Kementerian Pelajaran akan membuat pemantauan berhubung dakwaan terdapat pelajar menjual komputer riba di bawah program Komputer 1Malaysia yang diberikan secara percuma oleh kerajaan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau, yang juga Menteri Pelajaran, bagaimanapun berkata pihaknya belum mendapat maklumat mengenai kesahihan dakwaan tersebut.
"Sebab itu, di peringkat kementerian kita hendak memantau atau merekodkan pemberian itu...dan ia bukan sahaja digunakan di rumah tetapi turut dibawa ke sekolah,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pelaksanaan Jalur Lebar, di sini, hari ini.
Komputer itu diberikan kepada kumpulan sasar yang terdiri daripada isi...