Terkini! Dari Jalan Duta! Liwat Fasa 2: Hentaman Karpal Berterusan!! Dr Razali Tertekan!!!
Seperti dijangka, ketua pasukan pembelaan Anwar Ibrahim, Karpal Singh yang tidak sihat semalam kini hadir di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta.
Tetapi, yang mencuri perhatian pada petang ini adalah kemunculan Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang, Nizar Jamaluddin.
Nizar beriringan dengan Anwar memasuki perkarangan mahkamah dan seterusnya masuk ke dalam dewan perbicaraan.
Turut kelihatan dalam dewan perbicaraan adalah Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan, dan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.
Keterangan petang ini disambung dengan persoalan Karpal kepada Dr Razali Ibrahim yang memeriksa Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes ini, di manakah laporan perubatan pertama Saiful yang diperiksa oleh tiga pakar perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL).
PERBICARAAN BERMULA!
Laporan perubatan yang dimaksudkan Karpal adalah laporan PERTAMA yang dikeluarkan oleh hospital kerajaan, yang menjadi rujukan penting tentang keadaan asal Saiful selepas dirinya didakwa diliwat Anwar.
Dr Razali menjawab, "Laporan perubatan yang dirujuk Karpal adalah bertarikh 29 Jun (keesokkan harinya).
Karpal bertanya lagi, "Jadi awak maksudkan pada hari Isnin lalu, laporan perubatan yang disediakan pada 28 Jun tidak tepat?"
Dr Razali menjawab, "Tidak".
Karpal mengherdik Dr Razali dengan mengatakan, "Bohong!!".
(Gobala menghantar Twitternya dengan mengatakan sebenarnya: Laporan perubatan yang sebenarnya disiapkan pada 10 Julai, dan muka surat 22 yang mengandungi tandatangan doktor hanya ditandatangani pada 13 Julai!)Seterusnya, Dr Razali mengatakan kepada mahkamah, bahawa dia telah "melakukan kesilapan".
Dia menerangkan bahawa, nota perubatan Saiful telah dirumuskan ke dalam laporan perubatan interim (sementara) pada 29 Jun. Dia memberitahu juga bahawa laporan perubatan hanya siap sepenuhnya pada 10 Julai 2008.
Karpal bertanya kepada Dr Razali: "Jadi siapa yang membuat laporan perubatan bertarikh 10 Julai 2008?"
Dr Razali menjawab: "Saya tidak dapat ingat".
Karpal meminta Dr Razali supaya kesemua nota perubatan ASAL yang disediakan pada 29 Jun 2008 diserahkan kepada mahkamah untuk diteliti.
Dia juga meminta kepada Hakim, Zabidin Mohd Diah supaya kesemua nota perubatan tersebut mestilah sepatutnya ditandatangani setiap helai bagi menentukan kesahihannya, sebelum diserahkan kepada mahkamah.
Bagaimanapun, Karpal merasa bimbang sekiranya nota perubatan dan laporan perubatan tidak sepadan maklumatnya antara satu sama lain.
Karpal mengimbas kembali kes Liwat Fasa 1 pada 1999, dengan merukuk kepada "mata lebam".
Karpal khuatir reputasi (mata lebam) akan berulang kembali dalam Liwat Fasa 2!
Karpal menambah, dia meminta nota dan laporan perubatan tersebut supaya doktor pakar pasukan pembelaan, Dr David Wells, juga boleh memeriksa kesahihannya.
Tiba-tiba, Timbalan Pendakwaraya, Yusof Zainal Abiden membantah, dengan alasan para doktor tidak dapat memberikan nota perubatan pada 29 Jun atau apa-apa laporan buat masa ini.
Yusof menambah, tiada alasan kukuh buat Karpal mendesak supaya laporan tersebut diserahkan kepada mahkamah.
Karpal menyerahkan kepada Hakim Zabidin, agar dapat mempertimbangkan permohonannya mendapatkan nota perubatan seperti yang dimaksudkan Dr Razali.
Karpal menambah: "Apakah maklumat yang terkandung dalam nota perubatan tersebut yang boleh menjejaskan kredibiliti Dr Razali?".
Hakim Zabidin menyatakan jawapan balas kepada Karpal dengan berkata: "Sila teruskan dengan soalan lain sementara saya mempertimbangkan permohonan anda pasukan pendakwaan".
Karpal sebaliknya membalas jawapan hakim dengan berkata: "Yang Arif, saya tidak boleh teruskan soalan lain, dan soalan saya ini perlu dijawab juga kerana ia melibatkan susunan soalan dan perjalanan perbicaraan".
Hakim Zabidin menjawab kenyataan Karpal dengan berkata: "Saya minta masa kepada mahkamah untuk mempertimbangkan permohonan Karpal".
Mahkamah berehat sebentar (tiada jangkamasa diberikan).
Mahkamah bersambung semula (rehat selama 15 minit).
Hakim Zabidin kembali ke tempat duduknya.
Dia telah membuat keputusan - pasukan pembelaan dibenarkan meneruskan permohonan mendapatkan nota perubatan ASAL seperti yang dikatakan oleh Dr Razali.
(Nota: Nota perubatan adalah sesuatu borang atau kertas rasmi mengandungi catatan doktor setiap kali dia memeriksa setiap bahagian tubuh pesakit yang mendakwa mengalami kesakitan tertentu).
Nota perubatan yang dimaksudkan Karpal adalah bertarikh 28 Jun 2008 yang masa pemeriksaan klinikal ke atas Saiful adalah TIGA (3) jam.
Hakim bertanya kepada Karpal, nota yang mana satu?
Karpal membalas: "Kesemua nota perubatan ketiga-tiga doktor yang memeriksa Saiful selama tiga jam pada 28 Jun 2010".
Hakim Zabidin mengangguk tanda faham, kerana dia menyangkakan Karpal meminta laporan perubatan 10 Julai.
Karpal membalas Hakim: "Saya belum sampai ke tahap persoalan tersebut (laporan perubatan bertarikh 10 Julai)".
Hakim menjelaskan nota perubatan tidak semestinya diberikan kepada pihak pembelaan, kecuali saksi sendiri yang menyerahkannya kepada mahkamah.
Hakim menambah, saksi hanya menyerahkan laporan perubatan 10 Julai 2008 kepada mahkamah, dan bukan nota perubatan 28 Jun 2008. Justeru, hakim meminta Karpal merujuk soalannya kepada laporan perubatan dan bukan nota perubatan.
Karpal meminta hakim supaya mahkamah berehat 10 minit bagi membolehkannya berbincang dengan Anwar Ibrahim.
Hakim Zabidin membenarkan mahkamah berehat 10 minit.
Mahkamah bersambung kembali.
Hakim Zabidin menjelaskan kepada Karpal bahawa dia membenarkan laporan perubatan 10 Julai yang mengandungi kesemua nota perubatan ketiga-tiga doktor, tetapi tidak termasuk laporan makmal.
Karpal sebaliknya memulang persoalan itu kepada Dr Razali: "Memang ada atau tidak laporan perubatan 10 Julai itu sebenarnya?".
Dr Razali menjawab: "Tidak, hanya laporan awal (interim) 10 Julai saja yang ada, yang tidak pernah dikeluarkan".
Dr Razali mengaku, dokumen yang diserahkannya kepada Karpal TIDAK BERTARIKH!
Karpal bertanya, jika P22 (Bahan Bukti No 22), adalah laporan perubatan akhir, adakah laporan akhir itu diambil dari nota perubatan asal pada 28 Jun?
Razali menjawab: "Tidak".
Karpal memandu Dr Razali kenyataan beikut: "Jika kamu rujuk nota dan laporan sebagai satu perkara yang sama, baik kamu cakap supaya orang faham".
Dr Razali menjawab: "Tidak. Nota dan laporan dua perkara berlainan".
Karpal dan Dr Razali saling balas-membalas merujuk kepada perkataan "summary" (kesimpulan).
Karpal menjawab: "Jika kesimpulan adalah bermaksud tidak lengkap, bermakna laporan perubatan 10 Julai juga tidak lengkap"!
Dan Karpal bertanya lagi: "Adakah Dr telah merujuk segala nota dan kesimpulan perubatan secara menyeluruh sebelum Dr membuat laporan"?
Razali menjawab: "Saya tidak ingat".
Karpal menempelak Dr Razali dengan berkata: "Dr, adalah lebih mudah mengingati nota perubatan daripada laporan perubatan, betul atau tidak?".
Timbalan Pendakwaraya Yusof membantah, dengan mengatakan bahawa Dr Razali tidak ingat kerana dia tidak terlibat dalam pemeriksaan klinikal dan perubatan pada 28 Jun 2008!
Dr Razali juga tidak ingat siapakah ahli kimia yang memeriksa semua bukti yang diperolehi.
Karpal memberitahu Dr Razali: "Untuk mengingat dengan lebih jelas supaya tidak lupa, kamu mesti rujuk nota perubatan bukan?".
Dr Razali menjawab: "Beri saya masa seketika untuk mengingatinya".
Sebaliknya Karpal bertanya Dr Razali: "Tidakkah kamu mahu rujuk keterangan kamu menggunakan nota perubatan?"
Hakim Zabidin mencelah: "Jika dia tidak mahu rujuk, jangan kamu paksa!".
Karpal menjawab: "Baiklah, OK, kalau begitu kita tinggalkan buat masa ini di sini".
Karpal seterusnya bertanya Dr Razali: "Kamu faham atau tidak maksud 'penembusan klinikal secara tidak menyeluruh'?".
Mahkamah riuh-rendah selepas Karpal bertanya maksud frasa tersebut.
Tiba-tiba, Dr Razali memberitahu mahkamah, dia sedang tertekan dengan soalan bertubi-tubi oleh Karpal!
Dan tiba-tiba, mahkamah ditangguh ke jam 830 pagi esok, setelah Hakim Zabidin melihat wajah Dr Razali!
Mahkamah ditangguh jam 421 petang.
Hadirin mula bersurai.
0 comments:
Post a Comment