MAKA BERKATA LAH TUN DR. MAHATHIR......

on Sep 12, 2010

Umno Perlu Perkasa Untuk Raih Sokongan Melayu:Dr Mahathir


KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata Umno tidak mampu berbalah dan memisahkan diri daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) jika tidak mahu menanggung risiko kehilangan lebih banyak sokongan.
Bekas perdana menteri itu berkata sebaliknya Umno memerlukan seberapa banyak sokongan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) jika parti induk Barisan Nasional (BN) itu tidak mahu kehilangan sokongan akar umbi.
"Saya berpendapat bahawa Umno khususnya tidak begitu kuat, kita tidak boleh tolak sebarang orang kerana kalau kita hilang 100, 200 orang pun, mungkin kita akan kalah. "Jadi kita nak sokongan seberapa banyak, tak payahlah kita bermusuh dengan orang. Saya fikir, kita perlu dekatkan diri dengan seberapa kumpulan yang boleh," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di Seri Kembangan, dekat sini, Ahad.
Pada Khamis lepas, setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Umno menjauhi daripada Perkasa yang lantang membuat kenyataan ekstrem mengenai isu-isu perkauman.
Dr Mahathir berkata ahli Umno ketika ini berpecah antara menyokong atau menjauhkan diri daripada Perkasa, sambil menjelaskan keadaan seperti itu boleh menyebabkan jurang yang lebih parah di kalangan mereka.
"Ia telah menyebabkan rasa serba salah di kalangan ahli Umno sendiri. Ada yang akan kekal dan ada yang menjauhkan diri...ini akan lebih memisahkan mereka.
"Selain itu, pada pilihan raya umum lepas, margin adalah amat tipis sekali. Katakan jika kita kalah sedikit...kita mungkin kalah pada pilihan raya," katanya.
Ditanya sama ada Umno akan kerugian jika menjauhkan diri dari Perkasa, Dr Mahathir berkata: "Kita tidak mampu berbalah dengan ramai orang. Jika anda mahu bertengkar, bertengkarlah dengan seorang, bukan semua."
Sementara itu, menyokong sentimen ayahnya, Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri Datuk Mukhriz berkata beliau tidak melihat sebarang keuntungan mengapa Umno memilih untuk menjauhkan diri daripada Perkasa di mana perjuangan kedua-dua pihak itu adalah sama iaitu memperjuangkan hak orang Melayu.
"Saya tidak nampak bagaimana saya harus tidak menyokong mereka. Saya bukan anggota Perkasa tetapi jika mereka mempelawa saya kepada majlis, saya akan pergi," katanya pada majlis itu.
Kira-kira 10,000 pelawat dari pelbagai kaum dan kewarganegaan menghadiri majlis rumah terbuka itu. - BERNAMA

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List