Nasib pengulas sukan

on Jul 3, 2011

Kalau kita boleh senaraikan Tan Sri Dr M, Jegathesan, Datuk Soh Chin Aun, Datuk M. Chandran dan Razif-Jalani Sidek sebagai legenda sukan negara, aku percaya Datuk Rahim Razali, Datuk Hasbullah Awang, Amran Hamid, Dzulkarnain Hassan, Aziz Ibrahim, Husin Ibrahim, Abdullah Hasim, Karim Mohammad, Jamaluddin Alias dan Baharin Tahir tersenarai selaku pengulas sukan bertaraf legenda. 


Ulasan sama ada di televisyen atau radio jadi halwa telinga aku yang membesar pada era sebelum TV3 muncul pada 1984, apa lagi dasar langit terbuka.yang mencetus kewujudan Astro pada 1996..aku selalu tengok Rahim dan Aziz mengacarakan rancangan sukan sambil merujuk kepada majalah Shoot yang sama ada kat tangan aku pada 1970-an dan 1980-an hehehe...



Bersama legenda...dengar cerita Datuk Rahim dibayar 
lebih RM100,000 sepanjang Piala Dunia 1982...

Generasi susulan melahirkan nama-nama pengulas seperti Sherkawi Jirim, Zainal Abidin Rawop dan Shaukei Kahar...ah, hebat belaka...

Isnin ini Kafe Sukan akan membincangkan cabaran pengulas sukan...

Walaupun mereka idola, mereka juga tidak terlepas daripada kritikan. Apatah lagi zaman moden serba canggih ini yang mengizinkan penonton berinteraksi secara terus menerusi pelbagai media sosial...kalau dulu aku ada perasan beberapa kesilapan sama ada fakta atau cara sebutan, bolehlah tulis kepada pengarang suratkhabar, itupun belum pasti disiarkan sebagai surat pembaca...sekarang anak-anak muda seronok melampiaskan kritikan mereka tanpa batasan...sebagaimana kalau kita tuduh orang besar-besar menyalah guna kuasa, begitu juga kita kadang-kadang menyalah guna kebebasan yang ada dalam dunia siber untuk menulis sesuka hati...

Apapun, aku bersyukur diberi peluang bergaul dengan individu-individu yang dikenang selaku pelukis dan pencorak dunia penyiaran sukan negara. Hendak tahu serba sedikit kisah seorang wartawan penyiaran, baca Rolling Stone


Bersama Datuk Hj Hasbullah...Baca nukilan Tuan Haji Amran Hamid 
dalam blognya di sini


Sejurus Shaukei dipilih selaku presiden SAM, aku pulak setiausaha agung...tapi Shaukei pasti ingat bagaimana aku kadang-kadang tak setuju dengan Mr Presiden...hah itu bezanya kalau setiausaha dipilih banding dengan dilantik presiden...maaf ya Ji...

Kafe Sukan Isnin ini mempelawa Tuan Haji Shaukei dan Tuan Haji Zainal Abidin untuk membincangkan kerjaya pengulas sukan...dua tokoh ini aku respect (bukan saja sebab bagi aku job) bukan saja kerana kecemerlangan mereka menyinari dunia penyiaran sukan tapi ramai tidak tahu karakter mereka di balik tabir...jika Zainal akan pastikan waktu solat sentiasa berjemaah, Shaukei ada buka kelas Al-Quran...


Hafizal Hamad (kiri) bagi aku peluang masuk RTM pada 2006.
 Zainal selalu tinggalkan komen dalam blog ini dengan nama ZAR...






0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List