Siapa Dalang Disebalik Kejatuhan Tan Koon Swan

on Sep 16, 2012





Bekas pesiden MCA, Tan Koon Swan yang merupakan mangsa kepada tindak-tanduk geng-geng dalam UMNO seharusnya bersorak riang dengan kenyataan daripada bekas pendakwaraya Singapura bahawa Koon Swan telah dikenakan tuduhan dan dipenjara secara salah kerana ia melepaskan komuniti itu secara keseluruhan.

“Koon Swan merupakan pemimpin politik Cina yang paling cepat meningkat naik. Beliau merupakan lambang harapan dan aspirasi keseluruhan komuniti. Mereka mempercayai dengan sepenuhnya. Keremajaan dan sifat dynamic beliau telah meletakkan beliau kelas yang lebih tinggi berbanding pemimpin lain. Inilah sebabnya mengapa beliau menjadi sasaran pemimpin elit Umno- beliau telah membawa harapan besar kepada masyarakat Cina,” ujar timbalan presiden PKR Chua Jui Meng kepada Malaysia Chronicle.


“Seperti Anwar pada 90-an, Koon Swan pada 80-an adalah lambang reformasi pada semua sektor- ekonomi, masyarakat dan peluang pendidikan yang samarata. Beliau merupakan seorang lelaki yang hebat dan untuk ini, beliau telah dijatuhkan oleh Umno dengan kejam. Koon Swan telah dimatikan secara terbuka dan reputasi beliau hancur sama sekali. Mengapa? Kerana beliau tidak mengikut garis panduan yang dicipta Umno dan jelas mereka takut pada kuasa dan pengaruh beliau terhadap orang Cina.

Rakan kongsi dalam ketamakan

Sememangnya bagi mereka yang mengikuti perkembangan terkini orang Cina Malaysia yang menyesali ketidakadilan yang berlaku terhadap Koon Swan, ini bukanlah perkara baru. Kegusaran melanda seluruh Negara namun pada tahun 80-an, bekas perdana menteri Mahathir Mohamad yang memerintah secara kuku besi pada ketika itu telah dengan sesuka hatinya menggunakkan ISA dan Akta Hasutan untuk memenjarakan musuh politik beliau serta menutup mulut pengkritik.

Teman beliau yang bersekongkol dengan beliau adalah bekas menteri kewangan Daim Zainuddin dan juga media arus perdana yang sentiasa menyiarkan cerita-cerita yang dirasakan Mahathir sebagai paling sesuai untuk merealisasikan pelan beliau. Mahathir juga tidak membenarkan pemberian lesen kepada organisasi kepada surat khabar bebas dan sehinggalah adanya internet, akhbar yang bersifat neutral atau pro-pembangkan hamper tidah wujud di Malaysia.

Koon Swan telah dilabel sebagai pengkhianat yang bukan sahaja mengkhianati komuniti beliau tetapi menipu yang miskin di mana koperasi tempat mereka meletakkan simpanan mereka yang berkaitan MCA telah jatuh.

“Hakikatnya sentiasa lebih pelik daripada dongeng dan Tuhan sebenarnya Maha Kuasa. Tiada siapa yang menjangka Glenn Knight akan menyesali dan menulis mengenai kes-kes lama beliau. Glenn bukan sahaja menulis mengenai Koon Swan tetapi kes-kes besar lain yang beliau dakwa bagi pihak kerajaan. Mungkin Singapura tidak menyukai pemimpin muda yang dinamik yang bisa menyayingi Lee Kuan Yew. Singapura telah bertindak dengan begitu kejam terhadap Koon Swan. Saya berada di Singapura bersama beliau semasa kami meminta pandangan seorang pakar perundangan Singapura yang memberitahu kami bahawa Koon Swan mempunyai alasan munasabah untuk memperjuangkan kes Singapura tetapi akhirnya beliau tidak melakukannya.

“Beliau tidak tahan dengan tekanan. Kami juga tidak tahu apa lagi ugutan yang beliau dan keluarga beliau terima sehinggalah beliau memberitahu kami. Tetapi yang pasti, beliau adalah mangsa dan Umnolah yang memainkan peranan dalam menjatuhkan beliau. Inilah cerita yang seharusnya diketahui oleh orang Cina Malaysia dan yang muda-mudi. Rekod Koon Swan dalam insiden Pan-EI dan bagaimana beliau terpaksa melepaskan jawatan sebagai presiden MCA seharusnya diperbetulkan. Saya bukannya cuba untuk membuatkan beliau seolah-olah seorang wira. Beliau memang mempunyai skandal-skandal beliau sendiri tetapi tidak mengkhianati orang Cina. Untuk sekian lamanya pemenjaraan beliau telah digunakan sebagai pengajaran tentang bagaimana seorang pemimpin Cina mengkhianati bangsanya sendiri terutamanya yang miskin. Memang benar bahawa ramai dalam MCA yang melakukannya tetapi tidak semua. Umno sentiasa mahu mengingatkan kaum Cina mengenai Koon Swan dan Pan-EI. Jelaslah sekarang bahawa ini bukan salah beliau. Ini adalah angkara pihak elit Umno, politik dan ketamakkan. Mereka mahukan wang yang ada dalam MCA dan harta paling bernilai MCA iaitu Multi-Purpose

Titik hitam komuniti telah dihapuskan

Jui Meng, bekas timbalan presiden MCA dan Menteri Kesihatan memberi reaksi terhadap buku kontroversi "Glenn Knight: The Prosecutor". Bekas pendakwaraya terkemuka itu mengaku bahawa beliau telah melakukan kesilapan mendakwa Koon Swan semasa kes Pan EI Industries.

Glenn berkata beliau berasa amat bersalah setelah menyedari kesilapan memenjarakan Koon Swan. Pengakuan beliau telah menjadi tajuk utama di semua surat khabar berbahasa Cina di Malaysia.

Koon Swan telah menghadapi 15 tuduhan penipuan, manipulasi pasaran saham dan CBT yang membawa kepada kejatuhan Pan EI. Beliau telah dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan dan denda S$500,000 (RM1.2 juta) setelah disabitkan dengan kesalahan-kesalahan itu.

Walaupun beliau telah meletak jawatan sebagai Presiden MCA dan dipenjarakan di Singapura, pihak berkuasa Malaysia masih tidak berpuas hati. Beliau dipenjarakan sekali lagi setelah kembali ke Malaysia dan juga diisytiharkan sebagai muflis.

"Ia merupakan sesuatu yang amat memalukan untuk mana-mana lelaki tetapi Koon Swan mengharunginya dengan keberanian dan maruah. Beliau 10 tahun lebih awal tetapi kita harap beliau akan bercakap secara terbuka sekarang. Pada 1998, Anwar mempunyai kedudukan yang lebih baik untuk melawan Mahathir dan Daim. Tetapib tengok sahaja bagaimana beliau telah menderita. Saya sangat kagum dengan Anwar," ujar Jui Meng.

“Mungkin sekarang barulah rakyat Malaysia faham bahawa kita perlukan keberanian yang tinggi untuk menentang kezaliman dalam sistem politik kita. Apabila bercakap mengenai perjuangan menentang kezaliman, saya rasa mungkin ada yang akan mengatakan bahawa saya ini sudah keterlaluan. Tetapi percayalah, perjuangan belum selesai. Rakyat haruslah menolak kezaliman Umno-BN. Pilihlah yang terbaik untuk diri dan negara.

Mempermudahkan jalan untuk menjual aset dengan murah?

Jui Meng membidas kekejaman pentadbiran Mahathir apabila mereka sekali lagi menghukum Koon Swan. Beliau percaya bahawa ia bukan sahaja untuk memastikan bekas presiden MCA itu tidak lagi kembali ke arena politik tetapi juga supaya memudahkan pengambil-alihan aset syarikat dan harta MCA.

“Multi-Purpose merupakan sebuah syarikat yang besar dan boleh memberi kesan kepada pasaran Asia Tenggara. Ia memiliki French Bank, Bandaraya dan ladang serta estet yang luas. Ia juga mempunyai kepentingan dalam perkapalan. Namun begitu, Ling Liong Sik yang mengambil-alih sebagai presiden terpaksa menjualnya untuk RM500 juta sahaja. Ia sepatutnya bernilai lebih beberapa kali ganda daripada itu.

“Jadi siapakah dalang disebalik pembelian tersebut? Ramai yang mendakwa ia adalah Daim kerana dia adalah orang kanan Mahathir pada ketika itu. Pada zaman itu, khabar mengenai siapa yang akan mendapat manfaat besar daripada kejatuhan Koon Swan disebarkan menerusi akhbar bahasa Melayu dan sepatutnya masyarakat Melayu lah yang akan mendapat keuntungan itu. Namun ia sebenarnya hanya menguntungkan golongan elit Umno. Ketamakan mereka semakin menjadi-jadi sehingga Daim sendiri dituduh mencuri aset Umno untuk dirinya sendiri. Ini adalah kes klasik mengenai bagaimana Umno elit mendominasi ekonomi negara.

Takut dan patah semangat

Koon Swan sekarang berusia 72 tahun. Beliau memulakan kerjaya politik beliau dengan memenangi kerusi Parlimen di Raub, Pahang. Tahun seterusnya, beliau telah dilantik dalam jawatankuasa induk parti menjadi pengerusi perhubungan MCA Wilayah Persekutuan. Pada tahun 1982, beliau menang besar untuk kerusi Parlimen Damansara dengan mengalahkan pembangkang di kubu kuat mereka.

Pada tahun 1984, beliau dilantik sebagai timbalan presiden MCA. Walaubagaimanapun, beliau telah dipecat tidak lama kemudian bersama 13 lagi ahli yang lain kerana memaksa parti menyiasat rekod ahli yang tidak wujud. Ini merupakan satu isu yang telah mencetuskan suatu kebangkitan dan krisis dalam MCA. Koon Swan dan 13 ahli yang dipecat itu telah dilantik semula 2 bulan selepas itu dengan sokongan 1600 ahli MCA dalam satu mesyuarat luar biasa.

Pada bulan November 1985, Koon Swan telah dilantik presiden MCA, memenangi 76.9% undi yang merupakan majoriti terbesar dalam sejarah parti juga orang pertama yang mencabar kepimpinan tertinggi sejak 1954.

Koon Swan pada ketika itu sememangnya berada pada peringkat tertinggi populariti beliau dan merupakan lambang kepimpinan baru bagi orang Cina- bijak, pintar dan berjiwa rakyat. Komuniti cina sememangnya berasa amat bangga terhadap kuasa ekonomi yang dijana oleh MCA menerusi pemimpin berbakat seperti Koon Swan yang bijak menggunakan peluang di luar negara dan hubungan baik dengan ahli perniagaan di Hong Kong dan China.

Dianggap sebagai cerdik kewangan, Koon Swan memulakan Koperasi Pengambilan –deposit (DTC) yang boleh menggandakan capital untuk orang Cina menerusi pelaburan. Malangnya dengan kejatuhn ekonomi pada tahun 1985-86 yang berlaku kerana kejatuhan harga minyak dan kelapa sawit juga disebabkan masalah Koon Swan sendiri serta kegagalan pengurusan dana DTC mencetuskan skandal dengan Bank Negara-telah mengakibatkan pembekuan aset DTC. Kehilangan yang dialami dianggarkan 3.6 juta dan pendeposit dikatakan hanya dapat mendapat kembali 62% deposit mereka.

Kes Pan-EI dan keputusannya bukan sahaja telah merubah nasib beliau dab MCA tetapi telah memberi impak kepada komuniti Cina Malaysia. Mereka telah hilang semangat dan takut kerana itu. Ramai yang menyalahkan beliau dan isteri kedua beliau Penny Chang kerana kejatuhan DTC dan ekonomi yang hanya mengembang sebanyak 1.2% pada 1985.

Dimaafkan

Kejatuhan Pan-EI mengakibatkan pasaran saham Singapura dan Malaysia berhenti didagangkan untuk 3 hari. Kes berprofil tinggi Pan EI telah juga memberikan Glenn Knight suatu anugerah iaitu Pingat Emas dalam Pengurusan Pentadbiran.

Dalam buku beliau, Glenn yang berusia 63 tahun itu telah menceritakan tentang banyak kes berprofil tinggi yang beliau tangani. Beliau berkata pada tahun 1996, satu kes yang sama dengan Koon Swan telah berlaku dan hakim Yong Pung How telah membuat kesimpulan bahawa ‘saya telah silap kerana menjatuhkan hukuan terhadap Tan untuk kesalahan yang beliau lakukan.”

“Ia sesuatu yang sangat menyakitkan untuk saya apabila mendapat tahu bahawa mahkamah Singapura telah melakukan kesilapan. Ia sebuah kes yang sangat signifikan dan telah membawa kepada penguatkuasaan regulasi kepada pasaran saham Singapura. Kerana Koon Swan adalah pemimpin MCA, saya meletakkan dalam kertas mengenai pembabitan beliau dalam saga Pan –EI dan membiarkan ketua-ketua saya untuk memutuskan nasib beliau kerana beliau berada diluar Singapura dan berada di Malaysia pada ketika itu. Akhirnya, kerajaan memutuskan bahawa CAD boleh mendakwa Koon Swan,” tulis Glenn.

“Pada pandangan hakim Yong, seksyen di mana saya telah mendakwa Koon Swan adalah salah dan kita tidak boleh mendakwa seseorang mencuri daripada sesebuah syarikat kerana beliau adalah pengarah kerana ia tidak melanggar undan-undang. Ketua hakim Yong membuat kesimpulan bahawa adalah satu kesilapan untuk mendakwa seseorang mencuri sekiranya dakwaan itu adalah salah dari mula. Keputusan itu telah meruntuhkan kepercayaan saya kepada sistem perundangan kita. Di United Kingdom, keputusan yang begitu besar seperti itu boleh melepaskan Koon Swan daripada kesalahan beliau tetapi ia tidak dibenarkan oleh sistem kita dan secara teknikalnya, Koon Swan boleh diberikan maaf.
Glenn juga memberitahu bagaimana beliau telah memohon maaf kepada koon Swan pada 2010. Beliau memberitahu Koon Swan sangat emosi apabila mendengar itu.

Pada tahun 1991, Glenn sendiri telah disabitkan dengan CBT dan dipenjarakan di Singapura. Beliau digantung daripada mempraktiskan undang-undang tetapi pada tahun 1994, penggantungan beliau ditarik balik dalam Law Society of Singapore 2007.



Koon Swan pula yang sedang berada di luar negara berkata beliau enggan memberi komen sehingga beliau membaca buku Glenn.




Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List