TOKOH-TOKOH PEJUANG KEMERDEKAAN TANAH MELAYU (1906-1956)
September 4, 2011
oleh
Adnan Abdullah
https://www.facebook.com/notes/adnan-abdullah/tokoh-tokoh-pejuang-kemerdekaan-tanah-melayu-1906-1956/260795930607488
Sejarah sebenar perjuangan kemerdekaan tidak diketahui oleh rakyat umum kerana samada ianya telah dilenyapkan atau dipadam dari buku-buku sejarah. Sebahagian daripada pejuang-pejuang yang terlibat dengan perjuangan menentang penjajah itu telah gugur dan ada juga sebahagiannya yang masih hidup.
Ibrahim Haji Yaacob
Ishak Haji Mohamad (Pak Sako)
Ahmad Boestamam
Dr Burhanuddin al Helmy
Abdullah CD
Shamsiah Fakeh
Us Abu Bakar al-Baqir
Rashid Maidin
Aziz Ishak
A Samad Ismail
S.A. Ganapathy
Perjuangan awal menentang penjajahan British dan menuntut kemerdekaan bermula pada tahun 1906 oleh golongan pembaharuan atau reformasi Islam yang mendapat pendidikan di Timur Tengah antaranya termasuklah Syed Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Haji Abbas Mohd. Taha. Selepas itu, perjuangan menentang penjajahan British dan Jepun turut digerakkan dan dirancakkan dengan penubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM).
KMM telah ditubuhkan pada 1938 di Kuala Lumpur iaitu ibu negara Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Federated Malay States) untuk melindungi hak-hak orang Melayu dan menentang penjajahan British. Antara pemimpinnya adalah Ibrahim Haji Yaakob, Mustapha Hussein, Ishak Haji Mohamad (Pak Sako), Ahmad Boestamam dan Burhanuddin Al Helmy.
KMM merupakan pertubuhan politik bersifat kebangsaan yang pertama di British Malaya. Pertubuhan ini berhasrat untuk menggulingkan pemerintahan Inggeris di Tanah Melayu dengan tindakan keras dan menyatukan Tanah Melayu dengan Indonesia di bawah panji-panji Melayu Raya. Perjuangan yang amat radikal ini menyebabkan pihak Inggeris menggangap mereka pejuang berhaluan kiri. Pada tahun 1942, penjajah British telah mengharamkan KMM dan pucuk kepimpinan KMM termasuk Ibrahim Yaacob telah dipenjarakan. Perjuangan KMM menjadi lemah apabila ramai pemimpin mereka ditangkap.
Jepun telah mengalahkan tentera Britsh dan menakluk Tanah Melayu pada Disember 1941. Semasa pemerintahan Jepun, KMM telah bekerjasama dengan Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya (TAJRM) atau Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) untuk menentang penjajah Jepun pula. Pada 1942 Jepun telah mengharamkan KMM dan MPAJA kerana terlibat dengan perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu. MPAJA adalah penjelmaan Parti Kominis Malaya yang ditubuhkan pada tahun 1930 untuk menentang penjajahan British. Selepas Jepun dikalahkan, pihak British telah memberi penghargaan kepada KMM dan PKM diatas kerjasama mereka menentang Jepun.
Selepas tamat peperangan dunia ke-2 (1939 - 1945) dan berundurnya Jepun dari Tanah Melayu, pihak British telah menguasai semula Tanah Melayu sebagai penjajah. Satu gabungan Melayu Islam telah membentuk Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) bertujuan menentang penjajahan British. PKMM ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Ipoh Perak dan meluluskan penggunaan slogan MERDEKA serta benderanya ialah MERAH-PUTIH. Semboyan MERDEKA dilantangkan dan berjaya mengembleng seluruh tenaga dari pelbagai aliran agama, nasionalis dan sosialis namun ditentang oleh elit Melayu dan kakitangan atau penjawat jawatan yang pro pemerintah (British).
Antara yang memimpin PKMM adalah; Dr Burhanuddin Al-Helmy, Ishak Haji Mohamad (Pak Sako), Abdullah CD (Cik Dat Abdullah), Ahmad Boestamam, Musa Ahmad, Khatijah Ali, dan Ustaz Abu Bakar Al Baqir.
PKMM telah berkembang pesat dan digabungkan dengan pelbagai pertubuhan yang menjadi tulang belakang dan penggerak di seluruh Malaya, antaranya:
1) API (Angkatan Pemuda Insaf) dibawah pimpinan Ahmad Boestamam. Diharamkan pada 18 Jun 1948 oleh pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno Dato Onn Jaafar.
2) AWAS (Angkata Wanita Sedar) yang diketuai oleh Shamsiah Fakeh. Diharamkan pada 18 Jun 1948 oleh pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar.
3) BTM - Barisan Tani Malaya (BATAS) yang ditubuhkan pada 7 Julai 1947 di Kajang. Ketuanya ialah Musa Ahmad. Setiausaha disandang oleh Abas manakala Mokhtar sebagai bendahari dan Kadir menjadi ketua bahagian propaganda. Pimpinan Negeri ialah Mokhtar - Kedah, Selangor - Musa Ahmad, Pahang - Abas, Johor - Kadir dan Negeri Sembilan - Ibrahim Baba.
4) Jabatan Kerja Melayu (JKM) yang telah didirikan pada awal tahun 1946. Diketuai oleh Alimin dan Setiausaha Abdullah CD, merangkap ketua bahagian Selatan. Bahagian Utara diketuai oleh Rashid Maidin dan bahagian Timur diketuai oleh Kamaruzaman Teh.
5) Hizbul Muslimin. Ditubuhkan pada 17 Mac 1948. Tokoh yang terlibat ialah Ustaz Abu Bakar Al Baqir, Ustaz Abdul Rab, Dr Burhanuddin Al Helmy dan Kiyai Mashur Azahari. Pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar mengharamkan Hizbul Muslimin yang dianggap 'Parti Islam Merah' dan merupakan 'bahaya dari gunung' kepada mereka.
6) GERAM -Gerakan Angkatan Muda. Pimpinan Abd Aziz Ishak dan A Samad Ismail.
7) Kesatuan Buruh Melayu SeMalaya (KBMM). Ditubuh pada tahun 1946 di bawah pimpinan Abdullah CD. Dipanjangkan penubuhan ke negeri-negeri pada 1947.
8) Pan Malayan Federation of Trade Union (PMFTU) yang merupakan gerakan buruh berbagai kaum. Pada 1947, kongres telah memilih S. A. Ganapathy sebagai Pesiden, Abdullah CD sebagai Naib Presiden dan Chen Lu sebagai Setiausaha.
8) Kesatuan Opera Melayu (KOM).
9) Persatuan Pemandu Teksi (PPT).
10) PETA - Pembela Tanah Air. Ditubuhkan apabila KMM diharamkan pada 18 Jun 1948 oleh pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar.
11) Majlis Agama Tertinggi Se-Malaysia (MATA) pimpinan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir.
Pada tahun 1947, sepuluh tahun sebelum merdeka, PKMM memperkuatkan perjuangan menuntut kemerdekaan dengan bergabung dengan beberapa pertubuhan bukan Islam dan bukan Melayu dan membentuk Barisan Bersatu PUTERA-AMCJA. Dua badan politik utama yang membentuk PUTERA-AMCJA ialah Pusat Tenaga Ra'ayat (PUTERA) dan All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA).
PUTERA dianggotai oleh:
1. Malay Nationalist Party (MNP) atau Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
2. Peasants Union atau Barisan Tani Se-Malaya (BATAS)
3. Angkatan Wanita Sedar (AWAS)
4. Angkatan Pemuda Insaf (API)
dan 70 pertubuhan2 kecil.
AMCJA pula dianggotai oleh:
1. Pan-Malayan Federation of Trade Unions (PMFTU)
2. Malayan Indian Congress (MIC)
3. Malayan Democratic Union
(MDU)
4. Malayan New Democratic Youth League (MNDYL)
5. Malayan People's Anti-Japanese Army Ex-Service Comrades Association (MPAJA)
6. Women's Federation (W's Fed)
bersama Tan Cheng Lock (TCL) sebagai Pengerusi.
Antara gerakan yang dilakukan oleh Barisan Bersatu Putera-AMCJA yang sangat berjaya dan menggugat kedudukan British adalah mogok seluruh Malaya yang dikenali sebagai HARTAL., 1947 yang telah mencatatkan sejarah satu mogok umum, di mana pada hari tersebut, satu aktiviti pun tidak dilakukan oleh seluruh rakyat Malaya.
Putra-AMCJA telah menggubal 10 fasal PERLEMBAGAAN RAKYAT (The People’s Constitution) untuk kemerdekaan. Pada masa yang sama, British telah berpakat dengan elit Melayu yang menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Perkembar – yang kini dikenali sebagai UMNO), menggubal satu lagi perlembagaan yang dipanggil Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
British tidak menerima desakan Barisan Bersatu Putera-AMCJA dengan menolak Perlembagaan Rakyat dan sebaliknya menggantikan Malayan Union dengan membentuk Persekutuan Tanah Melayu serta melantik Yang Dipertua Umno, Dato’ Onn Jaafar untuk menerajuinya.
Barisan Bersatu Putera-AMCJA dan seluruh anggota gabungannya, telah diharamkan pada 18 Jun 1948 oleh penjajah British dengan persetujuan Yang Dipertua (YDP) Umno, Dato' Onn Jaafar. Sebelum itu pada tahun 1947, Ahmad Boestamam, salah seorang pemimpin Putera-AMCJA telah dipenjarakan oleh British selama 8 tahun. Tekanan pihak British terhadap kumpulan-kumpulan yang memperjuangkan kemerdekaan itu telah memaksa mereka meneruskan perjuangan bersenjata dari dalam hutan.
British telah mengisytiharkan Darurat pada tahun 1948, dengan alasan menentang gerakan komunis di Malaya dengan menggunakan 'preventive detention' iaitu tahanan tanpa perbicaraan yang kemudian dikuatkuasakan sebagai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), dengan mengambil tindakan menangkap sesiapa sahaja yang menentang.
Antara bukti bahawa Darurat 1948 diisytiharkan adalah semata-mata satu tindakan ’pecah perintah’ British adalah lebih 2,800 orang ahli-ahli gabungan Barisan Bersatu Putera-ACMJA ditangkap dibawah ISA, termasuk Ustaz Abu Bakar Al-Baqir pemimpin MATA dan Hizbul Muslimin yang kemudiannya didaftarkan secara rasminya sebagai Parti Islam SeMalaysia (PAS). Mereka bukan komunis, namun tindakan British itu bertujuan melumpuhkan perjuangan rakyat disamping menghidupkan satu parti yang berkuasa sehingga kini iaitu UMNO.
Bendera BATAS
Bendera Sang Saka Merah Putih Malaya Merdeka
Did they purposely miss this out in our school's Sejarah book?