Ku Li anak raja yang cerdik dan berjiwa besar serta memiliki ciri-ciri negarawan. Berbeza sama sekali dengan Dr Mahathir bagai langit dengan bumi.
Lihat kenyataannya tentang PRK Galas. Beliau tidak begitu agresif berkata tentang kemenangan dan kekalahan. Bagi Ku Li , menang kalah Kelantan tetap di perintah PAS. Macam juga "main sorok-sorok" di PRK Galas.
Ku Li syorkan PRK Galas dijalankan dalam suasana santai, kekeluargaan dan riang ria. Iyalah menang kalah Parti Najib tetap jadi pembangkang di DUN Kelantan.
Melihat kepada kenyataan Ku Li ini, tentunya Kerajaan Putrajaya tidak seronok. Mana mungkin kita taburkan puluhan juta RM tiba-tiba Ku Li kata menang kalah, kerajaan negeri tidak berubah. Lebih malang lagi Ku Li tetap sokong Kerajaan Kelantan mengenai isu royalti minyak. Sikap Ku Li inilah yang memeningkan kepala Najib dan Muhyiddin. Mana mungkin orang UMNO berfikiran berlawanan dengan polisi Kerajaan Pusat?
Mungkinkah Ku Li menyedari dan dapat mengesan"muslihat "PMNajib dan TPM Muhyiddin memilihnya jadi Pengarah PRK Galas. Kini tiba masanya Ku Li pulangkan balik "peluru"nya pada Najib dan Muhyiddin.
Ku Li menyedari medan Galas adalah umpama "lubang kubur"yang disediakan untuknya oleh UMNO Pusat. Jika menang, Najib dan Muhyiddin serta UMNO Pusat tumpang semangkuk bangga. Tapi bagi UMNO Pusat, seeloknya biar UMNO tewas di Galas supaya karier Ku Li senang ditalkinkan. Agar Ku Li tidak berpeluang bertanding jawatan Presiden UMNO tahun depan.
PRK Galas sebenarnya adalah "medan peperangan" antara puak Najib bersatu dengan puak Muhyidin bertarung dengan puak Ku Li. Bukannya pertarungan UMNO dan PAS. Sebab itulah Ku Li mahukan pertarungan PAS dengan UMNO( baca: Ku Li) berlawan secara semangat kekeluargaan sahaja. Kerana bagi Ku Li beliau mahu tumpukan fokus terhadap "lawan yang sebenar".
Hakikatnya, Ku Li, Najib dan Muhyiddin punya agenda masing-masing di PRK Galas. Semuanya tidur satu bantal(UMNO) tetapi punya mimpi yang berlainan. Masing-masing berhajat untuk menghunuskan "keris telanjang" sesama sendiri!
0 comments:
Post a Comment