Demokrasi dalam politik

on Aug 12, 2010

Oleh Zaid Ibrahim, The Malaysian Insider Saya tidak faham mengapa parti-parti politik takut sangat dengan kaedah kempen yang dilaksanakan oleh calon-calon semasa pemilihan parti. Umno, sebagai contoh, mempunyai kod etika yang perlu dipatuhi semasa berkempen. Antaranya adalah larangan penganjuran jamuan makan, larangan pengamalan politik wang, malah aktiviti-aktiviti melobi dan berkempen juga dilarang. Umno berasa bangga kononnya mereka mengamalkan demokrasi, dan kononnnya sesiapa sahaja boleh berkempen. Tapi apakah erti pertandingan dan bertanding kalau dilarang berkempen sama sekali? Bekas Naib Presiden Umno Tan Sri Isa Samad dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin didapati melanggar kod-kod etika ini dan pernah dikenakan...

"Nota akhir": Keluarga Teoh pertikai kesahihan tulisan dan tandatangan

on Aug 12, 2010

"Nota akhir": Keluarga Teoh pertikai kesahihan tulisan dan tandatangan Lim Hong Siang Aug 12, 2010 03:59:48 pm Ketidakpuasan, kemarahan, kekejutan dan kekecewaan berbaur apabila keluarga mendiang Teoh Beng Hock dipertemukan dengan "bahan bukti baru" setelah setahun inkues kematian Teoh Beng Hock berlangsung. Malah, keluarga Teoh tidak menerima penjelasan Jabatan Peguam Negara berhubung kemunculan "bahan bukti baru" ini, dan mempertikaikan kesahihan "tulisan tangan" dan "tandatangan" pada nota tersebut. Adik mendiang Beng Hock, Teoh Lee Lan (gambar kanan) mengeluarkan kenyataan pada hari ini sebagai respon kepada perkembangan terbaru yang berlaku dalam perbicaraan inkues kematian Teoh Beng Hock. Selain luahan kepiluan...

Sime Darby hadapi masalah lagi, kali ini di Indonesia

on Aug 12, 2010

KUALA LUMPUR, Aug 12: Umpama jatuh ditimpa tangga, Sime Darby, syarikat yang belum pulih daripada derita kerugian hampir RM3 bilion tahun lalu terus dibelenggu masalah, kali ini di negara jiran, Indonesia. Kumpulan Guthrie Berhad, syarikat yang kini sebahagian daripada Sime Darby, baru-baru ini diarah membayar tuntutan sivil kepada syarikat Indonesia PT Adhiyasa Saranamas oleh Mahkamah Agung Indonesia lebih dari USD25 juta, yang kini menggelembung sehingga USD41 juta. Sebuah portal berita online melaporkan bahawa masalah itu telah dibawa ke perhatian parlimen negara itu untuk diselesaikan berikutan Guthrie terus mengingkari perintah untuk membayar. "Pengingkaran terus daripada syarikat yang mempunyai kaitan kerajaan Malaysia...

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List