SHAH ALAM 4 SEPT: Kesudian Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menolak pemberian insentif RM100,000 daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), harus dicontohi pimpinan Umno Barisan Nasional (BN).
Mendapat pujian Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Ali, beliau berpendapat pemberian insentif di kalangan pengerusi mana-mana Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) harus dihentikan segera kerana ia melibatkan wang rakyat.
Khalid sebelum ini menolak insentif 100 ribu ringgit yang diberi PKNS atas kapasiti sebagai Pengerusi, kerana mahu memulangkan wang rakyat itu kepada kepada rakyat..Beliau juga melakukan siasatan dan mengarah supaya garis panduan pemberian insentif dirangka bagi mengawal amalan...