kau...! Tiada perjanjian MB Selangor mesti daripada PKR

on




MOHD SANY HAMZAN

SHAH ALAM - Dewan Pemuda Pas Selangor hari ini menegaskan bahawa tiada sebarang perjanjian yang mengatakan jawatan menteri besar Selangor mesti diperuntukkan kepada PKR jika gabungan parti Pas, PKR dan DAP memerintah negeri itu.

Justeru, Timbalan Ketuanya Mohd Sany Hamzan meminta beberapa pemimpin PKR Selangor, termasuk Azmin Ali agar tidak melatah sebaliknya perlu 'cermin diri dan sedar diri' sebelum membuat kenyataan berhubung perkara itu.

"Dewan Pemuda Pas negeri Selangor menganggap kenyataan (pemimpin PKR negeri) Azmin Ali, Zuraida Kamaruddin dan Shuhaimi Shafiei yang menekankan bahawa kerusi MB Selangor adalah kerusi tetap PKR ibarat orang tamak haloba yang tidak sedar diri terhadap kemampuan diri sendiri.

"Mungkin PKR Selangor masih bermimpi yang mereka masih memenangi kerusi Dun (dewan undangan negeri di) Selangor melebihi Pas dan DAP," katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada pilihan raya umum Ahad lepas, pakatan rakyat memenangi 44 daripada 56 kerusi Dun di negeri itu dengan Pas dan DAP masing-masing memenangi 15 kerusi manakala PKR 14 kerusi.

Barisan Nasional (BN) pula menguasai 12 kerusi Dun.

Mohd Sany berharap pimpinan pakatan rakyat Selangor akan menyelesaikan isu pelantikan menteri besar dalam masa terdekat dan pihaknya akan menghormati keputusan itu. - Bernama



Photobucket

Kejutan Yang Di Tunggu-Tunggu Dari Azmin Ali Tak Menjadi

on





Sidang Media Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali yang dikhabarkan akan diadakan di Hotel De Palma pada jam 11.00 pagi ini dipercayai telah diubah ke Ibu Pejabat KeADILan di Tropicana Petaling Jaya.

Jika benar dakwaan ini, maka kemungkinan besar sidang media panas yang dikhabarkan itu hanya akan menjadi suam-suam kerana diadakan di rumah sendiri.

Sebelum ini ramai pihak yang menjangka Azmin akan membuat sidang media tergempar untuk mengumumkan keputusan keluar dari Parti Keadilan Rakyat. Namun, dengan perkembangan terbaru ini maka kemungkinan itu pasti tidak menjadi kenyataan.

Mana mungkin Azmin umum keluar PKR di ibu pejabat parti itu sendiri. Apapun, sama-sama kita nantikan apakan intipati sidang media Azmin Ali itu tidak lama lagi.

Apapun, ramai pihak yang menggesa beliau batalkan sidang medianya kerana ia akan lebih mengeruhkan keadaan. Umum mengetahui isu Menteri Besar Selangor menjadi agenda utama Azmin pada sidang media itu nanti sebenarnya.




Photobucket

SIDANG MEDIA AZMIN : Nafi LETAK JAWATAN Dan KELUAR PARTI, Akan TERUSKAN PERJUANGAN

on



YB Azmin Ali meminta maaf kerana lewat memulakan sidang media kerana telah melakukan perjumpaan dengan kepimpinan PKR. Dalam pertemuan tersebut beliau menyatakan bahawa bukan berkata Azmin mahukan jawatan Menteri Besar. Beliau turut mendakwa bahawa khabar-khabar angin beliau akan keluar daripada parti dimulakan oleh UMNO dan Barisan Nasional.'

Ada juga khabar angin yang tersebar bahawa bilau tamakkan jawatan Menteri Besar Selangor. Jika benar dakwaan tersebut, beliau telah memegang jawatan itu sejak tahun 2008 lagi. Selepas PRK Permatang Pauh Datuk Seri Anwar Ibrahim ada memberitahu beliau supaya bersedia untuk menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim (sebagai MB) Tetapi saya katakan 'Tidak'.

Azmin Ali berkata rakyat Selangor telah memberi mandat kepada Pakatan Rakyat. Lebih banyak kerusi dimenangi dalam negeri ini kerana usaha kolektif. Lantaran itu Selangor memerlukan seorang Menteri Besar yang berkaliber. Seorang MB yang akan membuka pintu kepada rakyatnya. Rakyat Selangor menuntut kepimpinan yang responsif. Perlu ada satu proses untuk perlantikan MB Selangor. Bukan melalui nepotisme. Seseorang yang dilantik sebagai MB Selangor mesti mempunyai keberanian untuk membuat keputusan secara bebas.

Apa yang nyata Azmin Ali berkata merupakan satu pembohongan apabila mengatakan saya akan menyertai UMNO. Mereka yang menyebarkan khabar angin ini boleh terus bermimpi bahawa dia akan meletakkan semua jawatan dalam parti, Ahli Parlimen dan ADUN. Sempena hari Jumaat yang mulia ini, beliau berikrar akan meneruskan perjuangan.

Ketika ditanya wartawan siapakah YB daripada PKR yang akan dicalonkan sebagai Menteri Besar Selangor, Azmin berkata tiada mana-mana YB dipanggil dan belum mengetahui siapakah yang akan tercalon.



Photobucket

Memang dari dulu lagi UMNO suka salahkan orang lain selain dari "mereka" sendiri....!

on





KOMEN KEPADA ARTIKEL A.KADIR JASIN :- "DR M on Outcomes Unexpected"




Raslan hj Ahmad said...
Kadir.
Pada tahun 2008,Mahayuddin dan ahli majelis tertinggi UMNO,memaksa Pak Lah berhenti menjadi PM,demi untok menyelamatkan UMNO dan Melayu.

Nah,sekarang tahun 2013, GE 13 Keputusan pilehanraya lebeh terok,salepas Najib membelanjakan berbillion ringgit memberi wang kapada raayat.

Saya rasa Najib peelu berhenti,untok memberi kapada team baru UMNO membuat perubahan mendadak dalam Party dan Kerajaan.

Jika kita tidak perform,jangan lah salahkan kaum cina.Ia akanlebeh merosakan lagi hubongan antara kaum di Malaysia.
ini merupakan kenyataan yang tak bertanggong jawab.




Gerakan 1MMNRU said...
Kepada Dato Seri Najib Razak,
Perdana Menteri Malaysia

Kami dari Gerakan 1MMNRU (1Malaysia Mahu Najib Razak Undur) mendesak agar Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak bertanggungjawab ke atas keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 yang disifatkan paling teruk dalam sejarah Barisan Nasional dan seterusnya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional atas sebab-sebab berikut:

1. Prestasi yang amat buruk dalam PRU13, gagal mendapatkan majoriti 2/3 malah semakin merosot dengan mendapat hanya 133 kerusi Parlimen, penurunan 7 kerusi berbanding PRU12 mendapat 140 kerusi walaupun telah membelanjakan begitu banyak wang untuk berkempen terutama iklan di laman-laman web gergasi seperti Youtube, Facebook, Google, Yahoo dan lain-lain.

2. Amat memalukan apabila 4 calon bertaraf Menteri Kabinet, 4 Timbalan Menteri dan 2 Menteri Besar telah tewas.

3. Kehilangan sokongan daripada pengundi bukan Melayu dan Bumiputera terutamanya daripada kaum Cina menunjukkan bahawa gagasan 1Malaysia telah gagal sama sekali.

4. Kegagalan Dato Seri dalam menangani isu-isu semasa yang dibangkitkan seperti korupsi yang melibatkan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Taib Mahmud dan lain-lain pemimpin tertinggi Barisan Nasional memperlihatkan kelemahan Dato Seri sebagai Pengerusi Barisan Nasional.

5. Kontroversi yang melibatkan isteri Dato Seri, Datin Seri Rosmah Mansor adalah merupakan liabiliti terbesar bagi para pemimpin dan penyokong Barisan Nasional dan antara penyebab utama segala usaha yang telah kami buat selama ini untuk kembalikan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional dan UMNO menjadi sia-sia.

Dengan alasan-alasan yang telah diberikan, maka dengan ini amat wajarlah sekiranya Dato Seri Najib Razak mengundurkan diri dan memberi laluan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menggantikan tempat Dato Seri sebagai Presiden UMNO, Pengerusi Barisan Nasional dan Perdana Menteri Malaysia yang baru.


Sekian dari kami,
Gerakan 1MMNRU (1Malaysia Mahu Najib Razak Undur)





APA-GOMO said...
Saudara Raslan & DAKJ,

Memang dari dulu lagi UMNO suka salahkan orang lain selain dari "mereka" sendiri..

Now kita tunggu dan lihat ada tak hulubalang umno yg berani "hunuskan" keris pahlawan melayu dan PAKSA najib serahkan tugas mentadbir negara kepada pemimpin lain???

Yg ini bukan kes nak menyelamatkan melayu dan umno tapi TERPAKSA selamatkan duit rakyat yg makin menipis digunakan dengan sewenang-wenangnya..

Pak Kadiaq, bleh tolong ulas kenapa itu India Nallakurupan menyemak dibelakang Najib dimalam pengumuman kemenangan simple majority tu??

Kita semua tau MAGNUM Corp. dan MultiPurpose memainkan peranan besar dalam waktu berkempen ni....

Ada gula-gula untuk si Nallakurupan ni kemudian hari ker?..

Sekian




langitbiru said...
Langitbiru pernah menulis di sini, DILEMMA Najib nak jadi Presiden UMNO atau PM 1Malaysia, dengan makna lain, strategi Najib selepas mengambil alih teraju Presiden UMNO dan PM Malaysia, Memperjuangkan Agenda Melayu , “Menekan” Kaum Cina ATAU Menjulang Cina ,”Meminggirkan Melayu”.

Di bawah NAJIB, Cina sebenarnya mendapat manfaat yang sangat besar melalui Gagasan 1Malaysia yang majority orang UMNO sendiri tak faham dan tak jelas apa tujuan dan matlamatnya. TETAPI cara perlaksanaannya mengikis bukan sedikit tetapi banyak identity dan kepentingan Melayu dalam serba serbi bidang, demi memperlihatkan cantiknya Gagasan 1Malaysia dengan “membuang” indentiti kaum. AKAN TETAPI, identity kaum yang terpaksa dikorbankan dan terkorban adalah Kaum Melayu.

Kaum Cina khususnya mendapat nikmat sangat besar terutama dalam bidang ekonomi dan pendidikan, 2 perkara utama bagi Kaum Cina. Kaum India tidak banyak mendapat manfaatnya dan sebenarnya terus dipinggirkan, tetapi disaat akhir terutamanya dalam tempoh berkempen, Najib memujuk Kaum India dengan bersetuju dengan tuntutan HINDRAFF, satu badan yang diharamkan oleh sepupunya Hishamudin 3 tahun sebelumnya.

KAum Melayu terkial-kial mencari dahan tempat bergantung bilamana satu persatu Kementerian dan badan-badan kerajaan yang berkait rapat dengan Kaum Melayu dihapuskan Najib.

Di bawah Program Transformasi, hanya gergasi Melayu yang rapat dengan UMNO beroleh manfaat, manakala Melayu kebanyakan terus terpinggir.

Najib yang terkenal dengan cara “palysafe” dalam politiking UMNO, terus dibuai mimpi indah bersama isteri tersayangnya yang mirip perwatakan Imelda Marcos dalam bab perhiasan kosmetik diri, dan dilihat orang paling berkuasa dibelakang Najib.

“Bila Terhantuk Baru Tergadah”, satu sindiran tepat bahasa Melayu kepada Najib Razak yang rupa nya baru terlaga dari lamunan mimpi.

Senyum Najib nampak muram, muram Najib nampak kusam. Ratusan juta ringgit Najib untuk Sekolah Cina, dan peluang sangat besar untuk saudagar Cina membuka empayar perniagaan mereka dibalas tuba oleh Kaum Cina, HINGGAKAN terpacul dari Mulut Najib “TSUNAMI CINA”, tetapi sebelumnya bercakap tentang pentingnya merapatkan jurang perkauman dan keharmonian kaum pacsa PRU13.

Bagi Kaum Cina, istilah “Tsunami Cina” oleh Najib, disokong oleh Ghani yang “disembelih” di Gelang Patah, dan serangan keras oleh Mentornya Mahathir ke atas Kaum Cina, sangat sangat tidak membantu ke arah merapatkan jurang perkauman di Malaysia, sebaliknya memperlebarkan jurang tersebut. BAGI Kaum Cina, seolah-olah Kerajaan pimpinan Najib seterusnya seperti membakar Jambatan dengan Kaum Cina.

Sekarang, NAJIB lupa dia adalah PM 1 Malaysia, dan baru terjaga bahawa dia adalah Presiden UMNO.

“Nasi Sudah Jadi Bubur”, Kaum Cina terus menebal membenci Najib dek kerana istilah “Tsunami Cina”.

Kalau dulu Najib berhadapan dengan Cina DAP, tapi sekarang Najib berhadapan dengan seluruh Cina Malaysia.

Walaupun Najib Berjaya meningkatkan kerusi UMNO di Parlimen dari 79 kepada 88, tapi sebenarnya Najib kalah teruk dalam kerusi DUN di seluruh Malaysia dan lebih teruk pencapaiannya dari Pak Lah di Parlimen. Menambahkan duka lara Najib, sebagai Pengerusi BN Selangor, Najib lagi terpukul hebat terutama oleh PAS, yang menambah kekuatan luarbiasa kepada 15 kerusi DUN.

Jadi kemana halatuju Najib pasca PRU13? Menghukum Cina, Menjulang kembali Melayu ATAU terus Memujuk Cina.

Sebagai ahli parti pembangkang, saya suka Najib terus ditampuk kuasa berbanding Muhyiddin sebagai PM, SEBAB Najib sudah TEMPANG, LANGKAHNYA semakin lemah.

Saya nampak, Muhyiddin yang “melontar” lembing kepada Pak Lah dulu, kini memegang Pedang Samurai.


TAKECARE NAJIB!!! 



Photobucket

Rakyat Selangor bersyukur kekal bersama Pakatan

on





Di sebalik pelbagai cubaan penipuan pilihan raya, lebih 5,000 rakyat Selangor memenuhi Dataran Kemerdekaan Shah Alam malam tadi sebagai kesyukuran berikutan kejayaan Pakatan Rakyat menangkis taktik kotor itu.
Rakyat mula tiba seawal jam 7 petang bagi menunaikan solat Maghrib secara berjemaah.
Sementara menanti waktu Isyak, hadirin dihidangkan dengan lauk pauk sempena majlis tersebut.
Program bermula jam 9 malam dengan semakin ramai penduduk sekitar Shah Alam memenuhi segenap dataran.
doaPelbagai bangsa dilihat turut hadir bagi sama-sama meraikan kemenangan besar Pakatan dalam PRU 13 yang berlangsung 5 Mei lalu.
Pakatan Rakyat kembali menawan Selangor dengan dua pertiga majoriti melalui 44 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menewaskan BN dengan 12 kerusi.




Photobucket

APA YANG GUAN ENG DAH BUAT PADA JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG....?

on




Laporan rasmi dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang:

1. PERUNTUKAN BERKAITAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM:

Tahun 2008 (BN) ..............RM25.7 juta
Tahun 2009 (PR)...............RM33.2 juta
Tahun 2010 (PR)...............RM38.9 juta
Tahun 2011 (PR)...............RM45.7 juta
Tahun 2012 (PR)...............RM64.03 juta

2. SAGUHATI TAHUNAN GURU KAFA:

Tahun 2008 (BN)..............RM659,000.00
Tahun 2009 (PR)...............RM879,000.00
Tahun 2010 (PR)...............RM913,200.00
Tahun 2011 (PR)...............RM900,000.00
Tahun 2012 (PR)...............RM900,000.00

3. PERUNTUKAN TAMBAHAN TAHUNAN UNTUK SEKOLAH AGAMA RAKYAT (SAR)
Tahun 2008 (BN)............. RM00.00
Tahun 2009 (PR)..............RM1.50 juta
Tahun 2010 (PR)..............RM1.75 juta
Tahun 2011 (PR)..............RM1.75 juta

4.SUMBANGAN DAN PENGIKTIRAFAN AL-HUFFAZ:

Tahun 2008 (BN)............ RM00.00
Tahun 2009 (PR).............RM75,000.00
Tahun 2010 (PR).............RM100,000.00
Tahun 2011 (PR).............RM130,000.00

5.SUMBANGAN IHYA' RAMADHAN (KEPADA SELURUH MASJID)

Tahun 2008 (BN)............ RM00.00
Tahun 2009 (PR).............RM213,000.00 setahun bermula tahun 2008 selepas ambil alih pentadbiran negeri.

6.PROGRAM BULANAN AL-QURAN:

Tahun 2008 (BN).......... RM00.00
Tahun 2009 (PR)...........RM100,000.00 setahun



Photobucket

WALAU PUN KAU NAK AZMIN JADI MB TAPI MULUT TU JANGAN CELUPAR...!

on



Zuraida

SHAH ALAM - Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menggesa Pas dan DAP tidak campur tangan dalam urusan pemilihan Menteri Besar atau memberikan sokongan kepada pihak tertentu. Menurut beliau, persoalan siapa calon yang bakal mengisi kerusi MB itu hanya akan diputuskan oleh pucuk pimpinan PKR Pusat dan bukannya boleh dibuat spekulasi sahaja.

“Saya baca dalam surat khabar yang memaklumkan Pas dan DAP mahu Abdul Khalid sebagai MB. Kemudian Dr Rani pula jawab beliau sedia jadi MB. Saya ingat apa hal dengan mereka ni? Dah gila kuasa ke? Dah gila jawatan.
“Sedangkan keputusan belum dibuat. Lagipun ini kerusi PKR kenapa Pas dan DAP yang terlampau ghairah untuk menamakan diri mereka atau menamakan orang itu ini jadi MB? Ini persoalan saya,” katanya dipetik dalam portal berita Antarapos.

Dalam perkembangan lain, Setiausaha Agung DAP baru-baru ini mengisytiharkan partinya mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor, sungguhpun parti itu kurang kerusi Dun berbanding DAP dan Pas. Pada pilihan raya lalu, Pas memenangi 15 kerusi Dun berbanding PKR hanya 14 kerusi. Sekali gus memberikan Pakatan Rakyat kemenangan dua pertiga untuk kekal berkuasa di Selangor.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman dipetik berkata beliau bersedia untuk menjadi MB jika diarahkan parti. Zuraida berkata, jawatan Menteri Besar itu milik PKR dan parti itu harus diberi ruang untuk memutuskan siapa paling layak untuk mengisinya, tanpa campur tangan pihak ketiga.

“PKR sendiri belum putuskan. Tapi Pas dan DAP kenapa teruja sangat? Kenapa beria-ia nak menamakan orang itu ini?.
“Kerusi MB ini memang PKR punya. Jadi kenapa Pas dan DAP sibuk? Tak ada isu nak kata apa-apa, ini PKR punya, kami belum buat keputusan, dia orang nak sibuk lebih-lebih,” kata Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang.

Zuraida nak siapa jadi MB Selangor.....? Azmin....? Rundinglah baik-baik. 




Photobucket

APAKAH PKR AKAN BERPECAH...?

on




Azmin, Timbalan Presiden PKR, nampaknya sudah hilang kesabarannya dan tidak boleh menahan dan membendung apa yang beliau rasakan selama ini khususnya semasa pilihanraya yang baru selesai ini. Azmin tidak bersetuju Pakatan Rakyat membawa rakyat bersama mereka untuk menutup kelemahan dan kekalahan mereka dalam pilihanraya ke13 lalu. “Rakyat sudah letih dengan politik” kata beliau.

Azmin menempelakkan Pakatan Rakyat kerana mengheret orang ramai untuk menutup kelemahan dan kekalahan dalam PRU yang lalu. Apa yang parti-parti dalam Pakatan Rakyat lakukan ialah dengan mengakui kesalahan dan tumpukan kepada rakyat dan jauhi menumpukan masa dan tenaga untuk diri kita sendiri. Begitulah lebih kurang apa yang di perkatakan oleh Azmin hari ini.

Azmin akan membuat sidang media besok untuk membuat ‘revelation’ penting mengenai Pakatan Rakyat dan pilihanraya yang lalu. Sidang media ini menjadi tumpuan ramai kerana saya yang tidak kena-mengena pun mendapat banyak panggilan telefon bertanyakan apakah yang hendak dibongkar oleh beliau dalam sidang media itu.

Perkembangan terakhir tentang Azmin ini telah mengalih pandangan ramai daripada usaha Pakatan Rakyat dalam tindakan memanggil orang ramai untuk berhimpun memprotes keputusan pilihanraya yang dituduh oleh Pakatan Rakyat berlaku penipuan besar-besaran dalam proses pengundian Ahad lepas. Kemungkinan PR mengadakan perhimpunan susulan di Pulau Pinang dan Ipoh juga sudah tenggelam kerana perkembangan yang membabitkan Timbalan Presiden PKR ini.

Mahu tidak mahu ramai beranggapan yang keretakan sedang berlaku dalam PKR dan akan menjejaskan kekuatan PR dalam menghadapi cabaran mereka dalam masa singkat ini. Persoalannya kenapa sidang media khas ini dibuat oleh Azmin? Tentulah ia membabitkan isu yang besar yang beliau anggap sebagai kelemahan dan penyebab kenapa PR tidak dapat mengambil alih Putrajaya walaupun keadaan dan situasi semasa pilihanraya itu sangat memihak kepada Pakatan Rakyat.

Kita tunggu sahaja apa yang akan dikatakan oleh Azmin Ali pada sidang media beliau hari ini, jam 10 pagi. Sementara itu elok kita tidak membuat spekulasi liar kerana akhirnya apa yang hendak diperkatakan beliau akan kita dengar besok.

Apakah PKR akan berpecah atau bertaut, terpulang kepada apa yang akan diperkatakan oleh Azmin sebentar nanti.



Photobucket

Puad Zarkarshi kalah PRU, anak disindir guru!!...Ramai juga warga pendidik yang tidak gemar cara Puad mentadbir urus Kementerian Pelajaran sebagai Timbalan Menteri.

on



PuadZarkashi


Itulah yang berlaku kepada yang kalah. Nampaknya bekas Timbalan Menteri Pelajaran Dato’ Dr Mohd Puad Zarkashi terpaksa mengadu kepada Bernama kesedihannya. Sedih kerana kalah mengejut di Parlimen Batu Pahat ditangan calon PKR/PR Dato’ Mohd Idris Jusi dengan majoriti 1 732 undi.

Lagi sedih dan duka apabila anaknya yang bersekolah rendah di Putrajaya memberitahu beliau Cikgu kelasnya bertanyakan ” BILA NAK TUKAR SEKOLAH KE BATU PAHAT, BAPA AWAK SUDAH KALAH”.

Guru yang anginnya masih belum baik kerana deman PRU bertanya sedemikian kerana bapanya dah tak menjadi Timbalan Menteri Pelajaran. Marah benar guru tersebut dengan Puad. Ramai juga warga pendidik yang tidak gemar cara Puad  mentadbir urus Kementerian Pelajaran sebagai Timbalan Menteri.

Rasanya tak sepatutnya guru tersebut menyindir sedemikian kalau pun dah menyampah dengan bekas Timbalan Menteri tersebut, apatah lagi budak itu masih di sekolah rendah. Tak sepatutnya budak itu dijadikan tempat lepas geram.
Rasanya juga kerana PBS – Pentafsiran Berasaskan Sekolah yang menyebabkan angin guru tersebut tak mereda!!




Photobucket

Penjawat Awam keturunan cina jawab utusan secara terbuka

on



Saya mempunyai nama Cina, berketurunan Hokkien dan beragama Kristian. Secara amnya, saya termasuk ke dalam golongan Kelas Tengah yang membesar di kawasan bandar. Setelah tamatnya pelajaran saya, saya telah membuat keputusan untuk menjadi seorang pendidik di sebuah kawasan luar bandar di Negri Sembilan. Saya mengajar Bahasa Inggeris kepada budak yang serba kekurangan dari segi kewangan, perhatian dan suasana pembelajaran yang kondusif.

Lapan puluh peratus daripada pelajar saya terdiri daripada pelajar yang berlainan kaum daripada saya — Melayu, India, Iban, Bidayuh dan lain-lain. Disebabkan saya tidak fasih bertutur dalam Bahasa Cina, saya lebih senang bergaul dengan budak Melayu, India, Iban dan Bidayuh berbanding dengan budak kaum sendiri. Namun, semuanya sama di mata saya.

Sebagai pendidik, saya tidak pernah terfikir memberi layanan yang berbeza mengikut kaum budak-budak yang saya ajar. Malah, saya menganggap mereka seperti adik-beradik saya sendiri. Perbezaan antara kami hanyalah satu: peluang dalam hidup. Saya memandang berat tanggungjawab saya sebagai pendidik anak bangsa negara dalam 2 tahun perkhidmatan saya ini.

Pernah saya menitis air mata memikirkan masa depan anak murid Melayu saya yang membesar di kawasan perkampungan. Pernah saya berasa marah memikirkan ketidakadilan keadaan budak-budak kampung ini yang sukar bertanding dengan budak bandar yang kaya-raya dan berpeluang banyak. Pernah saya memeluk anak lelaki Melayu dan India, yang memanggil saya “Sir” setiap hari di sekolah. Pernah kami duduk di dalam kelas yang tiada kuasa elektrik (“blackout”), mengejar ilmu pengetahuan bersama-sama dalam keadaan berpeluhan.

Sebagai guru Cina, saya tidak pernah memandang rendah budaya dan adat resam pelajar-pelajar saya, malah, saya sentiasa terpegun dengan kelembutan budaya kaum Melayu serta ketabahan kaum India. Kepelbagaian budaya kita tidak menjadi masalah; yang menjadi masalah ialah pihak-pihak yang selalu mengapi-apikan isu perkauman. Merekalah yang mengancam perpaduan negara kita.

Apa lagi yang Cina mau?

“Cina” ini mahukan demokrasi yang benar, bukan “kestabilan” yang palsu dan dangkal. “Cina” ini mahukan demokrasi yang matang, bukan negara yang dipimpin oleh orang yang bertopengkan keamanan, tetapi selalu memihak kepada golongan yang radikal dan rasis. “Cina” ini mahukan sebuah Malaysia yang berbangsa satu. sumber SINI

Di bawah ini disiarkan satu lagi tulisan seorang rakyat Malysia berketurunan Cina


Tan Soo Kang : Saudara saudara senegara ku, terutamanya penyokong BN. Ketika debate antara LGE dan CSL, CSL memijak hudud habis habisan, katanya kalau hudud ada negara mundur, hudud itu kejam, hudud itu tidak sesuai. LGE cuma balas, “Hudud itu adalah hal orang Islam, kita tidak ada hak nak membantah dan kacau isu agama orang. Orang Islam tak pernah kacau pun agama Cina, siapa kami untuk membantah hal Islam.”

Ketika LGE menolong anak perempuan Melayu, dia ditahan ISA. Di manakah orang UMNO ketika itu. Kawan kawan, kita ini cuma beza pendapat politik. Tak payah nak guna ayat ayat kesat. Saya ini bukan Islam, tapi kalau betul nak laksanakan hudud, saya tidak ada problem langsung kerana cuma yg bersalah perlu takut pada undang undang. Saya percaya undang undang berasaskan agama adalah lebih baik daripada undang undang yang dicipta manusia.

Kalau itu pun saya salah, panggilah saya Cina Babi sejuta kali. Kalau saya sayang TGNA kerana beliau pemimpin yg cemerlang, panggilah saya Cina Babi sejuta kali, kalau saya ini sokong perpaduan kaum dan keharmonian kaum itu salah, panggilah saya Cina Babi sejuta kali. Kalau la parti yg kau sokong itu, yg panggil Cina pendatang, yg cakap kalau nampak india dengan ular bunuh india dulu itu parti yg cemerlang, selamat maju jaya.

Kalau parti yang kau sokong itu dah ada bukti merata rata mereka menipu dan rasuah berbillion itu parti cemerlang, selamat maju jaya. Kalau parti yang kau sokong itu, apabila hukum agama sendiri diejek dan mereka diam sahaja kerana takut hilang kuasa dan wang itu cemerlang, selamat maju jaya. Cina sekarang bukan anti islam atau anti melayu. Kami mau negara maju dan harmoni untuk semua kaum. Kalau tak percaya tak apa. Itu hak anda. Apa apa pun saya harap yang walaupun falsafah dan fahaman politik itu berbeza, sayang la perpaduan dan keharmonian kita sekarang. Apa yang dapat kalau melayu benci cina, cina benci melayu.

 Sumber SINI




Photobucket

MENANTU JADI HANTU...? ANWAR IBRAHIM TAK SALAH PILIH MENANTU TAPI SALAH PILIH CALON PILIHANRAYA HANTU...?

on



SOKONG ISTERI JADI WAKIL RAKYAT


Kadang-kadang menantu jadi hantu.

Tapi, aku belum dengar cerita-cerita yang tak sedap telinga mendengarnya tentang menantu-menantu Anwar Ibrahim. Harap ia kekal begitu.


Jangan salahkan menantu.

Kalau menantu tak betul, salahkan diri sendiri kerana dah salah menilai orang. Akhirnya salah pilih menantu.

Kekadang ibu-bapa tak boleh buat apa-apa apabila anak sendiri yang gilakan bakal menantu itu, yang akhirnya jadi menantu... Ibu-bapa terpaksa ikut kehendak anak. Lebih-lebih lagi bila anak itu manja, menangis berguling-guling dan pandai mengugut.

Jadi, salahkan diri sendiri bila menantu go astray (menyimpang ke lorong lain).

Semua orang tahu menantu Pak Lah yang Chedet tak suka tu. Ada orang kata Pak Lah jatuh kerana menantu yang terkenal dengan panggilan KJ itu.

Mungkin betul. Mungkin tidak.

Dulu heboh cerita menantu TG Nik Aziz, Ariffahmi yang berkesudahan dengan meletakkan jawatannya sebagai ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Eloklah begitu. 

Kabarnya TG Haji Hadi pun ada menantu jugak. Komer cari dalam blog Tulang Besi dan Tukar Tiub. Komer akan jumpa menantunya. 

Adakah menantu Haji Hadi menang di Perak? Oh tidak.

AKHIRNYA DUA-DUA KALAH

Orang UMNO gelak sakan!

Salahkah menantu aktif dalam politik?

Oh, tak salah. Tak salah langsung, asalkan tindak-tanduk menantu itu menguntungkan mertuanya, bukan memudharatkan.

BAKAL MENANTU INI WARGA ASING TAK BOLEH JADI WAKIL RAKYAT


Anwar Ibrahim tak salah pilih menantu. Jadi apa yang Anwar Ibrahim dah salah pilih?

Katanya Anwar Ibrahim salah pilih calon pilihanraya, khususnya di Perak.

Akhirnya terkena kat Anwar Ibrahim jugak, walaupun calon PRU13 itu bukan semuanya pilihan Anwar Ibrahim.

Contohnya calon Parlimen Pasir Salak dan DUN Sungai Manik. Mustaffa Kamil Ayub di Parlimen Pasir Salak dan Haji Osman di DUN Sungai Manik.

Kalau Parlimen Pasir Salak serah pada PAS dan Mustaffa Kamil Ayub bertanding di DUN Sungai Manik, mungkin salah satu atau keduanya boleh menang. 

Semua orang tahu PKR menghadapi masalah kegersangan akar-umbi di Pasir Salak dan Sungai Manik. Kata orang Perak "Gate nak bertanding jugok."

Nasi sudah jadi bubur.

BENDERA BN DOMINAN DI SUNGAI MANIK




Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List