Operasi Haram

on Sep 20, 2011



Kabel diplomatik Amerika Syarikat yang bocor mendedahkan, bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengakui pernah mengeluarkan lebih 60,000 kad pengenalan palsu kepada pekerja asing di Sabah sekitar 90-an, atas arahan Umno.

abdul rashid abdul rahmanKabel yang dimuat naik di portalWikileaks memetik bekas ketua NGO pemantau pilihan raya Mafrel Malek Husin sebagai mendakwa Rashid (kiri) mengakui perkara itu dalam pertemuan peribadi di rumahnya pada 25 Oktober, 2006.

Dalam kabel yang ditandakan sulit itu, Malek dilaporkan memberitahu pegawai Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur bahawa Rashid mengesahkan Umno melancarkan kempen 'kotor' sekitar 90-an untuk merampas Sabah - yang dikuasai PBS, ketika itu pembangkang, pada 1994.

"Sepanjang dekad berkenaan, Umno memberikan kewarganegaraan dan kad pengenalan Malaysia kepada lebih 600,000 pekerja pendatang asing (kebanyakan beragama Islam dari Indonesia dan Mindanao di Filipina) di Sabah, sebagai pertukaran untuk undi mereka pada pilihan raya negeri.

sabah illegal immigrant"Menurut Husin, Rashid 'mengakui secara peribadi mengeluarkan lebih daripada 60,000 kad pengenalan palsu di Sabah' bagi membantu Umno menguasai politik di sana," kabel itu dipetik.

Kewarganegaraan 'segera' dan hak mengundi untuk pendatang tanpa izin telah lama menjadi isu di Sabah, dengan pemimpin tempatan, sama ada dalam atau luar BN berulang kali menuntut penyelesaian daripada kerajaan persekutuan.

Bagaimanapun, tidak apa yang dilakukan berhubung tuntutan berkenaan.

mahathir pc 260608 05Keadaan didakwa semakin parah pada tahun 1990-an, dengan kesalahan diletakkan di bahu perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad kerana didakwa melancarkan apa yang dikenali sebagai 'Projek IC'. 

Ia operasi haram yang didakwa membabitkan Jabatan Pendaftaran Negara, agensi kerajaan berkaitan dan ejennya dengan tujuan meningkatkan undi Umno dan BN.

Pada pilihan raya negeri 1994, PBS - yang menguasai Sabah sebagai negeri pembangkang sejak tahun 1985 - mendapati majoritinya di Dewan Undangan Negeri (DUN) merosot mendadak.

Walaupun PBS akhirnya tumbang rentetan beberapa pembelotan kepada BN, ramai menyalahkan 'Projek IC' sebagai punca kejayaan BN menerajui Sabah semula.




Photobucket

UMNO Busuk Hingga Ke Ususnya

on




1. Pilihanraya Umum ke-13 hanya dua tahun lagi. Saya sedang meneliti reaksi rakyat terhadap UMNO dibawah pimpinan baru. Saya terkejut. Saya terkejut kerana seorang bekas pemimpin UMNO yang kanan telah meluahkan perasaannya dengan berkata “UMNO is rotten to the core” (UMNO busuk hingga ke ususnya).
2. Beliau telah berkata yang beliau sedang memikir untuk menyokong PAS. Beliau juga berkata beliau telah bertemu ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang telah bersara dan mereka speendapat dengannya.
3. UMNO busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi katanya. Di cawangan, ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kenapa? Sebabnya majoriti ketua cawangan dapat jadi pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan. Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar.
4. Untuk menentukan dirinya tidak dicabar ketua cawangan tidak akan benarkan sesiapa yang lebih terpelajar daripadanya masuk UMNO cawangannya. Lebih daripada itu kebanyakan peruntukan untuk jadi ahli UMNO, yang mana dia mesti melalui cawangan, tidak akan dilayan. Tujuannya ialah supaya cawangannya tidak mempunyai banyak ahli kerana mereka tetap akan menimbulkan masalah dan sukar dikawal, bahkan sukar disogok pun.
5. Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli UMNO. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen.
6. Oleh kerana ketua cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran yang tinggi dan beliau menentukan ahli lain dalam cawangannya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih rendah daripadanya, maka apabila ketua terpaksa berhenti kerana sebab-sebab tertentu, maka penggantinya akan terdiri daripada yang kurang berkebolehan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan akan merosot sepanjang masa.
7. Tentu ada cawangan yang tidak seperti ini tetapi pengecualian hanya mengesahkan keadaan yang sebenar.
8. UMNO, kata bekas pemimpin kanan ini sekarang dipimpin oleh perasuah. Mereka menjadi ahli Majlis Tertinggi kerana sogokan wang. Orang ramai tidak akan serah nasib mereka kepada perasuah.
9. Penempatan perasuah dalam Kerajaan dan badan-badan lain juga memburukkan lagi imej UMNO. Sudah tentu perasuah akan dipilih sebagai calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13. Jika mereka diberi kemenangan maka negara akan dapat Kerajaan perasuah. Sebab itu beliau tidak akan sokong UMNO sebaliknya akan menyertai dan menyokong parti lawan. Katanya lagi hingga kini separuh daripada orang Melayu tidak merasai nikmat kerana Kerajaan-Kerajaan pimpinan UMNO menidakkan hak mereka sedangkan mereka juga orang Melayu walaupun mereka menyokong parti lawan. Mereka yang menyokong parti lawan bertambah sejak (Tun) Abdullah kerana ramai daripada ahli UMNO sendiri sudah tidak percaya kepada UMNO.
10. Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong UMNO. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.
11. Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab UMNO tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli UMNO juga.
12. Rakan-rakan dalam Barisan Nasional semuanya berpecah dan lemah. Mereka tidak mampu menjayakan Barisan Nasional.
13. Masa semakin singkat untuk memperbaiki keadaan ini. Saya mencatat maklumat ini untuk pengetahuan umum sahaja.

sumber  :- sini

Photobucket

Kalau Wardina Salah, Yang Ini DiBolehkan.

on





Gambar di atas adalah sebahagian daripada gambar suasana Majlis Rumah Terbuka Parlimen Semberong yang diadakan di di Taman Seri Kluang, Johor pada 19 September. Majlis ini sudah tentulah dihoskan oleh Menteri KDN selaku ahli Parlimen kawasan itu.  Ada banyak gambar yang disalin tampal di blog bos perang siber UMCO ini. DCM hanya mahu menyiarkan gambar artis dan ahli sukan yang terbabit dalam majlis itu.

Tujuannya hanyalah sebagai membandingkan kehadiran artis dan selebriti sukan pada majlis yang melibatkan pemimpin PR. Ingat kes Wardina yang menghadiri majlis pemimpin PKR beberapa bulan lalu?

Yang kita mahu persoal tentang sikap berat sebelah pelbagai pihak yang berkepentingan menempelak artis/selebriti yang menghadiri/menerima undangan untuk menyanyi/menyampaikan motivasi dalam majlis melibatkan pemimpin PR, namun mereka menutup mata apabila artis terlibat dalam majlis yang melibatkan pemimpin BN. Bukan kita mahu menegaskan bahawa artis/selebriti TIDAK BOLEH menghadiri mana-mana majlis melibatkan ahli politik, kerana mereka BERHAK menjayakan majlis tersebut tanpa mengira fahaman politik pihak hos majlis.

Kalau artis ini menerima undangan menyanyi/selebriti sukan menghadiri majlis melibatkan pemimpin PR, sudah pasti mereka DIHENTAM oleh media dan UMCO! Silap-silap elaun dan kemudahan yang diterima oleh selebriti sukan ditarik balik oleh pihak yang berkenaan.


sumber  :-  sini
Photobucket

Pintu Pagar Rumah Mat Sabu DiBakar

on






Pintu pagar rumah Haji Mohammad Sabu Timbalan Presiden Pas telah dibakar malam tadi kira-kira jam 12.30 malam.Kejadian yang disedari jiran sebelah rumah Mat Sabu yang ketika itu mahu menunaikan solat.Jiran Mat Sabu  yang berada di tingkat atas rumah memberitahu, beliau ketika itu sudah memakai telekong dan nampak api sedang membakar pintu pagar rumah Mat Sabu dan terdengar bunyi yang kuat di luar rumah.Beliau turun ke bawah untuk memadam api yang sedang membakar pintu pagar rumah Mat Sabu.

Ketika beliau sampai di hadapan rumah Mat Sabu ,jiran hadapan rumah Mat Sabu yang nampak api sedang bakar pintu pagar rumah Mat Sabu telah bertindak pantas memadam api kebakaran.Ketika kejadian Mat Sabu dan isterinya tidak ada di rumah .Hanya anak perempuan Mat Sabu sahaja ada di rumah .

Anak perempuan Mat Sabu, Huda menceritakan polis datang 10 minit selepas mendapat panggilan telefon siap dengan jabatan forensik sekali.Polis mengambil tong minyak yang berwarna kuning yang dipercayai diisi minyak tanah sebagai bahan bukti.Huda rasa terkilan dengan sikap seorang anggota polis yang berpangkat koperal yang berkata, "Jangan kecik hati kalau kes ditutup kerana tiada suspek dikesan.".Huda juga berkata nasib baik kereta Myvi yang ada dalam pagar rumah tidak disambar api kerana jiran depan rumahnya sempat padamkan kebakaran

Gambar 1- Kesan habuk terbakar yang melekat di pintu pagar rumah Mat sabu
Gambar 2-3-Kesan terbakar pada lantai dan pintu pagar
Gambar 4- Kesan terbakar pada suis loceng rumah.

Sebelum kejadian pintu rumah Mat Sabu dibakar, Mat Sabu telah terima sms berbaur ugutan terhadap keluarganya.yang berbunyi ;

"Awak memang patut bertaubat. Cakap tanpa fakta... Awak pembohong, mulut celupar. Mungkin awak tak serik, jangan sampai ada masa akan (di)simbah asid ke atas isteri dan anak perempuan awak.

"Batalkan segala debat. Sejarah adalah fakta bukan untuk didebat. Yang pasti awak putar alam."




SOMEONE WANTED TO BURN DOWN MAT SABU'S RESIDENCE AT SHAH ALAM LAST NIGHT




There were attempts to set fire on Mat Sabu's residence at Shah Alam last night.

At around 12 midnight the street lights at Mat Sabu's area were "switched-off', in order to burn down Mat Sabu's residence so that the culprits cannot be identified.

The arsonists tried to throw fire-lighted petrol containers at Mat Sabu's residence but it managed to reach only the fence and gate area.

Who do you think will be the culprits and who ordered to switch-off the street lights particularly at his area????


source : sini  dan  sini
Photobucket

Najib Bermimpi DiSiang Hari

on








Najib berkata yang beliau tidak takut dengan Anwar kerana beliau mengakui yang dalam sebuah demokrasi parti adalah lebih kehadapan dari individu. Tetapi jika benar apa yang di katakan oleh PM itu maka beliau tidak payah menyebut nama Anwar tetapi di sebaliknya beliau sepatutnya bercakap tentang PR, bukannya Anwar.

Apa yang di katakan oleh PM itu benar kerana tidak ada sesiapa yang perlu takut pada mana-mana individu. Saya yang begitu kecil ini pun tidak takut pada Anwar dan pada sesiapa sahaja yang melakukan rasuah dan salah guna kuasa. Yang perlu semua pihak takut dalam politik ini ialah rakyat yang ramai yang mempunyai hak kepada seluruh negara kita.

Itu sebabnya selama ini saya hairan kenapa pemimpin-pemimpin kita begitu berani melakukan rasuah dan mengenepikan perasaan rakyat yang begitu jemu mendengar perlakuan rasuah itu dilakukan dengan terang dan mudah dilihat oleh rakyat. Hanya rakyat tidak mampu membuktikannya kerana perlakuan rasuah yang besar-besaran banyak dilindungi oleh Akta-Akta yang ketat seperti Akta Rahsia Resmi dan lain-lain.

Jika sesuatu projek dilaksanakan dengan ‘scale’ yang besar maka projek-projek itu akan dilindungi oleh Akta Rahsia Resmi kerana dalam projek itu adalah sumber mereka yang berkuasa untuk melakukan rasuah yang menggunakan wang rakyat. Rasuah adalah isu yang terhadapan sekali dan selagi kerajaan masih melekat dengan stigma rasuah itu selagi itulah kerajaan hari ini tidak akan mendapat perhatian rakyat lagi.

Di UiTM semalam Najib telah mengaku yang BN telah insaf di atas segala kesalahan yang telah dilakukannya semasa memerintah negeri itu sejak merdeka dahulu. Dengan kenyataan itu maka kita dapat menyimpulkan yang BN memang telah melakukan kesalahan sebagai parti yang memerintah negeri Selangor dan dengan itu rakyat Selangor telah mengenepikan mereka dalam pilihanraya yang lalu.

Jika BN telah mengaku kesalahan itu kenapa pula parti-parti pembangkang yang dipilih oleh rakyat Selangor itu menjadi ‘punching bag’ bagi UMNO dan BN. Kenapa pembangkang dipersalahkan jika BN mengaku kesalahan itu letaknya dibahu BN. Kenapa yang bersalah menghemtam yang tidak bersalah? Itulah yang menjadi masalah kepada BN. Mengaku bersalah tetapi pihak lain pula yang dihentam setiap hari dan waktu.

Sekarang BN sedang berusaha mencari kesalahan PR di Selangor, sama seperti yang dilakukan di negeri-negeri lain yang dipimpin oleh PR. BN mencari kesalahan pentadbiran Selangor seperti orang mencari kutu dikepala. Kuman diseberang laut mereka nampak tetapi gajah dibibir mata tidak dihiraukannya.

Apa yang BN perlu lakukan untuk mengembalikan keyakinan rakyat Selangor ialah untuk menunjukan siapa yang akan menjadi MB jika Selangor dipimpin BN. Ini amat penting kerana seperti yang kita lihat semua MB BN Selangor sebelum diambil alih oleh PR dalam pilihanraya yang lalu telah bergelumang dengan masalah rasuah.

Keseluruhan pemimpin-pemimpin Selangor telah dipersepsikan melakukan kesalahan ini dan itulah sebabnya mereka diketepikan oleh rakyat. Sekarang pemimpin-pemimpin yang sama pula yang membuat janji untuk mentadbir negeri yang kaya itu untuk melakukan perubahan yang dikehendak rakyat Selangor. Bagaimana rakyat hendak percaya. Secara konklusifnya kita melihat yang isu ini amat susah untuk dilakukan oleh BN Selangor.

Sehingga ke hari ini rakyat masih tidak nampak siapa yang akan ditonjolkan sebagai ayam tambatan BN yang tidak boleh dipersoalkan tentang kredibilitinya. UMNO yang sedang menghadapi isu kredibiliti terpaksa mencari calon MBnya dengan teliti. Sekarang bukan senang untuk mencari calon yang berkredibiliti di Selangor kerana calon yang akan ditonjolkan itu akan merasa rendah diri dan sangsi samada mereka boleh menang atau pun tidak.

Ramai yang merasa takut untuk melalui pengalaman Awang Adek di Kelantan yang telah berangan-angan untuk menjadi MB Kelantan tetapi Kelantan hanya memberikan sebanyak tiga kerusi DUN sahaja dalam pilihanraya yang lalu. Awang Adek sendiri sebagai calon MB telah kalah dihadapan rakyat Bachok sendiri. Kita masih ingat bagaimana Awang Adek telah berlagak seolah-olah sudah menjadi MB dengan lagak ‘typical’ UMNO sambil menghisap cerut yang mahal-mahal semasa berkempen di Bachok.

Di dalam ucapan Najib di Shah Alam semalam Najib dengan terang telah meminta rakyat untuk menerima sahaja calon yang di turunkan oleh pucuk pimpinan. Kata-kata itu telah di sambut dengan tepukan gemuruh dan bertepuk itu merupakan salah satu ‘attribute’ yang sudah lama bersemadi di dalam UMNO, tetapi apabila sampai pilihanraya nanti ramai di kalangan yang bertepuk semalam itu jugalah yang akan memberikan undi kepada parti-parti pembangkang seperti yang berlaku di dalam pilihanraya yang lalu.

Jika UMNO Selangor perlukan keyakinan rakat kembali pulih, parti itu perlu mengenepikan semua pimpinan yang ada semasa UMNO jatuh dalam PRU yang lalu. Tetapi persoalannya mampukah UMNO untuk melakukannya? Bagaimana hendak menolak Noh Omar atau mana-mana pemimpin yang lain? UMNO terpaksa juga mengharapkan kumpulan yang dahulunya ditolak rakyat untuk merampas kembali kerajaan Selangor dari PR. Kata perbilangan, tidak ada rotan akar pun berguna’

Kita lihat usaha untuk mencacatkan pentadbiran PR di Selangor terus menerus dilakukan terutamanya untuk memberikan gambaran buruk terhadap Menteri Besarnya, sedangkan rakyat tahu yang MB-MB BN Selangor yang sebelumnya semuanya menjadi kaya raya semasa menjadi MB.

Itulah sebabnya saya ada menutup posting saya yang sebelum ini dengan menyatakan, ‘the worst of the Opposition is a lot better than the best of BN’. Yang penting rakyat kena tahu ialah BN memang tidak boleh dibandingkan dengan mana-mana pihak jika dilihat dari sudut perlakuan rasuah.

Dalam isu rasuah BN memang tidak boleh ditandingi oleh mana-mana kerajaan dalam rantau ini. Yang boleh menentukan perasuah ini diketepikan ialah rakyat yang insaf dan sedar tentang bahayanya negara jika terus ditadbir oleh mereka yang sudah ketagih dengan rasuah ini.

Saya berkeyakinan untuk BN kembali memerintah kerajaan Selangor hanyalah ibarat mimpi di siang hari.


sumber :  ASPAN ALIAS
Photobucket

ISA - Muhyiddin Tidak DiMaklumkan....???

on



SEMALAM semasa menghadiri satu majlis rumah terbuka seorang penyiasat politik telah membisikkan kepada Tengku Razaleigh Hamzah, katanya pemansuhan akta Isa oleh Najib Razak itu tidak diketahui oleh Muhyiddin Yassin - Udin anak Yassin. Najib katanya tidak sedikit pun memaklumkan kepada Muhyiddin mengenai pemansuhan itu.
 
Jadi Udin anak Yassin tidak dapat memberi apa-apa pandangan dan juga pendapatnya mengenai relevansi tindakan itu. Dalam kata lain keputusan itu bukan keputusan bersama perdana menteri dan timbalan perdana menteri.

Memang sebagai PM Najib boleh melakukan apa saja tanpa memberi tahu mana-mana MT Umno dan juga jemaah kabinetnya. Perdana Menteri berkuasa penuh dan apa yang beliau lakukan tidak perlu teguran dan pandangan anak buahnya. Apa lagi kalau anak buah itu hidupnya hanya 'menahan perut' untuk membuncitkan perutnya saja. Mereka tidak berani memberi pandangan dan menegur Najib. Kalau Najib kencing tengah jalan pun mereka tidak boleh berkata apa, sebaliknya akan dipuji itulah transformasi politik ala Najib.

Saya dengar saja apa yang dibisik oleh penyiasat politik itu kepada Tengku Razaleigh. Tengku Razaleig pula hanya 'mengisingkan' wajahnya saja tatkala mendengarnya.

Selepas dengar itu baru saya faham kenapa Udin anak Yassin kali ini macam ikan lapam bawah jamban terus memuji Najib atas tindakan itu. Sambil menyifatkan langkah Najib itu bijak kata Udin anak Yassin jangan ada prejudis buruk di atas tindakan Najib itu.

Kata Udin lagi, perkara itu sudah lama dibincangkan dan bukan benda baru. Kita faham kalau Udin anak Yassin berkata demikian bagi menggambarkan kononya Najib ada runding dengan beliau. Bahawa dia masih digunapakai oleh Najib dalam membuat sesutau keputusan besar untuk negara dan Umno.

Selalunya Udin anak Yassin lambat untuk memberi respon kepada sesuatu yang Najib buat. Peralihan dan transformasi Najib tidak 'semakan' dan secocok dengan Undin anak Yassin. Misalnya slogan 1 Malaysia yang diperkenalkan Najib disanggah secara halus oleh Udin anak Yassin. Najib mengutamakan 1 Malaysia, Undin anak Yaasin pula kata Melayu first Malaysia kemudian.

Apakah pujian Udin anak Yassin itu pujian membawa rebah atau pengejekkan kepada Najib? Nampaknya tindakan memansuhkan ISA itu tidak disenangi oleh Umno. Beberapa pemimpin Umno tidak mahu pemansuhan itu dibuat secara bersendirian oleh Najib hanya kerana tekanan dan desakan. Ini boleh diperhatinkan tidak ramai ketua-ketua bahagian Umno dan ahli MT yang memberi kupasan positif atas tindakan Najib itu. Menteri Pertahanan Zahid Hamid yang selalunya akan bersuara sebelum pun Najih menghabiskan kata-kata nampaknya masih membisu?

Pemimpin Umno termasuk Udin anak Yassin juga berpendapat kalau pun ISA mahu dihapuskan biarlah ianya datang dari Umno. Maksudnya biar Umno desak dalam persidangannya dulu kemudian dibuat pengumuman. Dengan cara barulah nampak pemansuhan itu datang dari akar umbi Umno dan ketika itulah baru Umno boleh menuntut pemansuhan itu atas kesedaran politik mereka. Kali ini Najib bertindak bersendiri tanpa ada endorsement dari parti.

Kalau ianya dibuat secara ad hoc oleh Najib tanpa pun berunding dengan Undin anak Yassin, ia menunjukkan akan ketakutan dan kegeruhan Najib terhadap pendesak agar ISA dihapuskan. Di sini menampakkan akan kelemahan Najib sebagai perdana menteri yang akur kepada suara mionoriti dari pembangkang.

Apakah pujian Udin anak Yassin itu untuk menyinis Najib? Kalau benar begitu ini menunjukkan bahawa pemansuhan ISA itu juga kurang disenangi oleh Mahathir Mohamd, seorang PM yang suka menggunakan akat dan kekerasan untuk mempertahankan kuasanya. Kita tunggu pula apa komen Mahathir dalam hal ini.

Sekiranya Mahathir pesimis bersabit perkara ini maka jelas agenda tersembunyi dari Mahathir dan kumpulannya mahukan Najib turun berterusan. Kalau tidak ada komen dari Mahathir ia menunjukkan Mahathir kini sudah kekenyangan dan merasa selesa dengan Najib setelah urusan pemberian projek oil dan gas Petronas bernilai RM2.4 billion kepada anaknya Muzani selesai dan beres?

http://msomelayu.blogspot.com/ 


Photobucket

Mengapa guna pakai Perlembagaan Suruhanjaya Reid?

on

http://1.bp.blogspot.com/_QmAu0I0r7H4/TCM4AY4CB-I/AAAAAAAAAEc/7kREYpk5pPk/s1600/Jusoli0004.jpg


SURUHANJAYA Reid merupakan sebuah suruhanjaya bebas yang berperanan merangka Perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu sebelum Tanah Melayu memperoleh kemerdekaan daripada Britain pada 31 Ogos 1957.

Suruhanjaya ini telah namakan sempena nama pengerusinya iaitu seorang hakim Mahkamah Rayuan England, Lord William Reid.


Ahli Suruhanjaya Reid: Lord William Reid – Pe nge rusi, Sir Ivor Jennings – Britain, William Mc Kell – Australia, Hakim B Ma lik – India, kim Abdul Hamid – Pakistan (Petikan da ripada Wikipedia, ensiklopedia bebas).

Sekarang kita hendak tanya kepada profesor Zainal Kling dan pimpinan Umno kalau Tanah Melayu tidak per nah dijajah British buat apa perlembagaan tanah Me layu mesti dibincang di Par limen British dan ti dak di putus sendiri oleh ke rajaan tanah Melayu pada ma sa tersebut?
Kalau benar tanah Melayu tidak dijajah sudah tentu kita tidak perlu kerajaan Bri tish merangka perlembagaan tanah Melayu.

Kalau negara yang bebas dari penjajah sudah tentu me reka akan merangka perlembagaan sendiri tanpa per lu campur tangan atau ke lulusan dari negara luar.
Mengapa Tanah Melayu dan Malaysia sekarang masih mengguna pakai per lemba gaan Suruhanjaya Reid? Me ngapa tidak dihapus sama se kali perlembagaan Reid dan kita rangka dan guna kan perlembagaan yang se suai dengan adat resam dan budaya tanah Melayu/ Malaysia sendiri atau sekarang kita rangka perlembagaan me nurut syariah.

Semua ahli Suruhanjaya Reid dari negara luar tidak ada yang dari kerajaan tempatan atau tanah Melayu.
Inilah beberapa persoalan yang perlu dijawab dan difikir bersama kalau be nar tanah Melayu tidak di jajah seharusnya kita sudah bebas menggunakan per lembagaan sendiri ti dak bergantung dengan negara luar untuk merangka perlembagaan kita.

Jadi pemimpin Umno kena ber sedia untuk menerima kenyataan yang negara ini memang pernah dijajah oleh British dan yang berjuang melawan kerajaan sebelum merdeka memang pejuang kemerdekaan.



Oleh JOFRI JARAIEE

Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List