Sifat Agresif Pembangkang Daftar Pengundi Baru Perlu Dilihat Sebagai Cabaran Buat Umno.....???

on Oct 21, 2010

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Angka dan sifat agresif pembangkang dalam mendaftar pengundi baru perlu dilihat sebagai satu amaran dan tidak lagi boleh menganggap ia "satu keadaan biasa" pada Umno. Wakil Terengganu Saiful Bahri Baharuddin berkata sekiranya anggota Umno masih sayang kepada agama, bangsa, parti dan impikan masa depan lebih baik, mereka perlu berbuat sesuatu agar angka-angka yang "tidak selesa" itu tidak menghantui pengikut parti. "Survival Umno bergantung kepada angka. Saya berasa sangat khuatir kerana di kalangan orang Umno ramai yang masih menganggap 'satu keadaan biasa', sedangkan angka-angka semasa sepatutnya menggerakkan kita dalam mood peperangan. "Kita tidak mahu orang lain mengambil alih tempat...

Kontrak Sosial: Umno Lesapkan Wang, Saham Melayu....???

on Oct 21, 2010

KUALA LUMPUR 21 OKT : Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng berkata, saranan Presiden Umno yang menuntut semua pihak untuk tidak mempersoalkan kontrak sosial, tidak mencerminkan ketelusan dalam tindakan oleh pimpinan Umno-Barisan Nasional(BN). "Kontrak...

Mengapa PR Lupakan Peranan Media Reformasi.........???

on Oct 21, 2010

Media Reformasi Semakin Dilupakan...??? Penulis tiba-tiba terkenang zaman bermulanya gerakan reformasi di negara kita hampir 12 tahun lalu apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri oleh mantan Perdana Menteri,...

Rocky Bru cabar Rais lapor SPRM.....???

on Oct 21, 2010

Dalam reaksi segeranya, Blogger Rocky Bru mencabar Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim supaya membuat ;laporan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) jika beliau percaya ada pihak cuba ‘mengharubirukannya’. Katanya ini sebagai memenuhi apa yang diwar-warkan oleh Rais sendiri. Rocky, atau nama sebenarnya Datuk Ahirudin Atan, berkata demikian sebagai menjawab kenyataan menteri itu kepada Agendadaily yang mengatakan beliau mempunyai hak membuat laporan polis ke atasnya berhubung posting di laman blognya. Posting berkenaan dibuat pada 9 Oktober dibawah tajuk Who gets Santa Rais RM1billion handout? Ialah berhubung desas desus yang mendakwa kononya anak seorang menteri ada kaitan dengan...

Bagaimana syarikat-syarikat menyalurkan wang kepada Umno....???

on Oct 21, 2010

Halim Saad dan Tajudin Ramli adalah dua orang anak emas Melayu tahun 1980-an dan 1990-an yang khusus dipilih oleh mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad untuk memimpin bangsa Melayu supaya mengambil tempat di persada nasional. Kedua-duanya diangkat sebagai sebagai pembawa budaya perniagaan Bumiputera baru yang bakal setanding dengan kaum Cina yang sekian lama menguasai bidang perdagangan. Mengikut bisik-bisik orang dalam, ketika Mahathir mula menerajui negara, beliau merencanakan untuk mewujudkan barisan 100 orang bumiputera kaya-raya. Mahathir berharap mereka-mereka itu akan memakmurkan kaum Melayu luar bandar. Kesemuanya ini dijangka akan disempurnakan atas 'konsep payung', yakni di bawah naungan Umno. Begitulah rancangan...

Mengenali Ketua Staf Pejabat Anwar, Ibrahim Yaakob....???

on Oct 21, 2010

Nama Ibrahim Yaacob meletup-letup ketika kes liwat II dibicarakan di mahkamah. Saksi utama kes liwat itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan turut menyebut nama itu semasa memberi keterangan di mahkamah. Datuk Seri Anwar ketika mula-mula kes liwatnya diperkatakan...

Pakatan Rakyat Pasang Sepanduk Di Parlimen, Ikut Contoh Umno.....???

on Oct 21, 2010

KUALA LUMPUR 21 Okt - Ahli Parlimen Pakatan Rakyat hari ini turut memasang sepanduk Pakatan Rakyat  di sepanjang jalan masuk ke bangunan Parlimen sebagai tanda protes terhadap tindakan Umno yang menggantung sepanduk sempena Perhimpunan Agung...

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List