Konflik Perniagaan Motif Pembunuhan Sosilawati

on Sep 12, 2010


Anggota polis dari Jabatan Forensik melakukan siasatan pada bahan bukti kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga orang lagi di Sungai Kancong Laut, Banting, Ahad. Keempat-empat mereka dipercayai dipukul sehingga mati sebelum dibakar di sebuah ladang ternakan ayam dekat sini dan abu mayat dibuang di sebuah sungai di Tanjong Sepat, Morib di Banting.


KUALA LANGAT: Konflik perniagaan dipercayai menjadi motif kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga individu lain sejak 30 Ogos lalu yang kemudiannya ditemui mati dipercayai dibunuh dan dibakar sebelum abu mereka dibuang di sebatang sungai berhampiran lokasi kejadian.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, motif pembunuhan juga disebabkan hal berkaitan kewangan.
“Kami sedang menyiasat mengenainya sama ada motif adalah masalah persaingan, hutang atau mungkin juga melibatkan perjanjian-perjanjian tertentu dalam perniagaan mereka,” katanya pada sidang media di sini, Ahad.
Berdasarkan pengakuan empat daripada lapan suspek yang ditahan polis termasuk seorang peguam bergelar Datuk, Sosilawati bersama tiga individu lain mati dibunuh sebelum dibakar dan abu mayatnya dibuang di sebatang sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat di sini.
Pengakuan itu merungkai penemuan empat mayat di lokasi kejadian pada Sabtu namun masih belum dipastikan ia adalah Sosilawati dan lain-lain berikutan Jabatan Forensik PDRM dan Jabatan Kimia kini masih menjalankan siasatan.
Berhubung wang tunai RM4 juta yang dipercayai dikeluarkan mangsa bagi membeli sebidang tanah di Pulau Pinang sebelum mereka dilaporkan hilang, Mohd Bakri berkata, polis akan menyiasat mengenainya.
Ini kerana katanya, pihak polis sedang melakukan siasatan terhadap suspek yang ditahan.
“Namun kemungkinan dipercayai berkaitan dengan urusan jual beli tanah,” kata Mohd Bakri.
Selain Sosilawati, tiga individu terbabit adalah pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32. -mystar

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List