APAKAH PKR AKAN BERPECAH...?

on May 10, 2013




Azmin, Timbalan Presiden PKR, nampaknya sudah hilang kesabarannya dan tidak boleh menahan dan membendung apa yang beliau rasakan selama ini khususnya semasa pilihanraya yang baru selesai ini. Azmin tidak bersetuju Pakatan Rakyat membawa rakyat bersama mereka untuk menutup kelemahan dan kekalahan mereka dalam pilihanraya ke13 lalu. “Rakyat sudah letih dengan politik” kata beliau.

Azmin menempelakkan Pakatan Rakyat kerana mengheret orang ramai untuk menutup kelemahan dan kekalahan dalam PRU yang lalu. Apa yang parti-parti dalam Pakatan Rakyat lakukan ialah dengan mengakui kesalahan dan tumpukan kepada rakyat dan jauhi menumpukan masa dan tenaga untuk diri kita sendiri. Begitulah lebih kurang apa yang di perkatakan oleh Azmin hari ini.

Azmin akan membuat sidang media besok untuk membuat ‘revelation’ penting mengenai Pakatan Rakyat dan pilihanraya yang lalu. Sidang media ini menjadi tumpuan ramai kerana saya yang tidak kena-mengena pun mendapat banyak panggilan telefon bertanyakan apakah yang hendak dibongkar oleh beliau dalam sidang media itu.

Perkembangan terakhir tentang Azmin ini telah mengalih pandangan ramai daripada usaha Pakatan Rakyat dalam tindakan memanggil orang ramai untuk berhimpun memprotes keputusan pilihanraya yang dituduh oleh Pakatan Rakyat berlaku penipuan besar-besaran dalam proses pengundian Ahad lepas. Kemungkinan PR mengadakan perhimpunan susulan di Pulau Pinang dan Ipoh juga sudah tenggelam kerana perkembangan yang membabitkan Timbalan Presiden PKR ini.

Mahu tidak mahu ramai beranggapan yang keretakan sedang berlaku dalam PKR dan akan menjejaskan kekuatan PR dalam menghadapi cabaran mereka dalam masa singkat ini. Persoalannya kenapa sidang media khas ini dibuat oleh Azmin? Tentulah ia membabitkan isu yang besar yang beliau anggap sebagai kelemahan dan penyebab kenapa PR tidak dapat mengambil alih Putrajaya walaupun keadaan dan situasi semasa pilihanraya itu sangat memihak kepada Pakatan Rakyat.

Kita tunggu sahaja apa yang akan dikatakan oleh Azmin Ali pada sidang media beliau hari ini, jam 10 pagi. Sementara itu elok kita tidak membuat spekulasi liar kerana akhirnya apa yang hendak diperkatakan beliau akan kita dengar besok.

Apakah PKR akan berpecah atau bertaut, terpulang kepada apa yang akan diperkatakan oleh Azmin sebentar nanti.



Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List