SNAP PETUALANG DI ALAM NYATA PAKATAN PEMBANGKANG

on Apr 1, 2011




Kesemua mata kompenan Pakatan Pembangkang kini tertumpu kepada SNAP yang dlihat sebagai duri dalam daging. PKR, DAP dan PAS melihat SNAP sebagai petualang kepada perancangan Pakatan Pembangkang sebelum ini bagi mengharapkan pertandingan satu lawan satu kepada BN.

Sehingga kini, hanya beberapa hari sebelum penamaan calon, Pakatan Pembangkang masih belum dapat menyelesaikan pengagihan kerusi untuk ditandingi. PKR dan SNAP hanya mengharapkan suatu penyelesaian yang belum pasti untuk memastikan hasrat mereka tercapai. Namun, dengan keadaan sebegini, pasti sukar untuk mereka mencapai kata sepakat sebaliknya terpaksa akur dengan kedegilan SNAP dan keanguhan PKR dalam pembahagian kerusi DUN.

PKR menerusi Ketua Perhubungan Sarawak, Baru Bian yang dijadualkan akan mengumumkan calon-calonnya bersempena dengan lawatan Anwar Ibrahim terpaksa menahan malu dalam sidang media media dengan memberitahu SNAP masih berdegil dan angkuh untuk memberikn keputusan cadangan PKR untuk bertanding di beberapa kerusi DUN. SNAP dalam pada itu tetap bertegas akan bertanding di 27 kerusi DUN dengan mengekalkan calon-calon yang telah disenarai dan diumumkan kepada media.

Dalam pada itu, Baru mengingatkan SNAP supaya tidak hanya bersandarkan kepada sentimen untuk membuktikan kekuatan di kawasan tuntutan bertindih.

Ketika PKR dan SNAP belum mencapai kesepakatan, DAP kini boleh menarik nafas lega apabila memperoleh 15 kerusi DUN yang akan ditandingi mereka antaranya Padungan, Pending, Batu Kawa, Kota Sentosa, Simanggang, Repok, Bukit Assek, Pelawan, Dudong, Bawang Assan, Meradong, Ki'durong, Piasau, Pujut dan Bukit Kota.

Manakala, PAS yang sebelum ini mengimpikan untuk bertanding di 10 kerusi DUN hanya memperoleh sebanyak 5 kerusi yang merangkumi Beting Maro, Sebuyau, Sadong Jaya, Muara Tuang dan Tanjung Datu. Kebanyakan kawasan yang ditandingi PAS merupakan kawasan majoriti Melayu.

Apa pun, krisis PKR dan SNAP tidak akan dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat lebih-lebih lagi penamaan calon. Justeru, ketika ini SNAP tidak dianggap sebagai rakan sebaliknya sebagai ancaman kepada kesepakatan Pakatan Pembangkang untuk menakluk Sarawak daripada kerajaan BN. 


0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List