USNO PUN TIDAK IKHTIRAF PRU-13?

on May 14, 2013



BANTAH.... Dari kiri, Mamat Balhana (Sulabayan); Abdul Satal (Kunak); Gabra Wakil Calon (Tungku, Datu Mohd Azlan Tsen Abdullah); Badaruddin Tun Mustapha (Senallang dan Semporna); Abdullah Sani (Bugaya); Hj Ahmad Awang (Tawau); Freddie (Kalabakan); Datu Elahan (Sekong) dan Abdillah (Balung).



SEMBILAN orang Calon Bebas (USNO) yang turun bertanding di 10 kawasan Pilihanraya di Pantai Timur Sabah Pada Pru13 telah mengambil satu ketetapan bahawa mereka tidak mengiktiraf keputusan PRU-13 kerana beranggapan pilihanraya berkenaan adalah Pilihanraya UMNO atau BN; dan bukannya Pilihanraya Umum ke 13.

Post-Moterm Pilihanraya yang dibuat oleh calon-calon USNO telah dibentangkan dalam satu Perjumpaan Calon Bebas (USNO) di Tawau Sabah bertempat di Markas USNO Tawau pada 12 Mei 2013.
Mereka sebulat suara mendakwa pilihanraya ke 13 ini adalah pilihanraya buang masa, tenaga dan pembaziran wang rakyat.

Tindakan SPR (Suruhanjaya Pilihanraya) yang terlalu memihak kepada Calon BN dalam mengendalikan pilihanraya ini adalah seolah-olah telah dirancang secara tidak beretika dan membelakangkan demokrasi untuk memberikan kebebasan dan kesaksamaan kepada calon yang bertanding.

Sepatutnya SPR bertindak lebih professional dan beretika dalam mengendalikan pilihanraya dan bukan memihak serta merancang sesuatu yang amat kotor dan mengaibkan rakyat Malaysia untuk menetukan undi seseorang berdasarkan kemahuan mereka; sekaligus mencemarkan status SPR sebagai badan bebas dan berkecuali.

“Jangan cuba hendak mengajar rakyat menelan penipuan atau menerima kejelekan tingkah laku serta etika buruk dan memalukan yang telah ditunjukan oleh pihak SPR baru-baru ini. Anda tidak layak menjadi pengendali pilihanraya Umum dan hanya layak menjadi Pak Kadok kepada BN dan UMNO sahaja; terutama dengan berlakon depan TV mengajar rakyat supaya menerima kehendak anda,” kata Presiden (Penaja) USNO, Datu Badaruddin Tun Mustapha.

Kata Badaruddin, SPR sepatutnya berasa malu dengan tindakannya dan mengembalikan semua deposit calon PRU-13 kepada semua calon calon di Malaysia kerana kegagalan mereka mengendalikan pilihanraya yang adil dan saksama.

Melalui mesyuarat berkenaan, Badaruddin menjelaskan bahawa mereka telah membuat 11 resolusi berikut;

1. Tindakan tidak membenar PACA Calon Bebas (USNO) untuk menjalankan tugas di hari pilihanraya telah dirancang di semua kawasan ditandingi, menyebabkan perjalanan pilihanraya cacat dan tidak adil berlaku kerana Calon Bebas (USNO) tidak berpeluang untuk mendapat hak mereka sebagai calon. Dalam hal ini, SPR jangan berselindung melalui undang-undang pilihanraya raya kerana mereka sendiri yang merosakkan undang-undang pilihanraya yang mereka kuat kuasakan secara tunggang langgang.

2. Tindakan SPR menempatkan pihak polis dan komando di kawasan pengundian dengan tujuan dan niat tidak baik telah menyebabkan campurtangan peraturan pilihanraya adalah di luar peraturan pilihanraya.

3. Tindakan SPR melantik pegawai-pegawai UMNO di peringkat Bahagian pilihanraya dan saluran pengundian telah menjadikan pilihanraya ini tidak adil kerana pegawai pegawai SPR yang dilantik itu telah bertindak sebagai perayu Undi di pusat pengundian; pemberi wang rasuah pilihanraya di pusat pengundian dan seterusnya menjadi talibarut penghalang kepada PACA calon pembangkang dinafikan Hak mereka.

4. Hampir semua ketua tempat pengundian menjadi talibarut BN untuk memberikan bantuan kepada calon BN menipu pilihanraya PRU13 di mana mereka bertindak sebagai agen BN dan mengajar pengundi cara penipuan Undian Berganda.

5. Undi Hantu telah dihalalkan hampir di semua kawasan pilihanraya yang menyebab jumlah peratusan mengundi amat luar biasa dan tidak pernah berlaku dalam sejarah pilihanraya di sesetengah tempat di mana hampir 95% pengundi keluar pengundi tetapi bilangan rakyat yang turun mengundi di bawah tahap 50%.

6. Tindakan SPR menurunkan lambang bendera calon USNO bebas yang bertanding adalah tidak selaras dengan undang-undang Pilihanraya, melarang penggunaan logo calon dan poster calon USNO serta mengambil tindakan menakutkan calon-calon bebas USNO di beberapa kawasan.

7. SPR dianggap telah menentukan jumlah UNDI calon-calon USNO secara sengaja bagi membayangkan kepada rakyat bahawa USNO tidak diterima lagi; walhal itu adalah angka tipu yang tidak boleh diterima akal oleh semua pihak atau semua calon USNO di mana USNO sebenarnya adalah tunggak perubahan rakyat di negeri Sabah.

8. Calon-calon USNO dilarang membuat lawatan ke pusat pengundian kecuali diiringi oleh pegawai SPR sendiri adalah bercanggah dengan peraturan dan hak seorang calon di mana akhirnya calon-calon USNO tidak dapat memasuki kawasan pusat pengundian kerana peraturan tunggang langgang SPR sendiri.

9. Wakil-wakil calon USNO dihalau dan dilarang untuk menjalankan tugas mereka semasa hari pengundian 5 Mei 2013; dihalau keluar dan tidak dilayan sebagai wakil calon walhal hak meeka termaktub dalam perundangan.

10. Pengawai Pegawai SPR telah bertindak mempengaruhi pengundi untuk memangkah calon BN di hari pengundian dengan kerjasama pegawai UMNO bahagian yang dilantik oleh SPR sendiri.

11. Pasukan pemantau yang dilantik sendiri oleh SPR tidak dibenarkan memantau pilihanraya.

Selain daripada itu, terdapat beberapa perkara akan dikemukakan sebagai tambahan oleh pihak USNO dan calonnya dalam Petition Pilihanraya yang akan dikemukan nanti setelah keputusan itu diwartakan.

Jesteru itu calon-calon USNO (Bebas) meminta supaya semua kawasan yang mereka tandingi dibatalkan dan PILIHANRAYA dibuat semula serta mengembalikan semua wang pertaruahan Calon Bebas (USNO) dan Pembangkang kerana SPR tidak berhak menerima wang deposit itu setelah mereka gagal menjalankan tugas yang adil dan saksama kepada rakyat.
 
 
Sabahkini.





Photobucket

Kemenangan tipis BN gugat kredibiliti ahli strategi ‘bilik perang’

on



Zulkifli Noordin: Langkah “budak poster” yang gagal.


KUALA LUMPUR, 14 Mei — Persoalan timbul mengenai ahli strategi “bilik perang” Barisan Nasional (BN) yang menggunakan jumlah dana besar akan tetapi gagal untuk menghentikan gabungan pemerintah itu daripada kalah lebih banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihan raya 5 Mei lalu.
Bilik perang BN ditugaskan untuk memilih calon dan memberikan beberapa nasihat tentang strategi untuk menang pilihan raya. Diantara ahli bilik perang BN termasuklah ahli Parlimen Rompin Datuk Seri Jamaluddin Jarjis, pengerusi PWTC Datuk Seri Alies Anor Abdul, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan bekas menteri Datuk Seri Idris Jusoh sebagai sebahagian daripada ahlinya.

“Ianya tidak berguna. Idea mereka tidak menjadi dan jangkaan senarai putih mereka salah,” kata seorang ketua bahagian Umno kepada The Malaysian Insider dengan syarat namanya tidak disiarkan.

Bilik perang meramalkan BN akan menang diantara 145 hingga 150 kerusi Parlimen dan akan merampas kembali Selangor dalam Pilihan Raya 2013 walaupun sesetengah pemimpin kanan BN meragui angka itu.

Pada tengah hari hari mengundi, bilik perang mengeluarkan “senarai putih” 118 kerusi dijamin menang akan tetapi sesetengahnya seperti Pasir Mas, Shah Alam dan Lembah Pantai kalah, dimana sebahagian ketua bahagian Umno mengatakan terdapat jurang diantara kepimpinan dengan akar umbi.

‘Budak poster’ melambangkan Umno tidak sensitive

The Malaysian Insider difahamkan, Jamaluddin adalah dibelakang tindakan BN meletakkan Naib Presiden Perkasa Datuk Zulkifli Noordin sebagai calon langsung mereka di Shah Alam walaupun Zulkifli pernah mengeluarkan kenyataan menghina kaum India dan agama Hindu.
Difahamkan juga Jamaluddin merasakan pencalonan Zulkifli tidak akan menimbulkan banyak masalah oleh kerana beliau telah memohon maaf kepada masyarakat India dan mendakwa kenyataan itu dibuat semasa masih bersama PAS.

Akan tetapi sumber mengatakan ahli strategi itu tidak merasakan langkah Umno meletakkan Zulkifli sebagai “budak poster” adalah satu tindakan melambangkan parti itu tidak sensitif kepada bukan Melayu.

“Yang paling menyakitkan hati adalah mereka meletakkan Shah Alam dalam senarai putih oleh kerana mereka fikir orang Melayu akan menyokong Zulkifli. Betapa silapnya mereka, kata sumber Umno memberi komen tentang strategi memakan diri bilik perang.

“Terdapat conservative dengan ‘C’ besar dan terdapat conservative dengan ‘c’ kecil. Ahli strategi hanya membuat analisis menggunakan komputer akan tetapi terlupa terdapat sebahagian besar pengundi baru selain pengundi Cina dan India di situ,” tambah beliau.

Beliau menerangkan analisis menggunakan komputer dilakukan oleh bilik perang menyebabkan timbulnya kepercayaan BN akan melakukan dengan baik dan akan mendapat kembali majoriti dua pertiga yang mereka hilang dalam Pilihan Raya 2008.

“Kamu tidak boleh menganggap kerusi majoriti Melayu akan kembali pada kamu atau kamu fikir akan dapat berkongsi undi Cina dan India dan merasakan akan menang besar di peringkat kebangsaan dan Putrajaya,” tambah sumber tersebut.

Ahli strategi luaran

Satu lagi sumber Umno mengatakan BN juga melakukan penyumber luaran strategi berkaitan dengan perhubungan awam dan pakar jenama seperti kepada Paul Stadlen dari APCO dan Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan dari TV3 akan tetapi kelihatan sia-sia.

Stadlen telah menjadi orang utama bagi hubungan Putrajaya dengan media antarabangsa sementara Farid dipinjamkan dari keluarga TV3 Media Prima Bhd kepada Jabatan Perdana Menteri sejak beberapa tahun lepas.

“Mereka membelanjakan wang di akhbar tempatan yang semakin mengecut edarannya dan stesen TV yang tidak menarik minat orang muda. Buang masa dan wang,” katanya.

Dianggarkan BN telah membelanjakan lebih daripada RM100 juta secara langsung dan tidak langsung untuk kempen media agresif termasuk media cetak, televisyen, papan iklan dan laman sesawang untuk Pilihan Raya 2013.

Sumber yang telah terlibat dengan kempen pilihan raya semenjak 1999 itu mengatakan bilik perang mempunyai orang berpengalaman seperti Idris, Tengku Adnan dan Jamaluddin akan tetapi mereka tidak mempunyai kebolehan untuk melawan media baru atau mengadaptasi strategi untuk menarik undi daripada generasi lebih muda.

“Media arus perdana telah menyekat pembangkang akan tetapi di media sosial, apa sahaja keburukkan kami atau media arus perdana lakukan, ia dikuatkan di atas talian dan orang lebih benci kepada kita. Ini menyebabkan mereka tidak membaca atau menonton seperti kami,” tambah beliau.

Jentera pilihan raya tidak bermaya

Satu lagi sumber dari BN memberitahu, jentera pilihan raya gabungan pemerintah itu tidak bergerak seperti diharapkan, mengulangi apa yang berlaku pada Pilihan Raya 2008 berbanding dengan jentera Pakatan Rakyat (PR) - dibarisi oleh pemimpin akar umbi dan anak muda.

“Ahmad Maslan dengan bangganya mengatakan akan ada 66,600 ceramah tetapi dimana? Amat sukar untuk menganjurkan walaupun satu kerana tiada penceramah bertaraf nasional atau dari parti komponen lain,” kata calon BN yang menang tetapi tidak mahu dinamakan.

“Saya terpaksa melakukan semuanya dengan sendiri dan mencari orang untuk berceramah dalam satu ceramah utama yang saya adakan,” katanya dan menambah: “Saya lihat yang lain hanya bercakap kepada jentera pilihan raya mereka.”

Walaupun kekurangan bantuan, calon BN itu mengatakan beliau melakukan lebih baik daripada Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang kalah di Lembah Pantai walaupun telah menggunakan sumber dari Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar di kerusi bandar itu.

“Raja Nong Chik adalah menteri dan menumpukan kepada usaha Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di Lembah Pantai tetapi masih gagal untuk menang. Bilik perang memikirkan beliau boleh menang jadi mereka masukkan dalam senarai putih kawasan itu akan tetapi anda boleh lihat betapa gagalnya mereka,” tambah beliau.

Perubahan taktik saat akhir

Sumber BN itu bersetuju ahli strategi bilik perang telah membuat kesimpulan tanpa menyemak dengan pegawai bahagian dan laporan akar umbi.

“Terdapat terlalu banyak data mentah masuk akan tetapi tidak banyak analisis kerana semua orang simpan untuk diri sendiri kerana takut bocor,” kata satu sumber.

“Mereka juga mengubah taktik tanpa memikirkan apa yang telah dilakukan sejak beberapa tahun lalu di akar umbi,” tambahnya menegaskan meletakkan menteri besar empat penggal Datuk Abdul Ghani Othman sebagai calon adalah satu kesilapan.

Beliau mengatakan calon MCA Jason Teoh telah melakukan kerja-kerja akar umbi sepanjang dua tahun lalu di Gelang Patah “akan tetapi bilik perang panik seperti MCA hanya kerana Lim Kit Siang bertanding di sana”.

“Jadi, mereka fikirkan Ghani boleh melakukannya akan tetapi kalah besar oleh kerana beliau tidak tahu kawasan tersebut dengan baik walaupun pejabatnya di sana. Mungkin Teoh akan melakukannya lebih baik kerana apa yang beliau perlu lakukan adalah untuk memenangi pengundi Cina,” kata sumber tersebut.

Beliau menambah kehadiran Lim dengan pemimpin utama DAP lain mengurangkan undi popular BN kerana kalah di negeri kubu kuat Umno itu, “jentera takut dengan Lim dan mereka terus putus asa”, tambah beliau.
Sumber mengatakan ini turut berlaku di negeri lain dimana DAP telah melakukan penolakkan besar seperti Negeri Sembilan dan Selangor akan tetapi ahli strategi bilik perang tidak bertindak kerana hanya menumpukan untuk menang lebih banyak kerusi Parlimen.

“Terdapat perbezaan besar diantara yang diharapkan dengan sebenar. Ini dicerminkan dalam keputusan yang diharapkan dan apa yang akhirnya kita dapat,” katanya.?
~TMI



Photobucket

PASCA PRU 13 :- INDAH SANGKA DARI NYATA...?

on



putrajaya01


Mungkin ramai yang mula menimbulkan keraguan tersendiri, samada ia terbit secara sendirinya dengan pengamatan sendiri atau dengan hasutan mana-mana pihak. Atau memang ia sengaja ditimbulkan atas matlamat tertentu yang barangkali lebih panjang dan unjurannya sungguh sukar ditafsirkan. Keraguan sememangnya wajar ada, dilayani dan dibiarkan, tetapi setiap keraguan ada akar dan ada pucuknya. Persoalannya, mampukah sesebuah keraguan yang sesetengahnya dianggap tidak berasas menjadi nyata? Atau setengahnya menganggap ia sebenarnya terjadi hanya sekadar sebuah dongeng cerita?
Pasca PRU 13; gelombang sebelumnya masih lagi hangat dan menular, masih meniti di mulut-mulut dan masih bermain di benak. Masih ramai yang melihat gelombang sebelum berlangsungnya PRU 13 menjadi nyata, ia terbukti dengan statistik penggunaan media sosial seperti facebook menunjukkan ramai yang menyatakan sokongan secara terus kepada Pakatan Rakyat dan menyuarakan sendiri (menyahut seruan) “Tukar”, “Ini kalilah”, “Ubah” dan sebagainya. Ini cukup ketara di laman sosial  yang tiada siapa boleh mengawal arus gelombangnya dan wajarlah dengan mengambil kira gelombang itu, sesudah PRU 13, sepatutnya apa yang digambarkan dan diramalkan terjadi dengan nyata. Namun, sayangnya ia menjadi sebaliknya dan apakah benar ia seperti indah sangka dari nyata?
Melihat kepada jumlah pengundi yang meningkat secara drastik pada PRU kali ini, sesuailah dikatakan bahawa kesedaran untuk turun mengundi buat rakyat Malaysia sudah hampir matang dan stabil, masing-masing sudah merasa bertanggungjawab memilih pemimpin dan menyatakan sokongan secara terbuka. Kenyataan SPR (Suruhanjaya Pilihanraya) memberitahu seramai 13, 291, 385 adalah pengundi yang layak mengundi pada PRU 13. Berdasarkan Daftar Pemilih yang diwartakan suku keempat 2012, seramai 5,564,131 atau hampir 42 peratus daripadanya pengundi yang layak memilih merupakan pengundi muda berusia di bawah 40 tahun.
Pasca PRU 13 juga, setelah diumumkan keputusannya, bantahan demi bantahan muncul seolah-olah keputusan yang dikeluarkan (dengan tidak mengambil kira dakwaan penipuan dan sebagainya) tidak dapat diterima oleh rakyat dan meskinya gelombang ini tidak boleh disekat lagi, berlakulah pula gelombang “blackout” dan protes keputusan yang dikeluarkan. Lalu pihak yang sudah lama mencari ‘peluru’ untuk ‘menembak’, dengan melihat peningkatan kemenangan di kerusi parlimen oleh sesebuah parti yang didominasi oleh sesebuah kaum, meluncurkan peluru perkauman, seperti tidak kisah kesan jangka panjangnya hanya kerana matlamat peribadi yang dianggap lebih penting.
Ini berlaku setelah DAP membolot kerusi parlimen paling banyak daripada parti komponen yang lain di dalam Pakatan Rakyat. Isu Tsunami Kaum Cina diuar-uarkan, disebut-sebut dan disebar-sebarlah cerita mengatakan bahawa kaum Cina bakal memerintah Malaysia, mereka itu rasis dan sangat monopoli. Jika andaian itu berasas, mana asasnya? Adakah dengan hanya melihat kerusi parlimen yang dimenangi DAP lebih banyak daripada PAS dan PKR itu sebagai bukti andaian itu dikeluarkan? Dan benarkah DAP itu sangat rasis dan merupakan parti kaum Cina semata?
Pada tahun 1986, DAP telah bertanding di 177 kerusi parlimen dan 24 daripadanya menang. Begitu juga pada tahun 1982, DAP telah bertanding sebanyak 63 kerusi parlimen. Pada tahun 2004, DAP telah bertanding di 44 kerusi parlimen dan terakhir pada tahun 2008, DAP telah bertanding sebanyak 47 kerusi parlimen. Dan pada PRU 13, DAP telah bertanding sebanyak 51 di kerusi parlimen dan PAS sebanyak 73 kerusi parlimen.
DAP tidak bertanding di negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu, begitu juga dengan Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan. Disimpulkan bahawa, DAP tidak bertanding di tempat majoritinya pengundi melayu. Begitulah sifirnya dan penyertaan DAP pada banyak kerusi sudah sememangnya kebiasaan sejak sebelum PR ditubuhkan lagi. Apakah semasa DAP bertanding dahulu berlakunya rasis dan sentimen perkauman?
Mungkin wajar sedikit kerisauan itu ada, itu biasa, tetapi biarlah berdasarkan logik dan berasas – menganalisis sejarah yang tidak pernah menipu dan mengkaji dengan penuh berhemah, tidak menuntut mana-mana balasan material yang bersifat kepentingan sendiri.
Persoalan seterusnya, benarkah DAP hanya parti sesebuah kaum sahaja? Tuduhan ini langsung tidak masuk akal kerana parti DAP ialah parti yang bebas, di dalamnya ada kaum melayu yang juga pernah bertanding. Perkara ini bukan baharu, pada tahun 1999, empat calon DAP daripada kaum Melayu telah bertanding dan dua daripadanya menang iaitu Ibrahim Singah dan Hassan Ahmad. Terkini pula, PRU 13 mencatat kemenangan buat kaum melayu DAP iaitu Tengku Zulpuri Shah Raja Puji dengan memenangi Dun Mentakab apabila mendapat 7,882 undi menewaskan Chuah Boon Seng (MCA-BN) dengan majoriti 1,554 undi. Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz pula memenangi kerusi Parlimen Raub dengan memperoleh 23,415 undi apabila menewaskan Datuk Hoh Khai Mun (MCA-BN) dengan meajoriti 2,814 undi. Zairil Khir Johari pula memenangi kerusi Parlimen Bukit Bendera dengan majoriti 12,813 undi apabila mendapat 45,591 undi menewaskan Teh Leong Meng (Gerakan-BN) yang hanya mendapat 12,813 undi.
Apabila DAP banyak memenangi kerusi parlimen, ia menarik perhatian ramai pihak dan semestinya parti komponen lain seperti PAS dan PKR mengambil pengajaran tentang apakah taktik dan strategi DAP memenangi hati pengundi di tempat majoriti bukan melayu dan apakah kekuatan DAP yang dimaksimumkan. Di dalam era menuju politik matang, sentimen perkauman adalah penghalang kemajuan sesebuah negara untuk bersikap stabil politik dan memusnahkan mentaliti masyarakat yang sepatutnya dipandu dengan ilmu dan maklumat, dan diberi kebebasan menilai dan membanding. Sepertinya pihak yang kerap menyala-apikan sentimen perkauman seperti tidak berminat untuk melihat Malaysia menuju ke arah politik matang dan terkehadapan, bebas korupsi dan monopoli, masing-masingnya bersaing melakukan kebaikan buat rakyat.

KREDIT KEPADA :-  Hafizul Faiz



Photobucket

Apa yang berlaku selepas PRU13?

on






PART 1: SEMINGGU SELEPAS PRU13

1. Rata-rata pengguna laman sosial mengenakan gambar profil berwarna hitam. Tanda protes terhadap tipu daya yang direncana iaitu "Blackout" semasa pengiraan undi yang akhirnya memberikan kemenangan pada BN di beberapa parlimen dan dun. Menyahut seruan twit "Wear Black" daripada DS Anwar Ibrahim@AnwarIbrahim(http://twitter.com/anwaribrahim/status/331192077121646593).

2. Di laman sosial twitter: Trending perkataan "Chinese Tsunami". Perkataan ini dikeluarkan oleh PM Malaysia ketika itu, Najib Razak sebagai menyimpulkan kekalahan teruk BN di beberapa negeri adalah disebabkan oleh kaum Cina. Mereka menyifatkan ini sebagai suatu kenyataan yang rasis dan bertentangan dengan apa yang dilaung-laungkan oleh Najib Razak iaitu "1Malaysia".

Rujuk: http://www.malaysiakini.com/news/229231

3. Kenyataan media Ali Rustam: Pengundi, khususnya kaum Cina tidak menghargai jasa BN sebagai menyimpulkan sebagai faktor kekalahan beliau di Parlimen Bukit Katil keatas Shamsul Iskandar. Hal ini juga telah menimbulkan rasa kurang puas hati terutama pengguna laman sosial berbangsa Cina. Perkara hangat diperbincangkan terutama dalam kalangan pengguna laman sosial seperti Facebook dan Twitter
Rujuk:
1. https://twitter.com/search?q=%22Ali%20Rustam%22&src=tren
2. http://www.sinarharian.com.my/mohd-ali-rakyat-tidak-hargai-jasa-1.157309

4. Kekalahan teruk MCA dalam sejarah Pilihanraya Umum.

Rujuk: http://www.malaysiakini.com/news/229283
Juga trending di laman sosial twitter: https://twitter.com/search?q=MCA&src=tren

5. TGNA letak tolak jawatan sebagai MB Kelantan atas faktor usia. MB 2013 datuk Ahmad Yaakob
Datuk Ahmad Yakob mengangkat sumpah taat setia di hadapan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke V
Rujuk: Sumber

6. Berita Channel News Asia melaporkan skandal Mahathir memberi IC dgn tujuan dapat undi di Sabah.
Rujuk: http://www.facebook.com/photo.php?v=342030445919441

7. Australia News melaporkan pengundi Bangla.

8. Kenyataan berbaur hasutan dan rasis terhadap kaum lain daripada pengguna laman sosial dan penulis blog Papagomo.


9. 7 Mei 2013

Wow. Utusan and Kosmo news headlines. That's why I rather read 9gag.
Dua akhbar pro-UMNO, Utusan Malaysia dan Kosmo bertarikh 7 Mei 2013 memainkan isu perkauman. Mereka terus menerus menyalahkan kaum Cina sebagai faktor kekalahan teruk UMNO BN dalam Pilihanraya Umum ke-13.

Utusan Malaysia dengan headline bertajuk: "Apa lagi Cina Mahu?" dan
Kosmo dengan headline bertajuk: "Pengundi Cina bersikap talam dua muka"

Reaksi pemimpin UMNO mengenai headline akhabr-akhbar ini
Menurut laman Twitter rasmi @PDRMsia, 1 laporan keatas Utusan Malaysia telah diterima. Kes ini disiasat dibawah Seksyen4(1)(c) Akta Hasutan 1948.

10. King Jason dan Papagomo telah ditahan oleh Polis. 
11. Diberitakan GST dan harga beberapa barang. Pengguna laman sosial khususnya Facebook mula memuat naik foto-foto resit pembelian beberapa jenis barang.

12. Mahathir mula serang Najib Razak.

13. MCA sedang menanti hancur

14. MCA Penang terus berkocak menanti hancur. Bagaimana nasib BN pada masa hadapan?

15. Bekas MB Kedah, Ustaz Azizan dimasukkan ke hospital.

16. Himpunan "Suara Rakyat Suara Keramat" di Stadium Kelana Jaya
Embedded image permalink

LAPORAN AL-JAZEERA
Lagi foto disini: Facebook Geng Kartun



Photobucket

Lu dengar lah sendiri Mr Nazri Aziz punya balon...!

on





Lu dengar lah sendiri Mr Nazri Aziz punya balon

Sumber video KamiKecamNgoProUmno





Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List