TERKINI: Polis bawa suspek ke tempat kejadian di Tg Sepat

on Sep 12, 2010

BANTING, 12 Sept — Pasukan forensik polis memasuki kawasan sebuah ladang pertanian bersepadu di Tanjong Sepat dekat sini bersama-sama dengan sekurang-kurangnya dua suspek yang dipercayai terlibat dengan kehilangan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga orang lagi.
Petugas media yang berada di jalan masuk ke Ladang Gadong melihat dua konvoi kenderaan dengan kawalan ketat polis memasuki kawasan itu, dan dua lelaki dilihat memakai pakaian lokap.
Menurut seorang anggota polis, mereka memasuki sebuah kawasan yang terletak kira-kira 100m dari jalan utama kawasan berkenaan, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan pengasas syarikat kosmetik Nouvelle Visages (NV) itu.
Pasukan forensik turut ke sebuah restoran, terletak kira-kira empat kilometre dari ladang itu untuk menjalankan siasatan.
Helikopter polis juga dilihat berlegar-legar di kawasan itu.
Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memberitahu pemberita di Kuala Lumpur bahawa polis percaya kes itu dapat diselesaikan segera berikutan penangkapan sekurang-kurangnya empat lelaki. - The Malaysian Insider

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List