UMNO Sabah dah nak karam...Najib bergegas ke Sabah...?

on Jul 1, 2012


Malam ini Ha Najib Razak bersama isteri dan beberapa menteri kabinet menjadi tetamu agung kepada majlis perkahwinan anak seorang korporat terkemuka di Selangor. Turut sama menjadi tetamu ialah beberapa orang sultan termasuk Yang Dipertua Agong, Raja Nazri Shah, Raja Muda Perlis, Sultan Kelantan dan lain-lain.

 Kalau mengikut hukum Najib bukan lagi harus tetapi wajib kena menghadirinya kerana tidak manis majlis dihadiri raja-raja Najib 'pulaukan'. Tetapi entah kenapa, bala apa yang menimpa dan musibah apa yang hendak datang, Najib membatkan kehadirannya di saat-saat akhir. Katanya malam tadi beliau memaklumkan kepada tuan rumah tidak dapat hadir.

Beliau menyerahkan kepada isterinya untuk menjadi pengganti. Dalam kata lain Rosmah memangku kedudukannya sebagai tetamu berstatus perdana menteri majlis itu malam ini. Pembatalan ini satu kemujuran kepada Rosmah kerana sudah pasti dia akan berada di kiri agung dalam majlis itu nanti.

Menteri-menteri lain yang turut menjadi tetamu juga ikut sama mengambil tindakan serupa. Rais Yatim sebaik mendapat tahu Najib membatalkan kehadiran, dia adalah menteri pertama berbuat demikian. Kemudian diikuti oleh Husni Handzalah, Shafei Afdal dan beberapa yang lain. Sehingga catatan ini dipostkan Ismail Sabree Yaacob yang juga diundang masih belum membatalkan notis kehadirannya di majlis berkenaan.

Ekoran tindakan mengejut Najib itu, tuan rumah katanya menjadi kelam kabut. Pejabat korporat berkenaan kini sedang bertungkus lumus berusaha untuk mengatasi masalah. Para pengurus dan pegawai korporat berkenaan sedang mengenal pasti vvip untuk menjadi pengganti kekosongan ditinggalkan Najib dan menteri. Beberapa vvip lain yang sebelum ini dicicirkan dari jemputan ekseklusif itu dikatakan dikenal pasti untuk menjadi 'kuda terbang' memenuhi kerusi-kerusi vvip termasuk Najib yang tidak dapat hadir nanti.

Ke mana Najib dan mengapa? Tentulah ada sebab besar maka beliau terpaksa mengambil tindakan itu. Kalau tidak besar Najib tidak akan tergamak memoteng majlis bertaraf 10 star itu yang mana di dalamnya hadir sama beberapa orang raja dan sultan. Tentu masalahnya besar. Najib seelokknya tunda dari tidak hadir majlis itu. Tetapi kalau malam ini Najib tetap juga tidak hadir tentulah beliau kini dalam keadaan gunda gulana bak orang kata sudah tercabut kain dibadan.

Satu sumber yang memberi tahu saya di hujung Subuh tadi, malam ini Najib kena bergegas ke Sabah. Negeri bawah bayu itu kini tidak nyaman dan dingin lagi. Arus politiknya semakin panas dan keadaan itulah menggelegakkan diri Najib. Mungkin Najib sudah pun menggeletar.

Khabarnya malam ini Najib bersama menteri kabinet akan mengadakan pertemuan dengan Umno Sabah yang diketuai Musa Aman. Pertemuan malam ini sangat penting bagi menentukan nasib dan masa depan Umno. Umno Sabah yang sebelum ini dalam keadaan retak menunggu belah, katanya sudah hendak terbelah dan karam.

Puak-puak yang anti Musa Aman dan tidak suka dengan politik Ketua Menteri itu yang menggunakan wang untuk memonopoli kuasa katanya akan bertindak keluar dari Umno sekiranya isu Musa Aman ini tidak dapat diselesaikan. Mereka sudah memberi kata dua kepada Najib selaku presiden. Sekiranya Najib masih akur atau berkeadaan impotem - mati pucuk dengan Musa Aman mereka akan bertindak keluar parti beramai-ramai.

(Saya masih belum mendapat makulumat dari Sabah berapa ramai ahli Umno bertaraf pemimpin akan keluar parti).

Masalah atau isu besar kenapa Musa ditentang di Sabah ialah apabila Musa telah menyenaraikan 26 orang orang-orangnya untuk menjadi calon. Musa mahu memastikan selepas pilihan nanti kalau UBN menang dia terus menjadi Ketua Menteri. Katanya sekiranya Najib akur dengan nama-nama yang disenaraikan secara peribadi, Musa nakan menanggung semua kos pilihan raya di Sabah dan termasuk sebahagian perbelanjaan untuk Semenanjung.

Inilah masalah yang membelenggu Najib. Walaupun notis ini sudah lama diberikan Musa tetapi Najib tidak mampu membuat keputusan dan berkata tegas dalam hal ini. Pasti dalam pertemuan tertutup malam ini ia akan menentukan apakah tawaran Musa itu diterima atau ditolak. Bagi Najib keadaan ini sungguh menganggu fikirannnya. Kalau ia menerima tawaran Musa, beliau akan menyaksikan perpecahan hebat dalam Umno Sabah. Sebaliknya kalau beliau mengenepikan Musa, masalah dan celeka yang sama juga akan menerpa ke atas kepalanya.

Sehubungan itu pertemuan Najib dengan pemimpin Umno di Sabah malam ini juga ada kena mengena dengan pembubaran Parlimen. 

Laporan lanjut akan menyusul.


tintamerahMSO


Photobucket

Tamrin Tidak Pedulikan Ugutan.......

on


Hari ini merupakan tamat tempoh yang diberikan kepada anak negarawan bekas TPM Tun Ghafar Baba, Tamrin Ghafar supaya membuat keputusan sama ada ingin meneruskan kembara dan jelajah mencerahkan iman di seluruh negara serta menyedarkan rakyat betapa busuk dan jahatnya Umno ataupun beliau akan menerima padah. Kata dua telah diberikan kepada Tamrin untuk membuat perhitungan terakhir menerusi satu panggilan telefon.



Dua tiga hari lepas Tamrin telah menerima panggilan misteri yang memberi kata dua kepadanya supaya tidak meneruskan kembara menyedarkan rakyat agar meninggalkan Umno dan menjatuhkan kerajaan BN. Panggilan itu diterima semasa dalam perjalanan untuk berceramah di Bukit Gantang, Perak. Pemanggil itu membuat ancaman sekiranya Tamrin tidak berganjak beliau akan menerima nasib sama seperti dialami Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan Anwar Ibrahim, yang diaibkan.

Baru sekejap saya menghubungi Tamrin untuk bertanya khabar mengenai ancaman berkenaan dan juga tuntutan yang dibuat pemanggilan yang dikenali rapat dengan tokoh Umno atasan. Tamrin yang ketika ini berada di lapangan terbang bersama Mohd Sobree Shafei dalam perjalanan ke Kelantan, memberi tahu beliau tidak pun mempedulikan ancaman berkenaan dan menganggap ia hanya kerenah budak nakal berkepala botak.

"Iya hari ini genap tempoh yang diberikan kepada saya, tetapi InsyaAllah saya akan meneruskan hajat saya kerana saya yakin apa yang saya buat kini adalah terbaik dan berada di jalan benar - Marditillah," katanya.

Menurutnya pendirian beliau terhadap ancaman itu sudah dijelaskan dalam ceramah-ceramahnya sebelum ini termasuk di Johor Baharu kelmarin. Katanya saya akan tetap dengan apa yang saya lakukan sekarang ini kerana Umno jahat. Saya pernah duduk dalam reban bernama Umno setidak-tidaknya saya juga terkena bau busuk itu dan saya sudah insaf.." tegasnya.
Tegasnya beliau juga berjanji dengan dirinya selagi Allah meminjamkan nyawa kepadanya beliau akan menggunakan nyawa itu untuk berjuang menegakkan keadilan dan kebenaran dan waktu ini beliau melihat hanya Pas berjuang ke arah itu.

Sehubungan itu bila saya ajukan apakah beliau berniat untuk bertanding atas tikit Pas, cepat beliau mengelak dengan berkata; "Sayuti saya tidak fikir itu, bagai saya wakil rakyat sudah berlalu... lagi pun saya pernah berada dalam Parlien. Yang penting macam mana saya dapat menyumbang sisa-sisa usia ini untuk membantu Islam khasnya Pas."

Mengenai ancaman itu ditanya apakah kemungkinan ancaman itu Tamrin tidak dapat mengagaknya cuma berkata kalau mengenai wanita beliau tidak kisah isu itu kerana wanita dalam Umno samalah dengan bunga dan tangkai, akrab. Beliau kini katanya sudah tidak percaya Umno lagi. "Saya tidak kisah kalau isu wanita sebab saya dulu Umno. Tetapi ingat... saya juga ada menyimpan banyak kisah pemimpin Umno dengan wanita... yang setengahnya gambar ada dengan saya," katanya sedikit mengancam.

Diminta gambar-gambar itu atau menceritakan kisah korapnya pemimpin Umno dengan wanita beliau berkata; tak usahlah kita bermain secara gentlemen dan profesional.

Tamrin yang juga bekas Exco Pemuda Umno di zaman Anwar, berkata beliau tidak fikir Umno berani bermain buruk dengannnya mengenai isu wanita atau apa-apa, sebab apa yang beliau lakukan sekarang ini, atau melawan Umno kini bukan menggunakan isu peribadi tetapi lebih kepada realiti dan hakikat yang beliau alami sendiri.

Jelasnya juga rakyat hari ini tidak dapat menyembunyikan apa yang berlaku dan beliau bersama rakan Umno yang insaf hanya mengesahkan saja kerana kebetulan beliau adalah saksi hidup yang tahu mengenai sebahagian besar kesalahan dan kemungkaran pemimpin Umno termasuk Najib.

Malam ini Tamrin akan berceramah di parlimern Pasir Mas bersama Abby Abadi dan Mohd Sabree Shafee iaini rakan baik Inchek Ibrahim Ali. Sudah tentu apa yang bakal diperkatakan Tamrin khususnya ulasan mengenai ahli parlimen bebas itu yang rapat dengannya dinanti-nantikan oleh masyarakat di Pasir Mas. Dan jangan lupa dengar apa persepsi Sabree terhadap Inchek Ibrahim Ali... apakah dia mencela atau pun masih memberi muka. [wm.kl.12:08 t/hari 01/07/12]

-/MSOmelayu





Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List