HARI ini Zainuddin Maidin mempertahankan kenyataanya yang mengatakan ada pemimpin Pas (tahun 60-an) meminta Tunku Abdul Rahman merampas harta orang-oramh Cina. Dengan hanya menunjukkan sekeping gambar usangnya bersama Tunku, Zainuddin mahu menjadikan gambar itu sebagai bukti bahawa kenyataan dan maksud Tunku Abdul Rahman itu benar. Bahawa beliau benar-benar mendengar 'cerita' ada pemimpin Pas menyuruh Tunku rampas harta orang Cina.
Menurut Zainuddin, Tunku memberi tahunya bersama Osman Abadi ketika beliau berjumpa Tunku selepas peristiwa 13 Mei. Sayangnya Osman Abadi (Pak Osman) yang boleh menjadi saksi terhadap dakwaan Zainuddin Maidin ini sudah tiada. Pasti kalau Pak Osman masih ada Zainuddin tidak berani mendedahkan perkara itu.
Bagi mereka yang belum mengenali Zainuddin serta mengetahui akan 'politan' - (putaran dan belitan) lidahnya akan mempercayai kata-kata Zainuddin itu seratus satu peratus. Zainuddin boleh berkata lebih dari itu tentang apa yang Tunku Abdul Rahman cakapkan kepadanya kerana Pak Osman sudah tiada. Kalau Zainuddin 'mengarang' cerita keris lucah Umno boleh melayang pun untuk mempertahankan Umno tidak ada siapa yang tahu.
Sebaliknya mereka yang mengenali Zainuddin akan menolak apa juga kenyataan rasis dan juga kebencian Zaindudin kepada pembangkang terutamanya Pas dan gerakan Islam selama ini. Zainuddin membenci Pas bukan hari ini, sejak Pas berbaik dengan DAP, tetapi nun lama sebelum ini.
Orang tidak akan lupa bagaimana beliau menggunakan RTM untuk memburuk dan damegkan iemj Nik Aziz di Kelantan. Siang malam RTM menyiarkan provokasi dan kisah-kisah yang kononnya memalukan dan menunjukkan kelemahan pentadbiran Nik Aziz. Malangnya propaganda cap ayam RTM itu tidak menjadi, sebaliknya Nik Aziz makin kukuh. Dan dalam pilihan raya 2008 Zainuddin sendiri turut lingkup dan tertirap makan selut.
Zainuddin juga seorang yang senantiasa pesimis kepada perjuangan dan gerakan Islam. Beliau bukan saja benci Pas tetapi gerakan seperti Darul Arqam, Abim, Tabligh i juga dicemuh dan diserangnya habis-habisan. Walaupun ada ruang yang boleh beliau serang jemaah itu tetapi tindakan beliau secara pukul membenci gerakan Islam menunjukkan siapa dia Zainuddin sebenarnya. Beliau adalah pelampau anti gerakan Islam.
Sikap buruk Zainuddin Maidin terhadap Islam ini boleh dilihat bagaimana akhabr Utusan Malaysia dan Utusan Melayu memain peranan memburukkan imej Islam ketika itu. Kedua akhbar berkenaan dibawah kuasa Zainuddin diarahkan supaya tidak memakai gambar mana-mana koresponden atau orang yang diinterviu yang mengenakan kopiah ataupun yang menutup aurat. Begitu sekali bencinya beliau kepada imej Islam!
Gambar-gambar perempuan yang menutup aurat 'haram' dipakai dalam kedua akhbar berkenaan. Sikap menentang arus itu mejelaskan akan kebencian Zainuddin kepada gerakan Islam. Selepas Zainuddin tidak lagi menjadi ketua pengarang barulah gambar orang berkopiah dan perempuan menutup aurat (pakai tudung) boleh disiarkan. Ternyata beliau tidak dapat mengekang arus dan kesedaran Islam yang melanda dunia pada masa itu.
Berbalik kepada dakwaan beliau yang mendengar Tunku memberi tahunya ada pemimpin Pas minta rampas harta orang Cina tadi ia boleh dipertikaikan dan berunsur menghasut. Ia sangat meragukan. Zainuddin perlu menyebut nama pemimpin Pas berkenaan kalau ia betul dan benar. Sebagai wartawan beliau dapat menghidu siapa pemimpin yang berjumpa Tunku pada masa itu.
Kalau hanya berbekalkan sekeping gambar lama, saya juga boleh mendakwa seperti mana beliau katakan itu. Sebab saya juga pernah bertemu dan menginterviu Tunku Abdul Rahman sekitar awal 80-an.
Pertemuan dengan Tunku itu saya boleh mereka-reka seribu cerita untuk membela satu pihak dan menentang pihak lain. Siapa pun tidak tahu kalau saya mengarang dan membuat hikayat. Tetapi saya bukan Zainuddin Maidin yang taksub dan jumud kepada parti yang menjadi anutannya. Pada saya kalau salah tetap salah dan kalau benar tetap benar, jauh sekali untuk memanipulasikan keadaan apa lagi untuk sesuatu kebatilan.
Maksud dan tujuan Zainuddin mendedahkan cerita yang tidak sahih mengenai cerita Tunku itu adalah untuk menimbulkan rasa kurang senang masyarakat Cina terhadap Pas saja. Itulah tujuannya. Kebencian dan kohongnya kepada Pas tidak pernah habis.
Langkah Zainuddin itu sebenarnya tersilap. Kalau beliau mengemukakan cerita itu 30 tahun lalu mungkin orang Cina boleh mempercayainya. Tetapi hari ini orang Cina bukan menolaknya tetapi akan gelak kah kah kah mengenangkan betapa dangkal dan naifnya Zainuddin dalam mencari isu atau modal untuk merenggangkan masyarakat Cina dengan Pas.
Generasi Cina hari ini sudah cerdik. Mereka menggunakan otak bukan kepala lutut untuk menerima dakwaan-dakwaan di luar akal seperti Zainuddin Maidin lakukan itu. Kenapa orang Cina protes itu dan tuntut itu ini hari ini, bukan kerana pemimpin Pas nak rampas harta datuk nenek mereka, tetapi mereka tidak dilayan dengan adil oleh kerajaan BN yang ditunjungi Umno. Kepincangan ini dilihat orang orang Cina.
Akhirnya kalau Zainuddin ingin menyelamatkan keadaan Umno yang dalam keadaan nyawa di hujung pedang kini, carilah bukti atau karanglah cerita yang munasabah sikit yang mudah dan rasional diterima oleh seluruh orang. Dengan mengarai cerita-cerita klasik ia tidak mengutnungkan Umno sebalik merugikan parti Melayu berkenaan. Mujahid tentu gembira dengan posting ini? [wm.kl.6:00 05/09/10]
mso
PN bergolak lagi?
13 minutes ago
0 comments:
Post a Comment