Dari sehari kesehari kita semua telah melihat betapa gemparnya pihak yang diberi kuasa untuk menghadapi rally anjuran Bersih 2.0 pada minggu hadapan. Berbagai-bagai usaha dilakukan untuk menggagalkan rally ini.
Apa pun yang bakal berlaku nanti, sesungguhnya Bersih telah pun berjaya untuk mendapat sokongan rakyat untuk mengadakan pilihanraya yang ‘transparent’. Itulah satu-satunya matlamat penganjur. Kita sama-sama berdoa kehadrat Allah SWT semoga setiap perancangan yang akan dilaksanakan menemui kejayaan. Kalau gagal Bersih menganjurkan rally ini, kegagalan mereka bukan oleh kerana tidak mendapat sokongan ramai tetapi sebaliknya oleh kerana tekanan dari pihak yang sedang gila di dalam kuasa. Kehilangan kuasa...
Tanjung Pagar tergadai awat tak melalak...
Copy & Posted By mahi on Jul 3, 2011
Sembang apa Umno-Perkasa ..Tanjung Pagar tergadai awat tak melalak
Umur Umno akan terus panjang jika orang Melayu yang terpedaya dengan kata-kata Umno bahawa 'Umno lenyap Melayu lenyap' terus menyokong Umno.Ketuanan Melayu yang juga jadi kata-kata keramat Umno kepada orang Melayu akan lenyap bila orang Melayu bangkit daripada tidur yang panjang tolak Umno.Umno akan berkubur tanpa batu nesan bila orang Melayu dah sedar kena tipu dengan Umno.
Umno terus menerus menipu Melayu supaya kuasa Umno perintah negara terus dikuasai Umno.Kata jiran saya dalam majlis kenduri tahlil sebentar tadi, "Semua Umno dah gadai , tanah kubur pun Umno dah gadai apa lagi yang Umno dok bising nak perjuangkan Ketuanan Melayu.Tengok apa jadi dengan tanah...