TANJUNG PAGAR - Hilangnya Satu Lagi Warisan Melayu.....

on Jun 5, 2011

JULAI INI RAKYAT MALAYSIA AKAN KEHILANGAN TANAH WARISAN MALAYSIA SELAMA-LAMANYA, SAPA PEDULI ?








Satu warisan Melayu hilang lagi selepas warisan Pulau Batu Putih terlepas terlepas ke pada negara Singapura gara-gara buah tangan Menteri Warisan kita Rais Yatim dan pimpinan atasan UMNO.
Kini Satu lagi warisan melayu hilang PERKASA tak rasa waima UMNO lagi buat donno!

- Mulai Julai 2011 stesen Tanjong Pagar tidak lagi beroperasi. Tanjung Pagar bukan hak Melayu lagi bukan warisan Melayu lagi malah yang menyedihkan bukan hak Malaysia yang didokong rakyat Malaysia majmuk(Melayu, China dan Melayu serta dll)Perjalanan keretapi dari negara ini akan berakhir di Woodlands yang jaraknya lebih kurang 30 minit perjalanan dengan keretapi ke Tanjong Pagar.

- Sepasang landasan dibina melunjur membelah Singapura dari utara ke selatan.

- Tapak Stesen Tanjong Pagar mempunyai keluasan 32 hektar milik KTMB. Terletak di Keppel Road, dibina pada 1932 dan dirasmikan oleh Gabenor Negeri Selat, Sir Cecil Clementi Smith.

- Stesen Tanjong Pagar ini dibina untuk menggantikan stesen keretapi Tank Road yang dibina pada tahun 1903 dan merupakan terminal keratpi pertama di Singapura.

- Keunikan Tanjong Pagar adalah hentian terakhir jaringan pengangkutan keretapi dihujung benua Asia. Walaupun berada di tengah-tengah negara Singapura, stesen Tanjong Pagar adalah pintu masuk ke negara Malaysia bagi mereka yang memilih menggunakan perkhidmatan keretapi.

- Stesen ini juga menjadi kelangsungan pada sejarah awal perkhidmatan keretapi ke Singapura. Ia bermula apabila Sultan Johor ketika itu, Sultan Abu Bakar menerima permintaan British untuk membina laluan kereta api dan pembinaanya dirasmikan pada 1909. Apabila berakhirnya riwayat Tanjong Pagar sebagai sebuah stesen, ini bermakna Tanjong Pagar juga menjadi penutup perkhidmatan kereta api di Singapura.

- Pembukaan Tambak Johor pada 28 Jun 1924 menjadi pemangkin kepada perkhidmatan kertapi yang menghubungkan Singapura dengan negara ini. Stesen penuh sejarah ini menjadi suatu yang sering mengusik "keamanan dan persefahaman" Malaysia dan Singpura. Akhirnya terusir juga sebuah stesen kereta api milik Malaysia yang membelah republik itu.

Di stesen Tanjong Pagar kelihatan satu bangunan yang kelihatan masih kukuh dan tersergam dengan senibina bercirikan identiti Melayu. Namun suasana sekeliling agak suram dan ibarat retak menanti belah. Cuma tinggal lebih kurang 3 bulan lebih sebelum ia dirobohkan.Sebak jika seorang rakyat Malaysia melihat bangunan yang mencatatkan pelbagai sejarah dan nostalgia, bangunan yang bukan hanya sekadar stesen keretapi akan hilang dari pandangan mata...

Kebiasaanya, apabila sesuatu tempat itu dikatakan sebagai peninggalan sejarah, tentu ada sesuatu yang menjadi tanda ingatan untuk tatapan kunjungan ramai sebagai contoh muzium, bangunan, tugu/monumen dll. Namun tidak bagi stesen Tanjong Pagar dimana ianya akan diroboh sama sekali. Tiada apa lagi yang dapat disaksikan melainkan penbangunan baru yang tentunya tidak mempunyai ciri-ciri senibina yang membawa identiti Melayu. Secara peribadi, walaupun perjanjian dan persefahaman telah dimeterai, namun setiap rakyat Malaysia tentunya akan terasa kehilangan sesuatu yang sangat sukar digambarkan. 



sumber  :-  http://nurlinidris.blogspot.com/



Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List