MAKA BERKATA LAH LAGI DR. MAHATHIR.....???

on Oct 21, 2010

Patuhi amanat Najib soal hak Melayu – Dr Mahathir





sample pic BM copyKUALA LUMPUR: Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata amat tepat masanya untuk menjelaskan isu Perlembagaan Persekutuan yang dibangkitkan sebagai memperingati perjanjian yang sekian lama didokong oleh masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas ucapan dasar Perdana Menteri dan juga Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung parti itu di Pusat  Dagangan Dunia Putra di sini pagi tadi.
Menurut Dr Mahathir, isi kandungan dinyatakan Najib itu, penting agar rakyat patuh kepada perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Mereka yang cuba meminda Perlembagaan Persekutuan sebenarnya tidak faham mengenai isi kandungannya, mengenai apa yang boleh buat dan dilarang.
"Sejak dahulu lagi jika ada pihak yang hendak membuat perubahan ia tidak dibenarkan kerana perkara itu akan menimbulkan perbalahan antara kaum," ujar beliau.
Menurutnya, sekiranya rakyat Malaysia berpegang teguh kepada perjanjian asal seperti yang dipersetujui oleh pemimpin pelbagai kaum ketika merdeka dahulu maka Perlembagaan Persekutuan ini tidak akan dipertikaikan.
"Kita telah mempunyai satu formula yang berjalan dengan baik selama 50 tahun. Mengapakah kita mahu menukarnya? Mengapakah anda mahu menimbulkan ketegangan antara kaum?," soal beliau.
Beliau yang juga mantan Presiden Umno menyifatkan ucapan Najib membabitkan soal kedudukan Melayu itu, tidak ubah seperti pesanan yang diberi beliau ketika menjawat jawatan tertinggi parti tersebut.
"Orang Melayu harus sedar tentang kedudukan mereka untuk berusaha menjayakan diri.  Itu pesanan yang amat penting…dulu saya buat pesanan tertentu. Tetapi kini ditegaskan oleh Najib supaya orang Melayu guna peluang untuk tingkatkan kedudukan mereka," katanya.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List