SHAH ALAM 10 Sept - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan perubahan mendadak pendirian Umno terhadap Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), sebuah badan yang dilihat memperjuangkan politik 'Ketuanan Melayu secara ekstrim disebabkan faktor Pilihan Raya Umum yang yang mungkin dipanggil secara mengejut.
Bagaimanapun Anwar berkata beliau kurang yakin terhadap kenyataan Umno yang mengatakan parti itu kini tidak lagi menyokong.
Anwar berkata Umno perlu menjelaskan pendirian parti itu samada ia adalah suatu dasar atau hanya penyesuaian kepada keadaan politik semasa.
Ketika ditemui media pada majlis jamuan rumah terbuka Menteri Besar Selangor di I-City, Seksyen 7 disini petang tadi, Anwar yang juga Penasihat Ekonomi Selangor berkata Umno yang patut dipersalahkan kerana membenarkan kewujudan Perkasa dalam bentuk yang ada pada hari ini.
"Mereka menyokongnya, berikan kemudahan dan mereka juga memberi bantuan kepada Perkasa," kata Anwar.
Sebelum ini Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dilaporkan telah memaklumkan kepada rakan komponen lain dalam Barisan Nasional bahawa parti iu tidak akan menyokong Perkasa or presidennya, Datuk Ibrahim Ali pada pilihan raya umum akan datang.
Kata beliau Perdana Menteri sendiri sehingga kini berdiam diri mengenai isu ini sambil mengatakan Datuk Seri Najib Razak telah membiarkan Perkasa terus menerus membangkitkan kebencian kaum selama ini.
Berlainan pula dengan tindakan mantan Perdana Menteri yang juga Penaung Perkasa, Tun Dr Mahathir yang melawan arus dengan menyokong badan itu dengan menganggap ia sebagai tongkat kepada Umno yang lemah.
"Beliau hanya cuba membuat dirinya relevan," kata Anwar
sumber:- SuaraKeadilan
0 comments:
Post a Comment