WHAT.. KAN KE DAH LINGKUP DULU.......???

on Oct 28, 2010

Mahathir Paksa Mat Said MB Trg ‘Derma’ RM400juta Biayai Projek Terbaru PERWAJA.........???





Menurut berita , yang perlu dipercayai , kerana sumbernya adalah lidah rasmi partii UMNO, iaitu


Perwaja labur RM400 juta bina kilang Perwaja Holdings Bhd. (Perwaja) bercadang membina kilang menghasilkan palet dan 'concentrate' besi di Kemaman, Terengganu dengan pelaburan sebanyak RM400 juta.Kilang tersebut akan dibangunkan dalam dua fasa. Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Abu Sahid Mohamed berkata, kilang tersebut merupakan kilang pertama seumpamanya di Malaysia dan Asia Tenggara.



Serupalah kisah dan ceritanya ketika mula2 PERWAJA di’operasi’kan oleh Mahathir tahun 80-an dulu , kononnya dengan teknologi DRI ketika itu , PERWAJA mempelopori teknologi termaju ‘direct reduction’ , yag lebih seronoknya ianya dibina di Terengganu .

Ketika itu , Wan Mokhtar seorang ulamak UMNO boleh ditipu hidup2 oleh Mahathir dengan memaksa kerajaan negeri menerusi dana Tabung Warisan hasil royalty minyak diperah bagi membiayai projek Mahathir yang bernafsu segala- galanya ‘TER’.

Hasilnya , seperti laporan ini  akhirnya PERWAJA dikatakan rugi pulohan billion ringgit , katanya 15 – 20 billion.

Yang menariknya kini dalam projek terbaru ‘cadangan’ dan cetusan idea Mahafiraun moden ini ialah kenyataan ini ....................

Perwaja turut mengundang kerajaan negeri Terengganu untuk bekerjasama dengan syarikat itu.

"Kami sudah menghantar kertas cadangan berhubung penubuhan syarikat usahasama di antara Perwaja dan kerajaan negeri, bagaimanapun masih tiada jawapan.

"Usahasama itu nanti akan melibatkan konsesi perlombongan bijih besi
 Begitulah jadi projek ini nanti. Betapa cerdiknya Mahathir di sepanjang hidupnya. Menipu tidak menjadi satu kesalahan.  
Berita sepenuhnya ,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,  

Perwaja labur RM400 juta bina kilang 
KUALA LUMPUR 25 Okt. - Perwaja Holdings Bhd. (Perwaja) bercadang membina kilang menghasilkan palet dan 'concentrate' besi di Kemaman, Terengganu dengan pelaburan sebanyak RM400 juta.

Kilang tersebut akan dibangunkan dalam dua fasa. Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Abu Sahid Mohamed berkata, kilang tersebut merupakan kilang pertama seumpamanya di Malaysia dan Asia Tenggara.Abu Sahid berkata, syarikat pengeluar produk besi waja itu mampu mengurangkan sehingga 15 peratus daripada kos pengeluaran apabila kilang berkenaan mula beroperasi kelak.

Tambahnya, sebelum ini Perwaja dan kilang besi lain di negara ini mengimport palet bijih besi dari luar negara.

"Sebelum ini, Malaysia hanya mengeksport bijih besi mentah ke luar negara dengan harga yang murah kerana tiada nilai ditambah.

"Manakala sebagai pengeluar produk besi waja, kami membeli palet bijih daripada luar dengan harga yang mahal, sebab itu kilang ini nanti akan menambah nilai kepada bijih besi mentah dan boleh mengurangkan kos pengeluaran syarikat, " katanya.

Abu Sahid berkata demikian pada sidang media selepas majlis menandatangani perjanjian di antara Perwaja dengan Sinosteel Equipment dan Engineering Co. Ltd (Sinosteel) yang dilantik sebagai firma kejuruteraan utama bagi projek berkenaan, di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, Perwaja diwakili Pengarah Urusannya, Tan Sri Pheng Yin Huah manakala Sinosteel diwakili oleh Pengarah Urusannya, Lu Peng Chen.Sinosteel dianugerahkan kontrak bernilai AS$65 juta (RM200.9 juta) bagi mereka bentuk, memasang, melakukan ujian prestasi ke atas mesin-mesin di kilang baru itu.

Majlis disaksikan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Kerja-kerja fasa pertama untuk kilang itu dijangka bermula pada suku pertama tahun depan dan akan mula beroperasi pada hujung tahun 2012.Ia akan diikuti pula oleh fasa kedua sebaik sahaja fasa terdahulu siap.

Kilang tersebut akan mampu mengeluarkan 2.4 juta metrik tan palet besi setahun dan boleh menampung sehingga 90 peratus daripada keperluan syarikat.Menurut Abu Sahid,

Perwaja turut mengundang kerajaan negeri Terengganu untuk bekerjasama dengan syarikat itu."Kami sudah menghantar kertas cadangan berhubung penubuhan syarikat usahasama di antara Perwaja dan kerajaan negeri, bagaimanapun masih tiada jawapan.

"Usahasama itu nanti akan melibatkan konsesi perlombongan bijih besi, " jelasnya. SILA KLIK DI SINI 

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List