`Wasiat' Usang Dari Musa Hassan

on Sep 12, 2010



TAN Sri Musa Hassan akan mengucapkan `babai' kepada PDRM bermula 12 Sept ini. Kontrak beliau tidak disambung untuk memberi laluan kepada Timbalannya Tan Sri Ismail Omar bagi menjawat jawatan Ketua Polis Negara yang baru. Selama lebih kurang 41 tahun Tan Sri Musa Hassan memakai uniform PDRM, nama beliau mula `popular' umpama artis pujaan ramai semenjak beliau dilihat mengetuai kumpulan `pengusung tilam' di dalam kes Liwat 1 melibatkan DS Anwar Ibrahim. Itu kisah lama dan mungkin peristiwa itu akan menjadi kenangan manis buat beliau.

Tertarik dengan `wasiat' dari Tan Sri Musa Hassan kepada seluruh warga PDRM sewaktu beliau berucap di dalam majlis serah menyerah tugas Ketua Polis Negara semalam. Di antara lain, beliau mahukan PDRM tegas, tidak menjadi `yes man', tidak menjadi `budak suruhan' dan tidak melakukan rasuah. Amat cantik bunyinya wasiat tersebut sehingga sejuk perut kita membaca wasiat dari beliau. Seandainya wasiat beliau itu direalisasikan sejurus Ketua Polis Negara yang baru mengambil alih tugas, alangkah bahagianya kita rakyat Malaysia.

Cuma sedikit terkilan, mengapa terlalu lewat ianya keluar dari mulut Tan Sri Musa Hassan? Mengapa ianya tidak direalisasikan sewaktu beliau berpeluang untuk merealisasikannya? Selepas ini beliau akan bersara dan menjadi orang awam yang tiada lagi kuasa seperti dahulu. Selepas ini beliau terpaksa menyesuaikan diri dengan masyarakat awam. Kita tidak tahu samada beliau boleh diterima atau tidak di luar sana, tetapi mahu atau tidak, Tan Sri Musa Hassan terpaksa bergaul juga dengan masyarakat selepas ini. Mungkin pada ketika itu, beliau boleh nampak dengan jelas mengapa masyarakat sering memandang serong dan negatif terhadap PDRM.

Apa pun, syabas dan tahniah kita ucapkan kepada Tan Sri Musa Hassan yang telah berjaya memainkan `peranan'nya dengan efektif. Pedulikan berapa ramai yang `menggantung pisang' di atas persaraannya itu. Kini, tiba giliran Tan Sri Ismail Omar pula. Diharapkan agar Tan Sri Ismail Omar tidak menyimpan `wasiat' dari Tan Sri Musa Hassan itu sehingga ke akhir persaraannya pula. Bolehkah PDRM mendapat keyakinan baru dari rakyat selepas ini? Tunggu..../wfauzdin.blogspot.com

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List