TV3 pula bakal menyambung Fitnah terhadap Anwar

on Apr 22, 2011




 Tv3 selesai merakamkan siri laporan terbaru merangkumi tuduhan- tuduhan seks terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Ketua Pembangkang itu bergelut dengan fitnah video lucah 'Datuk T', sumber- sumber memberitahu Tv Selangor.

Laporan yang bakal disiarkan di Buletin Utama itu akan menyaksikan S. Nallakarupan membuat pelbagai dakwaan terhadap Anwar, sumber- sumber yang rapat dengan bekas pemimpin MIC itu mengesahkan.

“Kemungkinan besar dakwaan- dakwaan Nallakarupan itu akan disiarkan dalam tempoh terdekat untuk memberikan lebih tekanan kepada Anwar, “ kata sumber itu tanpa mengulas lanjut.


Kebanyakan dakwaan- dakwaan Nalla itu “bukan perkara baru,” cuma disadurkan dengan butir- butir terperinci dalam usaha meyakinkan rakyat terutama pengundi Melayu, kononnya Anwar pemimpin tidak bermoral.

Rasanya tidak perlu dihuraikan rekod Nalla, seorang rakan karib Anwar yang kemudian merajuk dan berpaling tadah apabila tidak dipilih menjadi calon untuk pilihanraya kecil Ijok pada tahun 2006.

Hakikatnya adalah, dakwaan dan tuduhan terhadap Anwar diperhebatkan di Tv3 dan media arus perdana kawalan UMNO sejak pilihanraya Sarawak.

Walaupun PRN Negeri itu sudah berlalu, namun serangan terhadap Anwar tetap dipanjangkan dan menimbulkan persepsi BN, khususnya UMNO, sedang mempersiapkan diri untuk menghadapi pilihanraya umum dalam tempoh terdekat.

Awal minggu ini, Parti Keadilan Rakyat memberi amaran kepada rakyat bahawa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail tetap akan mencari ikhtiar untuk mendakwa Anwar bersabit video lucah Datuk T.

Ramalan itu terbukti benar apabila pejabat Peguam Negara memulangkan kertas siasatan kepada polis kerana tidak berpuas hati dengan rumusan yang dibuat oleh badan itu.

Justeru arahan diberi kepada polis untuk menyiasat lagi kes video lucah tanpa terikat kepada sebarang tarikh untuk menyiapkan siasatan.

Pada masa sama, Berita Harian, sebuah lagi akhbar kawalan UMNO memetik sumber- sumber sebagai mendakwa sebuah agensi penyiaran Korea Selatan kononnya mengesahkan pelaku dalam video 'Datuk T' sepadan dengan badan Anwar menerusi ujian bio metrik.

Semua “fakta- fakta” ini adalah untuk mempengaruhi rakyat, khususnya pengundi Melayu supaya menolak Anwar dan pada masa sama merencatkan hubungan PKR pimpinan Anwar dengan PAS dan DAP.

Perkembangan terbaru memberi petanda jelas bahawa rakyat Malaysia harus bersedia untuk disajikan dengan pelbagai fitnah terhadap Anwar bersabit video 'Datuk T'.

Pada masa sama, individu- individu seperti Nalla dan Umi Hafilda dipergunakan untuk menabur tuduhan- tuduhan lain terhadap Anwar.

Kenapa begitu banyak tumpuan diberikan oleh kerajaan pimpinan UMNO, polis dan pejabat Peguam Negara terhadap kes Anwar ?

Jawapannya berkait dengan Piliharaya Umum ke- 13 dan pemilihan UMNO yang akan datang. Kedua- duanya mempunyai impak besar ke atas kelangsungan jangka hayat politik Datuk Seri Najib Tun Razak.

Para strategis UMNO menjangka peluang parti itu menguasai pengundi Melayu atas pagar akan cerah jika ia berjaya memusnahkan kredibiliti Anwar sebagai pemimpin Islam dan menampilkan beliau sebagai peliwat dan kaki perempuan.

Analisis yang dijalankan oleh Biro Tata Negara menunjukkan pengundi Melayu amat menitik- beratkan soal agama dan moral – justeru itu Anwar menjadi sasaran tuduhan seks bertalu- talu dalam hasrat UMNO untuk memberi isi kepada persepsi itu.

Justeru tidak sukar memahami kenapa video lucah 'Datuk T' dimainkan di kem- kem BTN sebagaimana yang didedahkan oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman.

Pengundi atas pagar kaum Melayu memegang kunci untuk memastikan sama ada Najib akan dapat merebut balik majoriti dua pertiga di Parlimen atau kecundang terus di medan pilihanraya kepada Pakatan Rakyat pimpinan Anwar.

Jika Najib tewas atau gagal menawan balik majoriti dua pertiga BN, usia remaja beliau sebagai PM dan Presiden UMNO akan mendapat saingan hebat daripada gandingan Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin.

Walaupun pemilihan UMNO masih dilihat sebagai jauh lagi, garisan- garisan pertempuran (battlelines) sedang pun dilakar dan kem- kem tertentu dibentuk dan dipupuk.

Kunci kepada siapa sokong siapa dan siapa lawan siapa akan berpaksi kepada pencapaian Najib pada PRU 13 – jika BN menang majoriti dua pertiga – Najib akan dijulang sebagai penyelamat maruah Umno.

Jika tidak, beliau dan gagasan 1Malaysia akan dikritik sebagai penyebab maruah Melayu tergadai di bumi sendiri.

Berasaskan sifir politik ini, bukanlah menjadi misteri kenapa Anwar Ibrahim harus ditumbangkan dalam apa cara sekalipun sebelum Najib mengadakan pilihanraya umum.

Hanya apabila yakin cabaran Anwar sudah ditumpulkan, kredibiliti dan maruah beliau sudah musnah di mata rakyat, maka hanya pada masa itu, Najib akan mendapat “ilham” untuk memanggil pilihanraya umum.

Sementara menunggu detik itu, rakyat khususnya pengundi Melayu harus melazimkan diri dengan membaca “cerita bukan-bukan” mengenai Anwar di muka depan Utusan Malaysia, Berita Harian dan menonton topik yang sama menerusi RTM serta TV3.


TVS News


DID TAIB MAHMUD OUTFOX NAJIB ?

on




The recent Sarawak state general election was without any doubt a referendum on Taib Mahmud. Even, before the general election, resentment against Taib Mahmud and his 30 year rule had built up and the general consensus was that Taib Mahmud had stayed too long and he had to go.

Najib Tun Razak had also known of the general sentiment of the people and particularly of the Chinese electorate who simply wanted to see the back of Taib Mahmud. Recognisng the public sentiment, Najib who even took up temporary residency in Sarawak and tried to assure and convince the electorate, in particular the Chinese, that Taib Mahmud would step down after the general election or that Taib Mahmud had already intimated that he would step down after the general election. Then, in the midst of the general election, there was Najib heaping praises on Abang Johari, thereby giving suspicion that Abang Johari was being earmarked by Najib to replace Taib Mahmud after the general election.

Strangely, Taib Mahmud himself never once during the general election gave any indication or made any announcement that he will step down after the general election. It was Najib and Najib alone who was making the announcements of Taib Mahmud’s eminent departure. Not Taib Mahmud. Clearly, Taib Mahmud had no intention to step down and relinquish the office of the Chief Minister.

Thus, it raises question did Taib Mahmud sense something was already brewing on the day of the election and in particularly when it became known that the opposition and in particularly DAP had done very well to the extent of wresting all the blue ribband state seats in Kuching. It is reported that when the reporters met Taib Mahmud in his opulent house after the election results had became known, Taib Mahmud was fidgety and kept looking at his watch. Taib Mahmud it is reported to have rushed to the Tuan Yang Terutama’s palace and took the oath of office at 11 pm. The Star reports that Taib Mahmud rushed to TYT’s palace without even wearing his socks !. This is the same man who is always immaculately dressed !

It begets the questions, why did Taib Mahmud rush to take the oath of office immediately after the election and even more strange, why Taib Mahmud had to take the oath of office so late in the night. After all, BN had already secured a 2/3 majority. Did Taib Mahmud sense something was amiss or knew something was already brewing in respect to his position as the Chief Minister of Sarawak. Whatever it is, it was a master stroke by the wily old fox, to quickly take the oath of office and thereby ensuring his Chief Minister’s position is safe and secured.

Having secured his position, it is now clear that Taib Mahmud will only leave office when (and if ) he decides to do so. Not at the calling of Najib. Now that Taib Mahmud has secured his position, it may be Taib Mahmud who will be calling the shots in the coming 13th general election. It remains to be seen who will then be calling whom to depart. After all it is Taib Mahmud who is keeping BN’s fixed deposit.

Peringatan Dari Langit....Muhasabah Lah...

on



Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dikejarkan ke Hospital Pantai di Kuala Lumpur, pagi tadi.




KUALA LUMPUR, 22 April — Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dimasukkan ke hospital pagi ini selepas pengsan ketika perhimpunan bulanan di ibu pejabat PDRM di Bukit Aman.

Beliau yang dilantik mengetuai PDRM September lalu dimasukkan ke Pusat Perubatan Pantai, Bangsar.

Sehingga berita ini ditulis punca beliau pengsan belum diketahui.

Dalam pada itu, Bernama Online menyebut bahawa Ismail dimasukkan ke hospital selepas mengadu tidak sihat ketika menghadiri perhimpunan bulanan hari ini.

Ismail dibawa ke hospital itu sejurus majlis itu berakhir kira-kira pukul 10.30 pagi.

Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Robiah Abd Ghani berkata pemeriksaan doktor mendapati Ismail hanya kepenatan dan berada dalam keadaan stabil.

“Pada penghujung majlis itu, Tan Sri mengadu pening, tidak sedap badan dan rasa mahu pitam sebelum beliau dikejarkan ke sini.

“Pemeriksaan doktor mendapati beliau tidak sakit dan tiada apa yang tidak kena cuma kepenatan, malah beliau boleh bercakap seperti biasa,” katanya kepada pemberita di pekarangan pusat perubatan itu.

Beliau berkata doktor juga meminta Ismail untuk berehat di dalam wad buat beberapa hari bagi pemantauan lanjut.

Dalam pada itu, isteri Ismail Puan Sri Suriati Md Sobri yang enggan ditemu ramah pemberita hanya memberitahu yang suaminya sedang berehat. -TMI

Ulasan GB

Setiap sesuatu yang menimpa kita, ada hal yang perlu dimuhasabahkan.

Lewat kebelakangan ini Ketua Polis Negara kerap mengeluarkan kenyataan-kenyataan terhadap isu-isu yang menggemparkan negara. Misalnya isu video seks.

Sebagai "ketua" sebuah agensi yang sepatutnya "menegakkan undang-undang secara adil dan saksama" tentulah beban amanah yang dipikul itu, besar impaknya kepada diri sendiri.

Apabila kita tidak melaksanakan amanah dengan jujur dan adil maka kita akan diberikan peringatan dari langit dan kemudian terpulang kepada kita untuk mengambil iktibar daripadanya atau pun tidak.

Apabila kita melakukan kerja tidak betul secara terang-terangan, maka Allah pun menurunkan ujianNya secara terang-terangan juga.

Tun Mahathir selepas menghadiri satu perhimpunan PERKASA yang begitu bersemarak membangkitkan semangat assabiyah Melayu di kota Baharu, jatuh sakit selepas itu.

Najib pernah "dikurniakan" demam campak dan Muhyiddin pula pernah diberikan peringatan helikopter terhempas dua kali.

Samada mereka ambil iktibar daripadanya, terpulang kepada mereka.

GB pernah mengulas sebelum ini mengenai zon umur subsidi.


Seseorang insan apabila disayangi Allah, Allah akan mengurniakan sedikit masa di zon umur subsidi. Pengalaman ramai yang menghidapi penyakit samada kronik atau pun tidak sehingga sudah terlantar di ICU pun, kemudian tiba-tiba seperti muncul satu keajaiban di dalam hidup, mendapati diri disegarkan semula oleh s.w.t. untuk satu jangkawaktu yang ditentukan olehNya.


Ia adalah satu zon waktu yang amat singkat, pemberian Allah s.w.t. kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dan di waktu inilah sepatutnya dipergunakan untuk membersihkan diri serta memuhasabah diri agar kita dapat diterima kembali ke sisiNya.


Seandainya kita lalai untuk melakukan penghisaban diri sendiri sewaktu di zon berkenaan, alangkah ruginya kita, kerana selepas itu, kita kembali ke rahmatNya dan tidak akan datang-datang lagi ke dunia fana ini.


Naluri manusia cenderung ingin hidup selama-lamanya. Al-Quran melukiskan keinginan sekelompok manusia untuk hidup selama mungkin dengan firman Allah yang bermaksud:


“Dan sesungguhnya kamu akan mendapati mereka seloba-loba manusia kepada kehidupan (di dunia), bahkan (lebih loba lagi) daripada orang- orang musyrik. Masing-masing ingin agar diberi umur seribu tahun, padahal umur panjang itu sekali-kali tidak akan menjauhkannya daripada seksa. Dan Allah mengetahui apa yang mereka kerjakan.” (Surah Al Baqarah: Ayat 96).


Maka itu Allah memperingatkan kita dengan pelbagai ujian berupa kekurangan, kesakitan dan sebagainya sebelum kita dibawa pulang selama-lamanya supaya nanti kita dapat melakukan penilaian diri disamping memohon ampun terhadap apa jua kesalahan dan dosa yang pernah dilakukan.


Andainya zon singkat itu diabaikan, tiada lagi peluang selepas itu.FirmanNya:


"Sehingga apabila maut mendatangi seseorang daripada mereka, dia berkata: "Rabbi (wahai Tuhanku), kembalikanlah aku (ke dunia). Agar aku kerjakan amal yang salih, terhadap yang aku tinggalkan dahulu. (Jawapan Tuhan)Sekali-kali tidak! Sesungguhnya itu cuma perkataan yang diucapkannya sahaja. Dan ke belakang (iaitu di hadapan) mereka ada barzakh (sempadan pembatas), sampai hari mereka dibangkitkan." (Al-Mukminun 99-100)

Lim bincang cadangan gabung DAP-Snap esok

on


Supremo DAP Lim Kit Siang akan membincangkan cadangan penggabungan antara parti itu dengan Snap bersama pemimpin kanannya apabila beliau melawat Sibu esok.

NONELim mengakui cadangan yang dikemukakannya awal minggu ini - tiga hari selepas DAP mencatatkan kemenangan terbesarnya di Sarawak - menerima pelbagai aksi berbeza.

“Terdapat respon yang berbeza, ada menyokong dan ada menentang terhadap cadangan supaya DAP dan Snap secara serius menggabungkan kedua-dua parti mereka,” katanya.

Setiausaha Snap Stanley Jugol berkata tidak ada kemungkinan partinya akan bergabung dengan DAP.

NONE“Ia tidak akan berlaku dalam masa terdekat ini. Kami tidak teruja dengan cadangan itu,” katanya kepadaMalaysiakinisemalam.

PKR Sarawak pula melahirkan rasa terkejut apabila mendapat tahu bahawa Lim telah membuat cadangan seupama itu.

"Oleh kerana kami adalah rakan dalam Pakatan Rakyat, kami menghargai penjelasan cadangan penggabungan daripada Lim dan DAP,” kata pengerusi PKR Sarawak Baru Bian dalam satu kenyataan akhbar yang bernada keras.

snap anthony belon campaignKatanya, Snap di sebalik retoriknya sebagai anggota Pakatan Rakyat sebelum ini, secara terangan menampilkan 26 calon sehingga menyaksikan pertandingan pelbagai penjuru dengan PKR di beberapa kerusi.

Lim menjelaskan hari ini perbincangan cadangan penggabungan antara DAP dan Snap tidak akan diteruskan jika pemimpin Snap menentangnya.

“Cadangan supaya kemungkinan digabungkan DAP dengan Snap bagi mempercepatkan kesedaran politik Dayak berikutan pilihan raya Sarawak 16 April lalu adalah untuk mengelakkan pertandingan pelbagai penjuru - ia hanya cadangan.”

NONETambah Lim perkara itu juga belum dibincangkan dengan pemimpin DAP Sarawak dan juga jawatankuasa pusat negeri.

“Saya akan ambil peluang lawatan ke Sibu esok bagi bincangkan idea tersebut dengan pemimpin DAP Sarawak dan saya alu-alukan komen mereka berhubung cadangan itu... sebelum menentukan sama ada bagi melanjutkannya di DAP dan Pakatan Rakyat,” kata pemimpin veteran DAP itu.






















SENYUM KARTUN..... Hidup Dalam Mati !!!

on

Hidup Dalam Mati !!!







SENYUM KARTUN....ALAHAI GEBENG...

on

Alahai Gebeng...




TUDM...

on



Konflik Malaysia-Singapura: Mampukah TUDM Pertahan Kedaulatan Negara???

Keupayaan pertahanan udara TUDM sangat penting untuk
menewaskan musuh, apatah lagi negara kaya yang
sentiasa merasa terancam akan bertindak balas
seperti Singapura
KITA BUKAN NEGARA YANG TERKUAT, TENTERA UDARA KITA KECIL, TETAPI KITA MENGEMBLENG SETIAP SUMBER KITA DARI TENAGA INSANI SEHINGGALAH KELEBIHAN ALAM KITA 

1. Ada yang bertanya kepada saya, sama ada Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) mempunyai kelebihan jika berlaku pertempuran udara dengan China atau Singapura.

2. Ini merupakan soalan yang popular memandang jumlah pesawat tempur yang dimiliki oleh TUDM sangat kecil berbanding ratusan yang dimiliki oleh Singapura, jumlah itu terdiri dari 18 SU-30 MKM, 17 MIG 29, 27 pesawat Hawk 108 dan 208, lapan Hornet F-18D serta beberapa buah F-5E Tiger.

3. Isunya, apa benar memiliki jumlah pesawat yang kecil merupakan satu kekurangan yang sangat melumpuhkan keperluan pertahanan negara, ia mungkin benar tetapi ada sedikit perbezaan dalam konteks Singapura dengan Malaysia

4. Sebelum itu saya perlu ingatkan, Indonesia turut memiliki SU-30 dan SU-27 bagaimanapun ia merupakan pesawat standard dan tidak diupgrade sepenuh.

5. Pesawat Sukhoi Indonesia juga tidak mempunyai peluru berpandu Beyond Visual Range (BVR) dan tidak mempunyai kebolehan untuk membuat serangan pada waktu malam (Hanya Malaysia, Singapura dan Thailand sahaja yang mempunyai keupayaan membuat serangan waktu malam di Asia Tenggara).

6. Ok kita henti bicara mengenai Indonesia dan jika kita lihat pula kekuatan Singapura, Republic Singapore Air Force (RSAF) mempunyai jumlah pesawat yang mengerunkan, pesawat tempur mereka terdiri dari F-5E, F-16 Viper dan F-15SG.

7. Jumlah itu seolah-olah cukup untuk mengatasi apa yang TUDM gunakan sekarang walaupun kita mempunyai SU-30.

8. Disini letaknya kesilapan kita kerana selalu membuat analisis dengan menggunakan nombor, angka atau jumlah dan perkara ini sudah pernah disentuh oleh majalah TEMPUR di mana kebanyakkan kita mengenepikan soal doktrin dan strategi.

9. Akibatnya, kita membodohkan diri sendiri dan mengecilkan keupayaan anak tempatan serta kemampuan TUDM dalam mempertahankan negara ini, kita sering terlupa tentang keupayaan sesebuah pesawat dan strategi yang dipakai serta kelebihan yang dimiliki oleh negara.

9. Dahulu saya sendiri pun memandang rendah keupayaan TUDM tetapi tidak sehingga SU-30MKM memasuki inventorinya, kita lihat Singapura sudah mula berubah “air muka”.

10.Republik itu mengambil tindakan yang sangat drastik apabila Malaysia membuat pengumuman, KAMI MAHUKAN SUKHOI.

11.Serentak dengan itu Singapura mula membuat tempahan F-15 Strike Eagle versi SG dan semua orang tahu, ia adalah reaksi dari pembelian Malaysia ke atas SU-30MKM.

12.Disini kita tanya diri kita sendiri, mengapa F-15SG dan mengapa tidak ditambah sahaja jumlah pesawat F-16 yang ada.

13.Jika RSAF itu kebal, mengapa harus serius dengan pengumuman itu.

14.Nyatalah, Singapura sudah mula goyah kerana F-16 bukanlah lawan abadi SU-30 MKM, pesawat dengan nama timangan Viper itu dicipta untuk beradu dengan MIG 29 tetapi bukan Sukhoi.

15.Dalam satu latihan yang diberi nama SINDEX 2004 dengan India, pesawat tercanggih Singapura F-16 tewas dalam semua segi apabila bertempur dengan jentera Sukhoi dari versi MKI.

16….dan kita semua tahu, Sukhoi Malaysia direka dengan kemampuan yang sama atau lebih baik dari Sukhoi India, dan ia digelar MKM.

17.Kemenangan SU-30 MKI milik India disiarkan secara besar-besaran oleh akhbar India manakala keupayaan F-16 Singapura diperkecil dan diperlekehkan.

18.Kementerian Pertahanan Singapura yang “bengang” dengan insiden itu telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar untuk siaran media Singapura bahawa pihak India mewar-warkan kemenangan itu di sebabkan mereka itu tuan rumah untuk eksesais tersebut.

19.Sikap media India yang memperbesarkan kemenangan Sukhoi mereka juga disebabkan pesawat seteru negara itu iaitu Pakistan turut menggunakan F-16, demikian kata seorang forumer Singapura yang memberikan reaksinya terhadap kenyataan dari “Singapore Ministry of Defence” itu.

20.Selepas SINDEX 2004, Singapura mula risau memikirkan masa depannya, apatah lagi, SU-30 versi MKM bakal memasuki inventori TUDM dalam tiga tahun lagi ketika itu, malahan satu lagi negara jiran yang mempunyai potensi untuk mengancam mereka iaitu Indonesia turut mengoperasikan SU-27 dan Su-30.

21.Pengajaran dari SIMDEX 2004 ini menyebabkan Singapura yang gah kekuatan udaranya buat pertama kali berasa kerdil berhadapan dengan TUDM dan terpaksa memilih F-15SG sebagai kuda melawan SU-30MKM.

22.Jika benar TUDM merupakan sebuah kuasa yang boleh diremehkan, tentera udara Singapura (RSAF) tidak akan mengambil langkah drastik seperti ini. Tidak cukup hebatkah jumlah pesawat F-16 mereka untuk berhadapan dengan susunan MIG 29, F-18 dan sekumpulan 18 buah Sukhoi.

23.Sedihnya jika sebuah kuasa besar seperti RSAF menghormati keupayaan milik negara, masih ada juga rakyat Malaysia yang memperolok-olok kekuatan TUDM dan terlalu yakin akan kemenangan negara lawan yang terkenal melalui serangan pre emptive strikenya.

KEUPAYAAN PESAWAT

24.Sesiapa pun tidak menolak bahawa jumlah pesawat yang banyak merupakan satu kelebihan tetapi umum jangan lupa, zaman ini bukan seperti era Perang Dunia Kedua di mana kita melihat kelebihan sesebuah negara dari sudut 1 versus 1 pesawat

25.Ada banyak kisah pada zaman ini terutama sejak dari Perang Korea, sebuah pesawat tunggal berupaya menumpaskan dua atau tiga pesawat lawannya.

26.Adakah anda tahu, pesawat SU-30 MKM milik TUDM merupakan versi yang paling canggih dan moden berbanding Sukhoi yang digunakan oleh negara pengeluarnya iaitu Russia sendiri

27.Komputer radar sebuah SU-30MKM boleh menanda sasaran 15 ke 20 pesawat musuh (Bogey) dan akan memilih empat yang paling merbahaya untuk dimusnahkan dengan misil Beyond Visual Range (BVR).

28.SU-30 MKM juga memiliki keupayaan radar dan kelebihan enjin “Thrust Vector” yang tidak dipersiapkan pada pesawat F-16 Singapura dan yang terkini, F-15G.

29.Enjin ini dengan dibantu oleh sirip kecil di kawasan “intake engine” banyak membantu Sukhoi melaksanakan gerakan yang sukar, memberikan kelebihan semasa pertempuran dogfight dan mengelirukan misil musuh.

30.Kalau kita lihat F-16 hanya menggunakan satu enjin sahaja berbanding dua pada SU-30MKM dan keupayaan enjinn ini memberikan impak yang besar.

31.Dua enjin beerti beban yang boleh dibawa adalah lebih besar dan senjata serta peluru berpandu yang lebih banyak.

32.Adakah anda masih ingat bagaimana seorang juruterbang F-15 Eagle milik Arab Saudi berjaya menembak jatuh dua buah jet MIG milik Iraq ketika operasi untuk membebaskan Kuwait, 1990 dahulu (satu lawan dua).

33.Saya difahamkan SU-30 MKM berkeupayaan membawa sekurang-kurangnya 4 misil BVR dan pesawat itu mempunyai 12 hardpoint atau pylon untuk dipasang dengan 12 misil yang boleh dikonfigurasikan untuk misi pertempuran udara atau maritim.

34.Dalam bahasa yang amat mudah, sekurang-kurangnya 10 buah pesawat musuh boleh ditembak jatuh oleh satu SU-30MKM (Correct me if Im wrong).

PERTEMPURAN UDARA DAN KUALITI PESAWAT SERTA JURUTERBANG

35.Senario satu pesawat mengatasi lawan yang lebih banyak sudah wujud sejak dari Perang Dunia Kedua sehingga kepada Perang Vietnam dengan menggunakan skil juruterbang tetapi memasuki era 80an, teknologi dan jaringan maklumat yang baik digunakan seperti mana yang pernah dinampakkan semasa Perang Udara di Beka Valley.

36.Dalam perang itu, Syria kehilangan 80 pesawat terbang dan sifar pada pihak Israel

37.Malah acapkali Israel yang kurang jumlah pesawatnya berbanding gabungan udara Mesir, Jordan dan Syria berjaya menang dalam pertempuran udara kerana kualiti yang dimiliki oleh pesawat dan juruterbang mereka, ia juga disokong dengan kecekapan dan kecepatan ground crew mempersiapkan pesawat.

38.F-16 Singapura bukanlah tandingan kepada SU-30 malahan sejak dari awal 90an lagi, F-16 masih gagal mengatasi keupayaan MIG-29 yang diterbangkan oleh juruterbang Jerman dalam latihan perang anjuran NATO (Tolong jangan samakan MIG-29 yang diterbangkan oleh Iraq, banyak bezanya)

39.Anda juga harus ingat, juruterbang TUDM dilatih dengan doktrin perang Amerika Syarikat dan kita tidak sama sekali serupa dengan juruterbang Arab yang menggunakan manual pertempuran udara Soviet Union yang mengakibatkan mereka tersungkur di tangan juruterbang Israel atau AS.

40.Bukan saya hendak megah dengan AS tetapi kita lihat semasa Perang Iran-Iraq, juruterbang Iran yang dilatih AS ternyata unggul dan mampu melakukan operasi yang paling hebat dalam sejarah (serangan ke atas kompleks H3 pada Mac 1981) sedangkan tentera udara republik itu sudah nazak akibat revoulusi Iran dan bantaian tentera Saddam Hussein yang menyerang secara tiba-tiba.

41.Dahulu saya sendiri tidak yakin dengan keupayaan juruterbang TUDM tetapi dengan adanya kelengkapan Human Centrifudge Chamber yang terletak di Subang dan latihan menggunakan sistem ACMI di Korat, pandangan saya terhadap keupayaan juruterbang TUDM sudah berubah ke tahap yang tinggi.

42.Kedua-dua sistem ini membolehkan juruterbang TUDM mengatasi masalah-masalah yang terjadi semasa pertempuran di udara dan membantu mental serta fizikal mereka bersemi dalam keupayaan pesawat canggih yang diterbangkan mereka

43.Sebagai contoh, badan manusia boleh tahan tekanan G sehingga ke tahap 4. Apabila disarung dengan jaket anti G yang dipakai oleh juruterbang, ia mampu menahan tekanan G di antara 6 hingga ke tahap 9 yang berlaku disebabkan pergerakan melampau jet pejuang.

44.Kemampuan seseorang juruterbang untuk menahan tekanan G dalam pergerakan dogfight ini sangat bergantung kepada latihan yang diterima dalam Human Centrifuge Chamber yang terletak di pengkalan TUDM Subang.

45.Jadi tidaklah pengsan atau pitam juruterbang kita ketika melakukan manuever-manuever yang ketat semasa “Dogfight”, saya tidak mahulah mereka terhempas akibat tekanan G yang melampau kerana saya tahu juruterbang Singapura mampu menahan tekanan sehingga 9G.

46.Saya tidak kata RSAF akan tewas dalam pertempuran udara dengan TUDM, mereka mempunyai juruterbang yang terhebat, itu sahaja yang saya boleh saya katakan, The Best in South East Asia jika kita hendak bandingkan jam penerbangan yang diterima oleh juruterbang RSAF dengan TUDM dan TNI-AU.

PRE EMPTIVE STRIKE

47.Andai kata berlaku peperangan di antara Malaysia dengan Singapura, kita akan melihat Singapura menguasai medan tempur termasuk darat dan udara dalam tempoh 24 jam sebelum ATM mengumpul kekuatan dan meledakkan pengkalan tentera udara RSAF serta jalan-jalan raya yang boleh menjadi tempat pesawat mereka mendarat melalui operasi Offensive Counter Air (OCA).

48.Ingat, setiap pesawat harus kembali ke pengkalan, minyaknya harus diisi semula, senjatanya harus dipasang kembali dan juruterbang perlu berehat tetapi jika kesemua kemampuan ini diledakkan oleh sistem roket Astros milik ATM, bagaimana?

49.Soal moral juruterbang juga perlu diambil kira, jika juruterbang RSAF ditembak jatuh, mereka akan mendarat di bumi musuh dan kerana itu Singapura memberi tekanan kepada keupayaan Combat Search and Rescue (CSAR) dan keupayaan ini pernah terbukti apabila hanya tidak sampai beberapa minit, juruterbang pesawat pengintip RF-5E mereka diselamatkan semasa pesawat itu jatuh di Johor sekitar tahun 80an dahulu (Bukan setakat juruterbang, filem dari kamera pesawat itu turut berjaya dibawa lari).

50.Jika kita lihat senario perang Iran-Iraq, pesawat udara Iran tidak terbang pada hari pertama serangan.

51.Saya yakin atas sebab sebab strategik, TUDM mungkin tidak mengeluarkan kesemua keupayaanya pada hari pertama memandangkan jumlah pesawat kita yang sedikit tetapi memadai dengan keperluan pertahanan negara ini

52.Itu pun boleh ditolak ke tepi kerana jumlah pesawat TUDM pada hari ini sudah hampir kepada jumlah yang bersesuaian iaitu lebih kurang 40 buah yang terdiri dari SU30, MIG 29
dan F-18D

53.Malahan terdapat rancangan untuk menambah lagi jumlah pesawat perang dalam Rancangan Malaysia ke 10 (bermula dari tahun 2011 hingga 2015).

54.Singapura buat masa sekarang mempunyai 400 pesawat, daripada jumlah itu 45 buah pesawat termasuk F-5E dan F-16 dikonfigurasikan untuk tujuan memintas (interceptor) dan lebih kurang 40 pesawat yang terdiri dari F-15 dan F-16D dikonfigurasikan sebagai pesawat penyerang/pengebom (attack/strike).

55.TUDM tidaklah memandang sepi dengan kekuatan udara Singapura dan kerana itu, sebahagian pesawat TUDM diletak dalam “hardened shelter” dan di tempat-tempat yang sulit (kalau ada sesiapa yang tahu, tak yah lah dok bagitahu dalam ruang komen, kerana ia hanya akan di delete sahaja).

Jalan Pulang



Revisit - The truth about Umni Hafilda and Puteri UMNO....

on

kuala terengganu by election bn launching machinery 050109 azalina 1
Ummi Hafilda Ali, whose unrequited love for Dato' Seri Anwar Ibrahim led to the chain of events that that transported him from the deputy prime minister's opulent official residence to the mind-numbing loneliness of an isolated prison cell, now wants to lead UMNO's Puteri wing. She failed in every endeavour to translate her 15 minutes of Warholean fame into something more lasting. A series of messy court cases did not help. Nor did Dato' Seri Anwar, as UMNO custom demands, disappear into the woodwork. He is as strong, if not stronger, politician now than when he was gaoled. But she needs a life. What better than in politics. As the head of UMNO Puteri.
The UMNO President, Dato' Seri Mahathir Mohamed, wants no one to lead UMNO Puteri but the lady she appointed as its interim head, Azalina Othman, a lawyer and, if the allegations and accusations against her is true, a lesbian. And corrupt. The man who accused Dato' Seri Anwar of homosexuality in print has also accused Azalina of it. And of using party funds to buy a lady, allegedly her lover, a Mercedes Benz and cars for members of her family. This is ignored. The lady who alleged this in a police report finds herself before the UMNO disciplinary board instead. Accusations like these carry weight only if the UMNO President wants him or her destroyed. Dr Mahathir wanted Dato' Seri Anwar destroyed but not Azalina. He wants her to be the elected head of UMNO Puteri. In UMNO, often, what is sauce for the goose is not sauce for the gander.
What started off a brilliant move to rein in the young, confident Malay woman in the work place dissipated in less than two years into yet another good idea gone awry. These women, out of place in the women's wing of UMNO "makchiks" (elderly women) and other Malay parties, rushed into UMNO Puteri and out as fast when they found an authoritarian acting leadership wanting its way. High profile women joined and left with equal abandon. The UMNO Wanita wing, whose refusal to change brought UMNO Puteri into being, remains as hostile as ever to it, seeing it as a threat to its own existence. Like in every section of UMNO, the leaders think the young wanting a say in its affairs is yet another proof of barbarians at the gates. Change is resisted. Those wanting change are disciplined. Rome and its latter-day offshoot Constantinople fell when its leaders felt their survival was more important than the empire's.
So, in the UMNO Puteri elections, all stops are pulled so Azalina Othman is returned unopposed. It tells much of UMNO Puteri that no division has yet dared to nominate anyone other than Azalina. There is no coercion, says UMNO leaders, but that they say it is, in UMNO circles, a heavy-handed shorthand for what would happen if they disobey. This race to be the head of UMNO Puteri head encapsulates all that is wrong in UMNO. Elections are of use only if the voters obey the Leader and vote for whomsoever he desires. UMNO Puteri has lost its way. As many join it as leave. Those who come into it in hope and confidence leave embittered and frustrated. Should they ever decide to join a political party later, it would not be UMNO but Keadilan or PAS. UMNO Puteri now views its members -- most articulate, well-educated, self-confident, often professional -- as voting fodder as the MIC its vote bank, there to to elect their Leader, one who must not be challenged at any cost, and then obey them implicitly.
Ummi Hafilda's entry into the race is proof yet of the empire striking back. She is the vanguard of the barbarians at the gate who has climbed the walls into the city to spread her mayhem where she can. It upsets many in UMNO she is a candidate. But that she did is the accumulated dissonance within Malay and, to a lesser extent, Malaysian, society. She is the trailblazer of the modern reincarnation of the Visigoths that laid Rome to waste, a barbarian out to shake the complacency of the status quo. She came into the race precisely to shake up the Establishment, intent upon protecting the status quo from within. Ummi Hafilda is a rank outsider, even a figure of fun, but she frightens the Establishment. She charges into the race with a demand for justice for the man she helped destroy, but she is believed precisely because of this desire for a change that would not be allowed. She has become a proxy in the eternal battle for the Malay feudal mind, the one UMNO lost when its leader humiliated an UMNO chieftain, and threw UMNO into a tailspin. That is why, in this race, she is a bigger figure than she could ever be.
With a third of the nominations over, and with less than a fortnight for all Puteri divisions to complete their nominations, Azalina is the undoubted front runner. She is unpopular. It does not matter. Unpopularity, in UMNO eyes, is proof of leadership qualities needed to run UMNO and the country. The opaque questions and answers that rise, in UMNO, ministerial speeches and statements, and off-the-cuff remarks, suggest a deep worry that someone UMNO leaders do not want would emerge as Puteri leader. It is more important, in UMNO eyes, the status quo be maintained at all cost. But the ground seethes -- in typical Malay fashion, it is by moving to the sidelines and await developments. It is difficult, at the best of times, to gauge Malay reaction. Especially when speaking out, as it is in a feudal society, is "derhaka" (treachery). When too many move to the sidelines, the regime is finished. That time has not come. But go the way it does, it would, sooner than one expects.
But should Azalina, as UMNO leaders fervently hope, be returned unopposed, UMNO is in more trouble than it is in. In a contested election, Azalina Othman could romp home without difficulty. But then she may not. Nomination by a division does not mean that all its delegates would vote for her. Dr Mahathir realised that when in 1987, his challenger, Tengku Razaleigh Hamzah, with only two nominations, the minimum needed to stand, almost won the UMNO presidency. That UMNO cannot accept in UMNO Puteri. Unlike in 1987, too many naysayers in UMNO are out to give the leaders a black eye. That Ummi Hafilda threw her hat into the ring is proof the barbarians are in the city. The encirclements around the battlements tighten. More Ummi Hafildas will sneak in. Another empire is about to bite the dust.

Taib Mahmud tak mahu berundur...???

on


Masa pilihanraya tengah berlangsung, kempen sedang berjalan, masing-masing dalam Barisan Nasional (BN) merasa bimbang dan takut Tan sri Taib Mahmud (gambar) akan jadi liabiliti kepada BN untuk pertahankan kerajaan Sarawak.

Kebanyakan rakyat Sarawak ketika itu mahukan Taib berundur cepat. Sebelum Dun Sarawak dibubarkan pun, mantan PM, Tun Mahathir pun pernah meminta Taib diundurkan agar tidak menjadi Mubarak Sarawak (30 tahun memerintah Sarawak, kumpul harta berjuta-juta).

Ketika kempen pilihanraya baru-baru ini, Najib begitu terkesima dengan sambutan rakyat Sarawak terhadap program Pakatan Rakyat (PR) di Kuching sehinggakan Najib semacam berpatah balik untuk membantu kempen BN di Sarawak kerana tidak percaya Taib peroleh sokongan lagi.

Najib sanggup merayu kepada rakyat Sarawak, ‘tolong percayalah, peralihan kuasa (pengunduran Taib) akan berlaku dalam masa terdekat. Keputusan pilihanraya diumumkan, BN berjaya mengekalkan majoriti 2/3. Seolah-olah rakyat Sarawak percaya dengan rayuan Najib (Taib mahu diundurkan).

Bila keputusan pilihanraya diumumkan, secara tergesa-gesa Taib Mahmud terus mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak. Semacam Taib takut Najib mengumumkan orang lain sebagai KM kot.

Tak pasal-pasal, ada mendakwa Taib 'dimurkai' Putarajaya, lapor sebuah portal berita sebab konon Taib mendahului keputusan Putrajaya.

Kali ini pulak, ada pemimpin parti komponen BN cuba mendesak Najib agar menunai janjinya untuk ‘mengundur’kan Taib seperti apa yang dijanjikan ketika kempen pilihanraya.

Antara yang cuba mendesak ialah Ketua Pemuda Umno, Khairi Jamaluddin dan yang terbaru, naib presiden MCA, Senator Gan Ping Sieu.

Desakan pengunduran Taib itu rupa-rupanya diperhati oleh sekutu Ketua Menteri berkenaan iaitu pemimpin dari Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).

Naib presiden SPDP, Sylvester Entri Muran cuba menempelak pemimpin MCA yang cuba mendesak Taib berundur, konon pemimpin MCA itu jahil dengan situasi politik Sarawak.

Nampak Taib ada pasang kaki untuk menyelamatkan kedudukannya aje.

Bagi Sylvester, desakan pengunduran Taib tidak wajar kerana Taib berjaya memimpin BN negeri untuk mengekalkan majoriti 2/3.

Beliau turut menjelaskan, kehilangan sokongan pengundi Cina di Sarawak bukan alasan kukuh untuk Taib berundur kerana beliau sendiri telah membuktikan kejayaannya memimpin BN dengan memenangi 55 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya itu.

"MCA menggunakan senjata paling tajam untuk menyerang pihak yang melindungi mereka sendiri. Ini jelas merupakan kempen memburuk-burukan oleh MCA untuk menggugat kepimpinan negeri," katanya kepada Bernama.

Marah benar orang desak bosnya berundur. 'Backup' bos nampak. Nak bagi Taib terus kekal memerintah Sarawak la tu. Mentang-mentang dah menang, janji dah terlupa. Konon rakyat nak Taib lagi.






HANYA RAMALAN......

on


Who Says Hard For BN To Get Two-Thirds?



Read all the past predictions by some of our local professors and see which one of their educated guesses had been accurate.Gazing at the crystal ball most probably!
In the March 2008 General Elections two very learned persons predicted that BN will get two-thirds majority, one was Assoc Prof Dr Mohamed Mustaffa Ishak and the other political analyst Assoc Prof Dr Mohammad Agus Yusoff. Both were wrong.

Mustapha Ishak said " the minor political, economic and racial issues raised by the opposition during the campaign in this general election would not be able to deny BN the two-third majority, let alone topple the government"

Another political analyst Assoc Prof Dr Mohammad Agus Yusoff echoed the same. He even predicted Penang to remain with BN and Kelantan a tough fight for both PAS and BN. The rest is history.BN got the biggest thrashing of its life.

Here we come again the same professor predicting BN will not get two-thirds majority in PRU 13.Read them at your own perils. PRU 12 prediction here.

I bet he be wrong again.

BN is likely to get two-thirds majority with a very Malay dominated government.

A similar scenario of what happened in Sarawak recently would be repeated in PRU 13.Taib has shown that he doesn't need Chinese votes to get two-third majority.



HANYA RAMALAN:- Tarikh PRU 13 Jun 2011, atau 2013....???

on

Pengerusi Barisan Nasional Najib Razak kini berada dalam dilema, sama ada untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 pada Jun 2011, lantas menutup ruang untuk persediaan pembangkang; ataupun menunggu sehingga tahun 2013?  Keputusan Najib bergantung kepada pertimbangannya, sama ada untuk menawan semula hati pengundi Cina / Kristian, ataupun hanya menyasarkan undi Melayu?


Demikianlah ulasan Setiausaha Jawatankuasa Pilihan Raya DAP, Liew Chin Tong terhadap senario politik selepas PRN Sarawak.  Menurut Liew, Najib terpaksa memilih, antara pendekatan untuk mengembalikan sokongan Cina, atau menerima pandangan yang diketengahkan melalui Utusan Malaysia, iaitu usah lagi mempedulikan pengundi Cina, dan mendukung konsep "1Melayu 1Bumi" pada masa yang akan datang.
Namun demikian, Liew menambah, sementara pengundi Cina memperlihatkan kecenderungan yang jelas untuk menyebelahi Pakatan Rakyat, Najib dan UMNO tidak pasti sejauh manakah sokongan masyarakat Melayu terhadap UMNO-BN.  Lebih-lebih lagi, apabila Sarawak yang disifatkan sebagai "deposit tetap" BN, kini menunjukkan kecenderungan untuk pembangkang.

Taib Mahmud dan PBB

Liew Chin Tong mengulas selanjutnya, keputusan PRN Sarawak meletakkan BN pada dilema ketika berdepan dengan Taib Mahmud.  Seandainya Taib Mahmud masih enggan berundur dari jawatan Ketua Menterinya, maka isu ini akan dimainkan semula dalam PRU 13.

Namun demikian, ini bukan bermakna BN tidak menghadapi masalah seandainya Taib Mahmud berundur.  Taib yang sudah sekian lama menguasai politik di Sarawak, mampu memenangkan kerusi untuk BN.  Berbeza dengan Semenanjung, parti tempatan di Sarawak meletakkan pemimpin utama mereka di dalam DUN, sebaliknya mereka yang bertanding untuk kerusi parlimen adalah pemimpin garisan kedua, atau ketiga dalam parti.

Justeru itu, penguasaan terhadap akar umbi masyarakat tempatan oleh pemimpin pinggiran tidak sekuat pemimpin utama.  Keadaan ini akan menjadi sukar untuk BN kerana "sistem lama" Taib itu telah dicabut, menyusuli langkah Taib.  Apatah lagi apabila Sarawak perlu berdepan dengan "perompakan terakhir oleh kroni Taib" sebelum orang kuat ini berundur dari pentas politik.

Liew Chin Tong menambah, di Semenanjung Malaysia pula, Najib belum menyelesaikan masalah jurang kaya-miskin yang melebar dalam masyarakat Melayu sendiri.  Malah, masalah inflasi lantaran kenaikan harga minyak, harga barang bakal menambah rintihan masyarakat Melayu, yang belum pastinya memberi sokongan kepada UMNO-BN.

Liew  memberi angkanya, iaitu PRU ke-12 memperlihatkan 51% pengundi Semenanjung menyokong DAP, PAS dan PKR, walaupun PR memperolehi 80 kerusi berbanding BN dengan 85 kerusi.  BN terselamat kerana kerusi dari Malaysia Timur.  Namun, berdasarkan keputusan PRN Sarawak pada 16 April 2011, Liew Chin Tong berkata ia bakal diterjemahkan kepada kekalahan BN sebanyak 10 kerusi parlimen di Sarawak.  Malah seandainya pola pengundian Cina sedemikian berlaku di seluruh negara, maka BN mungkin kehilangan 20 hingga 30 kerusi dari negeri lain, misalnya Johor, Sabah dan sebagainya.

Demikianlah analisa Liew Chin Tong dalam satu forum anjuran Oriental Daily, berjudul "Angin perubahan dalam komuniti Cina: Adakah Sarawak masih ATM?" di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, semalam.  Eksekutif Ketua PengarangOriental Daily, Ding Lee Leong dan pengkaji politik, Wong Chin Huat juga hadir sebagai panelis untuk berkongsi pandangan mereka dengan kira-kira 200 orang hadirin.

Strategi kemenangan DAP

Selain itu, Liew Chin Tong juga berkongsi strategi kemenangan DAP.  Berbeza dengan SUPP yang mempertanggungjawabkan syarikat pengiklanan untuk bahan iklannya, iklan DAP direka oleh pekerja partinya yang muda.  Keadaan ini memperlihatkan bagaimana DAP boleh respon secara langsung dan berkesan terhadap serangan musuh politik, malah dengan cara yang kreatif dan menarik.

Liew Chin Tong mengisahkan bagaimana tema kempen mereka direka, bermula dari perbandingan Ketua Menteri antara Lim Guan Eng dengan Taib Mahmud, dan kemudian berubah kepada "memeluk harapan" pada dua hari terakhir sebelum hari pengundian.  Suasananya amat terharu apabila hadirin tampil membawa anak-anak mereka ke ceramah, malah berebut-rebut untuk membeli mascot "ubah" DAP.

Ding Lee Leong (gambar kanan) pula berkata, SUPP sebenarnya dikalahkan oleh dirinya.  Parti ini dibelenggu dengan pelbagai masalah, sudah diberi tamparan ketika PRN Sarawak 2006.  Misalnya, pengganti Presiden SUPP yang dicadangkan George Chan, kesemuanya sudah tua-tua belaka - mustahil menggarap imaginasi pemuda.  Bagaimanapun, beliau berkata kekalahan teruk SUPP kali ini bukan disebabkan pengundi muda (kerana pengundi muda tidak menyokong SUPP sebermulanya), sebaliknya pengundi tua yang berpaling tadah.

Ding Lee Leong menambah, pandangan bahawa "pembangkang akan kalah bila berdepan dengan politik wang" hilang mujarab kali ini, jikalau diambil contoh kemenangan Baru Bian yang berjaya menangkis serangan wang.  Namun, kemenangan ini memerlukan syarat, iaitu perkhidmatan di komuniti orang asal yang berjangka panjang.
Wong Chin Huat pula menekankan kepentingan "kabinat bayangan", mendesak agar barisan pembangkang menggarap imaginasi rakyat dengan menampilkan pasukannya kepada rakyat.  Beliau berkata pembangkang tidak boleh hanya "berperang", sekadar "menawan", tetapi tidak menunjukkan tekad mereka dalam "urus-tadbir" negara.

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview edisi bahasa Malaysia.



Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List