USNO PUN TIDAK IKHTIRAF PRU-13?

on May 14, 2013



BANTAH.... Dari kiri, Mamat Balhana (Sulabayan); Abdul Satal (Kunak); Gabra Wakil Calon (Tungku, Datu Mohd Azlan Tsen Abdullah); Badaruddin Tun Mustapha (Senallang dan Semporna); Abdullah Sani (Bugaya); Hj Ahmad Awang (Tawau); Freddie (Kalabakan); Datu Elahan (Sekong) dan Abdillah (Balung).



SEMBILAN orang Calon Bebas (USNO) yang turun bertanding di 10 kawasan Pilihanraya di Pantai Timur Sabah Pada Pru13 telah mengambil satu ketetapan bahawa mereka tidak mengiktiraf keputusan PRU-13 kerana beranggapan pilihanraya berkenaan adalah Pilihanraya UMNO atau BN; dan bukannya Pilihanraya Umum ke 13.

Post-Moterm Pilihanraya yang dibuat oleh calon-calon USNO telah dibentangkan dalam satu Perjumpaan Calon Bebas (USNO) di Tawau Sabah bertempat di Markas USNO Tawau pada 12 Mei 2013.
Mereka sebulat suara mendakwa pilihanraya ke 13 ini adalah pilihanraya buang masa, tenaga dan pembaziran wang rakyat.

Tindakan SPR (Suruhanjaya Pilihanraya) yang terlalu memihak kepada Calon BN dalam mengendalikan pilihanraya ini adalah seolah-olah telah dirancang secara tidak beretika dan membelakangkan demokrasi untuk memberikan kebebasan dan kesaksamaan kepada calon yang bertanding.

Sepatutnya SPR bertindak lebih professional dan beretika dalam mengendalikan pilihanraya dan bukan memihak serta merancang sesuatu yang amat kotor dan mengaibkan rakyat Malaysia untuk menetukan undi seseorang berdasarkan kemahuan mereka; sekaligus mencemarkan status SPR sebagai badan bebas dan berkecuali.

“Jangan cuba hendak mengajar rakyat menelan penipuan atau menerima kejelekan tingkah laku serta etika buruk dan memalukan yang telah ditunjukan oleh pihak SPR baru-baru ini. Anda tidak layak menjadi pengendali pilihanraya Umum dan hanya layak menjadi Pak Kadok kepada BN dan UMNO sahaja; terutama dengan berlakon depan TV mengajar rakyat supaya menerima kehendak anda,” kata Presiden (Penaja) USNO, Datu Badaruddin Tun Mustapha.

Kata Badaruddin, SPR sepatutnya berasa malu dengan tindakannya dan mengembalikan semua deposit calon PRU-13 kepada semua calon calon di Malaysia kerana kegagalan mereka mengendalikan pilihanraya yang adil dan saksama.

Melalui mesyuarat berkenaan, Badaruddin menjelaskan bahawa mereka telah membuat 11 resolusi berikut;

1. Tindakan tidak membenar PACA Calon Bebas (USNO) untuk menjalankan tugas di hari pilihanraya telah dirancang di semua kawasan ditandingi, menyebabkan perjalanan pilihanraya cacat dan tidak adil berlaku kerana Calon Bebas (USNO) tidak berpeluang untuk mendapat hak mereka sebagai calon. Dalam hal ini, SPR jangan berselindung melalui undang-undang pilihanraya raya kerana mereka sendiri yang merosakkan undang-undang pilihanraya yang mereka kuat kuasakan secara tunggang langgang.

2. Tindakan SPR menempatkan pihak polis dan komando di kawasan pengundian dengan tujuan dan niat tidak baik telah menyebabkan campurtangan peraturan pilihanraya adalah di luar peraturan pilihanraya.

3. Tindakan SPR melantik pegawai-pegawai UMNO di peringkat Bahagian pilihanraya dan saluran pengundian telah menjadikan pilihanraya ini tidak adil kerana pegawai pegawai SPR yang dilantik itu telah bertindak sebagai perayu Undi di pusat pengundian; pemberi wang rasuah pilihanraya di pusat pengundian dan seterusnya menjadi talibarut penghalang kepada PACA calon pembangkang dinafikan Hak mereka.

4. Hampir semua ketua tempat pengundian menjadi talibarut BN untuk memberikan bantuan kepada calon BN menipu pilihanraya PRU13 di mana mereka bertindak sebagai agen BN dan mengajar pengundi cara penipuan Undian Berganda.

5. Undi Hantu telah dihalalkan hampir di semua kawasan pilihanraya yang menyebab jumlah peratusan mengundi amat luar biasa dan tidak pernah berlaku dalam sejarah pilihanraya di sesetengah tempat di mana hampir 95% pengundi keluar pengundi tetapi bilangan rakyat yang turun mengundi di bawah tahap 50%.

6. Tindakan SPR menurunkan lambang bendera calon USNO bebas yang bertanding adalah tidak selaras dengan undang-undang Pilihanraya, melarang penggunaan logo calon dan poster calon USNO serta mengambil tindakan menakutkan calon-calon bebas USNO di beberapa kawasan.

7. SPR dianggap telah menentukan jumlah UNDI calon-calon USNO secara sengaja bagi membayangkan kepada rakyat bahawa USNO tidak diterima lagi; walhal itu adalah angka tipu yang tidak boleh diterima akal oleh semua pihak atau semua calon USNO di mana USNO sebenarnya adalah tunggak perubahan rakyat di negeri Sabah.

8. Calon-calon USNO dilarang membuat lawatan ke pusat pengundian kecuali diiringi oleh pegawai SPR sendiri adalah bercanggah dengan peraturan dan hak seorang calon di mana akhirnya calon-calon USNO tidak dapat memasuki kawasan pusat pengundian kerana peraturan tunggang langgang SPR sendiri.

9. Wakil-wakil calon USNO dihalau dan dilarang untuk menjalankan tugas mereka semasa hari pengundian 5 Mei 2013; dihalau keluar dan tidak dilayan sebagai wakil calon walhal hak meeka termaktub dalam perundangan.

10. Pengawai Pegawai SPR telah bertindak mempengaruhi pengundi untuk memangkah calon BN di hari pengundian dengan kerjasama pegawai UMNO bahagian yang dilantik oleh SPR sendiri.

11. Pasukan pemantau yang dilantik sendiri oleh SPR tidak dibenarkan memantau pilihanraya.

Selain daripada itu, terdapat beberapa perkara akan dikemukakan sebagai tambahan oleh pihak USNO dan calonnya dalam Petition Pilihanraya yang akan dikemukan nanti setelah keputusan itu diwartakan.

Jesteru itu calon-calon USNO (Bebas) meminta supaya semua kawasan yang mereka tandingi dibatalkan dan PILIHANRAYA dibuat semula serta mengembalikan semua wang pertaruahan Calon Bebas (USNO) dan Pembangkang kerana SPR tidak berhak menerima wang deposit itu setelah mereka gagal menjalankan tugas yang adil dan saksama kepada rakyat.
 
 
Sabahkini.





Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List