KUALA LUMPUR, 20 Ogos: Kegagalan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak memahami nurani rakyat Malaysia keseluruhannya yang mahukan sebuah negara yang kekal aman dan sejahtera dizahirkan oleh kenyataan berunsur fitnah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.Sehubungan itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memandang serius fitnah terbaru yang dimainkan pimpinan Umno untuk menyemarakkan api kebencian di negara ini.Katanya, tuduhan yang dilemparkan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang bahawa nama Yang di-Pertuan Agong telah digantikan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah terbukti merupakan satu pembohongan semata.“Saya sendiri memantau perkembangan tersebut, membaca teks khutbah yang diedarkan dan...